Você está na página 1de 17

LIRIK LAGU PATRIOTIK

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33.

31 Ogos Akhlak Mulia Anak-anak Kita Bahasa Jiwa Bangsa Bahtera Merdeka Bendera Malaysia Berkorban Apa Saja Budi Bahasa Budaya Kita Bumi Malaysia Fikirkan Boleh Ilham Pujangga Jalur Gemilang Joget Malaysia Kemegahan Negaraku Keranamu, Malaysia Kucari Damai Abadi Malaysia Baru Malaysia Berjaya Malaysia Tanah Airku Malaysia Tercinta Muhibah Nyalakan Tekad Pada Hari Penghabisan Pahlawanku Perajurit Tanah Air Perwira Putera Puteri Saya Anak Malaysia Sekapur Sirih Seulas Pinang Tanah Pusaka Tanjung Puteri Tegakkan Bendera Kita Wawasan 2020

RUKUN NEGARA Sejarah negara menyedarkan kita Perpaduan bangsa asas sejahtera Teras pembina negara dan bangsa Rukun Negara ideologi negara. Lima prinsip rukun utama Agama teras murni warganya Kepercayaan yang luhur kukuh jiwa Negara aman dan bangsa berjaya. Bumi dipijak dan langit dijunjung Kesetiaan kepada rakyat dan negara Prinsip kedua jati diri bangsa Kami pertahankan kedaulatan negara. Prinsip ketiga bersatu dan bersama Perlembagaan luhur adil dan saksama Prinsip keempat tema kesejahteraan Perusahaan negara kita jayakan. Bersopan santun amalan mulia Rakyat berbudaya mesra bersama Marilah bersama warga Malaysia

Kita hayati Rukun Negara. 1 Sudirman (Ahmad CB) 31 Ogos Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka ! Merdeka ! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka! Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh Hari mulia negaraku merdeka 2 AKHLAK MULIA Berbekalkan iltizam yang padu Ke hadapan dengan semangat baru Menjunjung tinggi masyarakat kita Seiring jalan Mengorak langkah berganding bahu Menuju matlamat negara. Berdisiplin dan berharmoni Kita bina negara warisan ibunda Melangkah maju ke hadapan Semangat perjuangan jadi pegangan Inilah sumpah taat setia Kami rakyat Malaysia. Mendukung bahasa jiwa bangsa Cinta dan harapan terlaksana Putera dan puteri negara jaya Amalkan semangat bersatu Akhlak mulia masyarakat jaya 2x Kebanggaan rakyat Malaysia. 2x 3 Penyanyi: M. Nasir Anak-anak Kita Anak-anak kitakah yang berlari telanjang Di bawah mentari sumbing Sambil bernyanyi lagu Ketakutan hari-hari ini Anak-anak kitakah yang memikul beban Kesilapan kita Hingga dia tak kenal Budaya canggung bangsa sendiri Selamatkan anak kita

Dari padang jerangkap samar Selamatkan anak kita Orde baru politikus usang Anak-anak kitakah yang bermain Di hutan belukar Dengan senapang kayu ubi Cambah tak kenal bahaya Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang Bila petang kerana terlalu sibuk main lastik Dan berpistolan Pistol-pistolan Jaga-jaga anak kita Jangan sampai jadi hamba Jaga-jaga anak kita Kita ini orang merdeka Panggillah mereka pulang Ayah nak ajar Tentang kurang ajar Jadi mereka takkan sendiri lagi Panggillah mereka pulang Ayah nak ajar Tentang kurang ajar Jadi mereka takkan dimomok lagi Fikir Selamatkah kita di tangan tukang karut itu Fikir Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu Fikir Selamatkah kita di tangan ahli korporat itu Fikir Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu Fikir Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu Fikir Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu 3

Lagu dan seni kata: Dol Ramli Bahasa Jiwa Bangsa Gunakanlah bahasa kebangsaan kita marilah amalkan ramai-ramai bahasalah menyatukan kita semua yakinlah "bahasa jiwa bangsa". Marilah mari rakyat semua buktikan taat semua dengan satu bahasa. Maju bangsa dan maju negara megahkan bahasa kita

"bahasa jiwa bangsa".

4 Bahtera Merdeka Bonda senyum riang Menerima bahtera merdeka Putra puteri sayang Putra puteri sayang Sedang berjuang Fajar telah tiba Nan menyingsing membawa harapan Tanah Semenanjung 2x Permata nilam (korus) Jiwa dan raga Buktikanlah pada nusa bangsa Supaya negara maju jaya Aman merdeka (1) Duhai ibu pertiwi Putera puteri datang sujud bakti Untuk (Ingin) menunaikan 2x Sumpah dan janji (ulang 1) 5 Lagu: Tony Fonseka dan Abdul Latif Ali Senikata: Mad. Tahir Hj. Samsuddin Bendera Malaysia Marilah kita beramai-ramai Naikkan bendera yang permai Bendera Malaysia aman dan damai Bendera Malaysia empat warna Merah puteh biru kuning bersama Semua ada dengan makna Mengenalkan Malaysia pada dunia Jalurnya empat belas Bintangnya juga Wajahnya berseri dan bercahaya Tanah Malaysia negara kita Harap rakyat taat setia Bendera Malaysia amat gagah Berkibar di tiang dengan megah Empat belas negara bersatu sudah Tanda Malaysia telah merdeka. 6 P. Ramlee Berkorban Apa Saja

Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia

Budi Bahasa Budaya Kita Ibu bapa dan kaum keluarga saudara terdekat jiran tetangga sayang menyayangi bertegur sapa ketulusan ikatan sepanjang usia. Para guru rakan sekolah turut warnai kehidupan kita ilmu ditimba pengalaman bertambah pergaulan sihat peribadi ceria. Bangsa Malaysia berhemah tinggi ramah dan mesra elok pekerti yang tiada dibantu yang lemah dilindungi bertimbang rasa hormat-menghormati. Kita berkhidmat jujur dan ikhlas mencurah bakti tak minta dibalas harapan rakyat satu amanah budi bahasa budaya kita.
7 Pencipta dan lirik: Ariff Ahmad Bumi Malaysia Bersinar di seluruh alamku Gemilang cemerlang cahaya Lahirnya di zaman baru Malaysia negara baru Malaysia

Berkibar bendera Malaysiaku Berkibar di angkasa tinggi Menunjukkan semangat bersatu Bumi Malaysia tetap aman bersatu Terus berjaya dan subur bahagia Malaysia negara ku yang kaya Tetap terpuji serata dunia Kerana hidup damai sentiasa Gembira di bumi ku Malaysia Bermegah segala makhluknya Mempertahankan semangat maju Berjaya Malaysia negara baru 8 Fikirkan Boleh Jika kau fikirkan kau boleh Kau hampir boleh melakukan Jika kau fikirkan ragu-ragu Usahamu tidak menentu Jika kau fikirkan kekalahan Kau hampiri kegagalan Jika kau fikirkan kemenangan Kau hampiri kejayaan Engkaulah apa kau fikirkan Terkandung dalam pemikiran Kau fikir boleh melakukan Fikirkan boleh Percaya apa kau lakukan Tabah apa kau usahakan Bertindak atas kemampuan Engkau boleh 9 Pencipta: A. Rahim Yadi Seni kata: Ismail Jaron ILHAM PUJANGGA Pencipta: A. Rahim Yadi Seni kata: Ismail Haron Ilham dari pujangga Berdiam diri bukan ertinya kau kalah Biar cercaan sekali datang menimpa Sudahlah memang adat di dunia Bersuaralah kamu pada perkara berguna Itulah sifat orang bijaksana Berikanlah tenaga Untuk nusa dan negara Ini zaman kemajuan Jangan kita ketinggalan Kasih sesama manusia Seperti anda sayangkan diri anda

Pandang yang satu kepada yang ramai sayang Pandang yang ramai kepada yang satu Sungguhkanlah hatimu Pertahankan ibu pertiwi Jauhkanlah diri mu Dari perkara yang merugi Maaf mudi dan muda Kususun jari sepuluh Aku bukanlah seorang pujangga Hanya seorang penyanyi biasa 10 Lagu: Pak Ngah Lirik: Siso Kotaprasa Jalur Gemilang Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua Puncak dunia telah kau tawan Lautan luas telah kau redah Membawa semangat jiwa merdeka Semarak jaya kami warganya Empat belas melintang jalurnya Semua negeri dalam Malaysia Satu suara satu semangat Itu sumpah warga berdaulat Jalur gemilang ... di bawah naunganmu Jalur gemilang ... kami semua bersatu Perpaduan ketaatan Amalan murni rakyat Malaysia Jalur gemilang ... megah kami terasa Jalur gemilang ... kibarkanlah wawasan Merah putih biru kuning Jalur semangat kami semua Berkibarlah Berkibarlah Berkibarlah Jalur gemilang

11 Pencipta: P. Ramlee JOGET MALAYSIA Pencipta: Allahyarham Tan Sri P. Ramlee L Datok panglima pergi membajak Ke tanah rata senja pulangnya Kalau Saloma orang yang bijak Negeri kita apa namanya P: Ikanlah keli di dalam perahu Oranglah buta tangkap buaya } 2x Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu Negara kita nama Malaysia } 2x

L: Rama lah rama di pohon duri Mati di timpa si buah nangka } 2x Kalau Cik Saloma orang bestari Bulan berapa Malaysia merdeka } 2x P: Anak Bengali di kebun nyonya Petiklah gambus anak Melaka } 2x Wahai Cik Ramlee ini jawabnya 31 Ogos Merdeka } 2x L: Ke pasar lama membeli serai Singgah bertanya datuk Menteri } 2x Kalau Saloma orang yang pandai Di mana letak ibu negeri } 2 x P: Anaklah bilal dari Mentakab Pergi ke Johor buat kenduri } 2x Cik Ramlee soal mudah di jawab Kuala Lumpur ibu negeri } 2x 12 Lagu: Jimmy Boyle Seni kata: Dol baharin Kemegahan Negaraku Selamatlah Malaysia jaya Negaraku yang kucintai Seumurnya gagah perkasa Kedaulatanmu ibu pertiwi Malaysiaku maha perkasa Negaraku indah murni Selamatlah Malaysia raya Negaraku yang kucintai 13 Lagu: Pak Ngah Lirik: Siso Kopratasa KERANAMU, MALAYSIA Buruh nelayan dan juga petani Gaya hidup kini dah berubah Anak anak terasuh mindanya Lahir generasi bijak pandai Pakar I.T pakar ekonomi Jaguh sukan dan juga jutawan Berkereta jenama negara Megah menyusur di jalan raya Alam cyber teknologi terkini Kejayaan semakin hampiri Biar di kota ataupun desa Kita semua Pasti merasa bangga Kerana mu Kami mendakap tuah Kerana mu Kami bangsa berjaya Kerana mu Kami hidup selesa Limpah budi kemakmuran negara Kerana mu Kami bebas merdeka Kerana mu Nyawa dipertaruhkan Kerana mu Rela kami berjuang Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu negara Malaysia Malaysia ......... Terima Kasih Malaysia !!!!!!!!!!

KUCARI DAMAI ABADI

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun Untuk hidup kaya Aku cari bukan wang berjuta-juta Untuk hidup bergaya Aku cari bukan kawan-kawan Untuk hidup sekadar berfoya-foya Aku cari mana dia al-Ghazali Aku cari mana dia as-Syafii. Kita bongkar kitab suci Cari pedoman Kita bongkar rahsia sunah Nabi Cari panduan. Aku hidup kerana Dia Rabbi Dialah teman Dialah wali Dia mencukupi aku hidup bererti Menikmati damai abadi.
14 Lagu dan seni kata: P. Ramlee Malaysia Baru Andai hidup tak punya cinta Pada bangsa mahupun wanita Hidup tak punya ertinya Kenikmatan tidak dirasa Cinta bangsa rasa mulia Cinta wanita rasa bahagia Menjadi kita penuh daya Mencipta hidup sempurna (korus) Andai kita lalai sertalah lupa Masa akan lari sia-sia Jiwa kosong tak berharga Dunia bukan syurga Oleh itu mari kawanku Berpimpin tangan berganding bahu Segera capai cita yang satu Di alam Malaysia baru (ulang dari korus hingga akhir) 15 Lagu dan lirik: Surya Buana Malaysia Berjaya Malaysia kita sudah berjaya

Aman makmur bahagia Malaysia abadi selamanya Berjaya dan berjaya Berbagai kaum sudah berikrar Menuju cita-cita Satu bangsa satu negara Malaysia berjaya Dari Perlis sampailah ke Sabah Kita sudah merdeka Negara makmur rakyat mewah Kita sudah berjaya Dengan semboyan kita berjaya Menuju di angkasa Satu bangsa satu negara Malaysia berjaya 16 Lagu dan seni kata: Johar Bahar MALAYSIA TANAH AIR KU Lagu dan Senikasa Johar Bahar Malaysia oh tanah air ku Tanah tempat tumpah darah ku Negeri elok amat ku cinta Yang ku puja sepanjang masa Sawah mu terbentang meluas Tumbuh-tumbuhan hijau merendang Bukit mu lurusnya terbentang Tak jemu mata ku memandang Sungguh indah di Malaysia Negeri yang kaya raya Tempat pusat berniaga Terkenal di seluruh dunia Malaysia negeri ku Malaysia Pusaka tinggalan moyang ku Tetap sentosa hidup merdeka Malaysia tanah air ku 17 Pencipta: Masrurah Irina Lirik: Siso Kotaprasa MALAYSIA TERCINTA Tanah air tercinta Ibu pertiwi warisan bangsa Negara ku Malaysia bebas Merdeka Lambang keamanan dan kemakmuran Bertekap dan berbakti Semangat waja gigih berusaha Sehati dan sejiwa Rakyat berbilang bangsa Menuju ke arah satu cita Keluhan resah

Tiada bermain di jiwa Semuanya bergantikan ceria Zaman gerhana jauh sudah Ditinggalkan Malaysia tanah tercinta Budimu tinggi nilainya Kami yang menerima jasa mu Tak terbalas Walaupun bergalang nyawa Demimu tetap ku relakan Malaysia tercinta Tanah bertuah Jasa dan budi Tetap kusanjung tinggi Tetap kusanjung tinggi 18 Pencipta dan seni kata: Saiful Bahari Muhibah Muhibah, Muhibah Itulah amalan kita semua Muhibah, Muhibah Sejak sedari zaman purbakala Tunaikanlah ikrar Satu nusa satu bangsa merdeka Satu loghat dan satu suara Dalam Malaysia jaya (korus) Junjung tinggi cita-cita bangsa Hormatilah perlembagaannya Marilah kita berganding tangan Hapuskanlah jurang perbezaan Muhibah, Muhibah Gema bersatu padu satu bangsa Negara 'kan makmur bahagia Dalam Malaysia jaya (ulang dari korus) 19 Pada Hari Penghabisan Pada hari penghabisan Waktu di pelabuhan Air mata berlinang Sedih ku meninggalkan Kawan-kawan ku sayang Tak dapat ku berkata Hanya bersalam mesra Sungguh terasa hiba Kalau akan berpisah Tak tertahan air mata (korus) Kerana persahabatan

Telah erat di hati Tapi apakan daya Ku mohon diri Lantaran ayah ibu Telah rindu menunggu Aku pulang dahulu Namun tetap ku nanti Semoga jumpa lagi 20 Pencipta dan seni kata: Yusoff B Penyanyi: Sanisah Huri PAHLAWANKU Pahlwan ku Pergilah berjuang untuk bangsa Jangan ragu Nama mu tetap di puja Biar mati Sebagai pahlawan yang sejati Jangan undur Jasamu kelak bertabur Selamat kau pergi Selamat kembali Dengan hati suci Dan tak takut mati Pahlawan ku Menuju ruang ke medan perang Jangan ragu Sebagai askar berjuang 21 Pencipta dan seni kata: Surya Buana PERAJURIT TANAH AIR Inilah barisan kita Yang ikhlas berjuang Siap sedia berkorban Untuk ibu pertiwi Sebelum kita berjaya Jangan harap kami pulang Inilah sumpah pendekar kita Menuju medan bakti Andai kata kami gugur semua Taburkan bunga di atas pusara Kami mohon doa Malaysia berjaya Semboyan telah berbunyi Menuju medan bakti 22 Penyanyi: Sharifah Aini Perwira Perwira Dikaulah harapan hati Penghibur kala sunyi Pergilah berbakti

Membela pertiwi Perwira Janganlah kakanda bimbang Untuk pergi berjuang Andainya kau gugur Jasamu dikenang (1) Dengarlah lagu kucipta Gubahan mesra nan manja Sebagai ganti diri Bersama kau berbakti Untuk ibu pertiwi Kakanda di medan perang Adinda di medan seni Sama-sama berjuang Sama-sama berbakti Semoga tabah hati Majulah kakanda maju jangan undur Dinda mohon doa restu Rela sehidup semati bersamamu Perwiraku (ulang dari 1) 23 Lagu: Jimmy Boyle Seni kata: Dol Baharin PUTERA PUTERI Putra puteri negara jaya Bersatu berpadu tenaga Padamu harapannya bangsa Seandai cita-cita Putra puteri sejati mulia Kota bandar desa sepasti Seruan jasmani dewi suci Bakti jasa jiwamu. Menegakkan nusa mendirikan bangsa Putra Putri dewi cekal gagah berani Putra Putri negara jaya Bersatu berpadu tenaga Padamu harapannya bangsa Seandai cita-cita. 24 Saya Anak Malaysia (1) 1953 Bulan 5 aku dilahirkan Di sebuah negeri yang diberi nama NEGERI SEMBILAN (2)

Selepas itu aku dibesarkan Di NEGERI KELANTAN Aku belajar di sekolah orang putih Dekat dengan Pasir Puteh Saya Anak Malaysia (4X) (3) Lepas sekolah aku merayau Negeri mat saleh aku merantau Tempat orang indah sekali Tapi MALAYSIA dekat di hati Saya Anak Malaysia (4X) Sampai masa aku pun balik Tapi makweku nampak pelik Dia kata nak jadi apa Aku kata itu Tuhan punya kuasa Saya Anak Malaysia (4X) (4) Lemah lembut sopan santun Sudah menjadi darah dagingku Walaupun aku nampaknya kutu Aku hormat orang tuaku Saya Anak Malaysia (4X) (Ulang 2,3 & 4) 25 Sekapur Sirih Seulas Pinang Sekapur sirih sekapur sirih seulas pinang Diberi bekal diberi bekal buat perangsang Pergilah intan pergilah intan pergilah sayang Ketengah medan ke tengah medan pergilah berjuang Biarlah gugur biarlah gugur bertumpah darah Biar berlengkar, biar berlengkar di medan perang Janganlah undur janganlah undur menyerah kalah Pantang pendekar pantang pendekar di tengah gelanggang Janganlah sedih janganlah sedih meninggal kami Senjata disandang senjata disandang sebagai ganti Kami berdoa kami berdoa setiap hari Selamat pergi selamat pergi selamat kembali 26 Lagu: Ahmad Merican Seni kata: Wan Ahmad Kamal Tanah Pusaka Sungguh gemilang negeriku Yang kupuja oh tanah Malaysia Di seluruh dunia negaraku Yang berdaulat negaraku Aman makmur kaya-raya Selama-lama hidup maju jaya

Oh tanah pusaka Negaraku yang berdaulat dan merdeka Tanah pusaka bertuah Berbagai bangsa di dalamnya Hidup aman dan bersama Bertekun kerja untuk Malaysia Musuh melanggarku gempur Sungguh rela ku gugur kerana Kau tanah pusaka Biar putih tulang jangan putih mata 27 Tanjung Puteri Tajuk Johor Tanjung Puteri Selat Tebrau airnya biru Di Pantai Lido tepian mandi Sepanjang masa di hari minggu Atas bukit Tanjung Puteri Taman hiburan indah berseri Pemandangan menawan hati Jalan tambak hubungan negeri (korus) Tanjung Sekijang nun di kuala Tempat nelayan mengail gelama Istana Hinggap di Kuala Danga Pantai berkelah keluarga diraja Dari Tebrau orang berakit Singgah Stulang membeli kopi Pusara Si Bongkok di lereng bukit Di tepi pantai Tanjung Puteri 28 Penyanyi: Sudirman Tegakkan Bendera Kita Hormatilah bendera kita Ia lambang negara Bersatu padu kita di bawahnya Hidup berkeluarga Putih merah biru kuning Warna bendera kita Berkibar-kibar megah Di angkasa Kemegahan semua Tegakkan bendera kita 29 Ciptaan: Akbar Nawab Wawasan 2020 Bendera berkibar di angkasa Lambang negara jaya Rakyat sepakat sehati sejiwa Dengan berbakti dengan megah

Hadapi cabaran masa muka Penuh tenaga murni Bakti dicurah searah-sehala Dengan wawasan yang suci Wawasan meningkat kemajuan Tiada lagi kepincangan Kemewahan rasa-dirasai Bersama kita nikmati Wawasan 2020 Satu pandangan jauh Bukan impian malah kenyataan Bersama kita jayakan

Nyalakan Tekad Nyalakan azam membumbung padukan tekad nan waja songsongi ombak bergulung menuju ke pulau cita. Setitis jadikan laut sekepal jadikan gunung namamu kelak disebut jasamu kelak disanjung. Nyalakan tekad di hujung cita sama muafakat ke puncak jaya sembah setia sepenuh jiwa untuk nusa dan negara. Kan megah langit dijunjung rela bumi nan dipijak kan megah ibu mengandung putera puterinya berjasa.
59 patah perkataan Kucari Damai Abadi Kucari bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya aku cari bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya. Aku cari bukan kawan-kawan untuk hidup dalam berfoya-foya aku cari mana dia al-Ghazali aku cari mana dia as-Syafie.

Kita bongkar rahsia kitab suci, cari pedoman kita bongkar rahsia sunah Nabi, cari panduan. Aku hidup kerana Dia, Rabbi dialah teman, dialah wali dia mencukupi aku hidup bererti menikmati damai abadi.

Você também pode gostar