Você está na página 1de 8

Pengenalan Seni dalam pendidikan adalah asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan , khususnya dalam bidang

kurikulum. Dalam mencapai kecemerlangan guru perlu menggunakan pelbagai strategi dalam merancang aktiviti pembelajaran untuk memenuhi gaya belajar murid yang berbeza-beza. Penggunaan pelbagai strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu menekankan kepada proses memperolehi pengalaman dan luahan ekspresi untuk perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid-murid. Pembelajaran melalui pengalaman dalam seni visual, muzik dan pergerakan dapat menjana pembelajaran mereka dalam pelbagai bidang. Melalui seni murid-murid dapat memperkembangkan kognitif dengan meluahkan fikiran dan idea mereka. Pengalaman pembelajaran yang diperolehi melalui seni dalam pendidikan melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam serta kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan. Pengalaman melalui aktiviti pembelajaran seni dalam pendidikan memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir. Melalui pembelajaran seni murid-murid dapat menangani secara produktif terhadap sumber-sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran serta emosi dan dapat berkomunikasi dengan apa yang mereka lihat serta dapat membuat ekspresi terhadap apa yang mereka tanggap dan rasa melalui pelbagai bahasa.

Apresiasi didefinisikan dari sudut seni sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema serta gaya dan stail mereka . Ia berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek kognitif. Dari sudut lain ianya juga dedifinisikan sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan berkait dengan aspek-aspek afektif.

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya

seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

a.

Pelbagai strategi bagi pelajar memperolehi pengalaman (sertakan contoh-contoh yang relevan dengan proses pengajaran dan pembelajaran guru)

Pengalaman dalam Pengajaran dan Pembelajaran Terdapat pelbagai cara untuk pelajar memperolehi pengalaman dalam pembelajaran antaranya adalah melalui pembinaan konsep, pemahaman, persepsi, penemuan-penemuan baru melalui penyelidikan dan kajian, pengetahuan, proses, kemahiran dan hasil. Menurut Professor Dr. Mel Silberman dari Temple University hanya pembelajaran yang bersifat aktif sahaja yang akan menghasilkan pengalaman pembelajaran yang berkesan. Pembelajaran yang aktif berlaku jika sesi pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti yang menyeluruh dan bersifat dua hala. Pembelajaran yang aktif boleh berlaku dengan cara pengintegrasian aktiviti seni semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang menyeluruh melibatkan unsur seni visual, pergerakan dan muzik membolehkan pelajar memperolehi pembelajaran melalui pengalaman dan belajar secara aktif dan menyeronokkan. Proses memperolehi pengalaman melalui aktiviti yang menyeluruh sangat penting untuk perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Malahan pengintegrasian seni dalam pengajaran mata pelajaran lain dapat menghasilkan proses pembelajaran yang mengembirakan dan memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada mereka.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran untuk Memperolehi Pengalaman dengan Pengintegrasian Seni dalam Pendidikan

Pengalaman dalam pembelajaran ialah pembelajaran yang dilalui oleh pelajar dalam keadaan di mana mereka telah diberikan peluang untuk memperolehi dan mengaplikasikan ilmu, kemahiran dan perasaan dalam satu situasi yang sebenar dan bersesuaian. Oleh itu pembelajaran berasaskan pengalaman adalah melibatkan pengalaman sebenar dengan fenomena yang dikaji dan bukannya hanya berfikir tentang fenomena tersebut atau memikirkan cara bagaimana hendak mengalaminya (Borzak 1981). 1.0 Pengalaman Pembelajaran Melalui Penemuan-penemuan Baru

Aktiviti penyelidikan atau kajian akan menghasilkan penemuan-penemuan baru dan memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Pengintegrasian seni dalam pengajaran adalah salah satu daripada strategi yang boleh digunakan oleh guru agar pelajar memperolehi pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna. Berikut adalah contoh strategi yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan menggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna (seni visual), irama (seni muzik), dan seni pergerakan. Sebagai contoh, guru sains yang mengajar tajuk ciri-ciri haiwan boleh membawa pelajar ke taman sains sekolah untuk melihat haiwan ciri-ciri haiwan yang terdapat di situ. Pelajar akan membuat pemerhatian, membuat catatan tentang ciri-ciri haiwan yang dilihat dari segi fizikal, warna, pergerakan dan sebagainya. Pengalaman pembelajaran melalui penemuan-penemuan baru diperolehi oleh pelajar melalui cara penyelidikan atau kajian yang telah dijalankan terhadap haiwan-haiwan yang terdapat di taman sains sekolah. Contoh penemuan-penemuan baru oleh pelajar diperolehi sendiri melalui pengalaman terhadap pemerhatian ciri-ciri haiwan seperti katak. 1.2 Pengalaman Pembelajaran Melalui Pembinaan Konsep

Guru boleh menggunakan pengintegrasian seni visual dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembinaan konsep terhadap topik pengajaran. Guru akan mengukuhkan lagi konsep pembelajaran pelajar tentang ciri-ciri fizikal katak melalui aktiviti lakaran. Pelajar diberi peluang untuk melukis rupa bentuk haiwan yang mereka telah perhatikan. Contohnya guru meminta pelajar melakar dan mewarna haiwan yang mereka kaji dalam Taman Sains Sekolah. Guru akan memberi kebebasan kepada pelajar untuk menggunakan warna untuk mewarna lakaran haiwan agar dapat menghasilkan hasil yang menarik dan kreatif.

Hasil seni melalui lakaran dan aktiviti mewarna haiwan, contohnya katak mengukuhkan lagi konsep pembelajaran tentang ciri-ciri haiwan. Pelajar dapat menyatakan konsep pembelajaran melalui hasil seni serta mendapat pengalaman melalui penerokaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pengajaran sains memberi pengalaman pembelajaran yang aktif dan menarik serta penuh dengan daya imaginasi. Aktiviti melukis dan mewarna dapat meningkatkan daya kreativiti mereka dan mengukuhkan konsep pembelajaran yang telah dipelajari.. 1.3 Pengalaman Pembelajaran Melalui Pembinaan Kemahiran

Selain daripada itu, guru boleh mengintegrasikan unsur muzik dan pergerakan melalui aktiviti simulasi pergerakan haiwan. Setelah kajian yang dilakukan terhadap haiwan seperti katak, guru boleh mengarahkan pelajar untuk menjalankan aktiviti simulasi pergerakan katak dengan iringan lagu Lompat Si Katak Lompat. Pelajar meniru pergerakan katak iaitu melompat seperti yang telah diperhatikan semasa membuat kajian. Strategi pembelajaran seperti ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar kerana belajar melalui pengalaman melakukan pergerakan malah pelajar dapat meningkatkan kemahiran psikomotor disamping belajar dalam suasana yang menyeronokkan. 1.4 Pengalaman Pembelajaran Melalui Pembinaan Pemahaman

Pelbagai strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam memberi kefahaman kepada pelajarnya. Di antaranya adalah teknik main peranan iaitu melalui seni lakonan. Seni lakonan yang sengaja diadakan bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan. Contohnya dalam pengajaran sains tajuk rantai makanan. Lakonan akan melibatkan beberapa orang pelajar bagi melakonkan watak -watak yang terlibat dalam rantai makan dalam satu habitat. Contohnya rantai makanan di habitat sawah padi. Beberapa pelajar akan terlibat dalam melakonkan watak dalam aktiviti pembelajaran, contohnya seperti tikus, ular dan burung helang. Apabila pelajar dilibatkan dalam aktiviti pengajaran secara aktif, ia akan meninggalkan kesan pengalaman pembelajaran yang cukup bermakna. Setelah berakhirnya lakonan, guru perlu membincangkan persembahan yang telah pelajar-pelajar lakukan dan perkaitannya dengan isi pengajaran . 1.5 Pengalaman Pembelajaran Melalui Proses dan hasil Pembelajaran

Seni dalam pengajaran dapat memberikan keseronokan kepada pelajar. Hal ini kerana pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta

menggunakan pelbagai idea dan bahan. Proses pembelajaran dengan pelbagai teknik menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih berimaginatif. Proses pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan akan memberi hasil yang baik terhadap konsep pembelajaran murid. Guru boleh menggunakan strategi pengajaran yang aktif semasa sesi pengajaran, contohnya cara pergerakan bumi, bulan dan matahari. Proses simulasi pergerakan bumi, bulan dan matahari oleh para pelajar dalam tajuk ini melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan. Pengalaman ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mencipta secara kreatif. Proses pembelajaran ini dapat meningkatkan lagi kefahaman pelajar terhadap topik pembelajaran. Seterusnya murid boleh membuat penilaian melalui hasil aktiviti yang telah mereka lakukan dengan menyatakan menunjukkan cara pergerakan Bumi, Bulan dan Matahari. Pengintegrasian seni dalam pendidikan seperti dalam pengajaran sains telah memyediakan proses pembelajaran yang lebih bermakna pelajar. Pengalaman pembelajaraan melalui pelbagai proses seperti penerokaan, eksperimen dan penyelidikan akan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep pengajaran yang akan disampaikan.

2.0

Luahan Ekspresi dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Seni dalam pendidikan harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, sebagai seorang pendidik, guru perlu menggunakan strategi pengajaran yang sesuai dengan penerapan elemen-elemen seni dalam usaha membantu pelajar meningkatkan kemahiran serta meluahkan ekspresi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Chapman (1978) if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character Guru perlu memahami melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. 1. Menggunakan Aktiviti Seni dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk Meluahkan Pandangan. Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan

visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktivitiaktiviti seni. Ini akan membantu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Oleh yang demikian pengintegrasian seni dalam pendidikan dalam bidang mata pelajaran lain telah dapat membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap pelajar dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. 2. Menggunakan Imaginasi Untuk Meluahkan Ekspresi

Pengintegrasian seni dalam pendidikan melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam mata pelajaran lain, membolehkan guru membantu pelajarnya untuk meluahkan ekpresi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti seperti simulasi guru dapat mendorong pelajar menggunakan imaginasi dan ekspresi melalui pembelajaran inkuiri dengan mengambil kira kecerdasan pelbagai pelajar. Contohnya dalam pengajaran sains, pelajar dapat meluahkan ekspresi melalui simulasi tentang watak cara haiwan melindungi anaknya daripada ancaman musuh. Pelajar akan menggunakan daya imaginasi untuk bertindak sebagai ibu kepada haiwan seperti kucing melindungi anaknya ketika diancam oleh musuh. Proses Integrasi ini telah membantu dan memudahkan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah.

3.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Seni yang Terancang

Guru mengintegrasi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains bagi membantu pelajar meluahkan ekspresi melalui aktiviti yang telah dirancang. Seni dalam pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan membuat taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni khususnya seni lukis adalah penghubungkait antara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sinteksis dan penilaian melalui perasaan ekspresi dan imaginasi.

Strategi pengajaran dengan pengintegrasian seni visual dalam mata pelajaran sains dapat membantu pelajar meningkatkan ekperisi diri melalui aktiviti pembelajaran yang terancang dan aktif. Selain elemen pergerakan, pelajar juga boleh meluahkan ekpresi dengan menghasilkan karya seni seperti melakarkan gambar fizikal haiwan dan seterusnya mewarna berdasarkan warna sebenar haiwan yang telah diperhatikan. Melalui aktiviti seni murid telah diberi peluang untuk meluahkan ekspresi seni dengan melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain. Melalui cara ini guru dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni di kalangan pelajar. 4. Mengintegrasi Kecerdasan Emosi Pelajar

Pendidikan Seni di sekolah seperti mana menurut sebahagian besar pengkaji Barat seperti Eisner(1972), Mario(1948), Victor Lowenfeld(1970), Lansing(1971) dan Efland(1977) berpendapat bahawa Pendidikan Seni adalah untuk mengembangkan potensi individu serta melahirkan bakat pelajar agar berupaya untuk memahami nilai seni untuk dirinya, masyarakat, warisan seni budaya serta nilai-nilai estetika secara global iaitu mengaitkan seni dengan kehidupan individu agar dapat membuat pertimbangan dan penilaian yang terbaik untuk dirinya, masyarakat dan budaya. Melalui Seni dalam pendidikan ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi. Pelajar dapat mengembangkan potensi diri dan melahirkan bakat melalui luahan ekspresi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya melakukan aktiviti seni seperti melukis, melakukan pergerakan dan menyannyi dengan didiringi muzik dalam topik Rantai Makan memberi peluang kepada mereka untuk belajar bersama-sama.

Kesimpulan memperolehi pengalaman dan luahan ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsurunsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

Pengalaman pembelajaran dalam situasi sebenar sememangnya satu bentuk pembelajaran yang aktif dan konstruktif. Strategi dan prinsip pembelajaran seumpama ini sememangnya amat diperlukan dalam situasi gaya pembelajaran pelajar pada hari ini yang sangat aktif dan kreatif, apatah lagi di peringkat sekelah rendah.Kesimpulannya, aplikasi seni dalam pendidikan amat membantu pelajar bagi menghasilkan pembelajaran yang kreatif, inovatif, menyeronokkan dan difahami oleh pelajar. Selain itu ia turut membantu guru dalam proses memberi kefahaman kepada pelajar kerana dengan mengaplikasikan seni dalam pengajaran ia bukan sahaja menghasilkan pembelajaran yang menggembirakan kepada pelajar malah memberi pengalaman yang bererti kepada pelajar.

Rujukan Mohd Razali Kamarudin (2010). Mudahnya untuk Mengajar. Shah Alam: Alaf 21 Sdn. Bhd. Seni dalam Pendidikan (2009). Diperoleh pada Oktober 22, 2010 daripada http://ghirlygz.blogspot.com/2009/08/koleksi-assignment