Você está na página 1de 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR SARAWAK

Telefon Faks email

: 084-691910 / 69151 : 084-691913 : mapera@tm.net.my

Rujukan Tuan : Rujukan Kami : Tarikh : 3 JULY 2011

Encik Mat Kamal bin Abdul Majid, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Rajang. 96509 Bintangor, Sarawak.

Tuan, PERMOHONAN UNTUK PENAMBAHAN HARI BAGI PEMBUKAAN KOLAM RENANG Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Pihak Biro Sukan dan Rekreasi di bawah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ( JPP ) ingin memohon supaya kolam renang dibuka selain daripada hari Rabu dan Jumaat atas permintaan pelajar yang ramai di institut ini. Hari yang dicadangkan adalah hari Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. 3. Rasionalnya di sini, hari Selasa, Rabu dan Khamis dibuka supaya pelajar yang mempunyai kokurikulum dapat menikmati kemudahan pada hari selain Rabu. Manakala hari Jumaat dan Sabtu dibuka supaya pelajar yang tinggal di asrama mempunyai tambahan satu tempat rekreasi selain daripada permainan padang. 5. Diharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan kami atas kebajikan pelajar semua.

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN .

Saya yang menjalankan tugas,

................................................ (JONG SOO CHIN) Setiausaha Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru, Kampus Rajang, Bintangor.

Você também pode gostar