Você está na página 1de 19

HBSC2103 CHEMISTRY 1

HAZRAL GHAZALI 12345678

ANALISIS KUALITATIF GARAM


Untuk mengetahui atau mengenali sesuatu bahan (garam), Analisis Kualitatif Garam harus dijalankan. Analisis kualitatif garam ialah teknik kimia yang digunakan untuk menentukan kehadiran bahan tertentu dalam satu campuran. Ia juga digunakan untuk mengenal pasti kation dan anion yang hadir dalam satu garam melalui ujian kimia. Langkah-langkah yang harus dijalankan untuk menganalisis sesuatu bahan (garam) secara kualitatif adalah : Memerhati Sifat Fizik Garam - Keadaan fizik - Warna - Kelarutan dalam air

Uji gas yang dihasilkan

Kesan haba

Ujian Anion

Ujian Kation

Ujian pengesahan bagi kation

1.

Sifat Fizik garam Apabila sesuatu garam hendak dianalisis secara kualitatif, sifat fizik garam perlu diperiksa dengan teliti terlebih dahulu. Sifat fizik garam hanya digunakan sebagai petunjuk untuk membantu kita mengecamkan jenis bahan yang mungkin hadir tetapi ujian-ujian kimia harus dijalankan untuk mengesahkan identiti bahan itu. a) Keadaan fizik
1

HBSC2103 CHEMISTRY 1

HAZRAL GHAZALI 12345678

Keadaan fizik sesuatu bahan yang dikaji mungkin merupakan pepejal, cecair, gas, atau larutan akueus. i) ii) iii) b) Warna Warna bahan kimia memberikan satu petunjuk yang baik tentang kation atau anion atau sebatian yang mungkin hadir berdasarkan warna suatu pepejal atau larutan akueus. Deduksi tentang sebatian atau kation atau anion yang disyaki dapat dibuat. c) Kelarutan dalam air Kelarutan bahan kimia dalam air memberikan satu petunjuk yang baik tentang jenis bahan kimia itu. 2. Ujian Gas Dalam analisis kualitatif, ujian-ujian kimia tertentu yang dijalankan ke atas sesuatu bahan kimia seperti pemanasan garam atau tindak balas antara garam dengan reagen lain (asid atau alkali) mungkin membebaskan gas tertentu. Oleh yang demikian, gas yang terbebas itu harus dapat dikenal pasti melalui ujian pengesahan gas itu supaya inferens terhadap identiti bahan kimia yang diuji itu dapat dibuat. 3. Kesan Haba Kebanyakan pepejal garam terurai apabila dipanaskan. Garam karbonat, garam nitrat dan beberapa garam sulfat terurai apabila dipanaskan. Semasa suatu pepejal garam dipanaskan, perubahan yang mungkin berlaku termasuk perubahan warna, pembebasan wap air daripada garam terhidrat dan pembebasan gas tertentu. Gas-gas yang mungkin terbebas daripada penguraian garam ini termasuk karbin dioksida, oksigen, nitrogen dioksida, sulfur dioksida dan ammonia. Jenis gas yang terbebas serta rupa baki pemanasan dapat memberikan maklumat tentang identiti anion dan kation yang hadir. 4. Ujian Anion
2

Pepejal Sebatian ion Cecair / gas Sebatian kovalen Larutan akueus Garam terlarutkan

HBSC2103 CHEMISTRY 1

HAZRAL GHAZALI 12345678

Identiti anion dapat dikenal pasti melalui gas yang terbebas semasa pepejal garam dipanaskan. Namun, bukan semua pepejal garam dapat terurai apabila dipanaskan. Ujian-ujian kimia lain yang dinamakan ujian pengesahan anion perlu dijalankan untuk mengenal pasti anion dalam sesuatu garam. Anion-anion yang dikaji ialah ion karbonat, ion klorida, ion sulfat dan ion nitrat. Terlebih dahulu, bahan kimia yang hendak dikaji mesti dilarutkan dalam air untuk mendapatkan larutan akueus. Kemudian, ujian-ujian kimia untuk mengenal pasti anion-anion dijalankan ke atas larutan akueus itu. 5. Ujian Kation Kation-kation yang biasanya dikaji ialah ion natrium, ion kalsium, ion magnesium, ion aluminium, ion zink, ion plumbum(II), ion ferum(II), ion ferum(III), ion kuprum(II) dan ion ammonium. Larutan akueus yang mengandungi kation tersebut hanya dapat disediakan dengan : a) b) Melarutkan pepejal itu dalam air jika pepejal itu merupakan garam terlarutkan. Melarutkan pepejal itu dalam asid nitrik cair atau asid cair yang lain jika pepejal itu ialah oksida logam tak terlarutkan atau karbonat logam tak terlarutkan. Kemudian, ujian-ujian kimia untuk mengenal pasti kation dijalankan ke atas larutan akueus itu. Dua jenis reagen yang biasa digunakan untuk mengenal kation ialah larutan natrium hidroksida dan larutan ammonia akueus. Kedua-dua reagen ini mengandungi ion hidroksida, OH . 6. Ujian Pengesahan bagi Kation Ujian-ujian kimia dengan menggunakan anion-anion tertentu untuk mengesahkan kehadiran kation yang telah ditemui semasa ujian kation dijalankan.

UJIAN KE ATAS PLUMBUM NITRAT (


1. Sifat Fizik garam a) Keadaan fizik

Pb( NO 3 ) 2

Bahan dalam bentuk akueus bahan merupakan garam terlarutkan.


3

HBSC2103 CHEMISTRY 1 b)

HAZRAL GHAZALI 12345678 Maka berkemungkinan bahan merupakan Plumbum Nitrat.

Warna Bahan berwarna putih dalam keadaan pepejal dan tidak berwarna dalam keadaan larutan akueus. Jika anion tidak berwarna, maka berkemungkinan bahan merupakan garam plumbum. Jika kation tidak berwarna, maka berkemungkinan bahan merupakan garam nitrat.

c)

Kelarutan dalam air Apabila diuji dari segi kelarutan dalam air, bahan didapati larut dalam air. Diketahui bahawa semua Garam Natrium dan Garam Nitrat adalah larut dalam air. Oleh itu, bahan diandaikan merupakan Garam Natrium atau garam Nitrat.

2.

Ujian Gas Apabila ujian kimia dijalankan ke atas bahan ini : Gas perang yang dibebaskan mengubah kertas litmus biru lembap kepada merah menunjukkan bahan mengandungi gas Nitrogen dioksida ( NO 2 ) Apabila gas yang terbebas diuji dengan kayu uji berbara, didapati kayu uji berbara tersebut menyala menunjukkan gas Oksigen ( O 2 ) terdapat dalam bahan tersebut.

3.

Kesan Haba Apabila bahan dipanaskan didapati baki bahan yang terhasil kelihatan perang apabila panas dan kuning apabila sejuk. Inferens : bahan yang terhasil merupakan oksida logam iaitu Plumbum Oksida ( PbO ) Gas perang dan gas yang menyalakan kayu uji berbara juga dibebaskan. Inferens : gas perang yang terhasil merupakan gas nitrogen ( NO 2 ) dan gas yang menyalakan kayu uji berbara pula merupakan gas oksigen ( O 2 ). Plumbum Nitrat(p) Plumbum Oksida(p) + Gas Nitrogen(g) + Gas Oksigen(g)
2 Pb( NO3 ) 2 ( p ) 2 PbO( p ) + 4 NO 2 ( g ) + O2 ( g )

HBSC2103 CHEMISTRY 1

HAZRAL GHAZALI 12345678

4.

Ujian Anion Pengesahan ion nitrat ( NO3 Cincin Perang ) i) ii) iii) iv) Kira-kira 2cm larutan (plumbum nitrat) yang hendak diuji diisikan ke dalam sebuah tabung uji. Kira-kira 2cm asid sulfurik cair ditambah ke dalam tabung uji itu dan diikuti dengan 2cm larutan ferum (II) sulfat. Campuran digoncangkan. Tabung uji itu diapit dengan pemegang tabung uji. Beberapa titik asid sulfurik pekat dititiskan dengan cermat dan perlahan-lahan melalui dinding tabung uji yang dicondongkan tanpa menggoncangkan tabung uji itu. v) Pemerhatian : Satu cincin perang terbentuk di sempadan antara asid sulfurik pekat dengan larutan. vi) Penerangan : Ferum (II) sulfat menurunkan asid nitrik ( daripada tindak balas antara ion nitrat dengan asid sulfurik pekat ) kepada nitrogen monoksida. Kemudian, nitrogen monoksida berpadu dengan ferum (II) sulfat untuk menghasilkan sebatian FeSO4 NO yang berwarna perang ( cincin perang ). vii) Kesimpulan : Disahkan ion nitrat hadir dalam larutan (plumbum nitrat) yang diuji.

) dalam garam plumbum nitrat (dikenali sebagai ujian

5.

Ujian Kation i) ii) Kira-kira 2cm larutan (plumbum nitrat) yang hendak diuji diisikan ke dalam sebuah tabung uji. Larutan natrium hidroksida ditambahkan secara setitis demi setitis sambil digoncang sehingga mendakan direkodkan.

HBSC2103 CHEMISTRY 1 iii) iv) v)

HAZRAL GHAZALI 12345678

Kemudian, larutan natrium hidroksida ditambahkan lagi sehingga berlebihan (iaitu hampir memenuhi tabung uji). Campuran dikacau dengan sebatang rod kaca yang bersih. Pemerhatian : Satu cincin perang terbentuk di sempadan antara asid sulfurik pekat dengan larutan.

vi) vii)

Sama ada mendakan larut semua atau tidak diperhatikan. Pemerhatian : Penambahan larutan natrium hidroksida kepada larutan akueus ion plumbum(II) menghasilkan mendakan putih yang larut dalam larutan natrium hidroksida berlebihan untuk membentuk larutan tidak berwarna.

viii) ix)

Penerangan : Mendakan putih itu ialah plumbum(II) hidroksida. Kesimpulan : Disahkan ion plumbum(II) hadir dalam larutan (plumbum nitrat) yang diuji.

6.

Ujian Pengesahan bagi Kation Terdapat dua kaedah pengesahan kehadiran ion plumbum(II) iaitu : a) Dengan larutan ion klorida, Cl akueus i) ii) iii) 2cm larutan kalium klorida (atau sebarang larutan ion klorida) ditambah kepada 2cm larutan kation yang hendak diuji. Kandungan yang terhasil dicairkan dengan 5cm air suling dan dipanaskan sehingga tiada perubahan lagi. Kemudian, kandungan dibiarkan menyejuk di bawah air paip yang mengalir.

iv)

Pemerhatian : Mendakan putih terbentuk. Apabila dipanaskan, mendakan larut dalam air panas untuk menghasilkan larutan tidak berwarna. Apabila sejuk kepada suhu bilik, mendakan putih muncul semula.

v)

Penerangan : Mendakan putih plumbum(III) klorida terbentuk melalui persamaan ion berikut :
6

HBSC2103 CHEMISTRY 1
Pb 2+ (ak ) + 2Cl (ak ) PbCl 2 ( p )(mendakan)

HAZRAL GHAZALI 12345678

Mendakan putih ini larut dalam air panas tetapi tidak larut dalam air sejuk. vi) Kesimpulan : Mendakan putih ialah plumbum(II) klorida. Disahkan ion plumbum(II) hadir dalam larutan yang diuji. b) Dengan larutan ion iodida, I akueus. i) ii) iii) iv) 2cm larutan kalium iodida (atau sebarang larutan ion iodida) ditambah kepada 2cm larutan kation yang hendak diuji. Kandungan yang terhasil dicairkan dengan 5cm air suling dan dipanaskan sehingga tiada perubahan lagi. Kemudian, kandungan dibiarkan menyejuk di bawah air paip yang mengalir. Pemerhatian : Mendakan kuning terbentuk. Apabila dipanaskan, mendakan larut dalam air panas untuk menghasilkan larutan tidak berwarna. Apabila sejuk kepada suhu bilik, mendakan kuning keemasan muncul semula. v) Penerangan : Mendakan kuning plumbum(II) iodida terbentuk melalui persamaan ion berikut :
Pb 2+ ( ak ) + 2 I (ak ) PbI 2 ( p )

Mendakan kuning ini larut dalam air panas tetapi tidak larut dalam air sejuk. vi) Kesimpulan : Mendakan kuning ialah plumbum(II) iodida. Disahkan ion plumbum(II) hadir dalam larutan yang diuji. 7. Membuat Kesimpulan. Bahan yang diuji membebaskan gas nitrogen dioksida dan gas oksigen. Apabila dipanaskan, bahan menghasilkan plumbum oksida, gas nitrogen dan gas oksigen.
7

HBSC2103 CHEMISTRY 1

HAZRAL GHAZALI 12345678

Ujian anion mengesahkan kehadiran ion nitrat dalam bahan. Ujian kation mengesahkan kehadiran ion plumbum(II) dalam bahan. Dapat disimpulkan bahawa bahan merupakan plumbum nitrat ( Pb( NO3 ) 2 )

UJIAN KE ATAS PLUMBUM KARBONAT ( PbCO3 )


1. Sifat Fizik garam a) Keadaan fizik Bahan dalam bentuk pepejal bahan merupakan sebatian ion.. b) Maka berkemungkinan bahan merupakan Plumbum Karbonat.

Warna Bahan berwarna putih dalam keadaan pepejal dan tidak berwarna dalam keadaan larutan akueus.
8

HBSC2103 CHEMISTRY 1 c)

HAZRAL GHAZALI 12345678 Jika anion tidak berwarna, maka berkemungkinan bahan merupakan garam plumbum. Jika kation tidak berwarna, maka berkemungkinan bahan merupakan garam karbonat.

Kelarutan dalam air Apabila diuji dari segi kelarutan dalam air, bahan didapati tidak larut dalam air. Diketahui bahawa semua karbonat adalah tidak larut dalam air kecuali ammonium karbonat, natrium karbonat dan kalium karbonat.. Oleh itu, bahan diandaikan merupakan Garam Karbonat.

2.

Ujian Gas Apabila ujian kimia dijalankan ke atas bahan ini : Gas yang dibebaskan mengeruhkan air kapur menunjukkan bahan mengandungi gas Karbon dioksida ( CO 2 )

3.

Kesan Haba Apabila bahan dipanaskan didapati baki bahan yang terhasil kelihatan perang apabila panas dan kuning apabila sejuk. Inferens : bahan yang terhasil merupakan oksida logam iaitu Plumbum Oksida ( PbO ) Gas yang mengeruhkan air kapur juga dibebaskan. Inferens : gas yang terhasil merupakan gas karbon dioksida ( CO 2 ).

Plumbum Karbonat(p) Plumbum Oksida(p) + Gas Karbon Dioksida(g)


PbCO3 ( p ) PbO( p ) + CO2 ( g )

4.

Ujian Anion Pengesahan ion karbonat ( CO3 i) ii) iii) iv)


2

) dalam garam plumbum karbonat

Kira-kira 2cm larutan akueus garam ( plumbum karbonat ) atau spatula pepejal garam ( plumbum karbonat ) diletakkan ke dalam sebuah tabung uji. Kira-kira 2cm asid sulfurik cair atau asid nitrik cair atau asid sulfurik cair ditambah kepada tabung uji itu.. Gas yang terbebas disalur dengan cepat ke dalam kira 2cm air kapur. Pemerhatian :
9

HBSC2103 CHEMISTRY 1

HAZRAL GHAZALI 12345678

Pembuakan berlaku dan gas yang mengeruhkan air kapur terbebas. v) Penerangan : Sebarang garam karbonat, sama ada dalam larutan akueus atau pepejal bertindakbalas dengan sebarang asid cair untuk membebaskan karbon dioksida. vi) Kesimpulan : Gas yang dibebaskan ialah karbon dioksida. Disahkan ion karbonat hadir dalam larutan (plumbum karbonat) yang diuji. 5. Ujian Kation i) ii) iii) iv) v) Kira-kira 2cm larutan (plumbum karbonat) yang hendak diuji diisikan ke dalam sebuah tabung uji. Larutan natrium hidroksida ditambahkan secara setitis demi setitis sambil digoncang sehingga mendakan direkodkan. Kemudian, larutan natrium hidroksida ditambahkan lagi sehingga berlebihan (iaitu hampir memenuhi tabung uji). Campuran dikacau dengan sebatang rod kaca yang bersih. Pemerhatian : Satu cincin perang terbentuk di sempadan antara asid sulfurik pekat dengan larutan. vi) vii) Sama ada mendakan larut semua atau tidak diperhatikan. Pemerhatian : Penambahan larutan natrium hidroksida kepada larutan akueus ion plumbum(II) menghasilkan mendakan putih yang larut dalam larutan natrium hidroksida berlebihan untuk membentuk larutan tidak berwarna. viii) ix) Penerangan : Mendakan putih itu ialah plumbum(II) hidroksida. Kesimpulan : Disahkan ion plumbum(II) hadir dalam larutan (plumbum nitrat) yang diuji. 6. Ujian Pengesahan bagi Kation Terdapat dua kaedah pengesahan kehadiran ion plumbum(II) iaitu : a) Dengan larutan ion klorida, Cl akueus
10

HBSC2103 CHEMISTRY 1 i) ii) iii) iv)

HAZRAL GHAZALI 12345678 2cm larutan kalium klorida (atau sebarang larutan ion klorida) ditambah kepada 2cm larutan kation yang hendak diuji. Kandungan yang terhasil dicairkan dengan 5cm air suling dan dipanaskan sehingga tiada perubahan lagi. Kemudian, kandungan dibiarkan menyejuk di bawah air paip yang mengalir. Pemerhatian : Mendakan putih terbentuk. Apabila dipanaskan, mendakan larut dalam air panas untuk menghasilkan larutan tidak berwarna. Apabila sejuk kepada suhu bilik, mendakan putih muncul semula.

v)

Penerangan : Mendakan putih plumbum(III) klorida terbentuk melalui persamaan ion berikut :
Pb 2+ (ak ) + 2Cl (ak ) PbCl 2 ( p )(mendakan)

Mendakan putih ini larut dalam air panas tetapi tidak larut dalam air sejuk. vi) Kesimpulan : Mendakan putih ialah plumbum(II) klorida. Disahkan ion plumbum(II) hadir dalam larutan yang diuji. b) Dengan larutan ion iodida, I akueus. i) ii) iii) iv) 2cm larutan kalium iodida (atau sebarang larutan ion iodida) ditambah kepada 2cm larutan kation yang hendak diuji. Kandungan yang terhasil dicairkan dengan 5cm air suling dan dipanaskan sehingga tiada perubahan lagi. Kemudian, kandungan dibiarkan menyejuk di bawah air paip yang mengalir. Pemerhatian : Mendakan kuning terbentuk. Apabila dipanaskan, mendakan larut dalam air panas untuk menghasilkan larutan tidak berwarna. Apabila sejuk kepada suhu bilik, mendakan kuning keemasan muncul semula. v) Penerangan :

11

HBSC2103 CHEMISTRY 1

HAZRAL GHAZALI 12345678 Mendakan kuning plumbum(II) iodida terbentuk melalui persamaan ion berikut :
Pb 2+ (ak ) + 2 I (ak ) PbI 2 ( p )

Mendakan kuning ini larut dalam air panas tetapi tidak larut dalam air sejuk. vi) Kesimpulan : Mendakan kuning ialah plumbum(II) iodida. Disahkan ion plumbum(II) hadir dalam larutan yang diuji. 7. Membuat Kesimpulan. Bahan yang diuji membebaskan gas karbon dioksida. Apabila dipanaskan, bahan menghasilkan plumbum oksida dan gas karbon dioksida.. Ujian anion mengesahkan kehadiran ion karbonat dalam bahan. Ujian kation mengesahkan kehadiran ion plumbum(II) dalam bahan. Dapat disimpulkan bahawa bahan merupakan plumbum karbonat ( PbCO3 ).

UJIAN KE ATAS KALIUM NITRAT ( KNO3 )


1. Sifat Fizik garam a) Keadaan fizik Bahan dalam bentuk larutan akueus bahan merupakan garam terlarutkan. Maka berkemungkinan bahan merupakan Kalium Karbonat kerana diketahui bahawa semua garam kalium dan garam nitrat adalah garam terlarutkan. b) Warna Bahan berwarna putih dalam keadaan pepejal dan tidak berwarna dalam keadaan larutan akueus. Jika anion tidak berwarna, maka disyaki bahan merupakan garam kalium.
12

HBSC2103 CHEMISTRY 1 c)

HAZRAL GHAZALI 12345678 Jika kation tidak berwarna, maka disyaki bahan merupakan garam nitrat..

Kelarutan dalam air Apabila diuji dari segi kelarutan dalam air, bahan didapati larut dalam air. Diketahui bahawa semua Garam kalium dan Garam Nitrat adalah larut dalam air. Oleh itu, bahan diandaikan merupakan Garam Kalium atau garam Nitrat.

2.

Ujian Gas Apabila ujian kimia dijalankan ke atas bahan ini : Gas perang yang dibebaskan mengubah kertas litmus biru lembap kepada merah menunjukkan bahan mengandungi gas Nitrogen dioksida ( NO 2 ) Apabila gas yang terbebas diuji dengan kayu uji berbara, didapati kayu uji berbara tersebut menyala menunjukkan gas Oksigen ( O 2 ) terdapat dalam bahan tersebut.

3.

Kesan Haba Apabila bahan dipanaskan didapati baki bahan yang terhasil kelihatan kuning muda apabila panas dan sejuk. Inferens : bahan yang terhasil merupakan logam nitrit iaitu Kalium nitrit (
KNO 2 )

Gas yang menyalakan kayu uji berbara juga dibebaskan. Inferens : gas yang menyalakan kayu uji berbara merupakan gas oksigen ( O 2 ). Kalium Nitrat(p) Kalium nitrit(p) + Gas Oksigen(g)
2 KNO3 ( p ) 2 KNO 2 ( p ) + O2 ( g )

4.

Ujian Anion Pengesahan ion nitrat ( NO3 Cincin Perang ) i) ii) Kira-kira 2cm larutan (kalium nitrat) yang hendak diuji diisikan ke dalam sebuah tabung uji. Kira-kira 2cm asid sulfurik cair ditambah ke dalam tabung uji itu dan diikuti dengan 2cm larutan ferum (II) sulfat. Campuran digoncangkan.
13

) dalam garam kalium nitrat (dikenali sebagai ujian

HBSC2103 CHEMISTRY 1 iii) iv) Tabung uji itu diapit dengan pemegang tabung uji.

HAZRAL GHAZALI 12345678

Beberapa titik asid sulfurik pekat dititiskan dengan cermat dan perlahan-lahan melalui dinding tabung uji yang dicondongkan tanpa menggoncangkan tabung uji itu.

v)

Pemerhatian : Satu cincin perang terbentuk di sempadan antara asid sulfurik pekat dengan larutan.

vi)

Penerangan : Ferum (II) sulfat menurunkan asid nitrik ( daripada tindak balas antara ion nitrat dengan asid sulfurik pekat ) kepada nitrogen monoksida. Kemudian, nitrogen monoksida berpadu dengan ferum (II) sulfat untuk menghasilkan sebatian FeSO4 NO yang berwarna perang ( cincin perang ).

vii)

Kesimpulan : Disahkan ion nitrat hadir dalam larutan (plumbum nitrat) yang diuji.

5.

Ujian Kation Tiada ujian kation ke atas ion kalium.

6.

Membuat Kesimpulan. Ujian gas menunjukkan bahan membebaskan gas nitrogen dioksida dan oksigen. Apabila dipanaskan, bahan terurai dan menghasilkan logam nitrit iaitu kalium nitrit dan gas oksigen. Ujian anion mengesahkan kehadiran ion nitrat dalam bahan. Dapat disimpulkan bahawa bahan merupakan Kalium nitrit ( KNO 3 ).

14

HBSC2103 CHEMISTRY 1

HAZRAL GHAZALI 12345678

UJIAN KE ATAS KALIUM KARBONAT ( K 2 CO3 )


1. Sifat Fizik garam a) Keadaan fizik Bahan dalam bentuk larutan akueus bahan merupakan garam terlarutkan. b) Maka berkemungkinan bahan merupakan Kalium Karbonat.

Warna Bahan berwarna putih dalam keadaan pepejal dan tidak berwarna dalam keadaan larutan akueus. Jika anion tidak berwarna, maka disyaki bahan merupakan garam kalium. Jika kation tidak berwarna, maka disyaki bahan merupakan garam karbonat.

c)

Kelarutan dalam air

15

HBSC2103 CHEMISTRY 1

HAZRAL GHAZALI 12345678

Apabila diuji dari segi kelarutan dalam air, bahan didapati larut dalam air. Diketahui bahawa semua Garam kalium dan Garam Nitrat adalah larut dalam air. Manakala semua garam karbonat tidak larut dalam air kecuali Kalium Karbonat. Oleh itu, bahan diandaikan merupakan Garam Kalium atau garam Nitrat atau Kalium Karbonat. 2. Ujian Gas Apabila ujian kimia dijalankan ke atas bahan ini : Gas yang dibebaskan mengeruhkan air kapur menunjukkan bahan mengandungi gas Karbon dioksida ( CO 2 ) Apabila gas yang terbebas diuji dengan kayu uji berbara, didapati kayu uji berbara tersebut menyala menunjukkan gas Oksigen ( O 2 ) terdapat dalam bahan tersebut. 3. Kesan Haba Apabila bahan dipanaskan didapati tiada perubahan yang berlaku ke atas bahan tersebut. Adalah diketahui bahawa semua karbonat logam kecuali Natrium Karbonat dan Kalium Karbonat terurai oleh haba untuk menghasilkan oksida logam dan karbon dioksida. Inferens : bahan diandaikan merupakan Kalium Karbonat kerana tidak terurai oleh haba. 4. Ujian Anion Pengesahan ion karbonat ( CO3 vii) viii) ix) x) xi)
2

) dalam garam kalium karbonat

Kira-kira 2cm larutan akueus garam ( kalium karbonat ) atau spatula pepejal garam ( kalium karbonat ) diletakkan ke dalam sebuah tabung uji. Kira-kira 2cm asid sulfurik cair atau asid nitrik cair atau asid sulfurik cair ditambah kepada tabung uji itu.. Gas yang terbebas disalur dengan cepat ke dalam kira 2cm air kapur. Pemerhatian : Pembuakan berlaku dan gas yang mengeruhkan air kapur terbebas. Penerangan :
16

HBSC2103 CHEMISTRY 1

HAZRAL GHAZALI 12345678

Sebarang garam karbonat, sama ada dalam larutan akueus atau pepejal bertindakbalas dengan sebarang asid cair untuk membebaskan karbon dioksida. xii) Kesimpulan : Gas yang dibebaskan ialah karbon dioksida. Disahkan ion karbonat hadir dalam larutan (kalium karbonat) yang diuji. 5. Ujian Kation Tiada ujian kation ke atas ion kalium. 6. Membuat Kesimpulan. Ujian gas menunjukkan bahan membebaskan gas karbon dioksida dan oksigen. Apabila dipanaskan, bahan tidak terurai. Ini menunjukkan bahawa bahan merupakan garam kalium. Ujian anion mengesahkan kehadiran ion karbonat dalam bahan. Dapat disimpulkan bahawa bahan merupakan Kalium karbonat ( K 2 CO3 ).

PENYEDIAAN GARAM PLUMBUM KARBONAT ( PbCO3 ) Plumbum Karbonat merupakan garam tak terlarutkan. Garam tak terlarutkan ialah sebatian ion yang terdiri daripada ion logam (kation) dan ion bukan logam (anion) tertentu. Garam tak terlarutkan dapat disediakan dengan kaedah pemendakan melalui tindak balas penguraian ganda dua. Dalam proses pemendakan, dua larutan akueus yang berbeza dicampurkan. Larutan akueus pertama mengandungi ion logam (kation) bagi garam yang hendak disediakan, manakala larutan akueus kedua mengandungi ion bukan logam (anion) bagi garam yang hendak disediakan. Larutan akueus yang mengandungi ion logam (kation) (bahan terlarutkan) Larutan akueus yang mengandungi ion bukan logam (anion) (bahan terlarutkan)

Mendakan (Garam tak terlarutkan)

Larutan (bahan terlarutkan)

17

HBSC2103 CHEMISTRY 1 Langkah-langkah Penyediaan Plumbum Karbonat ( PbCO3 ) 1. 2.

HAZRAL GHAZALI 12345678

50 cm larutan plumbum(II) nitrat 1 mol dm ditambahkan kepada 50 cm larutan kalium karbonat 1 mol dm dalam sebuah bikar. Campuran itu dikacau dengan rod kaca.

3. 4. 5.

Satu mendakan kuning plumbum(II) karbonat terbentuk dengan serta-merta. Campuran itu kemudian dituraskan. Pepejal kuning plumbum(II) karbonat diperoleh sebagai baki turasan.

6.

Baki turasan dibasuh dengan air suling berlebihan untuk menyingkirkan benda asing seperti hasil kalium nitrat yang terlekat padanya.

7.

Garam plumbum(II) karbonat ini kemudian ditekan perlahan-lahan di antara dua keping kertas turas supaya kertas turas dapat menyerap seberapa banyak air daripada garam.

8.

Kemudian, pepejal kuning plumbum(II) karbonat dibiarkan kering di atas kertas turas baru di dalam alat pengering. Perbincangan : Persamaan kimia bagi penyediaan plumbum(II) karbonat di atas ialah :
Pb( NO3 ) 2 ( ak ) + K 2 CO3 ( ak ) PbCO3 ( p ) + 2 KNO3

18

HBSC2103 CHEMISTRY 1

HAZRAL GHAZALI 12345678

3264 Patah Perkataan

BIBLIOGRAFI
Hong, E.N., Wah, L.E. & Ching, L.Y. (2004). Fokus e-masteri SPM kimia. Bangi : Pelangi Multimedia Sdn. Bhd Chau Kok Yew. (2010). Bilingual express chemistry form 4. Bangi : Pelangi Multimedia Sdn. Bhd Kaedah Penyediaan Garam Tak Terlarutkan retrieved from http://amplicast.tripod.com/frame/bab7.4.pdf Garam retrieved from http://i-colour.com.my/heraldprinter/Herald%20Printers_Buku%20Teks%20Kimia %20Tg4/BAB%208%20pg137-150.pdf

19

Você também pode gostar