Você está na página 1de 4

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Bangunan adalah sebuah aset fizikal yang bernilai dan memerlukan penyenggaraan yang sempurna. Tanpa kerja-kerja penyenggaraan yang sempurna keseluruhan struktur dan bahan-bahan bangunan yang ada lama kelamaan akan menjadi pudar, lusuh, rosak dan usang. Keadaan ini bukan sahaja akan menyusutkan nilai bangunan, malah akhirnya akan menjadikan bangunan itu tidak bernilai langsung. Malangnya, keperluan ini sering sahaja diabaikan oleh pemilik bangunan, malah kerjakerja penyenggaraan kurang diberikan perhatian. Penyenggaraan sering diberikan pertimbangan terakhir apabila pemilik bangunan bercadang memberikan suatu peruntukan atau menyediakan belanjawan untuk organisasinya. Disamping itu, peruntukan penyenggaraan juga selalu menjadi perkara utama yang akan dikurangkan dalam perbelanjaaan apabila ekonomi pemilik menghadapi kemerosotan.

2 1.2 Kepentingan Penyelenggaraan Bangunan

Di antara beberapa sebab mengapa keperluan penyenggaraan tidak mendapat tempat dihati pemilik bangunan adalah disebabkan kegagalan mereka sendiri untuk menilai dan menghargai bangunan mereka itu sendiri sebagai aset penting . Hal ini berlaku terutamanya apabila bangunan itu didudukinya sendiri. Keadaan tersebut dengan sendiri telah melenyapkan keutamaan penyenggaraan. Akan tetapi, apabila bangunan tersebut menjadi sumber pendapatan kepada pemilik penghuninya, maka ternyata penilaian harga , kos atau sewa yang diperolehi telah dinilai berdasarkan ketrampilan bangunan berkaitan. Pemilik dengan itu, seolah-olah tidak dapat melepaskan diri mereka untuk membaikpulih dan sentiasa mengemaskinikan prestasi bangunan berkenaan. Sistem elektrikal dan mekanikal adalah satu sistem komponen didalam pembinaan sebuah bangunan. Semua sistem ini memerlukan tahap penyenggaraan yang baik bagi menjamin sistem ini dapat berfungsi apabila diperlukan. Dibawah ini dinyatakan beberapa sistem elektrikal dan mekanikal yang terdapat didalam sesebuah bangunan:

1.3

Jenis-Jenis Sistem Mekanikal dan Elektrikal Di dalam Sesebuah Bangunan: i) ii) iii) Bekalan Air Sejuk: Tangki air, pam air, sistem perpaipan. Bekalan Air Panas: Sistem dandang air panas, pump, tangki pemanas dan sistem suria. Sistem kumbahan:

3 Sistem perpaipan kumbahan utama, peralatan kelengkapan sanitari, lurang kumbahan dan tangki septik. iv) Sistem Pencegah Kebakaran: Sistem sprinkler, sistem hosereel, sistem wet riser, sistem dry riser, pengesan asap, pengesan haba, sistem CO2, proterble fire instiguser dan sistem kawalan kimia. v) Sistem Penyaman Udara: Sistem penyaman udara berpusat, chiller room, condenser unit, sistem penyedut asap, dan sistem mampatan udara. vi) Sistem Elektrikal: Lampu, punca kuasa, pendawaian, soket, bilik MCCB, bilik janakuasa, bilik transfomer, bilik TNB, papan agihan utama/sub, sistem radio, sistem kawalan video tertutup, sistem tv, sistem telefon dan sistem penebat kilat. Dalam kajian ini hanya sistem elektrikal sahaja yang dibuat sebagai bahan kajian. Kajian adalah menjurus kepada kepentingan pengurusan penyenggaraan sistem elektrikal dan organisasi yang terlibat didalam sistem elektrikal sahaja. Pemeriksaan bekalan elektrik adalah meliputi pendawaiannya, punca kuasa, soket, meter dan lain-lain peralatan yang bersangkutan dengan bekalan elektrik. Selain dari siasatan kecacatan, pendawaian dan kelengkapan bekalan elektrik, maka bekalan kuasanya juga perlu diperiksa. Di dalam pemeriksaan bekalan elektrik, pengunaan pen penguji (test pen) sangat penting, sekurang-kurangnya supaya pemeriksaan dapat mengetahui sama ada wayar yang diperiksanya itu masih mempunyai aliran tenaga elektrik atau pun tidak.

Pengurus Penyenggaraan Setor dan Bekalan Pentadbiran (Perancangan Kawalan Kualiti Dan Keselamatan,Stakewangan) Pegawai Teknikal/ Jurutera Mekanikal PembTeknik

Pegawai Teknikal/Jurutera Elektrical Pemb. Teknik

Pegawai Teknikal/jurutera Bangunan Pemb. Teknik

Bhgn. Bhgn. Bhgn. Kerja Kerja House Per. Bghn. Kecemasan. Pemeriksaan bekalan Bangunan paip keeping tukangan w/shop Pembetulan tenaga dan kayu Dan pembaikan janakuasa

Bhgn. kemudahan & Perkhidmatan bangunan Bhg siasatan

Pembaikan Pembetulan & kecemasan

Lubrikasi

Penyenggaraan cegahan

Rajah 1: bangunan.

Carta organisasi yang terlibat secara langsung dalam penyenggaraan

Você também pode gostar