Você está na página 1de 6

Peranan Ibu Bapa Membantu Meningkatkan Kecemerlangan Akademik Anak-Anak

Noor Suadah bt Mohd Zawawi, Zalinah binti Mohamed, Dr.M.Khata bin Jabor adahawie@yahoo.com,ndai_64@yahoo.com,m.khata@utm Universiti Teknologi Malaysia Abstrak

Menjadi pelajar cemerlang merupakan impian semua pelajar masa kini. Pelajar yang cemerlang tidak semestinya datang daripada keluarga yang berlatarbelakangkan kedudukan sosio-ekonomi yang baik ataupun dalam kalangan mereka yang berpendidikan tinggi, tetapi usaha-usaha yang berterusan untuk meningkatkan kecemerlangan diri menjadi penyumbang utama kepada kejayaan. Ramai berpendapat sama ada individu perseorangan, berkumpulan atau masyarakat, secara langsung yang terlibat dalam kajian ilmiah bersetuju ada faktor lain yang membantu seseorang pelajar menjadi pelajar cemerlang. Antara faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar ialah campurtangan ibu bapa, guru-guru dan rakan taulan. Di samping itu, apabila pakar-pakar pendidikan melakukan kajian ke atas responden-responden terpilih, nyata ianya dapat dibuktikan melalui statistik yang dimanipulasi berkaitan peratusan kepentingan peranan tersebut. Justeru itu, kajian kualitatif ini akan menghuraikan tentang kecemerlangan akademik anak-anak berdasarkan peranan ibu bapa. 1. Pernyataan Masalah

Kesignifikanan seseorang berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi bergantung kepada pelbagai faktor sama ada luaran atau dalaman. Minat, semangat, usaha dan sabar, lazimnya saling berkait untuk memasuki zon kejayaan. Pelajar yang bijak dan rajin tetapi tidak mendapat bimbingan yang sewajarnya juga boleh berjaya dan cemerlang. Begitu juga sebaliknya. Kejayaan akan dapat dicapai jika mereka mendapat bimbingan yang betul dan galakan yang berterusan daripada orang yang berada di sekeliling mereka. Berfokuskan kajian yang terarah, pengkaji akan cuba untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan peranan ibu bapa dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak. Sejauh mana bantuan yang diberi memberi kesan kepada pencapaian mereka dari perspektif pelajar itu sendiri. Bagaimana ibu bapa dapat memainkan peranan dan tanggung jawab yang dimainkan sama ada secara dalaman atau luaran dalam membantu kecemerlangan akademik anak-anak mereka.

2.

Objektif Kajian

Objektif untuk memastikan kajian yang akan dijalankan ini berjaya sampai kepada matlamat yang diingini ialah: a. Ingin mengetahui strategi-strategi yang digunakan oleh ibu bapa dalam membantu anak-anak berjaya dalam pelajaran b. Ingin mendapatkan maklumat bentuk-bentuk penglibatan yang ibu bapa laksanakan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak.

c. d.

Ingin mendapatkan pendapat mereka tentang kepentingan penglibatan ibu bapa dalam aspek peningkatan pelajaran. Ingin mengetahui perasan dan harapan mereka tentang penglibatan yang dimainkan dalam hubungan kekeluargaan.

3. i. ii. iii. iv.

Persoalan Kajian Adakah penglibatan ibu bapa merupakan penyumbang terbesar kepada pencapaian dalam pelajaran? Apakah strategi-strategi yang digunakan oleh ibu bapa untuk meningkatkan pencapaian dalam pelajaran? Bagaimana penglibatan ibu bapa dianggap sesuatu yang amat penting dalam mencorak masa depan anak-anak dalam pelajaran? Bagaimanakah hubungan kekeluargaan dan iklim keluarga memainkan peranan dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak?

4.

Metodologi Kajian

Setiap penyelidikan memerlukan reka bentuk yang tertentu yang boleh memberikan data yang digalakkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kajian. Pengumpulan data amat penting kerana tanpa sokongan data, objektif penyelidikan sukar dicapai. Perancangan yang teliti dapat membantu memudahkan data serta maklumat penyelidikan dikumpul, dianalisis dan seterusnya dinilai. Dalam bab ini, pengkaji akan mengemukakan pengkaedahan yang digunakan dalam kajian. Aspek-aspek yang diberi penekanan ialah reka bentuk kajian, tempat kajian, populasi dan sampel kajian, instrument kajian, kaedah pengumpulan data, cara menganalisis data, menulis laporan dan rumusan. 5. Kepentingan Kajian

Penglibatan ibu bapa dalam membentuk keperibadian anak-anak dan seterusnya kepada kecemerlangan memang tidak boleh disangkal. Justeru itu, pengkaji akan cuba untuk membuka kesedaran khalayak terhadap keutuhan institusi kekeluargaan dalam membantu anak-anak berjaya secara total. Melalui dapatan kajian yang akan diperolehi, semoga semua ibu bapa atau ketua-ketua keluarga dapat menjadikan kajian ini sebagai penanda aras untuk menjadikan peranan mereka bukan sahaja untuk mencari rezeki tetapi meluaskan skop kepada membantu dan melibatkan diri bersama-sama anak-anak mereka. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat menggalakkan ibu bapa mengatur kerjasama secara berhati-hati untuk mengikuti perkembangan pelajaran anak-anak. Sebagai contoh melihat kepada keperibadian Luqman Al-Hakim dalam mendidik anak-anak, memang sangat mengesankan. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari Orang lelaki adalah penjaga ke atas ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka dan perempuan penjaga ke atas rumahtangga dan anakanaknya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Begitu juga ,Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak(Riwayat Muslim). Ibu bapa bukan sekadar berfungsi sebagai ejen penambah zuriat manusia dan memperbanyak umat semata-mata tetapi lebih berperanan sebagai pelindung kepada anak-anak, menjadi contoh terbaik melalui tingkah laku dan sahsiah sempurna. Anak-

anak merupakan satu amanah besar yang mesti dipikul dan ditunaikan serta tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada pihak lain.
Secara amnya, emosi adalah perasaan atau komponen paling penting dalam tingkah laku seseorang manusia. Emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi ( physiological arousal ) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. Emosi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif. Emosi yang tergolong dalam kategori yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas, marah, sedih, rasa bersalah dan sebagainya. Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami kedua-dua jenis emosi ini serentak. Pensyarah Psikologi Perkembangan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badriz berkata ilustrasi emosi yang terlibat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka. Gaya ibu bapa dalam pembangunan manusia membuktikan

kesignifikanan campur tangan ibu bapa. Dapatan daripada kajian mereka sangat responsif bahawa ibu bapa yang memberi galakan dan membantu mempengaruhi pencapaian dalam pendidikan. Tiga kategori ibu bapa yang boleh dikenal pasti iaitu permissive, authoritarian, and authoritative. Ibu bapa yang bersikap autoritarian sangat tegas dan keras dalam mendidik anak-anak tetapi sangat mengambil berat. Anak-anak tidak selesa dan takut untuk meminta bantuan. Manakala permissive pula, ibu bapa tidak mengambil berat dan hubungan keduanya sangat renggang kerana tidak mengambil berat dan anak-anak banyak melakukan kerja sendiri. Ibu bapa yang autoritatif membantu mendidik anak-anak dengan cara yang sangat jelas, sederhana, berdisiplin dan sangat disenangi oleh anak-anak. Walaupun gaya autoritatif dan authoritarian mempunyai pendekatan yang hampir sama, namun gaya sederhana autoritatif ibu bapa lebih mendapat perhatian anak-anak untuk meminta bantuan. Keluarga merupakan institusi yang utama kerana keluarga mempunyai peranan besar dalam melahirkan masyarakat yang harmonis dan berilmu seterusnya melahirkan warga yang cemerlang dalam mencapai wawasan yang seimbang antara kemajuan dan pembangunan modal insan. Menurut Rohaty, (2003) peranan keterlibatan ibu bapa dalam proses pendidikan amatlah penting bagi membentuk konsep kendiri anak-anak mereka. Konsep kendiri merupakan keseluruhan persepsi seseorang terhadap dirinya sendiri sama ada berbentuk deskriptif atau berupa penilaian secara kognitif. Salah satu kesan konsep kendiri ialah ke atas pencapaian akademik. Candis, (2003) menyatakan ibu bapa merupakan role model kepada anak-anak, dan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berjaya dalam akademik akan sentiasa memberi nasihat betapa pentingnya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pendidikan anak-anak pada peringkat awal diperolehi di rumah, sokongan dan dorongan keluarga menjadi asas kepada kejayaan pelajar di sekolah dan seterusnya. Penglibatan ibu bapa yang semakin berkurangan dalam aktiviti dan program sekolah memberikan kesan terhadap pencapaian pelajar (West et al.1998). Justeru itu, kecemerlangan murid tidak dapat dicapai seandainya penglibatan ibu bapa murid dalam program dan aktiviti sekolah tidak dapat ditingkatkan (Henderson & Mapp 2000). Mengikut Shaverand & Walls (1998) dan Epstein (2001), penglibatan ibu bapa bukan sahaja hanya di sekolah malahan ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak di rumah. Bagaimanapun menurut Lareau (2000), kekangan masa menyebabkan ibu bapa kurang peka terhadap peranan mereka dalam pendidikan anak-anak dan membiarkan anak-anak belajar tanpa pemantauan.

Keterlibatan ibu bapa di rumah mahupun di sekolah secara berterusan didapati berkait rapat dengan pencapaian akademik anakanak (Christenson, Rounds & Gorney 1992; Izzo et al. 1999; Keith & Lichtman 1994; Miedel & Reynolds 1999; Shaverand & Walls 1998). Namun, tumpuan kajian tentang penglibatan ibu bapa masih lagi tertumpu kepada murid di tahap awal persekolahan (Arnold, Zeljo & Doctoroff 2008). Peranan ibu bapa adalah besar untuk mendisiplinkan anak-anak. Perbuatan tidak mahu ke sekolah apabila dipanggil oleh pihak pentadbiran untuk berbincang tentang hal anak-anak, adalah satu tingkah laku negatif kerana ia menunjukkan sikap menongkah arus. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menarik minat ibu bapa datang ke sekolah namun usaha itu masih belum sampai ke tahap yang diinginkan. Sebenarnya ibu bapa dan guru perlu mempunyai hubungan yang baik dan erat. Lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini yang memaparkan pelbagai karenah negatif yang membabitkan kanak-kanak dan remaja. Ini adalah kerana statistik salah laku yang dipaparkan oleh pihak media dewasa kini semakin menakutkan hari demi hari. Di antara perkara yang boleh dilihat ialah, sebenarnya peranan ibu bapa dalam mendidik adalah bermula dari rumah lagi. Pembentukan anak-anak adalah dari peringkat awal. Untuk mengulas dengan lebih lanjut tentang hal ini, menurut Rousseau, (1762) dalam Hasan Langgulung, (1979:16) seorang ahli falsafah Perancis yang ideanya sendiri banyak dipengaruhi oleh pemikir-pemikir Islam berpendapat, masa kanak-kanak di kalangan manusia adalah lebih panjang jika dibandingkan dengan makhluk lain seperti haiwan. Rousseau selanjutnya menjelaskan bagaimana kanak-kanak memerlukan perlindungan. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan persekitaran yang sihat dan dapat mengembangkan potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut. Pendedahan kepada persekitaran yang sesuai akan mengajar mereka menjalani kehidupan dengan sempurna. Kanak-kanak tidak harus ditinggalkan sendirian dan dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang membawa kepada kejahatan dan kejahilan.

6.

Kerangka Penyelesaian

Bentuk Penglibatan Strategi

Sokongan Ibu bapa

Hubungan dengan sekolah Unsur Keagamaan Pemantauan Berterusan

Kecemerlangan Akademik

7.

Kesimpulan

Ibu bapa merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak. Masa berkualiti yang diluangkan oleh ibu bapa untuk anak-anak sangat penting kerana ia dapat membantu para ibu bapa untuk melihat setiap gerakgeri anak mereka. Walaupun ibu bapa amat sibuk dalam urusan peribadi, tetapi mereka perlu meluangkan masa setiap hari untuk menyemak latihan anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu melakukan aktiviti bersama dengan anak anak mereka. Contohnya mereka boleh makan bersama, menonton televisyen bersama serta melakukan senaman bersama. Ini akan merapatkan hubungan kekeluargaan di antara ibu bapa dengan anak. Sebagai contoh, pada tahun 2003 Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga. Ibu bapa juga sentiasa perlu memberi nasihat dan dorongan untuk anak-anak. Setengah ibu bapa selalu menengking anakanak mereka di atas kesalahan yang dilakukan oleh anak mereka. Ini adalah perbuatan yang tidak baik dan ia akan menyebabkan rasa kebencian dalam kalangan anak-anak mereka. Setiap ibu bapa perlu memainkan peranan sebagai rakan dalam pergaulan, guru dalam bimbingan serta idola dalam kejayaan hidup. Ibu bapa juga perlu menghubungi guru anakanak mereka untuk mengetahui tahap akademik anak-anak mereka. Ini akan membantu mereka untuk mengetahui penglibatan anak mereka dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Jikalau terdapat sebarang aduan dari pihak sekolah, ibu bapa boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan serta merta. Akhir kata, setiap kejayaan anak terletak kepada pengorbanan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa yang menjadi pemangkin kepada kejayaan dalam mencorakkan masa depan dan keberhasilan kecemerlangan anak-anak mereka.

Rujukan

1. Zulkifli Abd.Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad &Ismi Arif Ismail. 2011. Hubungan antara penglibatan ibu bapa dan pencapaian akademik pelajar miskin di negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic education 3(2), 2011 31-40. 2. Abdul Razak Zakaria &Noraini Mohd Salleh. 2011. Konteks keluarga dan hubungannya dengan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah menengah. Jurnal pendidikan Malaysia,36(1)(2011):35-44.

3. Mohd Fami bin Mohd Sahid, Mohamed Sharif bin Mustaffa &Roslee bin Ahmad.2008. Penglibatan ibu bapa dalam membantu membuat kerja rumah (matematik) di kalangan pelajar tingkatan dua:satu tinjauan di sebuah sekolah menengah di daerah muar. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik 1112 Okt.2008.

4. Wan Zainura Bt Wan Yusof (2008). Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik Terhadap Tahap Pencapaian Akademik Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. 5. Kamarudin Hj. Husin Dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise. 6. Azizi Hj Yahaya dan Nalini a/p Madavan. 2006. Faktor-faktor lepak dan hubungan keibubapaan di kalangan pelajar remaja di sekolah menengah di empat buah negeri Skudai, Johor. UTM. 7. Rohaty Mohd Majzud. 2003. Pendidikan prasekolah:cabaran kualiti (syarahan perdana). Bangi. Penerbitan Malindo Sd. Bhd. 8. Balli,S., Wedman,J., & Demo,D. 1997. Family involvement with middle grade homework:effect of differential promting. The journal of Experimental research. 66/1.31-48.

Você também pode gostar