Você está na página 1de 1

Temu bual Saya: Cikgu, terdapat seorang murid yang menghadapi masalah dalam binaan ayat.

Iskandar: Apakah masalah yang dihadapi oleh murid kamu? Saya: Murid berkenaan menghadapi masalah membina ayat. Dia cuma mampu membina ayat yang ringkas dan pendek sahaja. Iskandar: Sebenarnya, saya sentiasa mengingati murid-murid supaya membina ayat mengikut panduan yang saya berikan. Saya menetapkan satu kaedah yang dijadikan panduan kepada muridmurid untuk membina ayat. Saya: Apakah kaedah itu? Saya harap cikgu boleh berkongsi dengan saya. Iskandar: Tiada masalah. Sebenarnya, saya sudah menetapkan satu peraturan iaitu murid-murid diwajibkan untuk memasukan kata nama sebagai subjek dan kata kerja diikuti huraian sebagai predikat. Saya telah menggunakan cara ini sejak beberapa tahun yang lalu. Setakat ini, saya agak berpuas hati dengan hasilnya. Kaedah ini berkesan dalam ujian Bahasa Melayu terutamanya dalam soalan binaan ayat bahagian A kertas 2. Saya: Saya akan cuba menghasilkan satu rumus dan mengaplikasikannya ke atas murid berkenaan. Terima kasih cikgu. Iskandar: Sama-sama. Semoga berjaya.

Você também pode gostar