Você está na página 1de 3

Fungsi 1: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Tunku Abdul Rahman Al Haj pernah berkata,Adalah

wajar bahawa sebagai satu negara membangun kita memerlukan satu bahasa kepunyaan sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan, negara kita akan ketiadaan nyawa. Sebagai sebuah negara yang baru merdeka, Malaysia memerlukan satu bahasa yang luas digunakan bagi menjalankan hal ehwal pentadbiran negara. Oleh itu, Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan sejak merdeka bagi mengatasi perbezaan dari segi bangsa dan kebudayaan. Telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam situasi-situasi rasmi seperti urusan pemerintahan dan pentadbiran, dan lain-lain. Menurut Perlembagaan Persekutuan, 10 tahun selepas merdeka iaitu pada 1 September 1967, bahasa Melayu telah dipertimbangkan sebagai bahasa rasmi tunggal dan ia mula berfungsi sebagai bahasa rasmi mulai tahun 1969. Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu digunakan dalam situasi rasmi yang melibatkan " apa-apa jua maksud kerajaan, sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan

Negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam" (Awang Sariyan 1989: 3). Fungsi 2: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bermaksud Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden. Dengan kata lain Bahasa Melayu hendaklah berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu moden.Selain itu, sebagai bahasa ilmu, Bahasa Melayu haruslah mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasabahasa antarabangsa yang lain. Untuk mencapai taraf sebagai bahasa ilmu, sesuatu bahasa perlu mempunyai 2 ciri penting iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa Fungsi 3: Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan Kebanyakan negara di dunia memiliki lebih daripada satu bahasa misalnya di China terdapat bahasa Cina, Mongolia dan Manchuria manakala di Britain terdapat bahasa Inggeris, Scottish, Welsh dan Irish. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan suku kaum menggunakan pelbagai jenis bahasa misalnya bahasa

Melayu,Cina, India , Iban, Kadazan, dan banyak lagi. Oleh itu satu bahasa yang akan berfungsi sebagai bahasa pengantar antara kaum diperlukan bagi menyatupadukan semua bangsa. Oleh itu,Bahasa Melayu telah dipilih kerana ia menepati ciri dan syarat sebagai bahasa perpaduan. http://aliassidek.blogspot.com/2009/05/fungsi-fungsi-bahasa-melayu.html http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/fungsi-bahasa-melayu.html

Você também pode gostar