Você está na página 1de 2

Anak Kurang Selera Makan?

Bayi atau kanak-kanak yang kurang nafsu selera makan mungkin disebabkan beberapa
faktor seperti faktor psikologi, fizikal atau pun pola pemakanan yang tidak betul.

Faktor Psikologi Bayi sering kecewa dan menangis mungkin kerana susu ibu yang diberikan tidak dapat memumaskan rasa lapar dan dahaga. Anak sering tertekan kerana merasa dipaksa untuk menghabiskan makanan dalam jumlah tertentu yang tidak sesuai dengan kapasiti perut anak. Kanak-kanak tidak berselera dan bosan kerana menu makanan yang sama setiap hari. Anak sering dibiarkan makan sendiri kerana tidak pernah diajak makan bersamasama dengan ayah ibunya atau ahli keluarga yang lain. Susu formula yang diberikan tidak disukai oleh anak, mungkin kerana berbau atau rasanya kurang menarik minat si anak. Dos susu formula yang diberikan terlalu banyak sehingga anak sudah merasa kenyang dulu sebelum memakan makanan lain. Anak dibiasakan makan lambat. Anak terlalu banyak diberikan minuman yang manis-manis.

Faktor Fizikal

Biasanya nafsu makan yang menurun disebabkan anak menderita sesuatu penyakit, seperti gangguan pada pencernaan, diarhea, batuk dan selsema, terdapat luka pada mulut atau bibirnya, terlalu demand dan sebagainya. Apabila anak sudah sembuh dari sakit, maka selera makannya akan kembali semula.

Pola makan Pemberian makanan pengganti ASI terlalu cepat atau lebih awal, sehingga selera anak untuk minum susu ibu berkurangan. Demikian pula sebaliknya, pemberian makanan pendamping ASI yang terlambat, menyebabkan bayi sukar menerima bahkan menolak sama sekali makanan yang diberikan. Jenis dan bentuk makanan yang disajikan kurang sesuai dengan umur dan perkembangan kanak-kanak. Waktu makan atau minum yang sering terlambat diberikan, sehingga bayi sering dibiarkan dalam keadaan lapar atau haus. Mungkin jenis dan makanan yang disajikan kurang menarik

Mungkin dari faktor-faktor awal menyebabkan masalah-masalah ini berlaku. Mungkin dengan sedikit usaha dapat membantu selera makan mereka. Ini kerana, peringkat tumbesaran anak-anak pada usia 1-6 tahun sangat krikital dan penting. Masa depan mereka terletak di tangan kita kerana mereka terlalu mentah untuk membuat keputusan sendiri. Kitalah yang membentuk mereka dari segi sikap, pemikiran, tingkah laku dan tabiat, malah dari segi fizikal juga.

Você também pode gostar