Você está na página 1de 10

Annual Report 2012

(BAHASA MELAYU)
CoralReeIs-RainIorestsoIthe5ea
CoralReeIs-RainIorestsoIthe5ea
Terumbu karang adalah ekosistem marin yang paling kaya dari
segi kepelbagan hidup di bumi. Ia adalah sumber ekologi dan
ekonomi yang penting di banyak negara di seluruh dunia, dan
menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan ekosistem yang
berharga kepada jutaan orang.
keef Check Malaysia hd
LAPORAN TAHUNAN 2012
Sejarah Reef Check
Ditubuhkan pada tahun 1996, Reef Check merupakan satu program
pemantauan terumbu karang antarabangsa yang terbesar di dunia
yang melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada penyelam rekreasi
dan saintis-saintis marin. Pemantauan secara besar-besaran yang kali
pertamanya dilaksanakan pada tahun 1997 memberi bukti yang kukuh
bahawa terumbu karang telah dirosakkan pada skala global. Peman-
tauan tersebut telah meningkatkan kesedaran para saintis, badan-
badan kerajaan, ahli-ahli politik dan masyarakat tentang nilai terumbu
karang, ancaman-ancaman ke atas kesihatan terumbu, dan cara
penyelesaian bagi masalah-masalah terumbu karang.
Pada Ogos 2002, Reef Check telah mengeluarkan laporan pemantauan
yang telah dijalankan selama 5 tahun Krisis Terumbu Karang Global
Corak dan Penyelesian. Berdasarkan data yang dikumpul dari lebih 80
negara, laporan tersebut merupakan satu dokumentasi saintik yang
pertama menunjukkan kemerosotan kesihatan terumbu karang di
seluruh dunia untuk 5 tahun yang lepas. Kadar kemerosotan dan
kemusnahan pada skala global itu adalah membimbangkan. Hampir
tiada terumbu karang yang terdapat di dunia adalah bebas daripada
ancaman manusia, contohnya penangkapan ikan berlebihan, pencema-
ran dan perubahan iklim. Namun kejayaan-kejayaan yang dibincangkan
di dalam laporan menunjukkan bahawa dengan pemantauan, pengu-
rusan dan perlindungan yang betul, terumbu karang kita boleh pulih. Ia
terpulang kepada kita.
Pada hari ini, Reef Check menjalankan pemantauan di seluruh dunia
setiap tahun, untuk memantau keadaan terumbu karang di seluruh
dunia secara berterusan. Pasukan Reef Check telah ditaja oleh banyak
syarikat besar dan telah bekerja dengan banyak syarikat industri
pelancongan, selam SKUBA, pelayaran dan perdaganan akuarium
marin, untuk mewujudkan penyelesaian yang saling menguntungkan
termasuk mewujudkan Kawasan Marin Terlindung yang mampu
menampung sendiri.
Sebuah Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan, misi-misi Reef Check
adalah untuk:
- Mendldlk masyarakat dan kera[aan tentang nllal terumbu
karang dan krisis-krisis yang dihadapi oleh terumbu karang;
- Mewu[udkan satu rangkalan pasukan sukarelawan sedunla,
yang dilatih dan diketuai oleh saintis, yang kerap memantau
dan lapor tentang kesihatan terumbu karang dengan menggu
nakan satu kaedah yang selaras;
- Membantu dalam penggunaan maklumat keslhatan terumbu
secara bersama oleh masyarakat, badan-badan kerajaan,
universiti dan pengusaha perniagaan untuk melaksanakan
penyelesaian yang mesra alam dan mapan ekonomi;
- Meransang tlndakan tempatan untuk mellndungl terumbu
sedunia yang masih sihat dan memulihara terumbu yang telah
rosak.
Reef Check in Malaysia
Pada tahun 2001, Reef Check Antarabangsa telah melantik satu
Penyelaras Kebangsaaan untuk Malaysia, untuk mempromosikan Reef
Check dan menjalankan latihan dan pemantauan.
Pada tahun 2006, Kerajaan British menyediakan dana untuk projek
selama satu tahun untuk meluaskan projek yang sedia ada dan
menubuhkan program Reef Check yang mapan di Malaysia. Reef Check
Malaysia Bhd didaftar sebagai syarikat bukan berasaskan keuntungan
pada tahun 2007.
Satu Ekosisten Ghaib Di Bawah Ancaman
Terumbu karang merupakan tempat tinggal kepada satu pertiga daripada semua
ikan laut, dan juga merupakan kawasan pembiakan untuk satu perempat
daripada semua spesies hidupan marin. Tanpa terumbu, kelimpahan untuk
semua spesis ini akan merosot, dan mengurangkan biodiversiti terumbu dan
menjejaskan kesemua yang bergantung kepada terumbu karang.
Tetapi habitat ini adalah di bawah ancaman kerana terumbu karang sedang
dirosakkan oleh pelbagai ancaman tempatan dan global. Pada tahun 2011,
laporan "Reefs at Risk Revisited" menyatakan bahawa lebih 60% daripada
terumbu di dunia berada di bawah ancaman serta-merta dan ancaman secara
langsung dari satu atau lebih ancaman tempatan.
Ancaman ini timbul sebahagian besarnya akibat daripada aktiviti-aktiviti manusia
dan pembangunan tanah di sepanjang pantai bersebelahan dengan terumbu
karang. Terdapat banyak ancaman tempatan terhadap terumbu karang yang
termasuk:
- Pembangunan pantal
- Pencemaran, pengelodakan dan pemendapan
- Kesan zlkal darlpada pelancongan, termasuk penyelam SKU8A,
snorkelers dan boat
- Penangkapan lkan secara berleblhan dan memusnahkan
Walau bagaimanapun, berbanding degan ancaman tempatan, pelunturan
terumbu karang secara berleluasa telah muncul kebelakangan ini sebagai satu
ancaman global yang sukar untuk diuruskan secara tempatan dan berpotensi
untuk memberi kesan yang dahsyat. Pertahanan yang terbaik adalah untuk
meminimumkan ancaman tempatan supaya terumbu karang adalah sesihat yang
mungkin dan oleh itu lebih cenderung untuk menahan kesan ancaman luar.
CoralReeIs-RainIorestsoIthe5ea
Reef Check Malaysia Bhd (RCM) adalah sebuah organisasi bukan berasaskan
keuntungan yang bekerja dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk memuli-
hara terumbu karang. Sejak didaftarkan pada tahun 2007, RCM telah menubuhkan
satu program pemantauan terumbu karang tahunan. Laporan ini membentangkan
hasil pemantauan terumbu karang bagi pemantauan yang dijalankan di Malaysia
pada tahun 2012, dan merupakan tahun keenam pemantauan dijalankan. Ia
mewakili satu kesinambungan usaha pemantauan terumbu karang yang dimulakan
oleh RCM pada tahun 2007.
Satu Ekosistem Berharga Yang Kurang Dinilai
Segitiga Terumbu Karang (Coral Triangle) adalah satu kawasan di laut Asia Tenggara yang diiktiraf oleh saintis marin sebagai pusat biodiversiti marin
antarabangsa. Malaysia, sebahagian daripada Segitiga Terumbu Karang, mempunyai anggaran 4,000 km2 terumbu karang, 75% daripadanya di Sabah dan
Sarawak. Anggaran nllal terumbu karang lnl berbeza dan leblh banyak ka[lan darl segl nllal ekonoml ekoslstem terumbu karang dlperlukan untuk
membangunkan pemahaman yang lebih baik terhadap nilai perkhidmatan ekosistem yang diberikan oleh terumbu karang. Walau bagaimanapun, satu
laporan terkini mencadangkan bahawa terumbu Malaysia mungkin bernilai sebanyak RM 50 bilion setiap tahun.
Sebagai perbandingan, pada tahun 2011 industri minyak kepala sawit merupakan penyumbang keempat terbesar kepada ekonomi Malaysia, menyum-
bang sebanyak RM53 bilion kepada pendapatan kasar negara. Program Transformasi Ekonomi telah mengenalpasti industri minyak kelapa sawit sebagai
satu komponen utama ekonomi Malaysia untuk tempoh 10 tahun yang akan datang, dan industri ini disokong oleh kerajaan.
Terumbu karang menyediakan peluang pekerjaan dan makanan, antara faedah-faedah yang lain, kepada lebih daripada 100 juta orang di Asia Tenggara.
Sementara nilai ekonomi terumbu karang Malaysia adalah serupa dengan nilai industri minyak kelapa sawit, tetapi hakikat yang menyedihkan adalah
terumbu karang tidak menerima sokongan yang sama daripada pihak yang berkuasa untuk merancang polisi dan membuat keputusan. Mereka adalah
pihak berkepentingan, di peringkat Persekutuan dan Negeri, yang mempunyai peranan penting dalam menentukan sama ada terumbu Malaysia mempun-
yai masa depan yang mampan - walaupun mereka tidak sedar mengenainya. Merekalah yang mempunyai kata putus sama ada ekosistem berharga ini
terpelihara untuk generasi akan datang.
Peranan Orang Berkepentingan
Terumbu karang mempunyai ramai penyokong, terutamanya di kalangan
industri selam SKUBA dan pelancongan. Tetapi kumpulan-kumpulan ini
hanya mampu melakukan sedikit dalam amalan mereka untuk melindungi
dan memastikan kesihatan jangka panjang terumbu karang. Sebaliknya,
pihak berkepentingan adalah pihak yang mengawal pembangunan dan
infrastruktur di kawasan terumbu karang. Ini merupakan tanggungjawab
kerajaan Persekutuan dan Negeri, antara perkara-perkara lain iaitu
perancangan, EIA, kawalan pembangunan dan infrastruktur sosial,
termasuk pengurusan sisa kumbahan dan sisa pepejal.
Laporan ini memaparkan isu-isu utama yang dihadapi terumbu karang di
Malaysia dan menggariskan beberapa peluang untuk tindakan oleh pihak
berkepentingan yang telah dikenalpasti di atas.
|orer|ebra|a
Status Terumbu Karang 2012 di Malaysia
Pada tahun 2012, sejumlah 159 pemantauan telah dilakukan di 135 kawasan di seluruh Malaysia, 83 di Semenanjung Malaysia (meliputi pulau-pulau seperti
Perhentian, Redang dan Tioman) dan 52 di Sabah dan Sarawak (meliputi kawasan di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan dan Semporna). Dimana mungkin,
pemantauan diulangi di kawasan transek kekal, meneruskan satu program pemantauan yang dimulakan pada tahun 2007. Kawasan baru juga dipantau
pertama kalinya di beberapa lokasi.
Keputusan dari kesemua 159 pemantauan telah dirumus untuk memberi gambaran mengenai status terumbu karang di seluruh Malaysia.
Banyak spesies penunjuk invertebrata yang disasarkan untuk perdagangan barangan
cenderamata atau makanan (cth Landak Laut DU, siput Triton TR) mempunyai bilangan
yang sangat rendah atau langsung tidak dijumpai semasa pemantauan. Walaupun ini
mungkin disebabkan oleh kelimpahan semula jadi yang rendah dan tingkah laku haiwan
ini (cth mencari makanan pada waktu malam), tetapi jelas bahawa spesis ini telah
disasarkan oleh nelayan pada masa dahulu, dan langkah-langkah pemuliharaan yang
ketara diperlukan untuk membantu populasi haiwan ini untuk pulih. Walau bagaimana-
pun, sesetengah populasi invertebrata adalah lebih sihat, termasuk Timun Laut SC (1.56)
dan Kima Gergasi GC (1.72).
Tapak Sulaiman Mahkota Berduri (Crown of Thorns Starsh - COT) makan karang dan
boleh menyebabkan kerosakan yang ketara kepada terumbu karang. Ia boleh memusnah-
kan kawasan yang besar dalam tempoh masa yang singkat. Kajian menunjukkan bahawa
terumbu karang yang sihat boleh menyokong populasi COT sebanyak 20-30 individu
sehektar (10,000 m2), atau 0.2-0.3 setiap 100m2. Kelimpahan COT yang ditemui semasa
pemantauan (0.21 setiap 100m2) berada pada hujung rendah julat ini. Program penying-
kiran COT yang berterusan adiperlukan untuk mengawal ancaman pemangsa ini.
5abs|ra|
||ao
Keadaan umum terumbu karang Malaysia dikelaskan sebagai "sederhana" (46.37%),
berdasarkan purata litupan karang hidup (Karang Keras + Karang Lembut) daripada semua
pemantauan (42.57% pada tahun 2011). Tahap Karang yang Baru Mati (Recenty Killed Coral
- RKC), Serpihan Karang Mati (Rubble - RB) dan Kelodak (Silt - SI) yang rendah mencadang-
kan bahawa hanya terdapat sedikit gangguan baru-baru ini.
Alga Petunjuk Nutrien (Nutrient Indicating Algae - NIA) adalah satu ukuran untuk jumlah
alga yang tumbuh di terumbu karang, dan boleh memberi petunjuk mengenai kesihatan
populasi ikan herbivor di terumbu dan tahap kemasukan nutrien ke terumbu. Pada 2.71%,
NIA tidak menjadi ancaman.
Permukaan yang bersih dan stabil diperlukan untuk pemulihan dan pertumbuhan
terumbu. Batu semula jadi dan batu karang yang telah lama mati adalah dikelaskan
bersama-sama sebagai Batu (Rock - RC). Tahap pada tahun 2012 (25.74%) adalah dianggap
normal.
Hasil pemantauan mendapati bahawa di kebanyakan kawasan, kelimpahan beberapa
spesies penunjuk yang disasarkan sebagai makanan (cth. Kaci SL dan Kerapu GR)
adalah rendah. Khususnya, spesies besar seperti Mameng, yang boleh bernilai sehingga
AS$ 10,000 di pasaran ikan hidup, menjadi sasaran perikanan, dan kelimpahan spesis inni
adalah sangat rendah (kurang daripada 1 individu di setiap pemantauan).
Kehadiran ikan Kerepek (BF) di semua kawasan adalah satu petunjuk yang baik bahawa
tekanan daripada perikanan untuk ikan ini adalah rendah. Ikan ini adalah popular dalam
perdagangan akuarium. Tambahan pula, kehadiran ikan ini menunjukkan terumbu yang
slhat kerana spesles lkan yang berbeza makan spesles karang yang berbeza.
Populasi ikan Bayan (PF) yang sihat (purata kelimpahan 2.53 individu di setiap peman-
tauan) juga penting. Bayan adalah ikan herbivor dan penting untuk mengawal jumlah alga
yang tumbuh di terumbu karang.
- Pemullharaan: MPAs boleh mellndungl spesles yang sensltlf terhadap tekanan penangkapan lkan, dan habltat yang
diperbaiki boleh membawa kepada peningkatan biodiversiti
- Pelancongan: 8anyak MPAs dltubuhkan untuk menarlk perhatlan pelancong dan faedah ekonoml yang dlperolehl
daripada pelancongan boleh jauh melebihi apa yang diperolehi daripada penangkapan ikan. Peningkatan dalam
kellmpahan, salz dan dan kepelbagalan terumbu lkan dalam MPAs boleh leblh dlhargal oleh penyelam darlpada
keadaan terumbu itu sendiri
- Perlkanan: MPAs boleh memberl manfaat kedua-dua dl dalam MPA (cth. kematlan yang dlsebabkan oleh penangka
pan lkan yang leblh rendah, ketumpatan spesles sasaran yang leblh tlnggl, salz mln dan umur spesles sasaran yang
lebih tinggi) dan di luar MPA (cth. pengeksportan ikan induk, telur dan larva dari kawasan MPA ke kawasan penangka
pan ikan di luar MPA). Oleh itu, adalah diharapkan bahawa MPAs akan menggalakkan pemulihan stok dan fungsi
ekosistem dalam kawasan MPA dan menyediakan hasil yang mampan melalui limpahan dan pengeksportan larva ke
luar.
Penubuhan kawasan marin terlindung (Marine Protected Areas - MPAs) telah menjadi kaedah yang selaras dalam memperbaiki pengurusan terumbu
karang. Pendapat umum MPAs adalah untuk melarang semua penggunaan ekstraktif, dan MPAs boleh menangani beberapa isu, termasuk:
Saintis menerima bahawa tindakan untuk memulihara terumbu kini mendesak dan MPAs akan mempunyai peranan yang penting dalam mengurus
terumbu karang pada masa hadapan. Laporan "Status Terumbu Karang Dunia, 2008", menekankan beberapa tindakan yang diperlukan untuk memulihara
terumbu karang, termasuk yang berhubung dengan MPAs seperti yang berikut:
- Masukkan leblh terumbu dalam MPAs
- Memperbalkl penguatkuasaan peraturan MPA
- Tlngkatkan pengurusan kawasan terllndung
- 8antu dalam memperbalkl proses membuat keputusan dengan pemantauan ekologl dan sosloekonoml yang leblh balk
- Memakslmumkan daya tahan terumbu karang
- Mellndungl terumbu yang terpencll.
Peluang untuk Tindakan
RCM mencadangkan bahawa pengurus Taman Laut mempertimbangkan tindakan berikut untuk meningkatkan keberkesanan Taman-taman Laut
Malaysia dan membina daya tahan terumbu karang:
- Menlngkatkan prestasl kawasan terllndung: menlngkatkan penguatkuasaan peraturan taman laut melalul penlngkatan rondaan, peman
tauan aktiviti pelancongan (menyelam dan snorkeling), dan memudahkan orang ramai untuk melihat peraturan dan pegawai Taman Laut (cth.
lebih tanda-tanda di jeti dan resort; pegawai-pegawai meningkatkan kekerapan lawatan ke resort); memperbaiki maklumat yang sedia ada kepada
pelancong dengan memasang lebih banyak tanda-tanda di kawasan awam, dan menggalakkan pengusaha resort untuk memaparkan maklumat
tentang Taman Laut, isu pemuliharaan, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan (maklumat bilik, taklimat ketibaan, dll); membina kapasiti
kakitangan Taman Laut untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan pelancong dan pihak berkepentingan tempatan dengan lebih baik;
meningkatkan pengurusan yuran pengguna dengan memastikan sebahagian daripada dana yang diperoleh dilaburkan dalam kemudahan
tempatan.
- Menlngkatkan kesedaran mengenal lsu-lsu pemullharaan: dalam ker[asama bersama pengusaha selam SKU8A, [alankan program pemantauan
terumbu karang untuk memperbalkl maklumat yang sedla ada, perkenalkan pengezonan untuk menyedlakan peluang untuk penutupan
sementara untuk kawasan-kawasan yang kerap digunakan, untuk memberi peluang kepada terumbu karang untuk pulih dan meningkatkan daya
tahan terumbu karang; perkenalkan program yang memerlukan pengusaha selam SKUBA untuk meningkatkan penyeliaan ke atas penyelam bagi
mengurangkan kerosakan terumbu yang disebabkan oleh kedua-dua penyelam yang sedang belajar dan penyelam yang bersijil; bekerjasama
dengan organisasi-organisasi yang berkaitan (cth., NGO) untuk perkenalkan aktiviti kesedaran mengenai isu-isu pemuliharaan untuk sekolah-
sekolah di kawasan terumbu karang; memperbaiki komunikasi dengan agensi-agensi kerajaan lain yang berkaitan (perikanan, pelancongan,
jabatan perancangan negeri).
- 8eker[asama dengan penduduk tempatan: memperbalkl hubungan dengan penduduk tempatan dl kawasan terumbu karang melalul program
pengurusan komuniti, meningkatkan peluang sesi runding dan maklum balas untuk pihak berkepentingan, dan meningkatkan status Taman Laut
dengan meningkatkan lawatan pegawai-pegawai dengan pihak berkepentingan; perkenalkan sesi bersama kepada pengusaha resort dan selam
SKUBA untuk memperbaiki komunikasi dan penukaran maklumat, serta memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha untuk memberi maklum
balas kepada pengurusan Taman Laut; melatih pemandu snorkeling dalam prosedur membimbing secara mesra alam dan mempromosikan
pemandu snorkeling terlatih melalui laman web, resort, dll.
Jabatan Taman Laut Malaysia: MPAs dalam Pengurusan Terumbu
Karang
Kerajaan Negeri: Kesan Pembangunan Pantai terhadap Terumbu Karang
Zon pantai di negara-negara tropika adalah salah satu persekitaran yang paling dinamik di bumi. Di seluruh dunia, hampir setengah bilion
orang tinggal dalam lingkungan 100 km dari terumbu karang, di mana mereka mendapat manfaat daripada perikanan, pendapatan hasil
daripada pelancongan dan perlindungan daripada kesan ombak dan ribut. Di Malaysia, kebanyakan orang tinggal di kawasan pantai.
Sumber pantai ditadbir oleh beberapa agensi dan organisasi yang kesemuanya mempunyai minat terhadap sumber-sumber yang boleh
dldapatl dl zon pantal. |nl boleh menyebabkan pro[ek-pro[ek pembangunan pantal yang tldak dlrancang, yang bukan saha[a merosakkan
terumbu karang, tetapi juga ekonomi tempatan yang diperolehi hasil daripada pelancongan. Projek-projek ini secara langsung boleh
membunuh atau merosakkan terumbu karang dan mengakibatkan destinasi pelancongan yang kurang dapat dipasarkan serta penurunan
dalam hasil pelancongan. Terumbu karang adalah pemandu yang ketara dalam industri pelancongan, dan nilai terumbu Malaysia -
mungkin RM 50 bilion setahun - boleh dipengaruhi oleh pembangunan tersebut.
Sebahagian besar terumbu karang di Malaysia boleh dijumpai di sekitar pantai Timur Semenanjung Malaysia, dan di sekitar pantai Sabah
dan Sarawak. Beberapa isu-isu yang khusus kepada pulau-pulau kecil boleh mempunyai kesan ke atas terumbu karang di kawasan-
kawasan ini:
- 8ekalan alr yang terhad: serlng memerlukan se[umlah besar alr dlangkut ke pulau
- Tanah rata yang terhad untuk pembangunan: ruang yang terhad untuk lnfrastruktur
- Pelupusan slsa pepe[al: dlsebabkan tlada ruang untuk tapak pelupusan, slsa buangan perlu dlbawa keluar darl
pulau untuk pelupusan
- Pawatan/pelupusan slsa kumbahan: sepertl dl atas, tlada ruang untuk lo[l rawatan bersepadu, dan rawatan
kumbahan yang sedia ada bergantung kepada sistem yang ringkas yang mana mungkin tidak mampu untuk
menampung jumlah yang besar dan kepelbagaian aliran sisa.
Dengan faktor - faktor di atas, persekitaran pulau yang sensitif akan menghadapi cabaran yang teruk jika industri pelancongan berkem-
bang menjadi aktiviti besar-besaran.
Tldak [auh darlpada zon pantal, beberapa faktor boleh men[e[askan terumbu karang. Penambahan bllangan penduduk dan pembangunan
bandar kini merupakan ancaman terbesar kepada terumbu karang. Aktiviti pembangunan menyebabkan hakisan, yang mengakibatkan
pengaliran lumpur yang akhirnya sampai ke terumbu. Air ribut membawa sampah, baja dan sisa kumbahan ke dalam laut, dan merosak-
kan terumbu karang. Hasil larian daripada aktiviti pertanian dan perladangan, serta penebangan hutan menjadikan keadaan lebih teruk.
Peningkatan tahap nutrien dalam persekitaran terumbu akan diikuti oleh peningkatan alga, yang boleh melitupi karang.
Peluang untuk Tindakan
Kerajaan negeri digalakkan untuk mempertimbangkan tindakan yang berikut untuk mengurangkan kesan ke atas terumbu karang dan
meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan dalam proses membuat keputusan yang melibatkan terumbu karang:
- Perancangan & pembangunan: memberl pertlmbangan yang leblh kepada pemullharaan terumbu karang dalam keputusan
perancangan; mengiktiraf nilai ekonomi terumbu karang sebagai aset pelancongan dan bertekad untuk melaksanakan projek-
projek dengan cara yang meminimumkan impak ke atas terumbu karang; memerlukan EIA yang terperinci bagi cadangan pemban
gunan dan menjadikan ia sedia ada kepada orang awam untuk memperbaiki proses perundingan pihak berkepentingan; mening
katkan penglibatan pihak berkepentingan dalam proses perancangan dengan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak
berkepentingan mengenai rancangan pembangunan dan memperbaiki ketelusan dalam cadangan pembangunan
- Slsa: memperbalkl slstem rawatan kumbahan dl kawasan terumbu karang untuk mengurangkan pelepasan slsa kumbahan ke
dalam sungai dan laut; memperbaiki pengurusan sisa pepejal di kawasan terumbu karang untuk mengelakkan pencemaran
daripada sisa pepejal; meningkatkan kemudahan kitar semula di kawasan terumbu karang
- Pengurusan: mempromoslkan eko-pelancongan untuk mengurangkan lmpak pelancongan ke atas terumbu karang, menllal
keupayaan daya tampung kawasan terumbu karang dan mengurus bilangan pelancong untuk mengurangkan kesan pelancongan
ke atas terumbu karang, memperbaiki komunikasi dengan agensi-agensi kerajaan lain yang berkaitan (perikanan, pelancongan,
jabatan perancangan negeri)
Industri Perlancongan: Memusnahkan Sesuatu yang boleh Menjana Banyak
Keuntungan?
Pelancongan merupakan salah satu industri terbesar di dunia. Industri pelancongan global telah berkembang secara eksponen dalam
lebih setengah abad yang lalu. 25 juta pelancong antarabangsa pada tahun 1950 dianggarkan telah meningkat kepada 650 juta orang
menjelang tahun 2000.
Di Malaysia, ketibaan pelancong antarabangsa pada tahun 2012 adalah 25 juta, dengan resit menyamai RM 60.6 billion. Tahun sebel-
umnya, perbelanjaan pelancongan domestik adalah RM 42.3 bilion, dengan pelancong domestik melakukan 162.8 juta perjalanan.
Dianggarkan satu juta orang bekerja dalam industri pelancongan, kira-kira 9.6% daripada jumlah tenaga pekerja.
Mampan atau Eko?
Permintaan infrastruktur dan sumber pelancongan yang besar (cth. penggunaan air, penjanaan sisa dan penggunaan tenaga) boleh
mempunyai beberapa kesan teruk terhadap masyarakat dan persekitaran setempat jika tidak diuruskan dengan baik. Dalam tahun-
tahun kebelakangan ini, kesedaran yang semakin meningkat mengenai kesan pelancongan telah memupuk pembangunan beberapa
piawaian dan kod kelakuan untuk melindungi komuniti dan ekosistem yang sensitif. Satu pendekatan alternatif yang terkini adalah
Ekopelancongan, yang ditakrifkan oleh Persatuan Antarabangsa Ekopelancongan sebagai:
Ekopelancongan menyatukan pemuliharaan, komuniti dan pelancongan mampan, dan mereka yang melaksanakan dan mengambil
bahagian dalam aktiviti ekopelancongan harus mengikuti beberapa prinsip, termasuk meminimumkan kesan; membina kesedaran dan
menghormati alam sekitar dan budaya, dan menyediakan manfaat kewangan dan mandat untuk rakyat tempatan.
Suatu badan industri, Majlis Pelancongan Mampan (sebelumnya Rakan Kongsi bagi Kriteria Pelancongan Mampan Global) telah memban-
gunkan satu set kriteria asas yang dirancang berdasarkan empat struktur utama pelancongan mampan: Perancangan mampan yang
berkesan; Memaksimumkan faedah sosial dan ekonomi kepada masyarakat setempat; Meningkatkan warisan budaya dan Mengurangkan
kesan-kesan negatif ke atas alam sekitar. 37 kriteria yang menemani petunjuk ini, boleh digunakan oleh perniagaan secara besar-besaran
dan kecil-kecilan. Di Malaysia, beberapa organisasi telah cuba untuk mempromosikan pelancongan mampan atau pelancongan bertang-
gungjawab, termasuk sektor kerajaan dan sektor swasta. Sehingga kini, hanya beberapa inisiatif ini mendapat sokongan yang luas dan
inisiatif pelaksanaan pelancongan mampan adalah terhad.
Industri pelancongan mempunyai peranan yang penting dalam mengurangkan kesan-kesan ke atas terumbu karang. Industri ini
digalakkan untuk mempertimbangkan tindakan-tindakan berikut:
- Kementerlan Pelancongan: mempromosl pelancongan bertanggung[awab dalam semua aspek lndustrl pelancongan, darlpada
syarikat pengangkutan melalui pengusaha pelancongan ke pengusaha resort dan selam SKUBA; mengkaji kapasiti daya tampung
pulau-pulau dan mengurus bilangan pelancong untuk mengurangkan kesan ke atas ekosistem yang sensitif (kedua-dua di darat
dan di laut)
- Pengusaha pelancongan: (terutamanya pengusaha resort dan selam SKU8A) bertekad untuk membangunkan dan melaksanakan
garis panduan Pelancongan Bertanggungjawab dan amalan pengurusan yang baik untuk mengurangkan kesan-kesan aktiviti
mereka ke atas ekoslstem dengan menggunakan teknologl hl[au, mengurangkan pembazlran dan memperbalkl slstem rawatan
kumbahan; mengambil bahagian dalam program pemuliharaan seperti pembersihan pantai, dan kempen anti-membuang
sampah; menyumbang kepada masyarakat tempatan dengan melabur dalam skim pengurusan sisa yang lebih baik; menghentikan
koleksi cenderamata dari persekitaran marin dan menghentikan aktiviti-aktiviti seperti meberi makanan kepada ikan, yang mem
punyai kesan berganda ke atas kehidupan marin
- Pengusaha selam SKU8A dan snorkellng: bertekad untuk mengurus kemasukan ke kawasan menyelam dan snorkelllng untuk
memastikan bilangan penyelam dan snorkeler berada dalam bilangan yang ditetapkan dalam garis panduan dan bersetuju
dengan penutupan kawasan yang kerap digunakan secara sukarela untuk membolehkan kawasan itu untuk pulih; memperbaiki
penyeliaan dalam air untuk meminimumkan kesan penyelam ke atas terumbu karang dengan mengawal bilangan penyelam dalam
satu kumpulan dan memperbaiki taklimat menyelam; mengambil bahagian dalam program memasang dan menguruskan tambat
kekal dan mengurangkan kerosakan ke atas terumbu karang yang disebabkan oleh bot dan sauh bot
- Pengurus Taman Laut: menyedlakan maklumat tambahan yang berkaltan dengan pemullharaan (poster, maklumat blllk, takllmat)
untuk pelancong tentang perkara "yang boleh dan tidak boleh" dilakukan di kawasan terumbu karang; bekerjasama dengan
pengurus pelancongan untuk meningkatkan pengurusan Taman Laut dan menyumbang untuk meningkatkan pemuliharaan
terumbu karang.
Peluang untuk Tindakan
"Pergi secara bertanggungjawab ke kawasan-kawasan semulajadi yang memelihara alam sekitar
dan meningkatkan kesejahteraan orang tempatan".
Pendidikan: Daripada "Meningkat Kesedaran" kepada
"Menukar Tabiat"
Pendidikan adalah salah satu daripada aspek yang paling penting dalam pemuliharaan
alam sekitar, dan mungkin merupakan salah satu aspek yang paling diabaikan. Satu
masalah yang biasa kita hadapi sejak tiga tahun yang lalu adalah kurangnya pemaha-
man yang mendalam tentang bagaimana aktiviti manusia merosakkan alam sekitar, dan
bagaimana ia seterusnya memberi kesan kepada individu.
Ini berpunca daripada kurangnya pendidikan dalam isu-isu alam sekitar. Manusia mem-
punyai pilihan sama ada untuk melindungi atau merosakkan persekitaran mereka
berdasarkan pilihan yang dibuat dan tindakan yang diambil oleh mereka. Ini seterusnya
ditentukan oleh tahap pemahaman dan kesedaran mereka terhadap alam semulajadi,
pengetahuan mereka terhadap kesan mereka ke atas persekitaran dan keupayaan
mereka untuk melakukan sesuatu mengenai kesan-kesan mereka.
Pendidikan Alam Sekitar adalah satu proses di mana individu mendapat kesedaran
tentang persekitaran mereka dan memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai, pengala-
man, dan juga penentuan, yang mana akan membolehkan mereka untuk bertindak -
secara individu dan berkumpulan - untuk menyelesaikan masalah alam sekitar pada
masa kini dan masa depan. Ia adalah satu proses pembelajaran yang meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran tentang persekitaran yang mereka hidup dalam dan
cabaran-cabaran yang berkaitan, membangunkan kemahiran dan kepakaran yang
diperlukan untuk menangani cabaran, dan memupuk sikap, motivasi dan komitmen
untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang bertanggungjawab. Matla-
mat utama pendidikan alam sekitar adalah untuk mewujudkan tingkah laku yang
bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Halangan kepada Pendidikan Alam Sekitar
Sebahagian daripada sebab-sebab pembangunan kesedaran terhadap alam sekitar yang perlahan di Malaysia adalah:
- Pendldlkan Alam Sekltar dllakukan secara ad-hoc, tanpa program pemantauan dan penllalan yang betul untuk mengukur
keberkesanannya
- Pendldlkan Alam Sekltar adalah tldak wa[lb, oleh ltu bergantung sepenuhnya kepada guru-guru dan pengetua sekolah untuk
menyokong dan mencipta program kesedaran alam sekitar
- Tlada peruntukan dlsedlakan untuk melatlh guru-guru dalam menggabungkan kemahlran pendldlkan alam sekltar ke dalam
pengajaran
- Ke[elasan dan kefahaman dalam dlslplln pendldlkan alam sekltar yang kurang dl perlngkat lnstltusl.
Halangan-halangan ini perlu diatasi jika rakyat Malaysia hendak meningkatkan pemahaman mereka tentang persekitaran di sekeliling
mereka dan bagaimana mereka boleh menguruskan kesan mereka ke atas alam sekitar.
Peluang untuk Tindakan
Pendidikan adalah kunci untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan untuk memelihara alam sekitar. Institusi-institusi yang
berkaitan - Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan badan pendidikan yang lain-lain, digalakkan untuk mempertimbang-
kan tindakan-tindakan berikut:
- Menggabung pendldlkan alam sekltar dalam kurlkulum sekolah kebangsaan
- Mewu[udkan satu program kebangsaan untuk melatlh guru-guru untuk mewu[udkan pendldlkan alam sekltar sebagal aktlvltl
kokurikulum
- Menggalak sekolah-sekolah untuk mengrangkuml program pendldlkan alam sekltar sebahaglan darlpada aktlvltl ko-kurlkulum
- Men[emput NGO untuk mengambll bahaglan dalam program pendldlkan alam sekltar sekolah untuk menlngkatkan bllangan
sekolah dengan program
- Mewu[udkan kempen kltar semula untuk menlngkatkan kesedaran mengenal lsu-lsu alam sekltar, berker[asama dengan Alam
Flora dan NGO yang berkaitan
2012: Tahun dalam Pemerhatian
Sumbangan
Reef Check Malaysia masih bergantung kepada sumbangan daripada tajaan dan geran korporat, dengan satu jumlah kecil untung
hasil daripada jualan kursus latihan dan bahan-bahan latihan.
Jumlah pendapatan pada tahun 2012 adalah RM 942,000, dengan 76% adalah daripada penaja
korporat dan 11% daripada sumbangan geran. Sebahagian besar pendapatan ini diperuntukkan
kepada projek-projek untuk tempoh 2-3 tahun akan datang dan yang selebihnya akan diurus
untuk memastikan dana yang mencukupi kekal untuk menyiapkan projek-projek jangka panjang
lnl. Pro[ek yang dlsumbang oleh Khazanah termasuk sumbangan untuk dana kapltal, dlmana la
diharapkan akan menghasilkan aliran sumbagan yang mapan untuk RCM. Dengan sumbangan
tambahan sepanjang tahun 2012, jumlah sumbangan yang terkini adalah RM 200,000.
Perbelanjaan berkait langsung dengan projek dalam tahun 2012 merangkumi 80% daripada
jumlah perbelanjaan pada tahun 2012, dengan tambahan 10% dibelanjakan untuk aktiviti
pemasaran untuk meningkatkan kesedaran tentang kerja-kerja RCM (cth. pameran, aktiviti-
aktiviti perhubungan awam). Kami mampu mengarahkan 90% daripada usaha kami dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti pemuliharaan terumbu karang.
Pekerja dan Pejabat
Pada hujung tahun 2012, pasukan kami telah meningkat kepada tujuh pekerja sepenuh masa, di
mana lima berada di pejabat Kuala Lumpur dan dua berada di Kota Kinabalu, Sabah. Pada April
2012, kami telah memulakan satu pejabat kecil di Kota Kinabalu, bertujuan untuk menubuhkan
program RCM di Sabah dan Sarawak.
Program-program
Program-program utama kami pada tahun 2012 adalah:
- Program pemantaun Peef Check: program pemantauan yang pallng meluas setakat lnl, pada tahun 20l2 kaml telah men[alankan
pemantauan di lebih 135 kawasan, iaitu 83 di Semenanjung Malaysia dan 52 di Sabah dan Sarawak.
- Program kesedaran: program yang dl[alankan dl sekolah-sekolah dl pantal Tlmur Semenan[ung Malaysla sekarang merupakan
tahun yang ke-lima. Pada tahun 2012, kami telah menambah lima sekolah ke dalam Program Sekolah Bandar. Di samping itu, satu
kempen pendidikan anti-pengeboman ikan telah dimulakan di Sabah.
Meneruskan kejayaan program dalam tahun 2011, kami telah melanjutkan kajian pemuliharaan terumbu karang dari Tioman ke
Perhentian dan Redang. Pengajaran yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti tersebut akan memberi maklumat untuk program
pemuliharaan yang akan datang.
Akhirnya, pada tahun 2012 kami telah menjalankan program perintis Daya Tahan Terumbu (Reef Resilience) di empat pulau di sekitar
pantai Timur Semenanjung Malaysia. Daya tahan (resilience) adalah satu sains terumbu karang yang terbaru dan mebekalkan satu
kaedah untuk mengesan kawasan terumbu karang yang terkuat dan paling sihat, yang mana memberi maklumat tentang strategi
pengurusan terumbu karang.
Rangkaian Serantau
Reef Check Malaysia adalah sebahagian daripada rangkaian Reef Check di seluruh dunia, dengan Penyelaras Kebangsaan terdapat di
lebih daripada 80 negara.
Pada September 2012, RCM telah menjemput wakil-wakil Reef Check dari sekitar Asia Tenggara untuk menghadiri bengkel selama 3 hari
di Kuala Lumpur untuk berkongsi idea bagaimana untuk mengukuhkan pemantauan terumbu karang di rantau ini. Peserta daripada RC
Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Hong Kong, Jepun dan Taiwan telah menyertai para saintis terumbu karang dari sekitar rantau ini
untuk berbincang mengenai pelbagai pendekatan yang boleh digunakan dalam pemantauan, pendidikan, dan pemuliharaan, dan serta
topik-topik lain.
Langkah pertama untuk membina satu rangkaian pemantauan serantau yang kuat ini diharap akan disusuli dengan aktiviti bersama
pada tahun 2013 dan seterusnya.
Kami bekerja melalui satu rangkaian kecil pusat selam SKUBA, yang terus menyokong kerja kami. Mereka terdiri
daripada:
- Bubbles Dive Centre, Perhentian
- Redang Kalong, Redang
- Tioman Dive Centre and Fishermen Dive Centre, Tioman
- Borneo Divers, KK
- Reef Guardian, Lankayan, Sandakan
- Mataklng Peef & Dlve Pesort
- Kapalai Resort
- Pom Pom Island Resort
- Scuba Junkie, Mabul Island
Kami amat bersyukur kepada mereka dan juga sukarelawan yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti
pemantauan kami.
- Khazanah Naslnal: Program Geran Khazanah bertu[uan untuk memblmblng semua
Civil Society Partner Organisation di bawahnya untuk mencapai sumbangan yang
mampan, kecemerlangan dalam operasi dan pembangunan organisasi.
- Murphy Oll Corporatlon: menyumbang usaha pemullharaan terumbu karang dl Pulau
Mantanani, Sabah
- Alstom Power: melalul Alstom Poundatlon, menyumbang Program 'Palnforest to Peef'
yang disasarkan kepada pelajar sekolah dari pulau-pulau Taman Laut Malaysia.
- Malakon: program yang berasaskan komunltl untuk memullhara terumbu karang dan
meningkatkan kesedaran di Pulau Tioman.
- TL: Menyokong usaha-usaha PCM untuk memperbalkl terumbu karang dl sekltar
Malaysia
- SGP: menyumbang satu program dl Sabah untuk menlngkatkan kesedaran tentang
kesan-kesan negatif aktiviti pengeboman ikan, termasuk pendidikan dan kempen
kesedaran awam.
- Kose: menyokong program pemullharaan terumbu karang
- P & N: menyumbang kempen kltar semula dan kesedaran dl Pulau Pedang
- KPMG: memberl sumgangan untuk menyokong pasukan Korporat Peef Check dan
program pendidikan di dua sekolah di Kuala Lumpur.
- Pussell 8edford LC & Company: memberl khldmat sekretarlal secara percuma kepada
RCM.
- Telekom Malaysla: memberl dana untuk menyokong program-program utama Peef
Check Malaysia
Penghargaan
Kami amat bersyukur kepada pihak-pihak penaja berikut atas sumbangan mereka di sepanjang tahun 2012:

Você também pode gostar