Você está na página 1de 1

Penguat Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-jenisnya.

. Terdapat tiga jenis penguat: (i) Penguat hadapan (ii) Penguat belakang (iii) Penguat bebas Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif.

Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling. Contoh: (7) . Rumahnya terlalu besar. (8) . Lukisan itu paling cantik. Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali, benar, nian (9) . Pakaian puteri itu cantik sekali. (10) . Kereta lembu itu lambat benar. (11) . Taman Bunga di istana itu indah nian. Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan sungguh. (12) . Kubah masjid itu amat besar. (13) . Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh. Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif. Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti dalam ayat-ayat berikut: (14). Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar . (15). Perangai anaknya terlalu amat sopan.

Você também pode gostar