Você está na página 1de 5

Pengenalan Kerja kursus pertama untuk mata pelajaran SCE 3107 Ekosistem dan Biodiversiti ini adalah membuat

awetan kering serangga. Seperti yang kita sedia maklum dunia serangga merupakan satu dunia yang sangat luas untuk diterokai. Malah sampai sekarang pengkaji-pengkaji serangga masih giat mencari dan mengkaji tentang serangga yang belum dikenalpasti mahupun yang belum diketahui secara mendalam sifat fizikal dan cara hidupnya. Melalui kerja kursus ini, saya akan menjalani satu proses yang mana melibatkan pencarian serangga yang ada di persekitaran, seterusnya membuat proses pengeringan dengan menjemurnya di bawah cahaya matahari. Seterusnya proses mengenalpasti nama secara saintifik dan akhir sekali menyimpan serta menyusun specimen ke dalam bekas beserta nama saintifiknya. Kerja kursus ini dibuat secara individu memandangkan kedudukan rakan sekuliah yang agak jauh di antara satu sama lain. Namun, perkongsian maklumat dan ilmu masih dapat dijalankan dengan bantuan teknologi terkini sama ada melalui email mahupun secara talian terus. Diharapkan dengan perongsian maklumat dari rakan-rakan, serta bimbingan pensyarah, penghasilan awetan serangga ini akan berjalan dengan lancer dan dapat menghasilkan yang terbaik.

Proses-proses pengawetan serangga. 1. Mengumpul specimen di persekitaran. 2. Mengeringkan serangga dengan menjemur di bawah cahaya matahari 3. Membuat rujukan dari pelbagai sumber untuk mengetahui nama saintifik setiap serangga secara tepat. 4. Menyusun specimen di dalam bekas (frame) beserta nama dan pengkelasannya. 5. Mengemaskan frame.

Refleksi

Tugasan untuk mata pelajaran SCE 3107 Ekosistem dan Biodiversiti ini melibatkan kerja amali iaitu mengumpul specimen serangga untuk di awet secara kering.Tugasan ini diberi secara individu dan diberi masa lebih kurang 4 minggu untuk menyiapkannya. Tugasan ini secara amnya tidak lah sukar, kerana ianya hanya melibatkan pengumpulan serangga dari persekitaran seterusnya dikeringkan. Memandangkan persekitaran kita ini memang kaya dengan seribu satu jenis serangga, kita hanya perlu memilih sahaja. Namun cabarannya adalah untuk mencari nama saintifiknya, bermula dengan family, Genera dan nama serangga tersebut secara saintifik. Rujukan secara menyeluruh baik dari buku rujukan mahupun dari internet terpaksa dilakukan.Proses ini mengambil masa yang lama untuk menjejaki satu persatu nama serangga tersebut secara tepat. Dengan adanya bantuan teknologi yang canggih pada ketika ini, selain dapat mencari maklumat berkenaan nama saintifik serangga tersebut, saya juga dapat berkomunikasi dengan rakan tentang tugasan ini.Kami menghadapi masalah yang sama iaitu mencari nama saintifik secara tepat serangga-serangga ini. Kekangan masa juga turut dihadapi dengan tugas-tugas yang ada di sekolah juga menuntut komitmen yang tinggi, terutamanya di awal tahun begini, semua persediaan termasuklah merancang aktiviti-aktiviti untuk sepanjang tahun dari segi kurikulum mahupun ko-kurikulum. Banyak mesyuarat dan perjumpaan harus dihadiri begitu juga dengan penyediaan takwim dan penyediaan bahan bantu mengajar seperti lembaran kerja untuk kegunaan sepanjang tahun. Untungnya, ada ramai pelajar di sekolah yang boleh membantu untuk menangkap serangga-serangga ini. Mereka turut memberi kerjasama dengan menyumbang tenaga bagi mencari serangga-serangga ini terutamanya di hujung minggu. Malah mereka sendiri turut berminat untuk membuat koleksi mereka sendiri untuk di simpan di bilik sains sekolah. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar ini juga mempelajari serba sedikit berkenaan dengan dunia serangga ini. Malah aktiviti mencari serangga di hujung minggu ini telah memberikan impak yang positif kepada mereka dengan menarik minat mereka untuk belajar Sains di sekolah.Kalau sebelumnya mereka mengatakan mata pelajaran Sains ini seperti subjek yang lain, belajar melalui buku teks sahaja, tetapi sekarang mereka telah menyedari bahawa belajar Sains adalah satu keseronokan. Cabaran yang tidak kurang hebatnya adalah apabila mengendalikan specimen ini. Semasa pengeringan mahupun selepas ianya kering. Ada di antara bahagian-bahagian haiwan yang tanggal, patah, terkoyak dan menjadikannya tidak
3

sempurna. Serangga tersebut terpaksa dibuang, dan saya terpaksa mencari dan mengeringkan serangga yang baru. Saya menyedari ini adalah satu pembaziran, baik dari segi masa, dan penganiayaan terhadap serangga. Selepas cubaan kali pertama, ada beberapa serangga saya yang tidak sempurna, seterusnya saya berhati-hati semasa mengendalikan specimen ini.Kali ini semua serangga saya kering dengan sempurna. Apa yang saya dapati dari pengendalian awetan kering serangga ini, timbul kesedaran akan kepentingan melindungi spesies-spesies serangga ini, terutamanya spesies yang jarang kita temui. Caranya adalah dengan menjaga habitatnya, iaitu alam sekitar yang terpelihara. Sekiranya hutan-hutan dan persekitaran dimusnahkan dan tercemar, tidak mustahil serangga-serangga ini akan pupus suatu hari nanti. Generasi kita yang akan dating tidak akan dapat melihat serangga- serangga ini lagi. Seterusnya, saya dapat mengenali sesuatu spesies serangga dengan lebih terperinci lagi. Sebelum ini, kita tidak berapa menghiraukan kewujudan seranggaserangga ini di sekeliling kita, namun sekarang kita menyedari bahawa seranggaserangga ini juga adalah stu makhluk ciptaan Tuhan yang indah. Saya berazam dan berhasrat untuk meneruskan aktiviti awetan serangga secara kering ini bersama-sama pelajar-pelajar saya di sekolah sebagai salah satu aktiviti Kelab Sains. Secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai saintifik di kalangan pelajar, contohnya kemahiran manipulative sains iaitu mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat.Selain menerapkan nilai bertanggungjawab dan bekerjasama.Semoga selepas ini kita akan lebih menghargai alam sekitar dan hidupan yang ada di sekeliling kita. Dengan sempurnanya tugasan ini, saya amat bersyukur dan berterima kasih terutamanya kepada pensyarah pembimbing, Encik George, rakan-rakan seperjuangan dan juga keluarga tersayang. Terima kasih di atas bimbingan, tunjuk ajar dan bantuan secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Rujukan; www.insectidentificatin.org/scientific-name-of-insect.asp www.malaysia.wildlife-and-nature.com/insect.ofmalaysia.html www.photoshelter.com/gallery/ www.bugman123.com/Bugs/index.html www.shutterasia.com/forum/showread.php

Você também pode gostar