Você está na página 1de 21

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

ADAT RESAM JANTINA


OLEH: EN. MOHAMAD ROSLAN BIN AROFF JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

ADAT RESAM
LAWATAN DAN KUNJUNGAN
ORANG MELAYU
Menanggalkan kasut di muka pintu atau pangkal tangga. Tidak elok menolak makanan atau minuman yang dihidang walaupun telah kenyang. Tidak sopan jika bersilang kaki sehingga nampak tapak kaki. Bersalam dengan tuan rumah semasa sampai dan hendak balik.

ORANG CINA
Tetamu duduk disebelah kiri tuan rumah. Minuman ringan dihidangkan dengan segera. Tetapi tetamu tidaklah perlu minum dengan serta merta. Kurang elok mengunjungi rumah pada waktu makan terutamanya dengan tujuan memungut derma.

ORANG INDIA
Menanggalkan kasut di luar pintu. Jika minuman dan kuih-muih dihidangkan, tetamu hendaklah menjamah sedikit. Tidak manis ditolak. Kunjungan untuk mengutip derma atau memberi wang dianggap tidak sesuai pada hari Jumaat atau sebelah malam.

KELAHIRAN
ORANG MELAYU
Tidak baik lawatan dilakukan pada waktu senja atau malam. Tidak gemar jika seseorang pelawat itu memuji-muji anak yang dilahirkan tersebut dengan perkataan seperti cantik, comel, molek atau gemuk. Lenggang perut. Tanggal pusat dan naik buaian Cukur kepala.

ORANG CINA Perabot di dalam bilik tidak boleh diubah terutama katil. Memaku dinding dalam rumah tidak dibenarkan sama sekali semasa ibu mengandung. Tidak suka bayi tersebut dipuji. Kelahiran anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara-mara dan sahabat handai memberi hadiah yang dibungkus dengan pembalut merah.

ORANG INDIA
Selama 16 hari selepas bayi dilahirkan, keluarga itu dianggap tidak suci. Satu upacara khas dilakukan pada hari ke-16 untuk merasmikan penamaan anak tersebut. Nama bayi dipilih dengan teliti setelah merujuk kepada bintang dan takwim Hindu. Pada hari yang ke-30 bayi dibawa ke kuil dimana majlis kesyukuran diadakan.

PERKAHWINAN
ORANG MELAYU
Merisik Meminang dan menghantar belanja Hantaran belanja Menjemput Akad nikah Berandam Berinai besar Majlis persandingan

ORANG CINA Mustahak, pengumuman mengenai perkahwinan itu kepada saudara mara dengan mengadakan jamuan. Tetamu memakai pakaian yang cantik dan berwarna cerah. Suku kaum kantonis, upacara cham cha yang bermaksud menghidang teh dilakukan. Upacara cham cha ini diadakan di rumah pengantin perempuan dan lelaki. Jamuan makan malam yang secara besarbesaran dan sahabat handai dan kenalan dijemput.

ORANG INDIA Tarikh dan masa perkahwinan dipilih dengan teliti selepas merujuk kepada takwim Hindu serta berunding dengan ketua agama atau ahli nujum. Perkahwinan biasanya dilakukan dirumah pengantin perempuan atau di rumah berhala. Ia dilangsungkan oleh seorang Sami Brahman. Dijalankan di satu tempat yang berbentuk segi empat persegi di hadapan pelamin. Sami Brahman memulakan upacara dengan memasang api dan mengemukakan permintaan kepada tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu. Para jemputan yang datang direnjis dengan air wangi serta diberi bunga dan abu cendana untuk dibubuh pada tengah-tengah dahi mereka.

ORANG IBAN
Bermula, apabila seorang pemuda telah membuat keputusan untuk memilih seorang gadis untuk dijadikan isteri akan membuat perhubungan melalui ngayap Selepas ngayap pemuda itu meninggalkan sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan. Ibu bapa lelaki akan pergi kerumah si gadis dengan membawa sebuah cawan untuk meminang gadis itu. Pada hari perkahwinan, ibu bapa pengantin lelaki akan berarak menuju k ebilik pengantin perempuan. Diiringi oleh keluarga dan kawan-kawan yang terdiri daripada wanita dan gadis-gadis sahaja.

Istiadat perkahwinan adalah sederhana dan dilakukan dalam bilik pengantin perempuan. Dalam bilik tersebut disediakan 1 dulang tembaga berisi pinang yang dibelah 7, 7 helai daun sirih, 7 keping gambir dan 7 gumpalan kapur. Berbual-bual mengenai ikatan-ikatan dan syarat perkahwinan. Ada hukum-hukum dan adat tertentu yang perlu diikuti oleh kedua-dua belah pihak. Mengarakkan pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan makan berasingan daripada pengantin lelaki. Seorang lelaki tua yang dikatakan membawa tuah kepada mereka memusingkan seekor ayam jantan d iatas kepala mereka.

KEMATIAN
ORANG MELAYU
Mayat adalah lebih dimuliakan daripada jasad yang hidup. Menguruskan pengkebumian mayat dengan segera hingga selesai. Jenazah diletakkan dalam rumah di suatu tempat yang mudah diziarahi. Membacakan ayat-ayat suci daripada AlQuran kepada jenazah. Semasa jenazah masih ada dirumah, tidak dihidangkan sebarang jamuan ataupun minuman kepada pelawat.

Jenazah dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan. Jenazah dimasukkan didalam keranda lalu diusungkan ke tanah perkuburan. Sahabat handai digalakkan pergi sama ke kubur. Di Malaysia, setiap kubur orang Islam ditandakan dengan batu nisan.

ORANG CINA
Pelawat yang yang melawat orang mati tidak seharusnya memakai pakaian yang berwarnawarni. Warna yang sesuai ialah hitam atau kelabu. Membongkokkan badan sedikit menghala si mati sebagai tanda hormat apabila memasuki rumah si mati. Pelawat keturunan Cina membawa bersama sepasang lilin putih, duit kertas dan lain-lain alat untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada. Saudara-mara dan sahabat handai si mati digalakkan mengiringi keranda ke tanah perkuburan ataupun tempat pembakaran. Mayat orang-orang Cina biasanya dikebumikan.

ORANG INDIA
Saudara mara si mati biasanya membawa kain putih yang baru. Sahabat handai pula membawa karangan bunga. Waktu hendak pulang pelawat-pelawat tidak perlu mengucapkan selamat tinggal kepada sesiapa pun yang ada dirumah itu. Kerja masak-memasak dilarang terus di rumah semasa mayat masih berada dalam rumah itu. Kaum wanita tidak dibenarkan mengiringi mayat ke tempat membakar mayat.

Sebelum kereta keranda bertolak dari rumah, wanita-wanita dari kaum keluarga mengelilingi kereta itu 3 kali. Rumah dicuci dan semua orang di rumah mestilah mandi setelah kereta itu bertolak. Sebuah pelita dinyalakan sehingga selesai istiadat yang diadakan pada hari yang ke-31. Mayat orang dewasa dibakar untuk melepaskan rohnya dari badan. Mayat ibu mengandung dan juga mayat kanakkanak hendaklah dikebumikan. Dalam tempoh 31 hari selepas kematian ahli-ahli keluarga si mati ditegah pergi ke rumah berhala atau menghadiri majlis-majlis perayaan.

JANTINA
PAKAIAN
ORANG MELAYU PAKAIAN WANITA MELAYU Baju Kurung (Baju Kurung Johor, Baju Kurung Teluk Belanga) Baju Kurung Cekak Musang. Baju Kedah Baju Kebaya Labuh Baju Kebaya Pendek Baju Belah Teluk Belanga. Baju Pahang

PAKAIAN LELAKI MELAYU Baju Cekak Musang. Baju Kurung Teluk Belanga. Baju Batik

ORANG CINA PAKAIAN WANITA CINA Cheongsam Samfu PAKAIAN LELAKI CINA Baju longgar yang berbelah di depan dan berkolar tinggi serta seluar longgar seperti seluar Baju Melayu.

ORANG INDIA
PAKAIAN WANITA INDIA Sari PAKAIAN LELAKI INDIA Dhoti Jippa Thundu

Você também pode gostar