Você está na página 1de 2

Pengenalan Astronomi dan Fizik Moden

Tugasan 1 (Projek) Sem 2 2012/13

PENGENALAN ASTRONOMI DAN FIZIK MODEN (SRF3013) Sem 2 Sesi 2012/13

Tugasan 1 (projek)
1. Bincangkan bagaimanakah caranya untuk menentukan Utara Sebenar dan bandingkan dengan Utara Magnetik. 2. Dapatkan perbezaan sudutnya diantara Utara Sebenar dan Utara Magnetik.

Dalam tugasan ini, pelajar dikehendaki membuat penentuan utara magnet dan membandingkan dengan utara sebenar. Keterangan mengenai pembinaan tugasan ini boleh dirujuk di pautan Youtube ini http://www.youtube.com/watch?v=jjVbsXaI8xU

Penjelasan kepada Tugasan 1: 1. Anda harus membuat satu set ujikaji untuk menentukan Utara Sebenar dan Utara Magnetik 2. Cari dalam internet kaedahnya (melalui Google, Youtube dan lain-lain yang berkaitan) 3. Tugasan tersebut mestilah mematuhi format seperti berikut: Ditulis dalam MSWord, Saiz font 12, 1.5 spacing, Arial, 5 10 muka surat. Wajib ditulis dalam Bahasa Melayu.

Tugasan 1 yang dihantar mesti mengandungi seperti berikut: Tajuk Ujikaji Objektif Ujikaji Teori dan pengenalan ujikaji Kaedah dan metodologi kajian Data dan hasil dapatan kajian Perbincangan Kesimpulan

Pengenalan Astronomi dan Fizik Moden

Tugasan 1 (Projek) Sem 2 2012/13

Kaedah permarkahan adalah seperti berikut: Mengikut tema dan arahan tugas: 1% Penulisan objektif dan kaedah yang betul : 2% Data dan hasil dapatan kajian: 2% Gambarajah dan penjelasan: 1% Olahan perbincangan yang baik: 1% Kesimpulan: 1% Usaha, keaslian (bukti anda melakukan ujikaji) dan paparan yang menarik: 2% [Markah keseluruhan: 10%]

NOTA PENTING: Laporan wajib disertakan bersama gambar yang membuktikan anda membuat tugasan tersebut. Sila hantar selewat-lewatnya pada 5 Mei 2013 (minggu 10) melalui tapak MyGuru3 (Pos tak dibenarkan). Selepas tarikh tersebut, sistem akan ditutup secara automatik.

Você também pode gostar