Você está na página 1de 2

8.

0 RUMUSAN Keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa kajian tindakan yang dijalankan ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ia membuktikan bahawa teknik Wak yang dijalankan dapat membantu murid-murid dalam menulis ayat lengkap berdasarkan gambar tunggal. Hal ini membuktikan bahawa strategi pengajaran yang berkesan memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan prestasi penulisan murid-murid. Menurut Mohd. Azam (2009), teknik P&P yang diperkenalkan oleh guru melatih murid berfikir secara kreatif dan kritis dan mampu mematangkan kemahiran individu murid yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Penggunaan strategi pengajaran yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran amat mempengaruhi pencapaian murid dalam penulisan bahasa Melayu. Dapatan kajian telah menunjukkan pencapaian murid bertambah baik selepas teknik WAK ini digunakan. Teknik ini telah bukan sahaja mempertingkat prestasi murid malah dapat meningkatkan kebolehan murid dalam menyusun perkataan atau kosa kata untuk membentuk ayat yang lengkap berpandukan bahan grafik yang telah disediakan.

Pembinaan ayat dengan tiga elemen WAK yang diajar oleh guru dapat memudahkan murid membina ayat. Penggunaan kata hubung, kata sendi, penjodoh bilangan, imbuhan dan kata adjektif yang sesuai dengan grafik dapat menjadikan ayat yang dibina gramatis. Murid yang telah beransur maju memahami penggunaan elemen WAK dalam ayat akan mudah melakukan proses membina ayat dan pemurnian ayat juga akan menjadi lebih mudah.

Kajian tindakan ini merupakan satu aktiviti yang seharusnya dilakukan oleh setiap orang guru sama ada secara formal ataupun tidak. Ini adalah bagi meningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang akademik. Selain itu, ia juga dapat memperbaiki teknik penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas. Melaluinya juga, para guru akan lebih mengenali kekurangan dan kelebihan setiap orang muridnya walaupun tidak secara mendalam. Para guru juga akan lebih mengetahui teknik mengajar yang sesuai yang patut diambil setelah mengetahui kelebihan dan kekurangan murid.

Kajian ini juga diharap dapat memberi kepekaan dan ransangan kepada pihak sekolah dan guru-guru Bahasa Malaysia di sekolah saya khasnya dan daerah saya amnya. Setiap program yang dijalankan seharusnya memerlukan komitmen yang kuat dalam diri sendir bukan shaja sebagai guru tetapi sebagai pembimbing yang mana pendidik harus mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjaya hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Você também pode gostar