Você está na página 1de 8

Pengenalan Dunia merupakan satu alam kehidupan yang digambarkan dengan usaha dan kerja yang dilakukan oleh

manusia. Ianya merupakan satu tempat di mana manusia diminta untuk melakukan kerja atau berusaha untuk menikmati kehidupan berlandaskan prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Berdasarkan kepada kefahaman ini, sudah tentu ianya menuntut satu tingkatan usaha dan kerja yang terbaik yang mesti dilakukan oleh setiap manusia yang mana menuntut manusia melakukan kerja dengan penuh kesedaran dan bertanggungjawab dalam usaha untuk mempertingkatkan produktiviti atau hasil yang diinginkan. Dalam konteks ini, manusia dilihat sebagai satu tunggak yang sangat penting dan perlu kepada aspek pembangunan diri selaras dengan apa yang dimiliki. Selain itu juga, insan pada hari ini berlumba-lumba untuk menuju kepada kemuncak pembangunan. Melalui perkembangan sains dan teknologi, mereka telah mengeksploitasi sepenuhnya sumber alam kurniaan Allah untuk kesenangan dan kemudahan kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, satu hakikat yang sukar untuk dinafikan ialah bentuk dan corak pembangunan yang dilaksanakan oleh insan pada hari ini telah menimbulkan begitu banyak krisis atau masalah sama ada kepada kehidupan insan bermasyarakat atau alam sekitar fizikal. Melihat kepada perkembangan tersebut, satu penilaian terhadap bentuk atau corak pembangunan hari ini adalah merupakan satu perkara yang begitu penting. Paradigma sesebuah masyarakat terhadap pembangunan akan menentukan apakah corak dan bentuk pembangunan yang akan dilaksanakan di dalam masyarakat tersebut.

Aspek-Aspek Pembangunan Modal Insan Kefahaman tentang keseluruhan diri manusia membawa kepada satu konsepsi tentang apa dan bagaimana diri manusia perlu dibangunkan. Secara keseluruhannya manusia mempunyai lima aspek yang perlu dibangunkan aspek fizikal, pemikiran, kemahuan, perasaan dan kerohanian. Kesemua aspek-aspek modal insan ini perlu dibangunkan adalah dalam usaha untuk membangunkan diri manusia sebagai manusia yang dapat menggunakan segala daya potensi yang ada padanya. i. Membangunkan Pemikiran

Perbahasan tentang bagaimana membangunkan akal atau pemikiran telah banyak sekali dibuat oleh pakar-pakar sama ada dari Barat, Timur atau di mana-mana sahaja. Di sini mereka iaitu para pengkaji memperlihatkan kepada kita betapa hebatnya akal atau pemikiran manusia dengan membahagikannya kepada kebolehan otak kiri dan otak kanan, keupayaan menguasai berpuluh-puluh kemahiran bahasa dan berbagai-bagai lagi keupayaan yang menakjubkan. Membangunkan akal atau pemikiran menurut Islam bermaksud membangunkan daya pemikiran untuk melihat dan menilai masa hadapan, membina idealisme-idealisme baru, membuat perangkaan atau anjakan baru, membuat ramalan-ramalan baru, membuka perspektif baru(paradigma) dan mengunjur pencapaian baru bagi kesejahteraan hidup manusia di dunia dan di akhirat(Rahman 2006: 73) Sementara itu, menurut Covey (2004) membangunkan pemikiran bermaksud membangunkan visi diri iaitu melihat masa hadapan dengan penuh tumpuan. Ianya merupakan satu proses imaginasi yang merangkumi aspek-aspek keperluan, pengharapan, perancangan dan pemfokusan terhadap matlamat yang dituju. Ianya merupakan gambaran sebenar yang bakal berlaku pada masa hadapan. Di samping itu, beliau turut mengatakan pemikiran bermaksud menentukan arah tuju masa hadapan dengan mewujudkan visi, nilai dan strategi bersama. Setiap organisasi perlu mempunyai visi, misi dan matlamat yang jelas untuk dicapai beserta dengan komitmen para anggota organisasi.

Secara umumnya akal atau pemikiran yang terdapat di dalam otak merupakan satu unsur yang penting dalam memandu kehidupan manusia. Di sinilah manusia memperolehi dan menyimpan segala pengetahuan yang membolehkan manusia mengetahui tentang hakikat sesuatu benda atau keadaan dan berupaya mengeluarkan pendapat, pandangan dan membuat andaian-andaian terhadap masa hadapan. Terdapat dua aspek pemikiran yang telah dirumuskan oleh para pengkaji iaitu aspek pemikiran mengucup atau menumpu(convergent) dan pemikiran mencapah(divergent). Pemikiran mengucup atau menumpu merupakan satu pemikiran yang sangat penting dalam membuat keputusan kerana ianya berupaya menyatukan segala data dan maklumat yang ada dengan keputusan yang hendak dibuat serta akan mengambil kira segala data dan maklumat yang berada di sekeliling sebelum membuat keputusan. Seterusnya, pemikiran mencapah pula dilihat penting dalam mencari beberapa jalan keluar atau alternatif yang ada serta akan membuka jauh pandangan atau melihat kepada suasana persekitaran yang ada. ii. Membangunkan Kemahuan(Dorongan)

Kemahuan atau dorongan merupakan satu unsur yang sebati di dalam diri manusia dalam konteks mengerakkan manusia ke arah kebaikan atau kejahatan. Manusia sentiasa digerakkan oleh kemahuan atau dorongan yang terdapat di dalam dirinya untuk melakukan atau mendapatkan sesuatu matlamat dalam kehidupan. Kemahuan atau dorongan ini dilambangkan dengan keghairahan, kesungguhan, semangat atau keyakinan untuk mencapai sesuatu tujuan. Manusia yang berkemahuan tinggi atau mempunyai dorongan yang kuat akan sentiasa berusaha dan melakukan sesuatu sebagaimana yang diinginikannya serta percaya bahawa dunia ini milik mereka dan mampu melakukan apa sahaja yang diinginkan. Selain itu menganggap bahawa kesungguhan apa yang pada diri mereka merupakan satu anugerah penting dalam mengharungi kehidupan ini. Bagaimanapun kemahuan atau dorongan ini perlu digerak dan dikembangkan selaras dengan tujuan hidup manusia di mana di dalam keadaan tertentu manusia perlu mengawasi kemahuan dan kehendak yang berlebihan agar ianya tidak melampaui batas-batas yang telah ditetapkan. Dalam hal ini Al-Quran telah menegaskan seperti firman Allah S.W.T :


Maksudnya: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Surah Ali- Imran: 14) Dalam pada itu, Al-Quran juga telah menjelaskan terdapat tiga peringkat dorongan atau kemahuan yang dikenali sebagai hawa nafsu yang mengikat diri manusia iaitu nafsu yang menjuruskan kepada kejahatan(ammarah bissuk), nafsu yang mengangkat martabat manusia(mutmainnah), dan nafsu yang menginsafi kesalahan yang dilakukan(lawwamah). Ketiga-tiga nafsu ini menjadi pendorong sama ada manusia melakukan sesuatu pekerjaan pada tahap sangat memuaskan, memuaskan atau tidak memuaskan. Dalam pada itu, kewujudan aspek kemahuan atau dorongan ini sering kali diperkatakan atau diperbincangkan dalam bahasa yang dikenali sebagai motivasi. Terdapat berpuluh-puluh teori yang membincangkan tentang motivasi dan bagaimana untuk memastikan diri sentiasa bermotivasi atau berkemahuan tinggi dalam mencapai kejayaan dalm bidang pelajaran atau pekerjaan. Pakar-pakar motivasi berpendapat bahawa tingkatan motivasi seseorang akan meningkat apabila mereka tahu dan dapat melihat apakah hasil pulangan kerja yang mereka lakukan. Di samping itu, manusia juga memerlukan aspek dorongan dalaman untuk membimbing dan menunjuk ajar tentang apa yang diperlukan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan(Rahman 2006: 82 - 83) iii. Membangunkan Perasaan(Emosi)

Membangunkan perasaan bermaksud membangunkan keupayaan untuk menghargai dan merasai perasaan sendiri dan orang lain dalam konteks untuk menghadapi dan mengendalikan tekanan dan permintaan persekitaran. Ianya merupakan satu konsep yang merujuk kepada kesedaran tentang diri, tentang peraturan yang ada di sekeliling dan kemahiran sosial yang dapat menjalinkan perhubungan yang mesra di antara satu sama lain. Di sini membangunkan memerlukan kepada suara-suara yang dapat menjalin dan memupuk perasaan kecintaan seseorang terhadap diri, keluarga, masyarakat, organisasi dan Negara. Suara-suara yang dimaksudkan ini adalah suara-suara yang dapat mengikat perasaan bersama dalam menjayakan sesuatu matlamat serta merupakan suara kefahaman, kepercayaan dan semangat bersama untuk bertindak bagi mencapai cita-cita bersama(Rahman 2006: 86) Dalam konteks Islam, membangunkan perasaan(emosi) berkait rapat dengan usaha untuk membangunkan ikatan hati(ukhuwah) untuk bersama-sama bekerja bagi mencapai sesuatu matlamat. Ianya merupakan satu ikatan yang lahir dari kesedaran yang mendalam terhadap konsep tanggungjawab bersama dalam memikul amanah yang diberikan. Dalam hal ini, terdapat tiga kedudukan hati yang telah dibahagikan oleh ulamak iaitu hati yang sihat, hati yang sakit dan hati yang mati. iv. Membangunkan Fizikal

Membangunkan fizikal bermaksud membangunkan individu dengan kesihatan tubuh badan dan kekuatan disiplin diri. Kesihatan tubuh badan merupakan satu aspek penting dalam menggerakkan diri setiap individu untuk menjalankan dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan cepat dan berkesan. Bagaimanapun, untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik setiap individu perlu memastikan dirinya mengambil makanan yang halal dan baik yang mempunyai kandungan zat yang mencukupi. Dengan ini, individu yang mempunyai kesihatan yang baik berupaya melakukan kerja tidak kira di waktu mana sekalipun. Dalam pada itu, tubuh badan yang sihat juga mempunyai kaitan dengan senaman-senaman yang dilakukan(Rahman 2006: 91- 92) Seruan pengambilan makanan dan minuman yang halal ini telah ditegaskan oleh Allah S.W.T. sepertimana firmanNya:


Maksudnya: Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: 168)

Sementara itu, membangunkan potensi fizikal juga bererti membangunkan disiplin diri yang kuat terhadap amalan-amalan dalam kehidupan. Individu yang berdisiplin ialah individu yang sentiasa berpegang teguh kepada ketetapan atau peraturan-peraturan yang ditentukan. Individu yang berdisiplin diibaratkan sebagai manusia yang mempunyai kekuatan diri untuk berpegang kepada nilai-nilai dan prinsip-prinsip hidup yang mulia dan berdasarkan dua perkara tersebutlah, wujudnya manusia yang berdisiplin yang sanggup mengharungi apa sahaja rintangan atau halangan. Individu inilah merupakan manusia yang berpegang teguh pada janji, meghormati masa, memberi keutamaan kepada yang utama dan memanfaatkan diri untuk perkara-perkara berfaedah(Rahman 2006: 93)

v.

Membangunkan Aspek Spiritual

Pembangunan aspek spiritual bertujuan untuk membangunkan kerohanian manusia supaya menghargai dan mempertahankan martabat kemuliaan ciptaan manusia sebagai insan. Kerohanian manusia merupakan satu hakikat dalam diri manusia yang membentuk nilai dan jati diri berdasarkan pegangan agama yang kuat dan ikhlas. Ianya adalah satu ikatan suci yang terjalin di antara diri manusia dengan pencipta yang Maha Suci serta ianya juga

satu keseluruhan diri manusia(jiwa) yang membentuk segala perlakuan manusia sama ada menuju jalan taqwa atau jalan kebinasaan(Rahman 2006: 94-95) Firman Allah S.W.T:


Maksudnya: Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah Asy-Syams :7-10) Kerohanian yang bersih mengajar manusia bahawa matlamat hidup dan cara-cara mencapainya adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan. Ianya merupakan satu kesatuan yangmembentuk kesepaduan manusia dalam menentukan bahawa matlamat tidak menghalalkam cara iaitu mencapai matlamat yang baik merstilah melalui jalan yang baik juga. Di samping itu, kerohanian yang bersih juga akan membentuk satu semangat kerjasama yang tulen iaitu saling bantu-membantu di antara satu sama lainnya. Di sinilah lahirnya atau tergambarnya satu sifat intergriti diri dalam konteks berkomunikasi, membuat keputusan, memberi dorongan dan galakan serta kepimpinan(Rahman 2006: 95 - 96)

Rujukan Al-Quran. Covey, S.R. 2004. The 8th Habit From Effectiveness to Greatness. London: Simon & Schuster

UK Ltd. Haji Abd Rahman. 2006. Pembangunan Modal Insan Apa Dan Kenapa Perlu Dalam Konteks Organisasi Di Malaysia. Kedah: Pustaka Darul Hikmah.

Você também pode gostar