Você está na página 1de 18

ALIRAN DAN TOKOH DALAM TATABAHASA MELAYU PENGENALAN Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas

menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa iaitu kata, frasa dan ayat yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Peraturan atau tatabahasa inilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penutur sesuatu bahasa,yang baik dalam ucapan mahupun tulisan. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Dalam bidang tatabahasa, linguistik Melayu menampilkan beberapa banyak ahli tatabahasa yang menghasilkan tulisan tentang tatabahasa Melayu bermula dengan tulisan A. C. Ruyl, Spiegel van de Maleische Tale (1612) yang merupakan buku pelajaran bahasa Melayu yang pertama. Di Malaysia, kita mengenal karya W. Marsden, A Grammar of the Malay Language pada tahun 1812 dan karya R.O. Winstedt, Malay Grammar pada tahun 1914. Selain itu, kita ingat juga akan nama ahli tatabahasa Melayu yang besar sumbangannya dalam meletakkan dasar tatabahasa Melayu, seperti Ch. Van Ophuysen, C.A. Mees, Madong Lubis, Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Sutan Mohd. Zain, Sutan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana, dan Zaba. Hasil usaha mereka dengan jelas memperlihatkan persamaan dalam hal-hal dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga buku tatabahasa di Indonesia dapat diterima pakai di Malaysia. Hal ini dengan mudah dapat difahami kerana semua ahli tatabahasa itu mendasarkan tatabahasa yang disusun itu pada karya-karya besar dalam bahasa Melayu seperti Sejarah Melayu dan sebagainya.

Menurut Siti Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Dalam erti kata yang lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Menurut Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood (1977), nahu atau tatabahasa ialah undang-undang jalan bahasa, iaitu sistem yang tertentu dalam sesuatu bahasa yang dipatuhi penutur bahasa itu. Sistem-sistem yang tertentu, umpama sistem bunyi dan bentuk-bentuk ayat yang betul, pengimbuhannya betul, maksudnya tentu, tepat dan gramatis.Sebagai kesimpulannya, Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumusrumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya

Tatabahasa Tradisional (bermula pada tahun 1857-an)

Tatabahasa Struktural (bermula pada tahun 1960-an)

Penjenisan Tatabahasa
Tatabahasa Transformasi Generatif (bermula pada tahun 1970-an)

Tatabahasa Wacana (bermula pada tahun 1980-an)

Penjenisan Karya Tatabahasa Bahasa Melayu di Malaysia Mengikut Aliran Teori Linguistik

Aliran-Aliran Tatabahasa Mengikut Tokoh 1. Aliran Tradisional Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi nahu Melayu. Aliran ini

menekan kepada aspek makna dan logika semata-mata. Kita dapat lihat kepada acuan yang dibuat dalam penghasilan nahu ini. Misalnya Zaba dalam Pelita Bahasa 1 dengan jelasnya menggolongkan nama mengikut makna. Begitu juga Marsden (1812) dan Winstedt (1927). Kita juga dapat perhatikan kepada penggolongan kata yang dibuat oleh ketiga-tiga tokoh tersebut yang sama dasarnya. Linguistik ini satu ilmu yang sudah lama dipelajari. R.H. Robins (1967) telah menunjukkan beberapa kejayaan sarjana Yunani. Sememangnya sarjana-sarjana Yunani memikirkan hal bahasa dan masalah-masalah yang timbul daripada penyelidikan bahasa. Hal ini memulakan apa yang kita kenali sebagai ilmu linguistik dalam pengertian yang luas. Kajian ini berterusan hingga ke hari ini. Linguistik telah lama mempengaruhi tatabahasa bezanya hanyalah pendekatan menggunakan linguistik tradisi yang penuh dengan pernyataan preskriptif dan normatif tetapi linguistik moden pula bersifat struktural dan deskriptif. Seseorang individu yang menggunakan sebuah buku tatabahasa lama untuk mempelajari sebutan, tatabahasa, atau makna, sebenarnya menggunakan pengetahuan linguistik, iaitu linguistik tradisional. Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik. Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Oleh itu, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Perkara ini bermaksud nahu seperti ini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan tepat sepanjang masa. Seperti yang diketahui umum, tatabahasa tradisional bermula semenjak zaman Yunani, Romawi, Pertengahan dan India. Berbalik kepada konsep dan sejarah, perkataan tatabahasa atau nahu ialah terjemahan daripada perkataan gramatikos iaitu berasal daripada perkataan Greek atau Yunani yang bermaksud seni bacaan dan penulisan yang betul.

Lyons (1971) menyatakan Tatabahasa Tradisional (TT) yang berkembang di Yunani lebih mementingkan bentuk tulisan daripada bentuk ujaran. Seterusnya beliau menjelaskan bahawa TT yang biasa juga disebut tatabahasa nosional bermula dengan timbulnya andaian-andaian bahawa ada kategori-kategori di luar bidang bahasa yang bebas daripada fakta-fakta yang kebetulan sesuatu bahasa dan bersifat sejagat. Oleh sebab itu, Tatabahasa Tradisional dapat diterapkan kepada semua bahasa. Selain itu, ia jga dapat dikatakan bahawa ahli-ahli TT berkonsep kepada penerangan. Oleh sebab itu, ahli-ahli TT mentakrifkan tatabahasa sebagai a fixed and unalterable set of rules (Gaeng, 1971). Maksudnya adalah peraturan yang tetap dan tidak boleh diubahsuaikan.

Tokoh Tatabahasa Tradisional Barat A. Zaman Yunani Cratylus PlatoAristotle (384-322 SM) Tehne Grammatike - Dionysius Thrax B. Zaman Romawi Institutiones Grammatikae Priscian C. Zaman India Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini

Tokoh Tatabahasa Tradisional Melayu Era Tahun 1800-1950 Bustanul Katibin (1857) Raja Ali Haji Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (1911) oleh Abdullah bin Abd. Rahman Kitab Pelita Mengarang (1925) oleh O.T. Dussek dan Mohd Hashim bin Hj. Talib Kitab Punca Bahasa (1928) oleh Abdullah bin Talib Ilmu Mengarang Melayu (1934) oleh Zaba Jalan Bahasa Melayu (1937) oleh Dato Hj. Muhammad Said bin Sulaiman Pelita Bahasa Melayu (1940) oleh Zaba

Ciri-Ciri Tatabahasa Tradisional Secara kasarnya, asas linguistik tradisional ditandai oleh beberapa ciri utama yang penting iaitu: Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani) Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptif Jika diteliti secara mendalam, kerangka asas kajian-kajian bahasa tradisional dibuat berdasarkan bahasa tulisan. Huraian tatabahasa bersifat tidak formal dan struktur berdasarkan anggapan disiplin-disiplin lain yang tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya, huraian unsur-unsur bahasa menjadi tidak tepat dan tetap. Contohnya dalam tatabahasa Melayu, kata nama didefinisikan sebagai segala perkataan yang menyebut

benda atau orang seperti budak, burung, kaki, tahun, dan bulan (Zaba, 1954). Sebenarnya huraian sebegini dikatakan sebagai berbentuk tidak formal. Kajian bahasa yang dijalankan adalah secara deduktif iaitu kajian yang menekankan pemahaman undang-undang bahasa dahulu dan selepas itu diikuti dengan misalan-misalan. Kajian bahasa yang dilaksanakannya menganggap bahawa bahasa di dunia dihurai berasaskan ciri-ciri universal seperti logik dan falsafah. Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa bahasa di dunia ialah variasi bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, semua bahasa dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama. Salah satu sifat nahu tradisional ialah berasaskan kepada satu model bahasa, iaitu bahasa yang ideal yang dianggap baik dan lengkap segala-galanya dan daripada model itulah diaplikasikan kaedah-kaedah penganalisisan ke dalam bahasa-bahasa lain. Biasanya model bahasa yang menjadi acuan atau pola ialah bahasa Greek dan Latin kerana nahu ini berasal daripada zaman Yunani. Antara pengkaji terawal ialah Plato dan Aristotle yang mengkaji penggolongan kata dengan pemerian terhadap definisi-definisi tertentu yang pokok pangkalnya makna dijadikan analisis kajian nahu ini.

Kelemahan Tatabahasa Tradisional Pemerian bahasa dalam tatabahasa tradisional sebahagian besarnya

berdasarkan pada pemerian bahasa Yunani, Latin dan bahasa-bahasa di India yang telah berkembang daripada kajian-kajian yang dibuat terhadap bahasa Sanskrit. Bahasa Latin merupakan bahasa yang dicirikan oleh sistem infleksi, tetapi bahasa Inggeris bukan daripada bahasa berinfleksi yang tinggi dan kebanyakannya bergantung pada susunan dan fungsi kata. Oleh itu, tidak semua kategori yang didapati dalam bahasa Sanskrit terdapat dalam bahasa Tamil. Kita tentunya tidak boleh menghuraikan suatu bahasa mengikut penghuraian bahasa yang lain dan setiap bahasa harus dihuraikan mengikut istilah yang tersendiri. Klasifikasi kadang-kadang tidak menentu dan kita ambil sahaja daripada contoh ayat Kami bergantung pada dinding yang sedang dalam pembinaan. Kita sendiri akan bertanya bagaimanakah hendak menghuraikan klausa yang sedang dalam pembinaan dalam hubungan tersebut. Masalah makna boleh wujud kerana boleh menimbulkan ketaksaan. Ayat itu boleh bermaksud Kami bergantung pada dinding yang sedang dibina atau Kami bergantung pada pembinaan dinding sekarang. Semua ini menimbulkan masalah keseluruhan sikap tradisional terhadap bahasa dan tatabahasa. Walaupun sesetengah ahli tatabahasa menganggap tatabahasa sebagai identifikasi golongan kata dan analisis ayat, ia juga boleh diberikan maksud sebagai kajian bahasa yang betul. Tatabahasa tidak dianggap kajian bahasa dan dialek secara deskriptif, tetapi sebaliknya merupakan disiplin preskriptif dan proskriptif. Disebabkan kekeliruan dalam pendefinisian subjek, ayat dan kasus dalam ayat, subjek dapat diklasifikasikan sebagai subjek gramatikal, subjek nasional, subjek eliptis, subjekapositif, subjek frasa, subjek klausa

dan sebagainya. Melalui tatabahasa tradisional, pertimbangan tidak diberikan kepada fonologi. Hal ini disebabkan tatabahasa tersebut gagal menyelesaikan masalah ketaksaan sedangkan ia dapat diterangkan dengan mengaitkan fonologi.

Tambahan lagi, semua masalah ketaksaan nahuan juga telah diabaikan dalam nahu tradisional. Melalui contoh ayat ini Dia bercadang mengambil bas untuk ke Kelantan dengan cara berjalannya sahaja, kita sudah mengetahui siapa dia dan dia mengetahui banyak maklumat tanpa kajian. Oleh itu, hubungan dalaman dapat menunjukkan sebab -sebab untuk ketaksaan dalam nahu. Walau bagaimanapun, tidak semua isu penggolongan kata sependapat antara para sarjana bahasa. Hal sedemikian bergantung terhadap pemerian dan kefahaman ahli bahasa dalam memerihal bahasa tersebut. Dalam nahu tradisional, seorang ahli bahasa dikatakan cuba sedaya mungkin untuk mencari unsur-unsur dalam bahasanya dan dibahagikan atau diperikan berdasarkan model bahasa tadi. Satu keadaan yang tidak praktikal atau tidak saintifik ialah tidak semua yang terdapat dalam model bahasa itu terdapat juga dalam bahasa lain. Disebabkan itu, kita akan dapati bahawa huraian atau pemerian golongan kata seolah-olah sengaja diada-adakan. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa nahu tradisional masih tidak bercirikan saintifik tetapi ia seolah-olah berusaha memerikan bahasa mengikut sesuatu model yang dijadikan pola acuan. Perkara ini menggambarkan satu bentuk bahasa peniruan. Namun apa yang pro mengenai nahu tradisional ialah sikap preskriptif yang mana akan berjaya mewujudkan peraturan berbahasa dengan betul dan tepat sepanjang bahasa itu hidup. Secara khususnya, ciri-ciri Tatabahasa Tradisional ialah: Bersifat nasional iaitu bukan formal dan struktural Percampuran teori semantik dan gramatik Ketiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan pelbagai struktur Ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang disampaikan sama ada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atau tidak. Ayat-ayat dibina menggunakan konsep word building Dalam memerikan bahasa, TT bersifat preskriptif, humanistik dan normatif.

Aspek-Aspek Dalam Tatabahasa Tradisional Dalam mempelajari bahasa Malaysia, kita juga sentiasa dipengaruhi oleh unsurunsur dan keadaan ini. Buku yang dikarang untuk mengajar bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Swettenham (1886), Maxwell (1882), Winstedt (1927), dan Zaba (1965) sendiri, terang-terang didasarkan kepada tatabahasa bahasa Inggeris yang sebenarnya disadur daripada tatabahasa bahasa Latin. Zaba pula menerima unsur-unsur bahasa Arab. Umpamanya deskripsi jenis kata-katanya masih lagi mengikut golongan kata-kata Yunani seperti yang ditiru oleh Latin kerana Zaba menerima adanya kata -kata jenis nama, perbuatan, sifat, sendi, dan seruan. Swettenham pula membincangkan unsur kala seolah-olah bahasa Melayu itu adalah suatu bahasa yang mempergunakan kala seperti bahasa Inggeris. Begitu juga Winstedt menyebut unsur bilangan, Zaba (1940/1965) pula tidak sunyi daripada masalah demikian. Dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu, Zaba mengatakan bahawa huruf menghasilkan bunyi. Hal ini tidak berbeza daripada pendapat Yunani 2000 tahun dahulu, dan konsep ini masih belum berubah dalam buku Zaba.

2. Aliran Struktural Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional. Linguistik di Barat berkembang dengan pesatnya. Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalam sesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa. Bukti yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam buku Nahu Melayu Mutakhir yang berasas kriteria sintaksis. Tatabahasa Struktural mempunyai konsep yang berupa penghuraian

(description). Oleh itu, aliran ini menekankan bahawa tatabahasa: is concerned with the observable forms, structural functions and inter-relations of the components of sentences of stretches of utterance (Robins, 1971). Maksud dalam bahasa Melayu lebih kurang begini merangkumi bentuk -bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan Tokoh Tatabahasa Struktural Barat Ferdinand de Saussure - Course in general Linguistics L. Bloomfield Language (1933) Edward Sapir Language (1881) Z.S. Harris -Structural Linguistics (1951)

Antara buku tatabahasa aliran Struktural di Malaysia ketika itu ialah: Asmah Hj. Omar (1968) Morfologi - Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa IndonesiaSatu Perbandingan Pola. Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) An Introduction to Malay Grammar Asmah Hj. Omar (1970) Bahasa Malaysia Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktur (Buku 1-V) Asraf (1971) Mari Belajar Bahasa Kita

Ciri-Ciri Tatabahasa Struktural Fokus pengkajian TS ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem sebagai unit bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. Sekarang kita teliti dahulu ciri-ciri bahasa yang dibawa aliran struktural ini: Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan Bahasa ialah satu sistem Sistem bahasa ialah arbitrari Bahasa adalah untuk perhubungan Seperti yang dinyatakan di atas, aliran struktural menekankan pertalian struktur tersendiri,maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu mofologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Fries, 1957). Secara khususnya, Ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah: Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu bahasa, justeru makna tidak diambil kira. Tidak mencampuradukkan ciri-ciri bahasa yang lain. Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatu unsur tatabahasa. Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat. Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik.

Konsep-Konsep dan Kajian Tentang Tatabahasa Struktural Sebelum kita mengerti konsep asas tatabahasa struktural, kita mengenali dulu dua istilah penting dalam aliran struktural. Secara umum, struktur bermaksud suatu kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang secara fungsional bertalian antara satu sama lain. Jika dilihat dari sudut unsur pembentukan, maka pengertian struktur dapat dimaksudkan sebagai bahagian-bahagian dari sesuatu barang atau hal yang lebih besar yang secara fungsional bertalian satu sama lain. Sistem boleh dianggap sinonim dengan pengertian struktur seperti yang dikemukakan di atas adalah perangkat kaedah-kaedah yang ditaati atau dituruti oleh penutur-penutur asli suatu bahasa tanpa disedari pada saat ia mempergunakan bahasa itu. Jadi sistem lebih menekankan kepada aturan atau kaedah-kaedahnya. Oleh sebab tatabahasa merangkumi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis yang saling berkaitan, maka pendekatan struktural mencadangkan maksud morfologi itu diketahui terlebih dahulu. Morfologi ialah bidang yang mengkaji unit-unit minimal yang bermakna, bentuk dan polanya digabungkan untuk menerbitkan kata. Prosedur penemuan ini dikenali sebagai morfemik. Morfem hendaklah dikenal pasti sebagai unit terkecil yang mempunyai makna dalam bahasa. Sesetengah ahli bahasa menghuraikan morfem sebagai unsur pola nahu terkecil yang berulang-ulang kejadiannya dan meninggalkan makna terkeluar daripada definisi. Perbezaan antara kata read dan reads dalam bahasa Inggeris adalah minimal, tetapi perbezaan antara read dan readers (read + er + s) adalah bukan minimal. Oleh itu, konsep tentang binaan kata daripada kata perlulah jelas. Morfem merupakan bentuk kelas yang mempunyai makna yang sama dan bukan tersebar secara konstratif sama ada dalam persekitaran yang saling eksklusif atau dalam variasi bebas. Alomorf merupakan salah satu daripada morfem. Sintaksis pula ia lebih kepada analisis konstituen terdekat.

Tatabahasa Struktural juga dikenali sebagai aliran deskriptif. Aliran ini diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure sebagai Bapa Linguistik Moden. Sebenarnya istilah strukturalisme mendukung maksud pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit dan khusus kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan sistem. Pendekatan yang bersifat sinkronik serta pegangan yang membezakan langue dan parole menghasilkan aliran ini. Ahli-ahli bahasa terdahulu meninggalkan aspekaspek sejarah bahasa dan penyelidikan bersifat diakronik lalu menumpukan terhadap aspek-aspek sinkronik bahasa. Jika diteliti kepada perkembangan linguistik, telah jelas aliran struktural mendapat pengaruh yang mendalam seperti wujudnya pelbagai mazhab.

3. Aliran Tranformasi Generatif Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk Syntactic Structures. Lapan tahun kemudian terbit pula buku berjudul Aspects of the Theory of Syntax iaitu buku yang telah menghuraikan tentang nahu transformasi dengan eksplisit dan formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang diperlihatkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus matematik. TG mendapat sambutan dan seterusnya menjadi popular di kalangan para linguistik seantero dunia. Hal ini dapat dilihat dengan perkembangan disiplin Fonologi Generatif, Semantik Generatif dan sebagainya. Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya iaitu Noam Chomsky (1957) yang memperkenalkan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman. Di samping itu, proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur yang memberi kelainan kepada nahu TG. Aliran ini dilihat mengambil pendekatan pertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural. Aliran TG begitu pesat berkembang di negara Barat dan di Malaysia. Perkembangannya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini terbukti apabila ramai sarjana Melayu mengaplikasikan nahu TG ke dalam bahasa Melayu. Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman, Nik Safiah Karim et al, Asraf, Abdullah Hassan, Mashudi Kader dan ramai lagi. Kita dapat meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak banyak beza kecuali atas dasar pemerian masing-masing. Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan korpus-korpus dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baru dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya. Tatabahasa Transformasi Generatif diasaskan oleh Noam Chomsky yang menganggap nahu sebagai a device of some sort for producing the sentences of the language under analysis, iaitu menganalisis bahasa secara generatif dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa yang tepat bagi menerbitkan ayat-ayat yang bersesuaian sebanyak mungkin.

Dalam teori standard TG seperti yang terdapat dalam aspek nahu dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu: i. ii. iii. sintaksis semantik fonologi

Aspek Tatabahasa Transformasi Generatif Menurut Nik Safiah Karim (1993), terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat. Struktur permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya. Selain itu, ia juga merupakan bentuk ayat yang sebenarnya diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen fonologi. Contohnya ayat dasar (struktur dalaman) seperti yang berikut: Encik Ali guru. Encik Ali bukan guru. Encik Alikah guru? Siapakah Encik Ali? Encik Ali ialah guru di Sekolah Menengah Ismail Petra. Guru itu Encik Ali. Menurut Nik Safiah Karim (1993), kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi (RT). RSF akan membentuk ayat pada struktur dalaman manakala RumusTransformasi akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat permukaan. Teori ini juga

mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu.

Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Barat Noam Chomsky - Aspect of the Theory of Syntax Jackendoff (1971), Halle (1973), Siegel (1974), Aronoff (1976), Allen (1978) dan lain-lain. Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Melayu Era Tahun 1970 - 2009 Antara buku tatabahasa aliran TG di Malaysia ialah: Lufti Abas (1971) Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu Abdullah Hassan (1980) Linguistik Am Nik Safiah Karim et al. (1991) Tatabahasa Dewan Mashudi Kader (1981) The Syntax of Malay Interrogatives Nik Safiah Karim (1978) Bahasa Malaysia Syntax Ramli Hj. Salleh (1995) Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan danTambatan

Ada beberapa istilah yang menyatakan konsep-konsep asas TTG iaitu generatif, kreatif, eksplisit, gramatis dan transformasional. Perkara ini tidak akan dibincangkan kerana ia memerlukan satu huraian yang terperinci. Oleh itu, saya hanya mengambil konsep yang utama sahaja dalam menerangkan TTG ini. Terdapat dua konsep utama yang diambil kira iaitu kemampuan dan perlakuan berbahasa dan struktur dalaman dan struktur permukaan.

Rumusan Tatabahasa Transformasi Generatif Teori TTG merupakan satu teori linguistik yang lengkap dan menyeluruh merangkumi semua komponen bahasa seperti sintaksis, semantik, fonologi, dan merangkumi faktor-faktor bukan linguistik untuk melengkapi komponen semantik yang terkenal dengan nama REST (Revised Extended Standard Theory). Teori ini lahir atau wujud hasil daripada usaha seorang pelajar linguistik yang bernama Noam Chomsky. Teori ini diperkenalkan pada tahun 1957 melalui buku yang berjudul Syntactic Structures yang juga dikenali Tatabahasa Transformasi Klasik. Buku ini merangkumi tujuan teori-teori linguistik dan dasar-dasar menilai sesuatu tatabahasa. Kemudian, disusuli dengan Aspect of the Theory of Syntax (1965) yang mana Chomsky menyempurnakan teori mengenai sintaksis dengan menambah beberapa perubahan baharu. Namun pada tahun 1972, satu pembaharuan dibuat dengan menamakan Extended Standard Theory dan menjadi Revised Extended Standard Theory pada tahun 1975. Pembaharuan lain yang dibuat oleh Chomsky dengan menghasilkan satu teori yang dikira lebih baik daripada terdahulu dengan nama Government and Binding Theory Teori Kuasaan dan Tambatan pada tahun 1981. Terakhir sekali ialah teori ini diperbaiki dengan nama The Minimalist Program pada tahun 1995. Jadi kemunculan teori TG adalah untuk mengatasi atau memberi jawapan kepada persoalan-persoalan atau kelemahan-kelemahan yang tidak dapat diatasi atau terjawab oleh aliran struktural. Oleh demikian, dapat disimpulkan bahawa tatabahasa transformasi generatif asasnya ialah rasionalis dan mentalis. Asas Linguistik Tranformasi Generatif (Rasionalis/Mentalis) Bahasa yang hidup dicirikan oleh kreativiti dengan berasaskan rumus atau aturan. Rumus-rumus tatabahasa secara psikologi merupakan hakikat bahasa Manusia secara istimewa dilengkapi keupayaan mempelajari bahasa Bahasa yang hidup ialah bahasa yang dapat menjadi wadah untuk manusia berfikir.