Você está na página 1de 3

ASAS TANAMAN POKOK DALAM PASU Terdapat perkara asas mengenai penanaman pokok hiasan dalam pasu yang

perlu diikuti supaya pokok berkenaan dapat hidup dengan subur. Pasu atau planter juga mampu mencantikkan tanaman. Tetapi pemilihan dan penggunaannya haruslah disesuaikan dengan jenis pokok yang hendak ditanam. Adalah tidak sesuai menggunakan pasu yan besar untuk tanaman yang semula jadinya kecil. Begitu juga sebaliknya. ASAS TANAMAN POKOK DALAM BEKAS/PASU Bekas dan Tanaman yang sesuai: Pelbagai bekas tanaman seperti pasu atau planter pelbagai saiz dan bentuk boleh dipilih untuk disesuaikan dan digunakan dalam tanaman pokok hiasan. Umpamanya pokok tinggi seperti palma perlu ditanam dalam pasu yang tinggi serta berat yang diperbuat daripada bahan seramik atau tanah liat. Pokok menjalar pula seperti Scindapsus sesuai ditanam dalam pasu cetek, ringan dan rendah, manakala pokok air seperti kiambang perlu ditanam dalam pasu yang boleh menakung air sebagai medium tanaman. Bekas tanaman yang dipilih hendaklah berfungsi dan bersesuaian dengan pokok yang ingin ditanam selain untuk cantik sebagai hiasan. Ruang air: Ruang ini perlu diadakan dalam ukuran dua inci dari permukaan atas pasu dan medium tanaman. Ianya hendaklah dibiarkan kosong supaya air siraman atau air hujan dapat bertakung seketika untuk proses penyerapan bagi membasahi keseluruhan medium tanaman. Piring Takungan Air: Bertujuan menakung lebihan air siraman agar tidak mengotori lantai, hamparan permaidani dan sebagainya. Namun begitu, air yang bertakung lama boleh menyebabkan akar pokok terendam dan boleh mematikan pokok. Air takungan juga memudahkan pembiakan nyamuk Aedes. Bagi mengelak ini terjadi, letakkan medium yang boleh menyerap air tersebut seperti sphagnum moss atau kertas surat khabar di dalam piring takungan air sebelum meletakkan bekas tanaman di atasnya. Air lebihan akan diresapi medium tadi dan dilepaskan ke udara. Terdapat satu kaedah di mana bekas takungan air boleh dijadikan bekas untuk membekalkan air kepada pokok bila diperlukan. Lubang saliran air: Lubang ini penting bagi memastikan air siraman dapat mengalir keluar dan tidak menakung di dalam bekas atau pasu yang boleh mengakibatkan pereputan akar pokok dan akhirnya boleh mematikannya. Lapisan penapis medium: Lubang saliran air bekas tanaman perlu ditutupi supaya medium tanaman tidak terkeluar bersama air siraman. Bahan yang boleh digunakan untuk tujuan ini ialah serpihan pasu atau batu-bata pecah, serat kelapa, lumut sphagnum moss, batu kerikil, jaring plastik dan sebagainya. Medium Tanaman: Terdapat pelbagai medium tanaman yang boleh digunakan dalam penanaman pokok dalam bekas (Rujuk bab 2). Medium tanaman berasaskan tanah mestilah memudahkan air mengalir keluar serta tidak menakungkan air. Ruang Sungkupan: Sebagai pilihan, gunakan bahan sungkupan seperti serat kelapa, mayang bunga kelapa sawit dan sphagnum moss untuk menghindari kesan kekeringan medium tanaman dengan cepat disebabkan keterikan cahaya matahari terutama pada waktu tengah hari. Dengan meletakkan bahan sungkupan ini, medium tanaman akan sentiasa lembap dan akar pokok kekal sejuk untuk pertumbuhan pokok

yang sihat sentiasa. Melalui kaedah ini juga, kekerapan siraman air boleh dikurangkan. Dengan mengikuti kaedah penanaman pokok hiasan seperti di atas, Insya-ALLAH tanaman hiasan anda akan hidup subur sentiasa seperti yang diidamkan. KENALI PASU Menanam pokok hiasan di dalam pasu adalah satu kaedah penanaman untuk ruang sempit seperti balkoni di rumah pangsa atau kondominium. Kaedah ini bertujuan mengawal pertumbuhan pokok supaya dapat mengekalkan nutrien, air atau kelembapan untuk pertumbuhan yang segar sentiasa. Pokok berpasu senang dialih untuk disesuaikan dengan suasana hiasan dalaman kediaman atau pejabat kita. Terdapat pelbagai jenis pasu tanaman yang dijual di pasaran diperbuat daripada tanah liat, plastik, simen, seramik dan sebagainya. Manakala saiznya juga pelbagai dari sekecil-kecilnya untuk semaian anak benih, hinggalah yang paling besar untuk tanaman pokok besar seperti pokok pinang merah di hotel-hotel dan premis perniagaan. Terdapat juga pasu yang dihasilkan khusus untuk tanaman tertentu seperti berikut: a b c d e f Pasu orkid yang mempunyai lubang di sekelilingnya bagi memudahkan peredaran udara iaitu keperluan utama untuk akar orkid tumbuh subur. Pasu pokok bonsai dibina rendah bagi menyerlahkan akar pokok dan biasanya dihiaskan dengan lukisan seperti pokok buluh dan sebagainya. Self-watering pot iaitu pasu yang dapat menyediakan sistem pengairannya tersendiri untuk pokok bagi mengurangkan kekerapan siraman air. Pasu tanpa lubang di bawah dibuat khas bagi menakung air khusus untuk tanaman air seperti kiambang, pegaga air, keladi bunting dan sebagainya. Beg politena merupakan pasu sementara untuk menyemai anak pokok. Ia boleh juga digunakan untuk menanam pokok hiasan ringkas untuk diletakkan dalam bekas atau planter cantik. Biasanya ia digunakan untuk hiasan pentas, taman mini untuk pameran dan sebagainya. Bahan terbuang seperti botol air mineral, tin susu tepung dan teko lama boleh juga digunakan sebagai pasu tanaman. Biasanya bahan terbuang ini digunakan oleh masyarakat kampung zaman dahulu. Selain berjimat, ia juga boleh mengurangkan pembaziran bahan buangan yang boleh dikitar semula.

Panduan memilih pasu tanaman kita adalah seperti berikut: 1) Pilih saiz pasu yang sesuai untuk tanaman kita. 2) Pilih bahan pasu yang bersesuaian dengan jenis tanaman. Contohnya, pokok besar perlu ditanam dalam pasu diperbuat daripada bahan seperti tanah liat yang berat dan tidak mudah tumbang. 3) Pilih pasu yang mempunyai lubang di bawah untuk memudahkan air siraman keluar. 4) Pastikan pasu mudah dibersihkan bagi mengekalkan pameran pokok yang cantik. 5) Ia perlulah menarik bentuknya dengan kemasan-kemasan corak yang cantik. CIRI-CIRI PASU TANAMAN a Pasu plastik Ringan dan mudah mengangkatnya serta sesuai bagi pokok yang perlu kerap diubah kedudukannya untuk mendapatkan dedahan cahaya yang diperlukan. Ia kurang sesuai untuk pokok besar kerana ringan dan mudah tumbang. Ia tidak mahal dan senang dicuci. Medium tanaman lambat kering kerana plastik tidak meresap air. Terdapat pelbagai warna pilihan dan reka bentuk unik, boleh disesuaikan dengan hiasan dalaman. Pasu tanah liat

Berat dan mantap sesuai untuk tanaman pokok besar. Harganya mahal tetapi penampilannya lebih menarik. Ia susah untuk dicuci dan mudah pecah. Terdapat ruang roma yang memudahkannya meresap air keluar menyebabkan air siraman cepat kering dan perlu dikerapkan siramannya.

KENALl BEKAS TANAMAN DAN KEGUNAANNYA Pokok boleh ditanam dalam pelbagai jenis pasu atau diletakkan dalam planter untuk menambah seri pokok berkenaan. Oleh itu ketahuilah beberapa cara untuk menambah seri pokok tanaman kita itu agar nampak lebih berseri dan bergaya penampilannya untuk hiasan. Bekas tanaman, planter dan stand Penggunaan bekas tanaman atau planter dan stand atau alasnya untuk mempamerkan pokok hiasan adalah idea yang bijak untuk menyerlahkan lagi penampilan pokok tanaman kita. Bekas tanaman ini berfungsi sebagai pengalas atau tempat takungan pasu tanaman berkenaan supaya air siraman tidak akan keluar membasahi lantai serta hamparan seperti tikar, permaidani dan sebagainya. Pada masa yang sama, bekas ini juga berfungsi mencantikkan lagi pameran serta penampilan pokok hiasan. Pokok yang pada asalnya ditanam dalam satu pasu yang suram serta malap warnanya atau ditanam dalam beg politena sahaja dapat disembunyikan dalam satu planter cantik yang boleh menambah seri penampilan pokok berkenaan. Biasanya bekas tanaman ini diperbuat dari bahan tembikar tanah liat atau seramik yang nampak seperti pasu tanaman tetapi tanpa lubang di bawahnya untuk menakung air siraman. Kini terdapat pelbagai bekas tanaman yang diperbuat dari bahan seperti plastik, tembaga, rotan, buluh dan sebagainya. Pokok yang ditanam dalam pasu atau bekas biasa akan menyerlah apabila diletakkan di dalam bekas tanaman berbentuk unik dan cantik. Selain daripada itu, bahan terbuang seperti bekas air mineral, teko atau cerek lama juga boleh dijadikan bekas tanaman. Hiaskan bekas tadi dengan riben atau bahan lain yang boleh dibeli dari pusat kraftangan bagi mencantikkannya. Sementara penggunaan alas atau stand boleh menambah seri pokok hiasan kita. Ia boleh diselaraskan atau boleh disesuaikan untuk kesan ketinggian kepada pokok yang diperlukan dalam gubahan pokok hiasan taman mini dan sebagainya. Stand yang agak besar biasanya sesuai diletakkan di luar halaman rumah agar pokok hiasan nampak lebih menarik Pasu besar yang boleh juga dijadikan stand Adakalanya stand berwarna putih diletakkan di tengah-tengah pelamin untuk menambah seri hari persandingan Pelbagai saiz dan bentuk stand yang boleh anda dapati di kedai-kedai menjual pasu

Você também pode gostar