Você está na página 1de 15

Bahagian Kedua:

Untuk laporan kedua, kumpulan kami sepakat memilih untuk mengkaji biologi Jongs Crocodile Farm. Ini kerana setiap anggota kumpulan kami pernah membawa keluarga melawat ke Jongs Crocodile Farm. Di samping pengalaman yang ada, kami juga telah membuat rujukan dan mengumpul maklumat dari internet.

Julat Kepelbagaian Biologi Jongs Crocodile Farm Kepelbagaian Biologi merujuk kepada pelbagai jenis bentuk hidupan di dunia ini. Biodiversiti merangkumi semua bentuk kehidupan dari sekecil kuman hingga ke hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan seperti ikan paus serta pokokpokok yang besar. Bilangan spesies organisma sangat sukar untuk ditentukan kerana selain daripada spesies-spesies organisma yang telah diketahui, terdapat juga berjuta-juta jenis organisma yang belum ditentukan atau belum dijumpai. Setakat ini hampir 1.4 juta spesies telah dikenal pasti, namun para saintis menganggarkan jumlah spesies yang terdapat di dunia ini adalah lebih dari 100 juta. Namun, disebabkan ketamakan manusia, aktiviti-aktiviti manusia telah membawa ancaman yang besar, sehingga pupus kepada spesies flora dan fauna di dunia ini. Pada peringkat global, 75% dari kepelbagaian genetik

tanaman telah pupus dalam setengah abad yang lalu, 24% spesies mamalia dan 12% daripada spesies burung berada dalam tahap terancam, 50% dari ekosistem tanah lembap telah musnah atau kering, 33% batu karang telah musnah atau rosak. Malaysia patut berbangga kerana memiliki negara yang sangat kaya dengan biodiversitinya dan termasuk dalam lingkungan dua belas buah negara mega kepelbagaian biologi di dunia yang mana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang dianggarkan antara 60% hingga 70% daripada jumlah biodiversiti dunia. Malah dari segi kepelbagaian spesies tumbuhan di Rantau Asia-Australia pula, negara kita masih lagi mengekalkan kedudukan di tempat kelima. Menurut fakta, spesies flora dan fauna kita menggambarkan kepelbagaian ini ada terdapat negara kita. Dianggarkan, negara kita mempunyai kira-kira 15,000 bilangan spesies tumbuhan berbunga, 1,000 bilangan spesies lumut dan rumpair, 286 jenis spesies mamalia, 736 jenis spesies burung, 4,000 jenis spesies ikan laut, 449 jenis spesies ikan air tawar, 268 jenis spesies reptilia, dan 150,000 jenis serangga dan invertebrat. Berbalik kepada Jongs Crocodile Farm, Kuching, zoo mini tersebut meliputi julat kepelbagaian biologi yang amat luas. Dari segi kawasan habitat, zoo mini tersebut mempunyai tanah pamah, tanah paya, tasik-tasik, kolamkolam, dan sebagainya. Terdapat banyak spesies flora dan fauna lain yang dapat didapati di sana, seperti buaya (Tomistoma schlegelii dan Crocodylus porosus), pelbagai jenis burung, monyet berekor panjang (Macaca fascicularis), beruang madu (sunbears, Helarctos malayanus), bintarung (bearcats, Arctictis binturong), memerang (otters, Lutra canadensis), ayam pegar (pheasants, Tragopan satyra), landak (porcupine, Hystrix cristata), ayam serambi, burung merak (peacocks, Pavo cristatus), ayam belanda (turkey, Meleagris gallopavo), khinzir misai (moustache pig, Sus barbatus), kambing (Capra hircus), helang (Alophoixus ochraceus), burung hantu (Asio otus), biawak (Vavanus salvator), arnab (Sylvilagus floridanus), ikan arapaima (Arapaima gigas), musang (civets,

Paradoxurus hermaphroditus), rusa (barking deers dan sambar deers), penyu, kura-kura, dan banyak lagi.

Di Jongs Crocodile Farm, spesies haiwan yang difokus dan dipulihara oleh mereka ialah buaya. Terdapat dua jenis spesies buaya yang terdapat dalam

zoo mini tersebut, termasuklah buaya Malayan Gharial Air Tawar (Tomistoma schlegelii), manakala jenis yang kedua ialah buaya laut (Crocodylus porosus).

Fakta mengatakan bahawa terdapat 21 jenis spesies buaya berselerak di sekitar kawasan air suam di seluruh dunia. Buaya yang terdapat pada zaman sekarang terbahagi kepada 3 jenis, iaitu alligator (Alligatoride), buaya (Crocodilidae), dan gharial (Gavialidae). Di Malaysia pula, terdapat dua jenis buaya yang wujud, iaitu buaya laut (Crocodylus porosus) dan Malayan Gharial Air Tawar (Tomistoma schlegelii). Berdasarkan pernyataan di atas, maka sebenarnya spesies-spesies buaya yang terdapat di Jongs Crocodile Farm, Kuching, iaitu Crocodylus porosus (buaya) dan Tomistoma schlegelii (Gharial) telah mewakili keseluruhan kepelbagaian biologi pada peringkat nasional, atas sebab bahawa hanya terdapat 2 jenis spesies buaya ini sahaja yang terdapat di Malaysia. Alligator tidak didapati di Malaysia secara semula jadi. Seperti yang dikatakan, memandangkan jenis buaya yang ketiga, iaitu alligator tidak dapat dijumpai di Malaysia secara semula jadi, maka spesiesspesies buaya yang terdapat di Jongs Crocodile Farm, Kuching, hanyalah mewakili dua per tiga daripada jumlah biodiversiti yang terdapat pada peringkat global.

Salah satu pewakilian atau kedudukan yang amat penting bagi Jongs Crocodile Farm ialah ianya merupakan pusat penternakan dan pembiakbakaan khas untuk buaya spesies Tomistoma di dunia. Tomistoma berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud mulut yang tirus tajam, yang secara langsung merujuk kepada bentuk mulut buaya julung-julung ini. Spesies Tomistoma hanya menetap di Pulau Borneo, Malaysia, dan Indonesia sahaja. Dijangkakan bahawa kini bilangan mereka adalah kurang daripada 1,000 ekor. Oleh itu, Jongs Crocodile Farm sememangnya memainkan peranan yang penting untuk memulihara spesies-spesies buaya ini.

Apakah itu Pemuliharaan In Situ Pemuliharan in situ merupakan salah satu cara untuk memulihara flora dan fauna di kawasan-kawasan semula jadi, di mana kawasan tersebut telah ditetapkan dan flora dan fauna yang terdapat di kawasan tersebut dijaga dan dipulihara daripada ancaman alam sekitar. Dengan kata lain, pemuliharaan in situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia ada di habitat asalnya.

Rafflesia di hutan Sabah menjalani pemuliharaan in situ

Hidupan laut di Pulau Sipadan, Sabah menjalani pemuliharaan in situ

Pemuliharaan in situ bertujuan untuk pemuliharaan kepelbagaian jenis dan genetik flora dan fauna yang terdapat di kawasan yang dilindungi tersebut. Antara contoh pemuliharaan in situ termasuklah taman negara ( national parks), taman hutan (forest parks), taman laut (marine parks), hutan perlindungan, dan sebagainya. Terdapat banyak taman negara yang terdapat di negara kita. Contohnya Taman Negara Endau Rompin, Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Mulu, Taman Negara Bako, dan sebagainya. Salah satu contoh pemuliharaan in situ yang dianggap amat berjaya di Malaysia ialah Taman Negara, Titiwangsa, Pahang, Malaysia. Ia merupakan taman negara yang paling besar di negara dan ditubuhkan untuk memulihara spesies-spesies yang terancam dan hampir terpupus seperti Harimau Malaya, Badak Sumatara, Beruang Madu Malayan, tapir, ungka, dan sebagainya. Selain daripada haiwan yang bersaiz besar, Taman Negara juga memulihara sesetengah mamalia yang kecil, burung, serangga, dan juga invertebrate. Malah, Taman Negara juga mempunyai banyak spesies tumbuhan yang amat berharga, sama ada tumbuhan yang kecil seperti kulat atau tumbuhan yang besar seperti pokok-pokok besar. Strategi pemuliharaan in situ merupakan strategi pemuliharaan jangka panjang dan terbaik. Namun begitu, pemuliharaan jenis ini menjadi semakin

sukar untuk dilaksanakankan disebabkan keadaan habitat dan ekosistem semula jadi mereka yang makin hari makin banyak mengalami perubahan serta pembangunan. Usaha pemuliharaan in situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya dapat berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Apakah itu Pemuliharaan Ex Situ Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar habitat semula jadi mereka. Pemuliharaan ex situ merupakan salah satu cara untuk mengumpul dan memindahkan flora dan fauna ke kawasan yang lebih kecil seupaya mereka dapat dipulihara dengan lebih baik. Ia merupakan satu alternatif apabila populasi serpihan tidak berupaya untuk membiak di habitat semula jadi. Antara contoh pemuliharaan ex-situ termasuklah zoo, santunari, akuaria, taman botanikal, institusi penyelidikan, bank gen, bank germaplasma, dan sebagainya.

Taman Lok Kawi, pemuliharaan ex situ

Aquarian KLCC, pemuliharaan ex situ Pada masa kini, zoo dibina dengan menyerupai habitat semula jadi haiwan-haiwan yang dipulihara. Sama seperti akuaria, pertubuhan zoo ini didirikan bukan bertujuan untuk memulihara spesies-spesies yang terancam sahaja, tetapi juga bertujuan untuk pembiakbakaan spesies-spesies tersebut. Santunari pula diwujudkan bertujuan untuk menjaga dan memulihara haiwan yang diselamatkan daripada penjualan haram. Salah satu contoh santunari yang terdapat di Malaysia ialah Santunari Orang Utan di Sabah. Santunari juga menjalankan usaha-usaha pemuliharaan. Selain itu, taman botanikal dan institusi penyelidikan seperti Institut Penyelidikan Hutan (FRIM) pula bertanggungjawab untuk memulihara tumbuh-tumbuhan. Jabatan Pertanian dan MARDI juga berperanan penting dalam pemuliharaan sesetengah spesies pohon dan pokok buah-buahan liar. Malaysia turut memiliki bank gen dan bank germaplasma seperti bank biji benih, bank telur, dan bank sperma untuk menyimpan spesiesspesies ancaman ini. Pemuliharaan ex situ dijalankan bertujuan untuk memulihara flora dan fauna yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, dan sebagai rujukan untuk kegunaan di masa akan datang. Sebagai contoh, spesies yang dikategorikan sebagai mengalami ancaman kepupusan atau akan mengalami kepupusan mengikut kategori apendiks II

menurut CITES (Convention on International Trade in Endangered Species ) akan dilindungi dan dibiakbakan dalam habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai.

Kelebihan-Kelebihan Pemuliharaan Ex Situ Terdapat banyak kelebihan sekiranya flora dan fauna dipulihara melalui strategi ex situ. Antaranya termasuklah ia dapat menghalang sesetengah spesies flora dan fauna yang terancam daripada terus diancam bahaya kepupusan. Pada masa kini, aktiviti-aktiviti manusia seperti pembangunan,

pembalakan, pemburuan, dan sebagainya telah memberikan ancaman yang serius terhadap flora dan fauna. Oleh itu, spesies terancam perlu dipulihara sebelum mereka menjadi pupus, dan pengekalan populasi spesies-spesies liar yang subur dan dapat bermandiri dalam keadaan semula jadi merupakan matlamat utama pemuliharaan ex situ dilaksanakan. Selain itu, pemuliharaan ex situ juga menyediakan satu peluang yang berharga untuk para profesional, amatur, atau masayarakat untuk belajar biologi, memahami ancaman-ancaman yang dihadapi oleh spesies yang terancam, dan seterusnya membantu menjayakan program-program pemulihan spesies yang dilancarkan oleh pihak yang berkaitan. Strategi pemuliharaan ex situ juga membolehkan dan memudahkan ahliahli saintis dan ekologi untuk menjalankan kajian penyelidikan dan

pembangunan flora dan fauna, tanpa merosakkan populasi semula jadi. Pemuliharaan ex situ dianggap sebagai pelengkap kepada pemuliharaan in situ dan ia bertindak sebagai "polisi insurans" apabila spesies diancam dalam habitat semula jadi mereka. Ini merupakan satu proses untuk melindungi spesies tumbuhan atau haiwan yang terancam dengan memindahkan sebahagian populasi spesies tersebut daripada kawasan hbitat yang terancam, dan meletakkan mereka di lokasi baharu, yang mungkin merupakan kawasan liar ataupun dalam penjagaan manusia yang rapi.

Antara kelebihan pemuliharaan ex situ termasuklah memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, menjadi simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan pada masa yang akan datang, memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini, mengurangkan tekanan daripada pengumpul liar, membekalkan bahan untuk pameran dan pendidikan, dan sebagainya.

Kekurangan-kekurangan Pemuliharaan Ex-Situ Sesungguhnya pemuliharaan ex situ mempunyai beberapa kekurangan yang tersendiri. Pertama sekali, spesies flora dan fauna yang dipulihara melalui strategi ex situ memerlukan satu tempoh masa peralihan yang panjang sebelum mereka dapat mengadaptasi dan menyesuaikan diri mereka dengan keadaan pemuliharaan ex situ tersebut. Oleh itu, terdapat sesetengah jenis spesies yang gagal mengadaptasi diri mereka mungkin akan mati dan seterusnya mengalami ancaman kepupusan. Selain itu, pemuliharaan ex situ memerlukan banyak sumber tenaga pakar professional dan ahli-ahli ekologi untuk menjalankan usaha kajian penyelidikan dan kegiatan eksporasi yang banyak terlebih dahulu. Usaha ini adalah perlu untuk melihat kecocokan sesetengah spesies terhadap daerah atau lokasi pemuliharaan ex situ, sebelum flora dan fauna dipindahkan ke tempat tersebut. Oleh itu, bagi negara yang kekurangan kepakaran dalam bidang ini, mereka sukar untuk menjalankan pemuliharaan ex situ. Di samping itu, pemuliharaan ex situ ini juga memerlukan dana wang yang banyak dan sokongan ekonomi yang cukup kukuh. Sesungguhnya semua kajian dan tindakan yang dilaksanakan atas tujuan pemuliharaan ex situ ini memerlukan kos pembelanjaan yang amat tinggi dan mahal. Kos-kos ini meliputi bayaran kepada tenaga ahli professional, bayaran kepada gaji sumber manusia, pembiayaan rawatan persekitaran, pembelian peralatan yang canggih, kos pengangkutan flora dan fauna, kos penyenggaraan kawasan pemulihan ex situ, dan banyak lagi. Oleh itu, sekiranya dana wang terhad dan tidak mencukupi,

maka usaha pemuliharaan ex situ ini mungkin akan terganggu dan tidak dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya. Antara kelemahan lain yang terdapat dalam pemuliharaan ex situ termasuklah masalah-masalah untuk menyimpan benih spesies yang degil, membekukan pembangunan evolusi spesies flora dan fauna, kepelbagaian genetik mungkin hilang setiap dengan kitaran semula, dan sebagainya.

Sokongan dan Kecenderungan terhadap Pemuliharaan In Situ Sesetengah ahli ekologi mempercayai bahawa hanya pemuliharaan in situ dan pengurusan habitat yang teliti merupakan strategi pemuliharaan yang beretika. Bagi mereka, pemuliharaan in situ merupakan cara dan langkah yang terbaik untuk mengekalkan kewujudan sesuatu spesis berbanding dengan memulihara flora dan fauna di luar habitat asal mereka. Sesungguhnya pendapat dan pendirian mereka adalah berasas dan boleh diterima. Hal ini demikian kerana sekiranya haiwan dan tumbuh-tumbuhan dipulihara melalui cara pemuliharaan ex-situ, maka mereka perlu mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri mereka dengan keadaan ekosistem-ekosistem tiruan atau buatan manusia, seperti zoo, akuaria, taman botanikal, arboreta, dan sebagainya. Sekiranya flora dan fauna tersebut gagal untuk mengadaptasi dan menyesuaikan diri mereka dalam keadaan ekosistem tiruan, maka mereka mungkin akan mati dan pupus. Sebaliknya, jika dibandingkan dengan dengan hutan yang merupakan ekosistem semula jadi, flora dan fauna akan lebih dapat menyesuaikan diri dan mengadaptasi diri mereka dengan lebih baik. Oleh itu, kebarangkalian untuk mereka terus hidup dan peratusan kemandirian flora dan fauna di habitat semula jadi mereka adalah lebih tinggi. Malah, di kawasan pemuliharaan in situ, keselamatan dan kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan lebih terjamin kerana terdapat ranger-ranger hutan yang akan kerap menjalankan rondaan untuk menjaga kawasan tersebut. Dengan pengawasan yang sistematik oleh pihak pengurusan dan

penguatkuasaan undang-undang yang ketat, haiwan dan tumbuh-tumbuhan

akan bebas daripada ancaman manusia yang semakin rakus seperti pemburuan haram atau pembalakan haram. Bukan itu sahaja, disebabkan keunikan dan kepelbagaian diversiti yang wujud dalam pemuliharaan in situ, ianya akan menjadi salah satu tempat tumpuan para penyelidik untuk menjalankan kajian penyelidikan dan

pembangunan di situ. Kesannya, mereka akan dapat menjalankan pengrekodan flora dan fauna yang lebih bersistematik, merawat dan memberikan bantuan perubatan kepada flora dan fauna yang sakit, serta mengikhthiarkan cara untuk memulihara flora dan fauna dengan lebih berkesan. Oleh itu, dengan pengurusan habitat yang begitu teliti ini, golongan ahli ekologi tersebut berpegang teguh bahawa pemuliharaan in situ merupakan strategi pemuliharaan yang paling beretika. Sehubungan dengan itu, ahli-ahli ekologi ini beranggapan bahawa mengekalkan spesies yang tidak mempunyai mana-mana habitat semula jadi, atau tidak dapat membiak di hutan, zoo, atau taman merupakan strategi pemuliharaan yang tidak beretika. Hal ini demikian kerana mereka percaya bahawa spesies yang tidak tinggal di habitat semula jadi mereka akan kehilangan sifat-sifat semula jadi mereka dan seterusnya akan kehilangan kemahiran untuk bersaing dan mendapatkan keperluan asas mereka, seperti mencari makanan. Konsep pemilihan semula jadi merupakan satu daya evolusi yang memilih gen-gen berfaedah dan menghapuskan gen-gen yang tidak berfaedah. Pemilihan semula jadi memihak kepada spesies yang paling bersesuaian dengan persekitarannya, mengekalkan spesies yang mempunyai fenotip yang paling sesuai untuk kemandirian dan pembiakan dalam satu populasi semula jadi melalui pembiakan seks dan pewarisan. Oleh itu, sekiranya spesies tersebut sudah kehilangan habitat semula jadi, tidak dapat membiak, atau kehilangan kemahiran untuk bersaing dan mencari makanan, maka pemilihan semula jadi harus menghapuskan genotip yang tidak berfaedah ini kerana ia tidak dapat menghasilkan ciri-ciri penyesuaian yang membolehkan spesies tersebut bermandiri dan membiak dalam persekitaran berkenaan.

Tuntasnya, ahli-ahli ekologi percaya bahawa sekiranya manusia berusaha untuk mengekalkan spesies yang tidak lagi mempunyai habitat semula jadi atau tidak dapat membiak melalui program-program seperti pembiakbakaan khas, pengklonan, dan sebagainya, maka ia adalah melanggar peraturan alam dan mengingkari undang-undang dan hukum semula jadi. Isu Etika Membawa Balik Spesies Terpupus seperti Harimau Tasmanian

Harimau Tasmania Australia yang telah dibunuh dan pupus Kebelakangan ini, pelbagai eksperimen dan percubaan telah dijalankan oleh ahli-ahli saintis yang berhasrat untuk membawa balik spesies-spesies yang terpupus pada masa dahulu, seperti Harimau Tasmanian, Itik Bobo, Dinasaor Feniks, dan sebagainya. Kepupusan spesies dapat ditakrifkan sebagai jumlah populasi spesies menjadi semakin berkurangan dan generasi akan datang mungkin tidak dapat lagi mengenali apakah spesies tersebut jika gambar-gambar spesies tersebut tidak ditunjukkan kepada mereka. Walaupun tindakan mencuba membawa balik spesies terpupus

merupakan satu inisiatif yang baik, tetapi pada hakikatnya ia merupakan satu perbuatan yang tidak beretika atau moral. Tidak dapat dinafikan bahawa usaha

membawa balik spesies terpupus dapat membolehkan baka dan spesiesnya dapat direkodkan semula di samping generasi masa kini dapat melihat spesies tersebut dengan mata sendiri. Tetapi siapakah yang boleh memastikan kes-kes eksploitasi dan penyalahgunaan tidak berlaku? Apakah yang terjadi terhadap keselamatan dan perubahan masyarakat jika spesies-spesies terpupus ini dibawa kembali? Adakah betul bagi manusia memainkan peranan pencipta dalam proses pembiakan? Pembangkitan isu-isu ini telah menyebabkan kontroversi dan mengakibatkan masyarakat membantah perbuatan ini atas isuisu etika dan moral. Sesungguhnya kita tidak tahu apakah keperluan-keperluan asas spesiesspesies terpupus. Selain itu, kita juga tidak tahu adakah mereka mampu menyesuaikan diri dan hidup dalam cuaca dan iklim masa kini sekiranya dibawa kembali ke dunia ini. Kita tidak tahu adakah mereka akan membawa mikroorganisma yang telah pupus dan membahaya kepada kita. Kita turut tidak tahu sama ada usaha membawa balik spesies terpupus ini akan memberikan gangguan keamanan dan ancaman keselamatan kepada manusia. Perbuatan ini juga dikatakan melanggari peraturan alam dan hukum semula jadi. Ia mengingkari hukum konsep pemilihan semula jadi dan nescaya bahawa mereka akan tetap pupus walaupun dibawa kembali kerana mereka tidak berupaya untuk menyesuaikan dan mengadaptasi diri mereka dengan persekitaran dengan baik.

Senarai Bibliografi: Arirakatama. (2008, Januari 31). Buaya Muara (Crocodylus porosus): Pemanfaatan vs Pelestarian. Didapatkan pada 3 Ogos 2012, daripada http://arirakatama.multiply.com/journal/item/5?&show_interstitial=1&u=/journal/ite m Barbara, C. (2003). Ex Situ Conservation - out of the natural habitat. Didapatkan pada 3 Ogos 2012, daripada http://www.countrysideinfo.co.uk/biodvy2.htm Choong, N. M., Lee, S. C., & Liew, S. L. (2000). Biologi STPM Jilad II (Edisi Kedua). Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ekologi. (t. t). Didapatkan pada 3 Ogos 2012, daripada http://www.saburchill.com/IBbiology/chapters02/045.html Foo, Y. K. (2004). STPM Biology Volume 2. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Introduction of Jongs Crocodile Farm & Zoo Sdn Bhd. (t. t.). Didapatkan pada 3 Ogos 2012, daripada http://www.jongscrocodile.com/index.php?option=com_content&task=view&id=12 &Itemid=30 Laupa Junus. (t. t.). Perhilitan aktif dalam konservasi hidupan liar. Utusan Melayu. Didapatkan pada 3 Ogos 2012, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1008&pub=utusan_mala ysia&sec=agrobiz&pg=ag_01.htm Ong, Y. T. & Mayuree Thawichart Khongkha. (2004, Januari 15). Perluka

Você também pode gostar