Você está na página 1de 9

Peranan guru menjadi semakin penting, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang banyak diperkatakan sekarang.

Tanggungjawab guru kini bukan terhad seperti dulu malah semakin bertambah. Ia merupakan satu cabaran baru kepada guru bagi menentukan bahawa dalam zaman ledakan maklumat , murid lebih pandai daripada guru. Justeru itu, guru perlu menimba lebih banyak ilmu pengetahuan melalui penggunaan teknologi maklumat dan kaedah pengajaran terkini. Pembelajaran sepanjang hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal ataupun profesional. Salah satu ciri sebuah negara maju dan moden ialah mempunyai ramai tenaga kerja profesional yang mampu menampung keperluan sumber manusia dunia. Dalam konteks pendidikan, guru yang profesional merupakan aset utama yang bertindak sebagai kilang yang menghasilkan produk sumber manusia yang profesional. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersungguh sungguh merangka dan melaksanakan pelbagai program bagi melahirkan guru yang profesional serta menaikkan tahap profesionalisme keguruan di negara ini. Hal ini adalah selari dengan Wawasan 2020 yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi. Peranan yang diambil oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan adalah amat berat. Hal ini kerana bilangan guru di Malaysia adalah ramai dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menjayakan projek ini. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah memasukkan rancangan untuk memartabatkan profesion keguruan sebagai salah satu teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPPN) yang telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. Teras ke lima PIPPN iaitu memartabatkan profesion keguruan telah dibahagikan kepada lima fokus utama. Lima fokus utama tersebut ialah yang pertama, menambah baik sistem pemilihan calon guru. Kedua, memantapkan latihan perguruan. Ketiga, memantapkan kerjaya guru. Keempat, menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru. Kelima, memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. Fokus pertama dalam teras ke lima PIPPN ialah menambah baik sistem pemilihan calon guru. Secara kasarnya, hal ini boleh diterjemahkan sebagai memperketatkan syarat dan kriteria pengambilan calon guru. Program program pengambilan calon guru seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan

diperketatkan syarat kelayakannya. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa hanya calon calon yang layak sahaja yang akan mendapat tempat di Institut Pendidikan Guru (IPG). Sebagai contoh, calon yang ingin menduduki tempat dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) perlu meduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MteST) serta perlu melepasi temu duga secara individu dan berkumpulan. Ini adalah bagi memastikan bakal bakal guru yang lahir dari IPG adalah guru guru yang berkualiti dan mempunyai tahap profesionalime yang tinggi. Fokus kedua dalam teras ke lima PIPPN ialah memantapkan latihan perguruan. Antara strategi pelaksanaan fokus kedua ini adalah menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG), mereka bentuk dan menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru, peningkatan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan dan yang terakhir, peluasan dan peningkatan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Hal ini amat penting kerana suasana pembelajaran yang baik dan kondusif akan dapat melahirkan guru yang cemerlang dari semua aspek serta mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi. Memantapkan kerjaya guru merupakan fokus ketiga dalam teras ke lima PIPPN. Penambahbaikan perjawatan guru dan penambahan perjawatan serta peluasan naik pangkat merupakan antara strategi pelaksanaan dalam fokus ketiga ini. Melalui startegi ini kerajaan akan meningkatkan kadar kenaikan pangkat mengikut kuota baharu. Kerajaan juga akan menambah baik norma perjawatan guru. Selain hal itu, elaun elaun untuk tugas tugas khas akan diberikan. Cuti rehat dan waktu bekerja guru juga akan disemak semula. Melalui strategi pelaksanaan ini, berkemungkinan besar hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan guru akan berjaya. Fokus ke empat pula ialah menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru. Melalui strategi menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan penempatan guru mengikut opsyen dan keperluan, mutu kerja guru guru akan meningkat. Keperluan tempat tinggal di kawasan luar bandar, pedalaman dan bandar besar akan disediakan melalui pembinaan kuarters baharu. Bilik bilik darjah juga akan dibaik pulih bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan. Penempatan guru mengikut opsyen merupakan langkah yang amat bijak. Hal ini kerana, guru guru akan lebih mudah berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih berkesan tentang masalah masalah P&P dan sebagainya. Ini

akan dapat meningkatkan tahap pencapaian murid sekaligus memartabatkan profesion keguruan. Faktor yang terakhir ialah memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. Hal ini bermaksud, sumber sumber manusia seperti guru guru baharu dan guru guru pelatih akan disediakan dengan perancangan dan pengurusan yang mantap. Untuk itu pihak IPG akan mewujudkan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA mahupun IPTS tentang latihan guru Selain hal itu, sistem maklumat guru akan ditambah baik dan dikemas kini secara total dari semasa ke semasa secara komprehensif. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yasin yang juga merangkap Menteri Pelajaran pada waktu itu berkata bahawa, Guru mesti melengkapkan diri dari sudut keilmuan dan sahsiah, berintegriti, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini mempunyai kaitan dengan etika keguruan iaitu penampilan atau personaliti guru. Tan Sri Muhyidin juga menegaskan bahawa konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi seseorang guru amat penting untuk mereka mencari, mengkaji dan menyelidik ilmu dan kemahiran pengajaran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didik. Faham pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965. Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya. Manakala dalam satu laporan lain yang juga dikeluarkan oleh UNESCO yang

bertajuk "Learning To Be" menyatakan bahawa capaian kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu sahaja. Ia sebaliknya perlu disebatikan ke dalam keseluruhan anggota masyarakat dan kehidupan setiap ahlinya. Apa yang lebih penting ialah faham pembelajaran sepanjang hayat membolehkan semua orang mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk membolehkannya mengambil bahagian secara cergas sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab. Di samping itu, setiap guru harus cekap merangka pelan pembelajaran peribadi mereka. Antara yang

terbaik boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai pembelajaran peribadi adalah dengan berusaha untuk meningkatkan kelulusan akademik dan sentiasa mengambil peluang untuk mengikuti pembelajaran atas rasa keperluan dan mencapai kepuasan peribadi. Setiap guru boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan melakukan pembelajaran kendiri melalui peluang yang disedakan oleh KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme seperti Program Diploma Perguruan Khas dan Program Pensiswazahan Guru. Muhyiddin juga berkata, Penyelidikan Tindakan boleh dijadikan disiplin yang penting untuk menambah baik pengajaran di bilik darjah dan ia seharusnya dijadikan wadah untuk guru memperbaiki strategi, pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran. Apabila disebut penyelidikan, kebanyakan guru atau pensyarah berpendapat ia adalah sesuatu yang agak tinggi dan sukar dilaksanakan. Bagi mereka penyelidikan adalah aktiviti yang dibuat oleh pensyarah-pensyarah universiti dan penyelidik-penyelidik sepenuh masa. Berbeza dengan

situasi di sekolah, sebagai guru terlatih dan professional kita boleh menjalankan penyelidikan mengikut konteks di sekolah. Penyelidikan di sekolah boleh dilakukan untuk mengatasi masalah mengikut situasi semasa. Penyelidikan tindakan bertujuan untuk menyelesaikan masalah tertentu dan bukan untuk membuat generalisasi. Setiap guru perlu membudayakan amalan penyelidikan di sekolah supaya segala masalah yang berbangkit dapat di atasi secara professional. Guru yang lulus pengajian dari IPG seharusnya tidak berasakan mereka sudah mempunyai ilmu yang mencukupi kerana sebagai ia perlu digali manakala pengalaman perlu diterokai.'Ia bagi memastikan setiap guru sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran diri dengan teknik terkini dalam menyampaikan ilmu," katanya. Guru mempunyai kurang kesedaran tentang pentingnya membuat reflektif tentang pengajaran pembelajaran mereka. Sebarang masalah yang timbul dalam pengajaran pembelajaran tidak cuba diselesaikan dan jika ada cubaan untuk menyelesaikan sebarang masalah, tidak dijalankan dengan teratur dan kemas. Tidak terdapat sebarang pendokumentasian yang dibuat untuk membolehkan pihak pendidik lain berkongsi pendapat dan pengalaman yang diperoleh. Antara pelan pembelajaran pembelajaran peribadi yang boleh dilaksanakan adalah seperti pembelajaran di rumah, pendidikan dewasa, pendidikan berterusan, pengetahuan pekerja dan Persekitaran Pembelajaran Kendiri (PPK).

Pada masa sekarang terdapat beberapa program pendidikan yang boleh berlangsung di rumah, antaranya pembelajaran melalui talian atau dikenali sebagai online learning (OLL) merupakan satu pendekatan yang membolehkan seseorang meneruskan pengajian tanpa perlu berada di kolej atau universiti untuk berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau pensyarah. Peluang meningkatkan ilmu turut berlaku di tempat - tempat kerja yang kerap dirujuk sebagai Latihan Pembangunan Staf (LPS) untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kompetensi dalam kerjaya masing - masing. Pendidikan berterusan lebih bertumpu pada usaha seseorang untuk menyambung pengajiannya di sesebuah kolej atau universiti untuk memperoleh sijil, diploma atau ijazah lanjutan sama ada secara sepenuh masa atau secara sambilan. Sebagai seorang guru, perlulah menerokai bidang kerja mereka yang berkaitan dengan pengetahuan pedagogi (pedagogical content knowledge), kandungan mata pelajaran (subject content knowledge), psikologi murid dan perkara - perkara yang melibatkan pengurusan bilik darjah. Oleh itu, konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat menerusi PPK adalah sesuatu yang baharu dan selaras dengan konsep e- learning yang diperkenalkan. Untuk memperhebatkan lagi konteks pembelajaran sepanjang hayat ini dilaksanakan, pelbagai penekanan yang boleh dilakukan iaitu budaya membaca. Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamed menyeru agar guru - guru mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka sentiasa mengemaskinikan ilmu pengetahuan mereka memandangkan peranan mereka sebagai pendidik dan role model kepada murid di sekolah. Islam sendiri juga menekankan amalan membaca melalui surah al - Alaq ayat ke-19 yang bermaksud: "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah, Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam (tulis baca), Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." Maka, guru di Malaysia patut bangun menggilap imej guru Malaysia melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok profesional yang lain.

Penekanan untuk pembelajaran sepanjang hayat yang seterusnya ialah budaya menyelidik. Jenis penyelidikan yang sesuai bagi kalangan guru adalah Penyelidikan Tindakan. Penyelidikan Tindakan ialah suatu pusingan yang terdiri daripada perancangan, tindakan, penilaian terhadap tindakan. Kepentingan melaksanakan Penyelidikan Tindakan yang pertama ialah memfokus kepada suatu kajian yang lebih spesifik tentang salah satu aspek dalam pengajaran yang juga merupakan aspek yang anda beri perhatian. Kedua, menggalakkan budaya kolaborasi dengan pihak lain di mana anda sebagai pensyarah/guru terlibat secara peribadi sebagai peserta kajian ini dan mungkin melaksanakan kajian secara individu di mana murid - murid anda atau rakan - rakan sekerja anda sebagai pemberi maklumat ke atas tindakan yang anda ambil. Ketiga, pendokumentasian dan bukti sesuatu penyataan dapat dilakukan melalui penyelidikan tindakan disamping mendorong kepada budaya reflektif yang membentuk diri bersikap terbuka, mampu menerima dan mengaku kelemahan dan bersedia memperbaiki dan berubah, malahan mampu menambah baik amalan kendiri. Selain itu, amalan reflektif juga dalah salah satu penekanan untuk pembelajaran sepanjang hayat. Berfikiran reflektif merupakan amalan berfikir atau merenung kembali sesuatu pengalaman yang kita alami dan menyedari implikasinya terhadap diri kita. Budaya ini mampu untuk membantu guru mengimbangkan kepercayaan kita dengan keperluan pelajar. Apabila kita membuat refleksi, kita menjadi lebih sedar dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan dengan ini sesuatu pengajaran mampu dipertingkatkan. Pengajaran reflektif adalah penting kerana pengajaran ini membolehkan kita memahami pengalaman praktik tanpa mengetepikan hakikat bahawa terdapat nilai, andaian, kepercayaan dan perspektif kendiri yang mempengaruhi kedua - dua amalan dan bagaimana amalan itu dialami. Kepentingan amalan ini adalah membantu dalam mengimbangi antara pengalaman sendiri dengan orang lain, suatu elemen dalam Penyelidikan Tindakan, memudahkan perbincangan dilakukan, suatu pembelajaran kendiri dan sebagai penilaian terhadap amalan kendiri. Antara jenis - jenis amalan reflektif adalah seperti berikut: i. Amalan reflektif semerta (Reflection in Action) ii. Amalan reflektif ke atas tindakan (Reflection on Action) iii. Amalan reflektif untuk tindakan (Reflection for Action)

Manakala proses pengajaran reflektif pula berlaku dalam dua cara iaitu penulisan jurnal refleksi dan pengurusan portfolio. Penulisan jurnal refleksi merupakan salah satu aktiviti yang menggalakkan pemikiran reflektif dalam kalangan pelajar dan guru. Tindakan susulan dalam pengajaran reflektif adalah apabila guru yang terlibat dalam amalan reflektif berasa puas

dengan peranan yang dimainkan dalam menangani masalah pengurusan bilik darjah dan P&P. Pengurusan portfolio pula adalah menjadi suatu alat yang menggalakkan pelajar menjana pengetahuan dan kemahiran serta merangsang pemikiran terhadap tugas mereka dalam pengajaran. Penekanan untuk pembelajaran sepanjang hayat yang seterusnya adalah kolaborasi dan musyawarah. Kolaborasi didefinisikan sebagai bekerja dengan orang lain dalam projek bersama yang tidak mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai. Musyawarah ialah rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat atau persetujuan terhadap sesuatu tindakan yang diambil. Sesebuah sekolah akan lebih berjaya untuk guru dan muridnya sekiranya guru bekerja secara kolaboratif untuk menyelesaikan masalah,dan diberi kuasa autonomi yang maksimum untuk menjalankan kerja mereka. Di mana kepakaran dalam pengajaran lahir daripada proses perkongsian, mencuba idea - idea baharu, membuat refleksi ke atas amalan dan membina pendekatan - pendekatan baharu. Antara elemen kolaborasi ini adalah: i. Hubungan kerja berterusan ii. Kepercayaan dan sukarela iii. Peningkatan kemahiran dan daya usaha berterusan iv. Bekerjasama untuk perkembangan v. Penghargaan secara langsung. Cara - cara guru berkolaborasi pula adalah: i. Pengajaran berpasukam ii. kolaborasi melalui Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iii. Kolaborasi antara organisasi/institutsi/agensi

Kursus dalam perkhidmatan memberi fokus kepada peningkatan ilmu dan kemahiran guru terutama dalam pengurusan pembestarian sekolah, sains dan teknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan kokurikulum, transformasi kurikulum, pentaksiran dan penilaian, di samping latihan pedagogi terkini dan mastery learning. Pembelajaran autentik juga boleh dijadikan penekanan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran autentik ialah pembelajaran berteraskan aktiviti dalam suasana sebenar yang membolehkan seseorang pelajar menumpukan pada pengetahuan dan kemahiran seperti kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, Perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memberikan peluang kepada setiap individu menguasai pelbagai maklumat. Sehubungan itu, peranan guru lebih bertumpu pada peranan sebagai seorang fasilitator dan oleh kerana itu guru perlu memperlengkapkan diri dengan maklumat dan kemahiran terkini. adalah: i. Program Adobe (pembelajaran interaktif dan sebagainya lagi) ii. Program ERIC (rujukan pelbagai sumber seperti jurnal..dll). iii. E- Pembelajaran (Pembelajaran Elektronik seperti Pengajaran Berasaskan Web) iv. E- Perpustakaan, E- Buku dan E- Jurnal (Kemudahan elektronik dan capaian mudah) Antara sumbernya

Tentang jangkaan dalam perkembangan kerjaya saya adalah selepas daripada tamat pengajian 5 tahun di Institut Pendidikan Guru (IPG) ini, saya merancang untuk komited dalam tugasan di sekolah pada 5 tahun yang pertama. Selepas itu, jika diberikan rezeki, saya akan melanjutkan pembelajaran di peringkat Sarjana. Hal ini demikian kerana guru harus mempunyai sikap ingin belajar sepanjang hayat kerana ia amat penting untuk guru itu sendiri. Ini adalah kerana dengan mengikuti latihan ikhtisas selama beberapa tahun sahaja, tidak boleh menjamin bahawa seseorang guru itu sudah terlatih untuk selama-lamanya. Sebaliknya, jika guru tidak mempunyai sikap untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan selepas dilatih, guru itu akan ketinggalan dan profesion keguruan mungkin akan kehilangan martabatnya. Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar. mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru. Ini akan

Secara keseluruhannya, dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagai seorang pendidik, kita juga haruslah sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kita dari semasa ke semasa sejajar dengan peredaran zaman. Kepentingan mencari ilmu turut ditegaskan dalam setiap agama. bermaksud: Bagi agama Islam, hal tersebut jelas melalui sabda Rasullullah SAW yang

"Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan jalan yang perlu ditempuhinya untuk menuju Syurga."

Você também pode gostar