Você está na página 1de 4

BAHASA RESEPTIF DAN BAHASA EKSPRESIF DALAM KOMUNIKASI VERBAL: PEMELAJARAN BAHASA MELAYU KANAK-KANAK SINDROM DOWN (RECEPTIVE

AND EXPRESSIVE LANGUAGE IN VERBAL COMMUNICATION: MALAY LANGUAGE AQCUISITION AMONG DOWN SYNDROM CHILDREN)
Puteri Roslina Abdul Wahid

Dalam kajian ini penulis telah menumpukan perhatian terhadap pemerolehan bahasa verbal dalam kalangan kanak-kanak Sindrom Down. Kajian ini memperlihatkan bahawa kanak-kanak SD merupakan pelajar visual (lihat) daripada pelajar auditori (dengar). Oleh itu, penguasaan bahasa verbal yang baik mengambil masa yang panjang berbanding dengan kanak-kanak normal. Sindrom Down (SD) ialah keadaan kongenital (sejak lahir) akibat kelainan pada kromosom. Sindrom bermaksud kumpulan ciri-ciri pada individu yang dikenal pasti wujud pada masa yang sama. Tanggal 21 Mac diiktiraf seluruh dunia sebagai "Hari Sindrom Down Sedunia" dengan objektif utama adalah untuk memperingati serta mewujudkan tahap kesedaran yang tinggi dalam memahami pesakit Sindrom Down. SD tidak boleh diubati. Fenomena ini berlaku akibat keadaan baka tidak normal. Secara umumnya semua kanakkanak istimewa ini mengalami pertumbuhan keseluruhan yang lebih lambat berbanding kanakkanak normal. Namun, yang penting untuk diingat ialah SD bukan penyakit keturunan dan SD boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira kaum, kedudukan, dan tahap sosio ekonomi. Kebarangkalian berlaku pada anak lelaki dan perempuan adalah sama.

Pertuturan merupakan sistem komunikasi yang paling

sukar bagi kanak-kanak SD. Pada

hakikatnya, kanak-kanak SD memahami konsep komunikasi dan memahirkan diri dengan kemahiran prabahasa bagi menyediakan diri mereka menggunakan bahasa. Justeru, pertuturan merupakan alas yang digunakan dalam bahasa dan bahasa merupakan salah satu daripada pelbagai jenis komunikasi. Perkembangan awal komunikasi dikatakan prasyarat bagi perkembangan bahasa. Penggunaan isyarat merupakan satu lagi bentuk komunikasi.

Sesuatu isyarat digunakan untuk mewakil idea atau pemikiran, cadangan, andaian, kata rahsia dan sebagainya untuk menyampaikan maklumat.

Istilah learning disability dan istilah learning difficulty menjelaskan keadaan individu yang mempunyai tahap fungsi intelek terhad atau sedang berkembang pada tahap lambat berbanding individu normal. Kategori ini pelbagai misalnya terencat akal, sindrom Down, autisme, serebral palsi, masalah komunikasi dan perkembangan bahasa, masalah emosi dan tingkah laku, kecacatan anggota, hiperaktif, hipoaktif, keupayaan mental rendah dan pintar

cerdas. Terdapat tiga aspek penting apabila memperkatakan tentang masalah pemelajaran kanak-kanak SD, iaitu masalah pertuturan, bahasa, dan komunikasi. Masalah pertuturan yang dialami memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan oleh kanak-kanak. Perbezaan dari segi cara kanak-kanak bercakap menjadi masalah apabila pertuturannya tidak difahami oleh pendengar. Masalah bahasa pula dibahagikan kepada bahasa reseptif, iaitu kemampuan memahami dan mengingati apa yang diujarkan oleh orang lain; dan masalah ekspresif, iaitu kemampuan untuk mengatakan idea atau perasaannya dalam bentuk perkataan atau simbol. Masalah komunikasi akan berlaku apabila pemerolehan bahasa reseptif dan bahasa ekspresif tidak mencapai tahap fungsian yang sesuai bagi perkembangan mental kanak-kanak. Bahasa dalam komunikasi dapat dibahagikan kepada dua, iaitu bahasa bukan verbal dan bahasa verbal. Tulisan ini hanya menumpukan aspek bahasa verbal sahaja. Komunikasi verbal melibatkan penggunaan bahasa. Bahasa verbal dibahagikan kepada dua, iaitu bahasa reseptif dan bahasa ekspresif. Bahasa reseptif merujuk kepada kemahiran memahami bahasa termasuklah kebolehan membezakan bunyi. Bahasa ekspresif merujuk kepada kemahiran kepersisan, kesempurnaan, dan kejelasan apabila melahirkan fikiran dan perasaan, menjawab soalan, menghubungkan peristiwa, dan berbual-bual.

Penulis mengkaji tentang Bahasa Melayu dalam Program Pendidikan Khas.Penggunaan bahan konkrit sebagai proses awal pemelajaran lebih banyak membantu daripada penggunaan kertas dan pensil semata-mata. Kanak-kanak SD sukar untuk memberikan

seluruh tumpuan bagi satu sesi pemelajaran. Oleh itu, guru perlu menyediakan pengajaran bahasa bersifat indivu atau kelompok yang kecil tidak lebih daripada dua orang. Kelambatan penguasaan bahasa menyebabkan pengetahuan am kanak-kanak SD lebih rendah berbanding kanak-kanak normal. Dalam hal ini kaedah perulangan perlu dilaksanakan sepanjang masa. Kata-kata yang digambarkan dalam bentuk cetakan lebih mudah diingati berbanding dengan ujaran. Kaedah perbandingan konsep juga perlu diketengahkan dalam pemelajaran bahasa. Bagi ibu bapa dan ahli keluarga pula, mereka perlulah meluangkan lebih banyak masa untuk berinteraksi dan mengulang apa yang dipelajari anak mereka di sekolah.

Kesimpulan kajian ini menyatakan bahawa komunikasi verbal bagi kanak-kanak merupakan kunci kepada kemahiran sosial mereka dan juga perkembangan kognitif. Program pendidikan bagi kanak-kanak SD perlu dipertingkatkan agar mereka mudah dibimbing dan dikawal serta diberikan perhatian yang sewajarnya.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DALAM MENANGANI MASALAH PERTUTURAN DAN BAHASA KANAK-KANAK AUTISTIK
SITI HODIJAH BINTI ZAMAKSHSHARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Kertas konseptual ini membincangkan ciri-ciri kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan dan bahasa dan punca-punca berlakunya masalah pertuturan dan bahasa di kalangan kanakkanak autistik. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru pendidikan khas terhadap kanak-kanak autistik turut dibincangkan bersama. Kanak-kanak autistik merupakan golongan kanak-kanak yang menghidap autisme.Kanak-kanak autistik adalah kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental yang mengakibatkan ketidakupayaan dalam kemahiran sosial, komunikasi dan mempunyai minat dan aktiviti yang terhad.

Kanak-kanak autistik sebenarnya boleh melihat dan mendengar. Namun, kecacatan mental yang dihadapi menyebabkan mereka sukar untuk memahami dan mentafsir maklumat yang diperoleh. Kajian menyatakan bahawa kanak-kanak autistik sering berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kanak-kanak autistik dilihat seperti terperangkap di dalam dunianya sendiri seolah-olah komunikasi adalah tidak penting.

Lambat memulakan pertuturan merupakan ciri-ciri kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan (Kasran 2003). Hal ini disebabkan oleh perkembangan mereka yang lewat daripada kanakkanak yang normal. Selain itu, ketiadaan babbling, gerak laku dan isyarat pertuturan dapat dilihat daripada kanak-kanak autistik. Hal ini disebabkan oleh kepadatan neuron di dalam saraf yang dinamakan amyglada dan hippocampus di dalam otak kanak-kanak autistik. Mereka juga gagal menunjukkan isyarat bukan lisan seperti ekspresi muka semasa komunikasi. Ada sesetengah kanak-kanak autistik mengalami ekolalia iaitu sering mengulangi percakapan yang didengar. Terdapat tiga jenis ekolalia iaitu Ekolalia serta merta (immediate echolalia) bermaksud pengulangan yang tepat dan serta merta apabila sesuatu perkataan disebut manakala ekolalia lewat (delayed echolalia) bermaksud sesuatu perkataan itu diucapkan agak lama selepas perkataan asal disebut. Ekolalia ringan (mitigated echolalia) pula bermaksud pengulangan perkataan yang segera tetapi mengandungi perubahan terhadap susunan kata dan apa yang dituturkan.

Menurut statistik pada tahun 2010 menunjukkan kadar rakyat Malaysia yang menghidap autisme adalah seramai 47000 orang . Oleh itu, pengenalpastian terhadap punca-punca masalah pertuturan di kalangan kanak-kanak autistik perlu dikaji agar langkah-langkah pencegahan dan rawatan yang sewajarnya dapat diberikan. Antara punca kanak-kanak autistik menghadapi masalah bertutur adalah disebabkan oleh faktor genetik. Hal ini terjadi disebabkan oleh kehadiran beberapa gen yang berpisah dan berinteraksi antara satu sama lain sehingga menyebabkan proses penularan genetik menjadi kompleks. Selain itu, jangkitan virus yang dihadapi oleh si ibu semasa hamil turut menyumbang kepada punca seorang kanak-kanak menghidap autism yang mempengaruhi pertumbuhan sel otak dan mengganggu fungsi otak bayi.

Pendidikan untuk semua menekankan bahawa semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira perbezaan latar belakang dan kebolehan termasuklah kanak-kanak autistik. Strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif amat sesuai digunakan terhadap kanak-kanak autistik. Pengajaran berbantukan komputer boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak autistik. Strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif pula menekankan pelaksanaan aktiviti berkumpulan. Proses

pengajaran dan pembelajaran seperti Picture Exchange Communication System (PECS) merupakan satu program yang berperanan untuk membangunkan kemahiran bertutur kanakkanak bagi membolehkan mereka berkomunikasi. Di samping itu, strategi pemusatan murid dan bahan juga boleh digunakan oleh guru-guru pendidikan khas terhadap kanak-kanak autistik. Peranan guru-guru dikatakan penting dalam membantu meningkatkan kemahiran bertutur mereka dengan melaksana strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap keupayaan dan kebolehan mereka. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru adalah melaksanakan terapi berkuda, terapi muzik, mengadakan lawatan sambil belajar luar dari kawasan sekolah serta membina kolaborasi dengan pihak ibu bapa.

Kesimpulanya, kajian ini membincangkan ciri-ciri kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan dan bahasa dan punca-punca berlakunya masalah pertuturan dan bahasa di kalangan kanakkanak autistik. Selain itu, kertas ini juga telah membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru pendidikan khas terhadap kanak-kanak autistik. Terdapat beberapa cadangan aktiviti yang sesuai perlu dilaksanakan oleh guru agar masalah pertuturan dan bahasa yang dihadapi dapat diminimumkan.

Você também pode gostar