Você está na página 1de 56

DISEDIAKAN OLEH:

ALMUMINAH BINTI ALI@ABAS


NURUL FADHLIN SAKINA BINTI HAMDANI
PISMP PENGAJIAN AGAMA 2 SEM 4 2013
ULUM QURAN DAN ULUM HADITH (PQE3102)
DEFINISI
Istilah Hadith Maudhu adalah berasal
daripada dua perkataan di dalam bahasa Arab
iaitu perkataan al-Hadith dan perkataan al-
Maudhu.
Al-Hadith dari segi bahasa mempunyai
beberapa pengertian seperti al-hadith dengan
erti baharu (al-jadid) dan al-hadith dengan erti
cerita (al-khabar).
Dari sudut pengertian syarak pula hadith
membawa erti setiap apa yang dikaitkan
dengan Nabi Muhammad s.a.w sama ada
perkataan, perbuatan, taqrir, sifat akhlaq dan
sifat semulajadi.
Pengertian ini sama dengan pengertian yang
dibuat oleh ulama hadith terhadap al-Khabar
dan al-Athar.

Sebahagian ulama hadith pula mendefinisikan
al-Hadith sama erti dengan al-Sunnah.
Hal ini boleh dilihat dengan apa yang
disebutkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani yang
mengatakan keempat-empat perkataan ini
membawa maksud yang sama (walaupun
tidak dipersepakati oleh semua ulama).
Walaubagaimanapun, beliau menambah
dalam definisi beliau sesuatu yang
disandarkan kepada Nabi atau sahabat atau
tabiin.....
Perkataan al-Maudhu pula, dari sudut bahasa
berasal daripada perkataan wadhaa yadhau
wadhan wa maudhuan yang
mengandungi beberapa pengertian antaranya
telah menggugurkan, menghinakan,
mengurangkan, melahirkan, merendahkan,
mencipta, menanggalkan, menurunkan dan
lain-lain lagi.
Walaubagaimanapun, erti yang paling sesuai
untuk dipadankan dengan perkataan al-Hadith
bagi menghasilkan makna yang dikehendaki di
dalam perbincangan Hadith ialah makna telah
mencipta.
Oleh itu Maudhu (di atas neraca isim maful
benda yang kena buat) akan membawa erti
dicipta atau direka.
Berdasarkan pengertian al-Hadith dan al-
Maudhu ini, dapatlah dibuat kesimpulan
bahawa definisi Hadith Maudhu adalah
sesuatu yang disandarkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w sama ada perbuatannya,
perkataannya, taqrirnya, sifat akhlaknya atau
sifat semulajadinya, secara rekaan atau dusta
semata-mata.
Di dalam penggunaan masyarakat Islam di
negara kita, hadith maudhu disebut juga
dengan nama hadith palsu.
Di dalam definisi yang lebih tepat lagi ulama
hadith mendefinisikannya sebagai apa-apa
yang tidak pernah keluar daripada Nabi s.a.w
sama ada dalam bentuk perkataan atau
perbuatan atau taqrir, tetapi disandarkan
kepada Baginda s.a.w sama ada secara sengaja
atau tersalah, jahil atau memperdaya.
Setengah ulama hadith mendefinisikannya
sebagai pembohongan yang dicipta dan
disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain
seperti dakwaan keturunan Nabi s.a.w,
dakwaan berjumpa Nabi s.a.w di dalam mimpi
atau jaga dan sebagainya, yang dikaitkan
dengan diri Nabi s.a.w secara dusta, semua ini
boleh dikategorikan sebagai hadith maudhu.
HUKUM MEMBUAT, MENYEBAR DAN
MENGAMALKAN HADITH MAUDHU
Ijma para ulama bahawa hadis maudhu
sama sekali tidak boleh digunakan dalam
semua perkara duniawi dan ukhrawi.
Pembuat hadis maudhu, penyebar dan
penghayatannya secara sedar adalah salah
satu dari dosa-dosa besar (al-Kabaair).
Tetapi tidaklah menjadi kafir kecuali apabila
dia menghalalkan perbuatan dusta itu.
Imam Abu Muhammad al-Juwaini, bapa kepada
Imam al-Haramain (ulama mazhab as-Syafie),
mengkafirkan orang yang sengaja berdusta
terhadap Rasulullah SAW walaupun dia tidak
menghalalkan perbuatan dusta itu.
Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah an-
Nahl, ayat 105:


Maksudnya: Sesungguhnya yang mengada-
adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang
yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan
merekalah pembohong-pembohong.
E^^) O)O4^4C =O^- 4g~-.- ] ONLg`uNC ge4C4*) *.- W Elj^q4 N- ] O+OE: ^- ^)
Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Barangsiapa dengan sengaja
berdusta terhadapku, maka bersedialah
mengambil tempatnya dari neraka.
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-
Tirmizi, Ahmad, ad-Darimi dan Ibnu Majah)
SEJARAH KEMUNCULAN HADIS
MAUDHU
Kemasukan secara ramai penganut agama-agama lain
ke dalam Islam, hasil daripada penyebaran dakwah ke
pelosok dunia, secara tidak langsung menjadi faktor
kepada bermulanya penciptaan hadith-hadith maudhu.
Tidak dapat dinafikan terdapat sebahagian daripada
mereka memeluk Islam kerana benar-benar ikhlas dan
tertarik dengan kebenaran ajaran Islam.
Namun begitu terdapat juga segolongan daripada
mereka yang menganut agama Islam hanya kerana
terpaksa mengalah kepada kekuatan Islam pada masa
itu.
Golongan ini sentiasa menyimpan dendam dan
dengki terhadap Islam dan penganutnya dan
sentiasa menunggu peluang yang ada bagi
merosakkan dan menimbulkan keraguan di dalam
hati orang ramai terhadap Islam.
Antara peluang yang terbaik ialah semasa
pemerintahan Saidina Uthman bin Affan (W35H),
hasil daripada sikap tolak ansur dan lemah-
lembut akhlaknya terhadap orang ramai,
golongan ini mula menaburkan benih-benih
fitnah yang pertama.
Antara individu yang memainkan peranan ini
ialah Abdullah bin Sabak, seorang Yahudi yang
mendakwa telah memeluk Islam.
Dengan bertopengkan pembelaan dan kasih
kepada Sayyidina Ali dan ahli Bait, beliau
menjelajah ke segenap pelosok untuk
menabur fitnah kepada orang ramai.
Beliau mendakwa Ali (W40H) yang lebih layak
menjadi khalifah daripada Uthman bahkan
daripada Abu Bakar (W13H) dan Umar
(W23H), kerana ianya telah diwasiatkan oleh
Nabi s.a.w.
Lalu, beliau dipercayai telah mencipta satu
hadith maudhu yang bermaksud: Setiap
Nabi itu ada penerima wasiatnya dan
penerima wasiatku adalah Ali.
Kemunculan Ibnu Sabak ini dikatakan berlaku
di akhir pemerintahan Uthman.
Walaubagaimanapun, penyebaran hadith
maudhu pada masa ini belum lagi meluas
disebabkan kewujudan ramai para sahabat-
sahabat utama yang mengetahui dengan penuh
yakin akan kepalsuan sesuatu hadith.
Sayyidina Uthman sebagai contohnya, apabila
mengetahui hadith maudhu yang dicipta oleh
Ibnu Sabak, telah mengambil tindakan dengan
menghalau Ibnu Sabak dari bumi Madinah.
Begitu juga dilakukan oleh Sayyidina Ali selepas
daripada itu.
Mereka menyedari bahaya hadith maudhu kerana
amaran keras telah dikeluarkan oleh Nabi s.a.w
terhadap orang yang mencipta hadith seperti mana
sabda Nabi s.a.w Sesiapa yang berdusta di atas
namaku dengan sengaja, maka dia telah menempah
tempatnya di dalam neraka.
Walaupun begitu, kumpulan ini terus mengambil
peluang yang ada, terutama selepas pembunuhan
Uthman.
Munculnya kumpulan-kumpulan tertentu seperti
kumpulan yang kononnya ingin menuntut bela di atas
kematian Uthman, kumpulan yang menyokong Ali
mahupun kumpulan yang tidak memihak kepada
mana-mana dua kumpulan ini, menyebabkan hadith-
hadith yang menunjukkan kelebihan kumpulan masing-
masing dicipta untuk mempengaruhi orang ramai.
Imam al-Zahabi (W748H) pula meriwayatkan
daripada Khuzaimah bin Nasr katanya : Aku
mendengar Ali berkata di Siffin : Moga-moga
Allah melaknati mereka (iaitu golongan yang
putih yang telah menghitamkan) kerana telah
merosakkan hadith-hadith Rasulullah SAW.
Menyedari hal ini, para sahabat mula memberi
perhatian terhadap hadith yang disebarkan oleh
seseorang.
Mereka tidak akan mudah menerimanya
sekiranya mereka meragui kesahihan sesuatu
hadith itu.
Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan
daripada Mujahid (W104H) satu kisah yang
berlaku kepada Ibnu Abbas : Busyair bin Kaab
telah datang menemui Ibnu Abbas lalu beliau
(Busyair) mula menyebutkan satu hadith dengan
katanya Rasulullah telah bersabda, Rasullulah
telah bersabda .
Walaubagaimanapun, Ibnu Abbas tidak
mendengar hadithnya itu dan tidak
memandang pun kepadanya.
Lalu Busyair berkata kepada Ibnu Abbas
Wahai Ibnu Abbas ! Aku hairan mengapa
engkau tidak mahu mendengar hadith yang
aku sebut.
Aku menceritakan perkara yang datang
daripada Rasulullah tetapi engkau tidak mahu
mendengarnya.

Ibnu Abbas lalu menjawab : Kami satu ketika
dulu apabila mendengar seseorang berkata
Rasulullah bersabda, pandangan kami
segera kepadanya dan telinga-telinga kami
memberi tumpuan untuk mendengarnya.
Tetapi apabila orang ramai mula melakukan
yang baik dan yang buruk, kita tidak
menerima hadith daripada seseorang
melainkan kami mengetahuinya.
Selepas zaman sahabat, berlaku kelemahan
dalam penelitian dan mempastikan hadith-
hadith, tidak seperti di zaman sahabat.
Ini menyebabkan berlaku banyaknya
periwayatan-periwayatan dan penyebaran hadith
yang secara tidak langsung telah turut
menyebabkan berlakunya pendustaan terhadap
Rasulullah dan sebahagian daripada sahabat.
Ditambah lagi dengan konflik politik di antara
umat Islam yang semakin hebat, telah membuka
peluang kepada golongan tertentu yang cuba
mendekatkan diri dengan pemerintah untuk
mencipta hadith.
Sebagai contoh, pernah berlaku di zaman
Khalifah Abbasiyyah, hadith-hadith maudhu
dicipta bagi mengambil hati para khalifah.
Antaranya seperti mana yang berlaku kepada
Harun al-Rasyid (W191H) di mana seorang
lelaki yang bernama Abu al-Bakhtari (seorang
qadhi) masuk menemui beliau ketika beliau
sedang menerbangkan burung merpati.
Lalu beliau berkata kepada Abu al-Bakhtari:
Adakah engkau ada menghafal sesuatu
hadith berkenaan dengan burung ini? Lalu dia
meriwayatkan satu hadith, katanya: Bahawa
Nabi s.a.w selalu menerbangkan burung
merpati. Walaubagaimanapun, Harun al-
Rasyid menyedari kepalsuan hadith tersebut
lalu mengherdiknya dan berkata: Kalaulah
bukan kerana engkau daripada keturunan
Quraisy, pasti aku akan mengusir engkau.
Peristiwa seperti ini juga berlaku di zaman
khalifah al-Mahdi (W169H) di mana seorang
lelaki yang bernama Ghiyath bin Ibrahim
masuk menemui beliau yang sedang bermain
dengan burung merpati. Lalu Ghiyath
meriwayatkan satu hadith kepada khalifah:
Tidak ada pertandingan melainkan pada anak
panah atau kuda atau burung. Dia
sebenarnya telah menambah atau burung
untuk mengambil hati khalifah al-Mahdi.
Diriwayatkan bahawa khalifah al-Mahdi telah
berkata kepada Ibrahim ketika dia melangkah
keluar: Aku bersaksi bahawa belakang tengkuk
engkau adalah belakang tengkuk seorang
pendusta.
Selepas itu khalifah telah memerintahkan supaya
disembelih burung itu.
Pendustaan dalam hadith ini hanya berlaku pada
lafaz yang akhir sahaja (atau burung).
Manakala lafaz-lafaz hadith yang lain ianya adalah
thabit kerana diriwayatkan oleh Imam Ahmad
(W241H) dan ashab sunan-sunan yang lain.
Walau bagaimanapun, tahap penyebaran hadith-
hadith maudhu diperingkat ini masih lagi kecil
berbanding dengan zaman-zaman berikutnya.
Ini kerana masih ramai lagi tabiin yang menjaga
hadith-hadith dan menjelaskan di antara yang
lemah dan yang sahih.
Begitu juga kerana zaman mereka ini masih lagi
dianggap hampir dengan zaman Nabi s.a.w dan
disebut oleh Nabi sebagai di antara sebaik-baik
zaman.
Pengajaran-pengajaran serta wasiat daripada
Nabi masih lagi segar dalam kalangan mereka
yang menyebabkan mereka dapat mengesan
kepalsuan-kepalsuan sesuatu hadith.
SEBAB-SEBAB
MENDORONG
KELAHIRAN
HADIS MAUDHU
SIKAP FANATIK
TERHADAP
KUMPULAN,
BANGSA ATAU
TEMPAT
SENDIRI
MENGHAMPIRKAN
DIRI KEPADA
PEMERINTAH
BERTUJUAN BAIK
TERHADAP AGAMA
TETAPI JAHIL
DALAM URUSANNYA
TUKANG-
TUKANG
CERITA
DENDAM
MUSUH-MUSUH
ISLAM
SEBAB
POLITIK
Memastikan setiap hadis mempunyai sanad.
Melipat gandakan usaha mempelajari dan
meyakinkan kebenaran sesuatu hadis.
Mengenalpasti setiap pendusta hadis.
Mengetahui riwayat setiap hadis.
Merangka beberapa kaedah untuk
mengenalpasti hadis palsu.

Pengakuan perawi itu sendiri.
- Umpamanya seperti yang diakui oleh Abdul Karim
bin Abu al-Auja, Maisarah bin Abdu Rabbih dan
Nuh bin Abi Maryam.
Perawinya terkenal sebagai pembohong,
sedangkan hadis yang diriwayatkan tidak
diriwayatkan oleh perawi lain yang kepercayaan
(tsiqah).

Bertentangan dengan kenyataan (fakta)
sejarah.
Motif apakah yang mendorong membuat
hadis palsu itu.
- Ada motif/tujuan tertentu seperti politik,
fanatik golongan, fanatik mazhab, membodek
raja, mencari rezeki dan sebagainya.
TANDA TANDA
KEPALSUAN PADA
MATAN
TANDA TANDA KEPALSUAN PADA
MATAN
a) Berlawanan dengan perkara yang mudah
diketahui oleh akal dan tak dapat pula ditakwil
seperti hadith :

Bahawasanya bahtera Nuh bertawaf di
Baitullah selama 7 hari dan bersolat 2 rakaat
di Maqam Ibrahim

b) Berlawanan dengan hukum akal mengenai
Allah. Akal menetapkan bahawa Allah suci dari
menyerupai makhluk, seperti hadith :
Allah mengadu sakit mata, maka para malaikat
datang melawat.

c) Mengandungi dongeng yang tidak diterima
akal.
Ayam putih itu adalah kekasihku dan kekasih
bagi kekasihku Jibril

d) Menyalahi hadith mutawatir
Apabila diriwayatkan kepada kamu sebuah
hadith yang sesuai dengan kebenaran, maka
ambillah dia sama ada aku mengkhabarkannya
ataupun tidak.
Hadith ini bertentangan dengan hadith
mutawatir :
Barangsiapa yang berdusta terhadapku
dengan sengaja maka bersedialah mengambil
tempatnya dari Neraka.
e) Bertentangan dengan kenyataan dan ilmu
f) Menyalahi keterangan Al-Quran yang qatie
dan tidak dapat pula ditakwilkan
g) Menyalahi kenyataan sejarah yang memang
sudah terkenal pada zaman Nabi SAW
h) Hadith yang menerangkan pahala yang
sangat besar terhadap suatu kebajikan yang
sangat kecil
i) Hadith yang menerangkan dosa dan siksa
yang sangat besar atas kesalahan yang kecil
CARA MEMBUAT HADITH PALSU
1. Membuat hadith palsu dengan lafaz sendiri
dan dengan fikiran sendiri
2. Dengan mengambil perkataan as-Salafus
Soleh, hukama atau tabib lalu dibangsakan
kepada Nabi SAW
3. Perawi mengambil sebuah hadith yang dhaif
sanadnya lalu dibuatnya sanad yang lain yang
sahih supaya hadith yang dhaif itu kelihatan
sahih

Tokoh
pembuat
hadith
palsu
Abu Daud
An-Nakhaiy
Al-
Mughirah
bin Said Al-
Kufi
Muhammad
bin As-Saaib
Nuh bin
Abi
Mariam
Abdul
Karim bin
Abi Al-
Auja
Muhamma
d bin Ziad
Al-Yaskari
Ahmad bin
Abdullah Al-
Juawaibari
Dan ramai
lagi
HADIS PALSU MENGENAI KELEBIHAN
SOLAT TERAWIKH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam 1 : Diampuni
dosa orang-orang yang beriman sebagaimana
keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-2 :
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman
yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa
kedua ibubapanya.


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-3 : Para
malaikat di bawah ' Arasy menyeru kepada
manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu
agar meneruskan solatnya pada malam-malam
yang lain, semoga Allah akan mengampunkan
dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke-4 : Orang-
orang yang mengerjakan solat Tarawih akan
memperolehi pahala sebagaimana pahala yang
diperolehi oleh orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
HADIS MAUDHU MENGENAI PUASA
1) Awal ramadhan adalah rahmat,
pertengahannya keampunan dan akhirnya
ialah pembebasan dari neraka

2) Barangsiapa berbuka sehari dari bulan
Ramadhan tanpa suatu keuzuran maka
wajiblah ia berpuasa sebulan.
Barangsiapa berbuka sehari dari bulan
Ramadhan kerana sakit mata wajiblah ia
berpuasa sebulan.

Barangsiapa berbuka puasa dengan sebiji
tamar yang halal akan ditambahkan empat
ratus solat dalam solatnya.
Implikasi hadith maudhu
terhadap umat islam
1. Merosakkan aqidah umat Islam.
Dengan membaca atau mendengar hadith-
hadith maudhu dalam bidang ini, pastinya
pendengar yang tidak peka terhadap
kepalsuannya akan terpedaya lalu
mempercayai sedikit-sebanyak isi kandungan
hadith tersebut.
Dengan ini kepercayaannya atau aqidahnya
akan terseleweng sedikit demi sedikit.
2- Merosakkan amalan syariah umat
Islam.
Amalan-amalan dalam agama Islam yang pada
asalnya begitu mudah untuk diamalkan oleh
sesiapa sahaja, akhirnya bertukar menjadi
satu amalan yang ditakuti oleh penganutnya
sendiri.
Perselisihan dalam mazhab dan kekerasan
dalam hukum menyebabkan amalan syariah
atau fiqh umat Islam lari jauh dari ajaran asal
Nabi Muhammad s.a.w.
Contoh dalam ibadah, hadis palsu yang
popular :




Maksudnya : Sesiapa yang bercakap mengenai
urusan dunia di masjid, maka sia-sialah
amalannya selama empat puluh tahun."
Begitu juga dengan hadis-hadis yang
menceritakan kelebihan malam-malam
Ramadhan yang kononnya diriwayatkan oleh
Saidina Ali.
Hadis-hadis ini telah memberi gambaran yang
tidak benar tentang Islam dan mendorong
umat Islam supaya lebih mengutamakan
amalan sunat daripada wajib.
3- Merosakkan akhlak umat Islam.
Ada juga hadis palsu yang menggalakkan
permusuhan dan berselisihan. Malah ia
menggagap ia sebagai suatu rahmat yang harus
dikejar oleh ummat Islam.




Maksudnya : " Perselisihan umatku adalah suatu
rahmat."


Hadis palsu ini mendorong kepada pepecahan
bukannya penyatuan. Oleh itu, sebelum kita
menyatakan ia adalah hadis adalah wajar kita
mengenalpasti kesahihan ia dan sumber serta
siapa perawinya.
Hadis palsu telah memberi satu gambaran
yang buruk terhadap agama Islam, seolah-
olah Islam agama yang negatif, bercelaru,
penuh khayalan, tidak masuk akal dan sarat
dengan pembohongan.
4- Merosakkan pendirian umat
Islam.
Berhadapan dengan janji pahala yang lumayan
di samping amalan yang ringkas boleh
menimbulkan perasaan berpada-pada dalam
kalangan umat Islam.
Contohnya : Barangsiapa yang solat dhuha
sekian rakaat, maka akan diberikan padanya
pahala 70 orang nabi.
Akibatnya pendirian dan pegangan umat Islam
akan menjadi lemah.

Amalan yang murni mungkin ditinggalkan
kerana terdapat amalan lain yang lebih
berbaloi dan menguntungkan.
Di penghujung jalan wujudlah umat yang
tidak tegas dan tidak bersemangat
mengamalkan ajaran Islam.

5- Mengabaikan hadith sahih.
Satu perkara lain yang pasti muncul akibat
penyebaran hadith maudhu ialah pengabaian
hadith maqbul / sahih.
Secara automatik sekiranya ditekankan hadith
maudhu dalam sesuatu majlis, hadith sahih akan
tersisih dan tidak mendapat tempat yang
sepatutnya.
Akhirnya orang ramai akan senang apabila
mendengar hadith maudhu dan merasa janggal
apabila mendengar hadith sahih. Ini adalah di
antara musibah yang terbesar dalam
perbincangan ini.
JAZAKALLAH
KHAIRAN KATHIRA

Você também pode gostar