Você está na página 1de 15

Pengajaran & Pembelajaran PTV

Zulaiha & Athalia

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV)

DISEDIAKAN OLEH : NOOR ATHALIA BINTI ABDUL GHAPAR ZULAIHA BINTI JAMAL 1 PISMP RBT

z&a.pismprbt.jan08

Pengajaran & Pembelajaran PTV 1.0 PENGENALAN

Zulaiha & Athalia

Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Ia boleh berlaku dalam pelbagai situasi sama ada secara langsung atau tidak. Pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja melibatkan perkara yang telah ditetapkan seperti dalam Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah, tetapi ia juga boleh berlaku pada sebarang perkara yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan, maklumat, kemahiran dan sebagainya. Contohnya ialah kemahiran menjahit butang. Kemahiran ini boleh diperolehi sama ada dipelajari daripada guru, ibu atau dipelajari dari pengalaman seseorang melalui pemerhatian dan kaedah cuba jaya. 2.O PENGAJARAN Abd Ghafar Md Din (2003) di dalam bukunya bertajuk Prinsip dan Amalan Pengajaran, beliau mendefinisikan pengajaran adalah satu proses penyampaian iaitu untuk menyampaikan maklumat. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan, dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar dengan cara yang berkesan. Perkembangan pendidikan semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Pengajaran dalam konteks masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi, sains dan seni. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah dipilih penyampaian proses yang tersusun. dan Kaedah-kaedah yang untuk pengajaran

pembelajaran harus berdasarkan kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip dan teori pembelajaran.

z&a.pismprbt.jan08

Pengajaran & Pembelajaran PTV

Zulaiha & Athalia

Di bawah konteks pendidikan, teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru yang digunakan dalam pengelolaan dan perlaksanaan kaedah mengajar sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan memilih pelbagai teknik mengajar adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Teknik pengajaran yang dipilih haruslah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Menurut kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Dalam satu pendekatan pengajaran, boleh digunakan pelbagai kaedah. Contohnya, pendekatan induktif iaitu pengajaran yang bermula daripada perkara yang spesifik kepada yang umum. Pelbagai kaedah boleh digunakan seperti kaedah projek, kaedah inkuiri, kaedah sokratik, dan kaedah penyelesaian masalah. Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang diaplikasikan

semata-mata untuk menghasilkan guru yang sistematik, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan dengan tujuan mencapai objekif pelajaran dalam masa yang pendek. Antaranya ialah kaedah amali/ bengkel, kaedah tunjuk cara/ demonstrasi, kaedah projek, kaedah simulasi, kaedah interaktif (perbincangan), kaedah lawatan, dan strategi Pengajaran Teknik dan Vokasional (kolaboratif), serta strategi inovatif (komputer). Guru dapat mengetahui tindak balas yang berbeza setiap pelajar mereka dalam setiap kaedah pengajaran. Setiap pelajar mempunyai cara yang berbeza untuk menerima pembelajaran secara berkesan. Maka sebagai guru, kita harus peka ketika merancang dan menentukan kaedah pengajaran.

z&a.pismprbt.jan08

Pengajaran & Pembelajaran PTV

Zulaiha & Athalia

Peta minda di halaman sebelah menunjukkan pecahan kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam aktiviti pengajaran.

Strategi Inovatif (komputer)

Amali / bengkel Tunjuk cara

Kolaboratif

KAEDAH

Projek

Lawatan Interaktif

Simulasi

Peta minda : Kaedah Pengajaran Kaedah amali atau bengkel bermaksud setiap pelajar, atau sekumpulan kecil pelajar dibekalkan dengan alatan untuk menjalankan amali (Azman Wan Chik, 1987). Tujuan kaedah ini adalah untuk membentuk sikap dan pemikiran kreatif, pelajar juga dapat mengalami pengalaman secara terus sesuatu kerja amali. Guru bertindak sebagai fasilitator. Pelajar akan melaksanakan kerja-kerja amali manakala guru hanya pemerhati dan membimbing. bengkel Namun, dan masalah kesuntukan seperti masa kekurangan alatan, ruang

menyebabkan kaedah amali dijalankan kadang kala tidak sempurna. Kaedah ini dapat melatih pelajar menguasai pengunaan alatan bengkel, memupuk kerjasama, belajar melalui pengalaman dan mematuhi arahan. Di samping pelajar melakukan amali, memerhati, dan membuat kesimpulan, pelajar juga belajar mengendalikan alatan,

z&a.pismprbt.jan08

Pengajaran & Pembelajaran PTV

Zulaiha & Athalia

membuat pemikiran dan tafsiran sendiri. Guru pula perlu memastikan keselamatan pelajar terjamin supaya tidak timbul sebarang masalah. Tunjuk cara atau demonstrasi adalah satu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara melakukan sesuatu aktiviti di hadapan pelajar, dan memberi peluang kepada pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti. Jadual di bawah menunjukkan contohcontoh teknik demonstrasi yang dilakukan di sekolah. Tunjuk cara yang diadakan mestilah sesuai dan seleras dengan topik dan mata pelajaran yang sedang diajar. Subjek Matematik Sains Demonstrasi membina sudut dengan protraktor menjalankan eksperimen untuk membuktikan daun mengandungi kanji Kejuruteraan Awam mereka bentuk rumah Ekonomi Rumah Tangga (ERT) menjahit sapu tangan Elektrik memasang wayar dalam plag Jadual : Contoh-contoh teknik demonstrasi Kaedah projek diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965). Melalui kaedah ini, pelajar dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil yang dibuat. Kaedah ini dijalankan selepas pelajar telah menguasai kemahiran tertentu. Tujuannya ialah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan ideaidea konseptual dan mengembangkan kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran lain. Guru menyediakan tajuk projek dan pelajar akan memilihnya mengikut kesesuaian. Garis panduan disediakan dan merangkumi maklumat tentang tujuan projek, hasil yang akan diperolehi, prosedur-prosedur khusus yang mesti dipatuhi dan tarikh akhir menyiapkan projek. Sebagai contoh, pelajar z&a.pismprbt.jan08

Pengajaran & Pembelajaran PTV

Zulaiha & Athalia

menjalankan projek kerja khusus bagi subjek Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang melibatkan pengunaan sensor. Melalui projek ini pelajar akan membuat lakaran binaan projek, menyurih lakaran litar, menyediakan bahan dan komponen elektronik, memasang komponen dan menguji kefungsian projek. Sebelum projek ini dilaksanakan, guru perlu menerangkan tentang proses perlaksanaan projek untuk memudahkan pelajar dan guru mesti membimbing pelajar sepanjang proses menyiapkan projek. Kelebihan kaedah ini ialah ia memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengetahuan dan pengalaman dengan cara sendiri, menggunakan idea mereka untuk mereka bentuk dan mengaplikasikan kemahiran serta pengetahuan yang dipelajari. Kaedah simulasi adalah satu proses pembelajaran dalam keadaaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar dengan tujuan melatih pelajar menyelesaikan satu-satu masalah. Ia membolehkan pelajar menjalankan aktiviti lakonan secara teratur dan terkawal. Masalah-masalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa yang berlaku di sekeliling seperti di kedai, sekolah, tempat awam dan sebagainya. Melalui teknik simulasi, para pelajar akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang teratur. Para pelajar dapat menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah yang ditimbulkan. Contoh aktiviti simulasi yang boleh dilakukan ialah rawatan pertolongan cemas dalam bengkel yang melibatkan rawatan renjatan elektrik, luka akibat terkena alatan tangan dan sebagainya. Kaedah interaktif (perbincangan) melibatkan aktiviti

perbualan di antara guru dengan pelajar di dalam kelas. Melalui kaedah ini pelajar dan guru bertukar-tukar fikiran mengenai tajuk yang terkandung dalam subjek yang dipelajari. Guru menjadi fasilitator z&a.pismprbt.jan08

Pengajaran & Pembelajaran PTV

Zulaiha & Athalia

kepada sesi perbincangan yang diadakan. Sebelum sesi perbincangan dijalankan, guru menjelaskan tujuan diadakan perbincangan. Ia membolehkan pelajar membuat persediaan mengenai topik yang akan dibincangkan. Pelajar memainkan peranan aktif dengan memberikan pandangan masing-masing mengenai tajuk tersebut. Kaedah lawatan merupakan aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati situasi sebenar apa yang hendak dipelajari. Antara tempat yang kebiasannya dilawat adalah seperti kilang, ladang, tapak pembinaan dan sebagainya. Tujuan aktiviti lawatan dibuat adalah untuk memberikan pelajar kesempatan memperolehi pengalaman secara langsung, membandingkan perkaraperkara yang dipelajari dalam bilik darjah dengan situasi yang benar, memperkukuhkan ingatan tentang perkara-perkara yang dipelajari dan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran di sekolah. Strategi Pengajaran Teknik dan Vokasional (kolaboratif) adalah untuk menghubungkaitkan pembelajaran di sekolah dengan aplikasinya yang sebenar di luar bilik darjah, meningkatkan penyertaan aktif pelajar dalam pembelajaran iaitu menyediakan pembelajaran secara kontekstual, menggabungkan kepakaran guru akademik dan guru vokasional melalui pengajaran berpasukan, dan untuk meningkatkan kolaborasi bestari antara sekolah, masyarakat dan industri. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara praktikal (Billett, 1993 dipetik dari buku yang ditulis oleh Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib, 1995 iaitu Pengajaran Dalam Bilik Darjah, Kaedah Dan Strategi) . Latihan industri untuk pelajar-pelajar mempunyai beberapa kelebihan seperti pelajar dapat belajar dalam suasana alam pekerjaan yang sebenar, mendapat bimbingan dari pekerja lain yang berpengalaman dan belajar cara menyelesaikan masalah teknikal yang sebenar. z&a.pismprbt.jan08

Pengajaran & Pembelajaran PTV

Zulaiha & Athalia

Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar. Aktiviti ini secara tidak langsung menerapkan kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi kepada pelajar.

KOLABORATIF

Interaksi Pelajar

Hubungkait

Guru

Rakan-rakan

Bahan pengajaran

Sekolah

Masyarakat

Industri

Staf sokongan

Guru Rakan-rakan

Carta organisasi : Strategi Pengajaran Teknik dan Vokasional (Kolaboratif) Strategi inovatif (komputer) adalah berasaskan teknologi seperti perbincangan atau pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan dapatan, merujuk ensiklopedia eletronik, belajar dari courseware eletronik dan komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan kepada aspek konteks di dalam meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk itu, aplikasi multimedia membolehkan

z&a.pismprbt.jan08

Pengajaran & Pembelajaran PTV

Zulaiha & Athalia

pembelajaran dalam konteks digunakan untuk mengajar kemahiran yang relevan. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan pembelajaran akses kendiri. Konsep pengajaran terbantu komputer adalah mengenai pembahagian bahan pembelajaran dan kemahiran dalam unit kecil supaya mudah dipelajari dan difahami. Terdapat dua jenis kaedah pengajaran bantuan komputer yang diguna pakai iaitu kaedah linear dan kaedah bercabang.

Kaedah linear adalah satu kaedah pengajaran yang paling mudah dibangunkan oleh kebanyakan penulis perisian kursus. Corak laluan pembelajaran telah ditentukan lebih awal. Pelajar hanya perlu mengikut kaedah pembelajaran satu per satu sebagaimana yang telah dibentangkan. Ia bermula dari tahap senang ke tahap yang sukar. Bagaimanapun ia mempunyai kelemahan tersendiri. Pelajar mestilah mengikuti program dari awal hingga tamat. Sekiranya pelajar tidak menunggu sehingga tamat, maka dia terpaksa bermula semula di dari awal. Kerana itu, ia tidak memberi pilihan kepada pengguna untuk bergerak bebas dari satu modul ke modul yang lain. Namun begitu, ia tetap mempunyai kelebihan dari segi ekonomi kerana ia lebih murah dan mudah untuk dibangunkan. Kaedah ini sesuai untuk subjek yang melibatkan faktor masa dan yang memerlukan pelajar mengetahui pengetahuan asas sebelum pergi ke bahagian-bahagian yang lebih sukar. Kaedah bercabang pula adalah satu kaedah yang membolehkan pelajar bertindakbalas atau memberi jawapan daripada beberapa pilihan yang disediakan. Komputer akan memantau pelajar tersebut mengikut tindakbalas atau jawapan yang diberi. Setelah selesai, pelajar akan dibawa semula ke menu utama atau mana-mana subrutin z&a.pismprbt.jan08

Pengajaran & Pembelajaran PTV

Zulaiha & Athalia

lain sebelum balik ke menu utama. Cara ini adalah lebih menarik minat pelajar kerana ia dapat mengawal proses pembelajaran atau arah mana yang hendak diikuti. Secara amnya, kaedah bercabang sangat sesuai digunakan untuk modul yang tidak atau kurang bersandar antara satu sama lain. Bahan pengajaran yang memerlukan kefahaman yang kukuh mengenai sesuatu konsep diperingkat asas dan kerap kali dirujuk di bahagian-bahagian lain modul atau aturcara, tidak begitu sesuai menggunakan kaedah ini.

3.0 PEMBELAJARAN Pembelajaran bermakna satu proses dimana pelajar sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan untuk mendalami bahan-bahan pembelajaran yang dirasakan adalah berguna untuknya (Mok Soon Sang, 2001). Pembelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional amat penting bagi melahirkan pelajar yang menguasai kemahiran dalam bidang masing-masing. Kini, terdapat strategi pembelajaran yang telah diperkenalkan iaitu Tech Prep. Tech Prep telah dilaksanakan di Amerika Syarikat sejak tahun 1985. Ia merupakan suatu inisiatif penambahbaikan pendidikan. Golongan sasaran Tech-Prep ialah pelajar-pelajar yang berminat kepada pendidikan berteraskan kerjaya (careerrelated education), (Ahmad Tajudin Jab, 2005). Tech-Prep lebih memfokuskan kepada kerjaya kerana matlamat ini boleh dicapai melalui penglibatan para pelajar dalam bengkel, makmal atau lapangan. Para pelajar didedahkan dengan suasana persekitaran tempat kerja yang sebenar.

z&a.pismprbt.jan08

Pengajaran & Pembelajaran PTV

Zulaiha & Athalia

Di sini, para pelajar dapat melihat teori, fenomena, proses, kemahiran dan teknik diaplikasikan dalam konteks yang lebih praktikal. Aktiviti seperti hands-on, kajian kes, penyelesaian masalah secara berkumpulan dan latihan amali juga diajar. Pada masa kini, kebanyakkan pelajar boleh belajar dengan berkesan menggunakan pendekatan hands-on atau kontekstual. Teori kontekstual diaplikasikan dalam pelbagai aspek suasana pembelajaran. Pendekatan pembelajaran kontekstual dibahagikan kepada beberapa fasa. Carta aliran di halaman sebelah menunjukkan peringkat fasa-fasa yang terdapat dalam kaedah Tech Prep.

TECH - PREP

FASA 1 Set induksi

FASA 2 Penerangan konsep

FASA 3 Aktiviti

FASA 4 Penilaian

z&a.pismprbt.jan08

Pengajaran & Pembelajaran PTV Carta aliran : Tech Prep Fasa 1

Zulaiha & Athalia

Set induksi merupakan pembelajaran mengenai sesi pengenalan kepada topik yang diajarkan. Guru menunjukkan imbasan topik melalui tayangan video. Ia akan merangsang minat pelajar untuk terus mengikuti subjek tersebut. Fasa 2 Penerangan konsep yang menerapkan kemahiran melalui pembacaan modul atau teks yang disediakan. Para pelajar boleh mengadakan aktiviti dalam kelas, perbincangan dan juga mempelajari berdasarkan contoh. Contohnya para pelajar kursus Pengajian Kejuruteraan Awam berbincang bagaimana sesuatu binaan itu dapat tersegam dengan kukuh walaupun ia dibina tanpa menggunakan sebarang paku. Fasa 3 Sesi aktiviti yang mengaplikasikan kemahiran yang telah dibincangkan dalam fasa 2. Jika ia merupakan kerja amali, maka pelajar perlu melakukan kerja hands-on. Fasa 4 Penilaian atau sesi rumusan pembelajaran. Pada tahap ini, para pelajar akan merumus dan membuat penilaian terhadap ilmu atau kemahiran yang telah diikuti. Pembelajaran yang berkesan akan berlaku jika sesi pembelajaran melibatkan penyertaan individu, aktiviti hands-on, melakukan penemuan peribadi (personal discovery), belajar berdasarkan pengalaman, dan belajar secara berkumpulan. Tech-Prep menggalakkan pelajar memilih kerjaya iaitu dengan memilih bidang khusus yang diminati. Contohnya, jika pelajar tersebut meminati kerja-kerja pendawaian elektrik, mereka boleh memohon kursus Elektrik aliran Vokasional bagi mendapatkan kemahiran kerjaz&a.pismprbt.jan08

Pengajaran & Pembelajaran PTV

Zulaiha & Athalia

kerja pendawaian. Pembelajaran berkesan akan wujud sekiranya timbul minat yang mendalam untuk menguasai kemahiran sesuatu bidang tersebut. Pelajar sendiri boleh mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Mereka boleh mempelbagaikan kaedah pembelajaran yang boleh merangsang minat mereka untuk belajar. Contohnya pelajar boleh menghasilkan mereka. modul Tetapi pembelajaran guru perlu sendiri berdasarkan proses kefahaman membimbing

penghasilan modul ini supaya ia tidak terkeluar dari topik pelajaran. Pelajar juga boleh memantapkan lagi pembelajaran mereka dengan mencari maklumat tambahan dan dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Ini bukan sahaja akan menambah pengetahuan malah ia akan mengembangkan lagi daya kreativiti pelajar.

4.0 KESIMPULAN Guru dan pelajar memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional ini. Guru-guru perlu mengetahui kemampuan setiap orang pelajarnya supaya guru tersebut boleh mengajar dengan baik dan ilmu yang disampaikan itu diperolehi oleh semua pelajarnya tanpa sebarang masalah. Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya pengajarannya tidak berada ditakuk yang lama. Sebagai seorang guru, kita harus mengikuti perkembangan dunia pendidikan bagi memastikan pelajar mendapat input yang berkesan sekali gus melahirkan individu yang menguasai bidang kemahiran yang luas dalam pelajaran juga kerjaya. Bagi para pelajar pula, amat penting mereka mengetahui kemampuan, kebolehan dan minat mereka terhadap sesuatu bidang supaya mereka tidak memilih bidang kerjaya z&a.pismprbt.jan08

Pengajaran & Pembelajaran PTV

Zulaiha & Athalia

yang salah. Pelajar juga perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, masyarakat dan Negara. Adalah menjadi harapan kerajaan untuk menghasilkan guru dan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.

RUJUKAN Ahmad Tajudin Jab (2005) Panduan Ringkas : Pembangunan Kurikulum Teknikal & Vokasional, Bahagian Kurikulum Teknikal Dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia Azman Wan Chik (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur: Karya Bistari. Ghafar,M.D (2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran.Utusan Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur Kramlee Mustapha, Ruhizan Mohd Yasin, Hamdan Mohdali, Integrasi Akademik dan Vokasional: Rasional dan CabaranJurnal Pendidikan 28 z&a.pismprbt.jan08

Pengajaran & Pembelajaran PTV

Zulaiha & Athalia

(2003) ms 77 90 Integrasi Akademik dan Vokasional: Rasional dan Cabaran Mok Soon Sang (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Pang,M.S, (1997). Pedagogi 2:Pelaksanaan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn Bhd: Kuala Lumpur Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib .1995. Pengajaran Dalam Bilik Darjah. Kaedah Dan Strategi. Masa Enterprise,Kajang. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann,ctk. 4.

http://www.fp.utm.my/academic/sp-tdv.htm 12.15 am 20.1.08 http://www.sabah.edu.my/smtekniktwu/jab_teknik_voka.html 12.37 am 20.1.08 http://www.sabah.edu.my/smtekniktwu/perancangan.html 12.38 am 20.1.08

z&a.pismprbt.jan08

Você também pode gostar