Você está na página 1de 2

Agar-Agar Susu Berlapis

Agar-Agar Susu Berlapis


Resipi Che CT

Bahan Lapisan Susu : 10 gm agar-agar serbuk 3 cawan air 1/2 cawan gula 1 1/2 cawan susu sejat Ideal/Carnation Beberapa titis esen vanila Cara-Cara : 1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut. 2. Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan. 3. Masukkan susu sejat dan esen vanila. 4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan dalam loyang atau acuan yang digemari. Sejukkan sebentar. Bahan Agar2 Berwarna 10 gm agar-agar serbuk 3 cawan air 1/2 cawan gula Pewarna makanan yang disukai Cara-Cara : 1. Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan kacau perlahan hingga gula larut. Asingkan 2 1/2 cawan dan masukkan sedikit saje pewarna pink dan kacau rata. Tapis dan ketepikan. 2. Tuangkan agar agar selebihnya ke dalam mangkuk kecil2 yang dibahagi kepada 3 bahagian dan letak pewarna. Biarkan beku (CT letak atas ais kiub biar cepat beku) Dan bila sudah beku potong kecik2. 3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan susu dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan agar2 pink dan dimasukkan agar2 warna warni tadi. Jangan sampai terlalu keras

adunan susu tadi, agak2 keras sedikit saje. (buat dengan cepat takut agar2 susu akan cepat beku). 4. Bila adunan agar2 pink dah hampir keras letakkan lagi baki agar2 susu tadi. Bekukan dan boleh dimasukkan dalam peti ais. Hidang semasa sejuk. * Nota * Bila lebihan agar2 susu seakan nak pekat, bolehlah tenggekkan lagi atas api sebentar.

Você também pode gostar