Você está na página 1de 6

LAPORAN REKOD PEMERHATIAN ANEKDOT Sekolah Pemerhati : Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bin Chong : Leiw Lee Peen

Tarikh Pemerhatian : 20 Julai 2013 Masa Pemerhatian : 9.00 - 11.00 pagi Nama Guru : En. Yew Shan Zhi

Penerangan tentang kejadian: Cikgu Yew merupakan seorang Guru Pemulihan yang baru di sekolah ini. Melalui pemerhatian saya, saya mendapati bahawa beliau selalu sibuk dengan membuat perancangan dalam pengajaran beliau bagi murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang berlainan. Jadual waktu beliau juga agak penuh sehingga beliau perlu memberi bimbingan kepada murid yang terdiri daripada darjah yang berlainan dalam satu masa yang sama. Selain itu, beliau sibuk dengan penyediaan folio bagi setiap murid yang mengambil kelas pemulihan serta diberi tugasan lain seperti menyediakan Big Book untuk pertandingan. Oleh sebab beliau merupakan guru pemulihan yang baru, beliau tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan dan mengemaskini segala maklumat yang berkaitan dengan tugas sebagai seorang guru pemulihan. Walaubagaimanapun, beliau berasa rendah diri dan sentiasa bertanya dengan guru yang berpengalaman apabila beliau menghadapi masalah. Di samping itu, beliau juga sibuk dalam menghiaskan bilik pemulihan serta membuat bahan bantu mengajar. Dengan itu, kebanyakan masa beliau adalah di bilik pemulihan sehingga beliau kurang berkomunikasi dengan guru lain. Jadi, hubungan antara beliau dengan guru lain tidak erat.

Tandatangan: ..............................

LAPORAN REKOD PEMERHATIAN ANEKDOT Sekolah Pemerhati : Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bin Chong : Khoo Hui XIn

Tarikh Pemerhatian : 20 Julai 2013 Masa Pemerhatian : 8.00 - 10.00 pagi Nama Guru : Cik Goh Mei Xsia

Penerangan tentang kejadian: Cikgu Goh merupakan seorang guru Bimbingan dan Kaunseling (B&K) . Melalui pemerhatan saya, saya mendapati bahawa beliau tidak menghadapi masalah dalam menangani kes bimbingan dan kaunseling murid. Tetapi, beliau sentiasa sibuk dengan menyediakan kertas kerja aktiviti sekolah. Di samping itu, beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi banyak projek sekolah kerana ialah guru baru di sekolah. Beliau perlu terlibat sebagai guru fasilatator Program Kem Sukan Sekolah, AJK penyampaian hadiah bagi Majlis Sambutan Hari Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah serta perlu membantu dalam tugasan kerja guru tahun 6 yang dianggap sibuk. Beliau sentiasa sibuk dengan bebanan kerja yang bukan dalam bidang tugasnya. Beliau seorang yang sangat bertanggungjawab kerana efektif dan serius dalam melaksanakan tugasan yang diberi kepadanya. Oleh itu, beliau berada dalam keadaan yang tertekan serta menunjukkan air muka murung pada kebanyakan masanya. Beliau jarang bercakap dan berkomunikasi dengan guru lain jika tidak perlu. Hal ini kerana beliau hendak menumpukan sepenuh perhatian untuk menyempurnakan tugasannya. Maka dengan ini, hubungannya dengan guru lain tidak erat mesra, tambahan pula pejabat beliau berada di bilik B&K, iaitu di aras bawah, bukannya duduk bersama dengan guru-guru lain di sekolah.

Tandatangan: .............................. LAPORAN REKOD PEMERHATIAN ANEKDOT Sekolah Pemerhati : Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chun : Thiam Zhe Feng

Tarikh Pemerhatian : 5 Julai 2013 Masa Pemerhatian : 8.00 pagi - 10.00 pagi Nama Guru : En. Mohd. Khairul Adi bin Ahmad Shamsuri

Penerangan tentang kejadian: Cikgu Khairul Adi merupakan seorang guru mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani. Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa banyak buku kerja perlu disemak oleh Cikgu Khairul Adi pada setiap hari. Beliau akan menunduk kepala dan menyemak buku latihan murid dengan tidak bersemangat. Beliau jarang bercakap dengan guru lain yang tidak sama bangsa dengannya. Sekiranya terdapat sekumpulan kecil murid yang berbuat bising di dalam kelas, murid yang lain juga akan terpengaruhi dan tidak dapat mendengar yang yang cuba disampaikan oleh beliau dalam kelas. Oleh itu, murid-murid yang berbuat bising dan murid-murid yang terpengaruhi juga tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh beliau dalam kelas. Beliau akan menunjukkan muka yang sedih apabila berhadapan dengan murid tidak memberi kerjasama semasa beliau mengajar dalam kelas. Dengan itu, beliau berasa amat tertekan kerana kebimbangan tentang pencapaian murid-murid yang mungkin akan terjejas dan menurun dalam peperiksaan yang akan datang. Walaubagaimanapun, beliau masih dapat mengawal emosi tanpa melepaskan tekanan emosinya ke atas murid-murid. Apabila beliau berasa dalam keadaan yang tertekan, beliau akan mengambil langkah seperti cuba diam dulu dan menenangkan fikirannya sebelum membuat keputusan atau mengambil tindakan yang seterusnya.

Tandatangan: .............................. LAPORAN REKOD PEMERHATIAN ANEKDOT Sekolah Pemerhati : Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chun : Khoo Yee Ping

Tarikh Pemerhatian : 8 Julai 2013 Masa Pemerhatian : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari Nama Guru : Cik Lim Suan Ting

Penerangan tentang kejadian: Cikgu Lim merupakan seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu kelas 2M. Tekanan emosi yang dialami oleh beliau masih berada pada tahap yang terkawal. Walaubagaimanapun, perasaan beliau mudah tersinggung apabila menghadapi masalah keluarga yang tidak dapat diselesaikan. Apabila beliau mendapati murid melakukan kesalahan dalam kelas, beliau akan cuba tenangkan fikiran dan bertanya sebab sebelum mengambil tindakan yang seterusnya ke atas murid tersebut. Sekiranya murid tersebut masih tidak mempunyai perubahan dari segi tingkah laku atau sikapnya, beliau akan membawa murid tersebut untuk berjumpa dengan guru kaunseling dan guru besar dan bukan menghukum murid tersebut untuk melepaskan tekanannya yang dihadapi oleh beliau. Selain itu, semasa beliau mengajar dalam kelas dan pada masa itulah beliau berasa amat tertekan dengan masalah keluarga yang tidak dapat diselesaikan, beliau mengambil masa 5 minit untuk keluar dari bilik darjah untuk tenangkan fikirannya. Selepas emosi beliau berada dalam keadaan yang tenang, beliau akan balik ke kelas dan meneruskan pelajarannya dengan murid-murid. Beliau akan berkata: Murid-murid, sila baca petikan pada muka surat 57, 5 minit kemudian cikgu akan kemukakan beberapa soalan tentang petikan ini.

Tandatangan: ............................ LAPORAN REKOD PEMERHATIAN ANEKDOT Sekolah Pemerhati : Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chun : Thiam Zhe Feng

Tarikh Pemerhatian : 10 Julai 2013 Masa Pemerhatian : 8.00 pagi - 9.00 pagi Nama Guru : Cik Tan Hiau Mian

Penerangan tentang kejadian: Cikgu Tan merupakan seorang guru mata pelajaran Pendidikan Khas. Melalui pemerhatian, saya mendapati Cikgu Tan berasa tertekan kerana beliau diagihkan untuk mengajar mata pelajaran Muzik dimana beliau tiada pengetahuan asas untuk mengajar mata pelajaran muzik. Beliau sentiasa mengajar kiraan not yang salah sehingga murid-murid membetulkan kesilapan beliau dalam kelas. Oleh itu, beliau lebih cenderung kepada nyanyian dengan bantuan radio kaset yang tidak memerlukan pelbagai kemahiran dengan menggunakan alatan muzik. Selain itu, ibu bapa murid Pendidikan Khas yang amat mementingkan pencapaian pelajaran murid dan sering bertanya tentang perkembangan anak dalam jangka masa yang pendek iaitu sebanyak 4 kali seminggu. Beliau berasa amat stres apabila berdepan dengan ibu bapa muridmurid kerana murid pendidikan khas memerlukan masa yang agak panjang untuk menguasai sesuatu kemahiran yang dipelajari. Beliau telah kurang sabar untuk menjawab soalan ibu bapa yang lebih kurang sama tentang perkembangan murid terhadap kemahiran yang dikuasai. Tambahan pula, sekiranya terdapat murid berlari sana berlari sini dalam kelas tanpa mendengar arahan yang diberi, beliau cepat berasa marah apabila berada dalam keadaan yang tertekan.

Tandatangan: ..............................

Você também pode gostar