Você está na página 1de 1

Pantun Rajin Belajar

Memang cantik kereta Kancil, Menuju ke bandar waktu Subuh, Tugas adik semasa kecil, Mesti belajar bersungguh-sungguh.

Pokok betik di tepi pagar, Pokok meranti di tepi bangsal, Sekiranya adik malas belajar, Dewasa nanti pasti menyesal.

Pergi ke kedai bersama Mak Lijah, Hendak membeli baju baru, Waktu adik di bilik darjah, Tumpukan kepada ajaran guru.

Pasar malam riuh tempatnya, Di situ tempatnya melelong jualan, Adik perlu rajin bertanya, Malu bertanya sesat jalan.

Burung pipit di atas dahan, Turun makan di tepi penjuru, Selepas adik mencapai kejayaan, Jangan lupa jasa guru.

Você também pode gostar