Você está na página 1de 4

TAHUN 4 TEMA 4: KENALI BUDAYA MALAYSIA TAJUK: ADAB PERBUALAN TELEFON Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini

, murid dapat: 1. mengenal pasti adab bertutur semasa perbualan telefon 2. mengamalkan adab semasa bertutur 3. menunjukkan sikap sopan semasa perbualan telefon NOTA: 1. Salah satu cara berinteraksi yang baik ialah adab berbual melalui telefon . 2. Adab perbualan melalui telefon: - mengucapkan salam - memperkenalkan diri - meminta keizinan untuk bercakap dengan yang hendak kita hubungi - melayan perbualan dengan sopan mengucapkan terima kasih selepas perbualan .

Selain itu, kita mesti mengamalkan adab yang baik ketika berbual di telefon. Bercakap dengan sopan. Memulakan perbualan dengan mengucapkan salam atau selamat. Memperkenalkan diri terlebih dahulu. Menyatakan nama orang yang ingin dihubungi jika orang lain yang menjawab panggilan. Memohon maaf jika tersalah membuat panggilan. Tidak mencelah sekiranya orang lain sedang bercakap. Mengucapkan terima kasih sebelum menamatkan panggilan. Meletakkan gagang dengan perlahan.

Adab Berinteraksi
Bertutur dengan Sopan 1. Adab berinteraksi yang baik ialah bertutur dengan sopan. 2. Kita perlu bertutur dengan sopan dengan sesiapa sahaja, terutama: (a) ibu bapa (b) ahli keluarga (c) guru (d) orang yang lebih dewasa 3. Bertutur dengan sopan dapat mencerminkan keperibadian yang baik.

4. Kita mudah didekati dan disukai jika bertutur dengan bersopan. 5. Bertutur dengan sopan juga dapat memelihara maruah diri dan keluarga. Adab Perbualan Telefon 1. Salah satu cara berinteraksi yang baik ialah adab berbual malalui telefon. 2. Adab perbualan malalui telefon yang baik adalah seperti berikut: (a) mengucapkan salam (b) memperkenalkan diri (c) meminta keizinan untuk bercakap dengan yang kita hendak dihubungi (d) melayan perbualan dengan sopan (e) mengaucapkan terima kasih selepas perbualan.

Adab Berinteraksi 1. Adab berinteraksi yang baik ialah bertutur dengan sopan.

2. Kita perlu bertutur dengan sopan dengan sesiapa sahaja,terutama: (a) Ibu Bapa (b) Ahli Keluarga (c) Guru (d) Orang yang lebih dewasa 3. Bertutur dengan sopan dapatmencerminkan keperibadian yang baik. 4. Kita mudah didekati dan disukai jika bertutur dengan cara yang bersopan. 5. Bertutur dengan sopan juga dapat memelihara maruah diri dan keluarga.

Pelakuan Bersopan 1. Selain bertutur dengan bersopan ,perlakuan kita juga perlu bersopan. 2. Antara perlakuan bersopan ialah: (a) meminta maaf selepas terbersin. (b) duduk dengan sopan di dalam sesuatu majlis. (c) menutup mulut apabila menguap. (d) tidak mengorek hidung di hadapan orang ramai. (e) membongkokkan badan apabila berjalan di hadapan orang yang lebih dewasa. 3. Perlakuan Bersopan dapat: (a) menjaga maruah diri dan keluarga. (b) membuatkan kita disayangi dan dihormati . (c) menjadi contoh kepada adik-adik atau kanak-kanak yang lain. 4. Kita harus berbangga apabila kita dapat berkelakuan sopan kerana orang pasti memuji sikap yang bersopan. Beradab Budaya Kita 1. Masyarakat kita memang terkenal dengan adab sopan ketimuran. 2. Banyak pelancong asing memuji kemesraan dan budi bahasa masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. 3. Setiap kaum mempunyai adab sosial tersendiri . 4. Contoh adab bersopan dalam pengucapan bagi masyarakat pelbagai kaum.

Você também pode gostar