Você está na página 1de 14

Amali 4 Mengukur dan membanding kepelbagaian spesis

AMALI 4 Mengukur dan membanding kepelbagaian spesis Tujuan : Untuk mengkaji diversiti spesis kupu-kupu dan membandingkannya antara tiga buah pulau iaitu Pulau Sipadan, Pulau Talang-talang dan Pulau Redang. Teori : Spesis adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk menunjuk pada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting. Biasanya, organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama. Dalam pengelasan saintifik, satu spesis diberikan tatanama binomial dalam bentuk nama genus dan diikuti satu nama unik, dan ditulis dalam keadaan condong. Contohnya ialah Homo sapiens, Panthera tigris dan Hibiscus rosasinensis. Homo adalah genus dan sapiens adalah spesis. Panthera adalah genus dan tigris adalah spesis.

Panthera tigris (Harimau) Kepelbagaian biologi dunia boleh dibahagikan kepada tiga aras. Pertama dan paling asas termasuklah semua spesies atas muka Bumi. Paling kecil pada aras ini ialah kepelbagaian genetik (genetic diversity) dan paling luas termasuklah komuniti dan ekosistem. Sesuatu spesies boleh didefinisikan melalui dua kaedah yang berbeza. 1. Spesies biologi dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan jayanya. Contohnya seperti anjing Chihuahua dan poodlephologinya atau binaan biokimianya.

Nor haslida binti padzil

Page

Amali 4 Mengukur dan membanding kepelbagaian spesis

2. Spesies morphilogi dimana individu-individu pada kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya. Contohnya seperti ayam dan itik. Ke dua-dua kaedah tersebut sering digunakan untuk menentukan spesies individu apabila kita tidak ada sebarang maklumat tentang perlakuan pembiakan individu. Kebanyakkan tumbuhan dan intebrata termasuk dalam kategori ini. Biokepelbagaian merujuk kepada kepelbagaian bentuk mikroorganisma di atas muka bumi ini. Iaitu kewujudan berbagai-bagai jenis spesis tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadinya di bumi ini. Biokepelbagaian di bumi ini merupakan satu warisan yang amat berharga. Penggangaran biodiversiti di bumi itu telah melebihi 100 million spesis termasuk organisma fosil di dalam bumi ini. Untuk memudahkan kajian, organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta tahun dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkan atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesis organisma menjadi pupus atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan. Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama. Kaedah ke dua yang sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis.

Nor haslida binti padzil

Page

Amali 4 Mengukur dan membanding kepelbagaian spesis

Andean montain cat

Pallass cat

Margay

Fishing cat

Serval

caracal

African golden cat

sand cat

Variasi di dalam spesies kucing hutan

Morpho Spesies

Variasi di dalam spesies kumbang

Nor haslida binti padzil

Page

Amali 4 Mengukur dan membanding kepelbagaian spesis

TUGASAN Kupu-kupu dalam amli ini didatangkan dari tiga pulau iaitu Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang. Ia dibeli oleh Dr.Dale bagi kegunaan mengkaji perbezaan dalam kepelbagaian spesis yang secara rasionalnya untuk mengutamakan program pengembalian ekologi bagi pulaupulau tersebut.Terdapat banyak petunjuk kepelbagaian yang boleh dikira dan dibuat perbandingan dengan menggunakan Indeks Kepelbagaian Simpson (Simpsons Diversity Index). Baca penerangannya pada akhir amali ini. Pertama, anda mesti susun semua kupu-kupu ke dalam kumpulan. Gunakan ciri-ciri yang biasa ada pada semua kupu-kupu, tetapi ada kepelbagaian masing-masing. Sebagai contoh, panjang antena, warna kepak, tanda corak kepak, saiz abdomen atau thorax atau bentuk dan ciri-ciri lain yang berguna, tetapi bukan jumlah kaki! Saiz juga bukan ciri-ciri yang baik untuk digunakan (mengapa?). Unit operasi taksonomi (operational taxonomic units or OTUs), yang anda definisikan (kumpulan) boleh diertikan sebagai spesis pecahan. Beri nama unik bagi setiap spesis untuk memudahkan perbincangan (apa yang dibuat oleh para taksonomis). Pertama, ambil satu spesis kupu-kupu, bandingkan dari semua ketiga-tiga pulau pada masa yang sama, dan warnakan atau tanda semua individu yang anda fikir dari kumpulan yang sama (spesis). Kemudian ambil spesis kupu-kupu seterusnya mengikut prosedur., sehingga semua kupu-kupu telah diletakkan dalam kumpulan masing-masing. Kedua, kira berapa banyak individu antara setiap spesis dari setiap pulau dan masukkan nilai ke dalam jadual yang disediakan Kemudian, kirakan kepelbagaian spesis dari setiap pulau dengan menggunakan Indeks Simpson D. anda boleh kira secara manual atau guna kalkulator dari laman web. Terdapat arahan pada akhir amali. Jika anda menggunakan kalkulator dalam talian (online calculator), anda akan lebih mudah mengira kekayaan spesis dan kesamarataan spesis.

Nor haslida binti padzil

Page

Amali 4 Mengukur dan membanding kepelbagaian spesis

BAHAN/RADAS 1. Gam 2. Gunting 3. Kertas untuk menampal

KAEDAH

1. Kesemua kupu-kupu dikelaskan kepada beberapa kumpulan tertentu. 2. Operasi unit taksonomi (operational taxonomic units) yang telah diberikan boleh dianggap sebagai spesis yang telah dibahagi dan setiap spesis baru itu diberi nama yang unik. 3. Satu kumpulan spesis kupu-kupu dipilih dan dikumpulkan dari ketiga-tiga pulau tersebut. Prosedur yang sama diulang untuk spesis kupu-kupu yang lain. 4. Bilangan individu yang hadir dalam sesuatu kumpulan spesis dikira dan data dimasukkan kedalam jadual. 5. Kepelbagaian spesis dikira dari setiap pulau dengan menggunakan Indeks Kepelbagaian Simpson, D.

Nor haslida binti padzil

Page

Amali 4 Mengukur dan membanding kepelbagaian spesis

PEMERHATIAN / DATA Spesis Pulau sipadan 11 Pulau talang-talang 0 Pulau redang 11

Spesis A 9 0 0

Spesis B 5 12 4

Spesis C 6 0 10

Spesis D 10 23 0

Spesis E

Nor haslida binti padzil

Page

Amali 4 Mengukur dan membanding kepelbagaian spesis

Spesis F 4 2 0

Spesis G 0 2 0

Spesis H 0 3 0

Spesis I 3 15 0

Spesis J

Nor haslida binti padzil

Page

Amali 4 Mengukur dan membanding kepelbagaian spesis

29

Spesis K 35 4 0

Spesis L 0 0 7

Spesis M 0 0 10

Spesis N 0 0 14

Spesis O

Nor haslida binti padzil

Page

Amali 4 Mengukur dan membanding kepelbagaian spesis

18

Spesis P 3 35 0

Spesis Q BILANGAN INDIVIDU KEKAYAAN SPESIS INDEKS SIMPSON (D) KEUTAMAAN UNTUK PEMULIHARAAN

117 11 5.5 2

100 9 4.6 3

77 8 6.5 1

ANALISIS DATA
Nor haslida binti padzil Page

Amali 4 Mengukur dan membanding kepelbagaian spesis

Mengira index diversity Simpson Indeks tersebut dikira menggunakan formula berikut :

PULAU SIPADAN = 5.548844751 5.5 PULAU TALANG-TALANG

= 4.604051565 4.6 PULAU REDANG = 6.479781421 6.5

PERBINCANGAN 10

Nor haslida binti padzil

Page

Amali 4 Mengukur dan membanding kepelbagaian spesis

1. Apakah yang dimaksudkan dengan building blocks atau unit taksonomi operasi di dalam biodiversiti? Jelaskan. Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma.. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Taksonomi merupakan satu bidang biologi yang melibatkan pengajian pengelasan, pengecaman dan tatanama organisma hidup yang wujud di dunia ini. Pengelasan ialah aktiviti mengkategorikan pelbagai jenis organisma dalam dunia berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang boleh diperhatikan di kalangan organisma hidup. Pengecaman ialah aktiviti mengenal pasti organisma dengan menggunakan suatu sistem universal iaitu sistem hierarki Linnaeus. Tatanama ialah aktiviti pemberian nama kepada organisma yang telah diketahui atau baru ditemui dengan satu sistem universal iaitu sistem Binomial Linnaeus. 2. Secara ringkas, terangkan apakah kekayaan spesis dan kesamarataan spesis? Kekayaan spesies adalah bilangan spesies yang wujud dalam sesuatu sampel. Semakin banyak bilangan spesies dalam sesuatu sampel, semakin kaya sampel itu. Kesamarataan spesies pula adalah bilangan individu yang sama rata atau hampir bagi setiap spesies yang wujud dalam sesuatu sampel 3. Apakah order pulau tersebut, daripada diversiti yang tertinggi kepada yang paling rendah? Pulau Sipadan memiliki kepelbagaian yang paling tinggi di mana terdapat 11 jenis spesis kupukupu. Seterusnya ialah Pulau Talang yang mempunyai 10 jenis spesis kupu-kupu dan kepelbagaian yang paling rendah ialah di Pulau Redang di mana hanya terdapat 8 jenis spesis kupu-kupu. 4. Bagaimanakah anda menentukan tahap pemuliharaan pulau tersebut? Adakah mengikut nilai diversiti? Apakah faktor lain yang diambil kira untuk menetukan keutamaan pemuliharaan?

Nor haslida binti padzil

Page

11

Amali 4 Mengukur dan membanding kepelbagaian spesis

Nilai diversiti atau nilai kepelbagaian menjadi pengukur yang membawa kepada proses pemuliharaan. Pemuliharaan sumber alam bermaksud usaha-usaha melestarikan bekalan sumber alam yang telah diteroka menerusi usaha-usaha memelihara dan membaik pulih sumber setelah digunakan, terutama sumber yang boleh diperbaharui seperti air dan hutan supaya sumber tersebut tidak pupus atau tidak boleh digunakan lagi. Faktor lain seperti bilangan spesis 10 yang makin berkurangan boleh membawa kepada proses pemuliharaan. Tujuan pemuliharaan dijalankan adalah untuk memastikan sesuatu spesis itu masih wujud dan berupaya untuk membiak bagi menjamin kewujudannya agar tidak terancam. 5. Jika tiada sumber untuk memulihara keseluruhan spesis, apakah kriteria yang boleh digunakan untuk menentukan fokus usaha pemuliharaan? Usaha pemuliharaan boleh dikenalpasti melalui pencemaran. Sebaik sahaja sesuatu tapak disyaki tercemar, penilaian pencemaran perlu dilakukan. Penilaian itu seringnya bermula dengan penyediaanPenilaian Tapak Persekitaran Fasa I. Penggunaan sejarah tapak dan bahan-bahan yang digunakan dan dihasilkan di tapak itu dapat memandu strategi penilaian serta jenis pensampelan dan analisis kimia yang perlu dilakukan. Tapak-tapak berhampiran yang ditebus guna, diratakan atau diisi dengan tanah juga boleh mengalami pencemaran walaupun guna tanah terkini kelihatan tidak berbahaya. KESIMPULAN Kesimpulannya Pulau Redang mempunyai kepelbagaian spesis yang tinggi dengan Indeks Simpson sebanyak 6.5.

Nor haslida binti padzil

Page

12

Amali 4 Mengukur dan membanding kepelbagaian spesis

Nor haslida binti padzil

Page

13

Amali 4 Mengukur dan membanding kepelbagaian spesis

Nor haslida binti padzil

Page

14

Você também pode gostar