Você está na página 1de 8

Berdasarkan daripada rajah 1 dan rajah 2 berkaitan kronologi Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik, saya dapati sumber rujukan

yang saya peroleh memaparkan perkembangan ilmu linguistik yang agak berbeza. Di mana di dalam buku Rencana Linguistik oleh Abdullah Hassan tidak menyentuh mengenai zaman Iskandariah. Tetapi di dalam modul PGSR Pengantar Linguistik, ia telah menggariskan sembilan perkembangan zaman ilmu linguistik. Perkembangan bidang linguistik yang pertama bermula pada zaman Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Orang-orang Yunani ialah manusia yang pertama dalam sejarah Eropah yang mempunyai catatan-catatan tentang kegiatan dan minat mereka terhadap bahasa. Mereka telah mengkaji bahasa sejak kirakira tahun 500 SM. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Orang Yunanilah yang mula-mula mengatakan bahasa ialah satu alat perhubungan yang sistematik. Bagi mereka, bahasa itu ialah sesuatu yang melambangkan tamadun yang tinggi dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian alam. Oleh sebab seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum Masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Antara perkara yang disentuh oleh mereka ialah hal-hal mengenai asal-usul perkataan, keterangan-keterangan mengenai gejala bahasa dan huraian-huraian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang berlandaskan kepada bahasa bertulis. Dalam pengkajian tentang bunyi, orangorang Yunani tidak menggunakan mana-mana dialek yang dituturkan. Namun, selain tentang asal-usul perkataan, antara aspek yang dibincangkan dengan hebatnya pada ketika itu ialah konsep semula jadi dan kebiasaan terhadap gejala bahasa dan hubungan antara perkataan dengan makna. Pada zaman Yunani, tokoh-tokoh seperti Plato, Aristotle, Trax dan lain-lain merupakan sarjana linguistik yang terkenal. Sarjana linguistik Yunani pada masa ini cenderung mengkaji apa yang kita anggap sebagai etimologi; iaitu pengkajian tentang bagaimana katakata terbentuk. Perbincangan etimologi ini menyentuh perihal : persoalan pembentukan kata adalah berlaku secara semula jadi atau dibentuk oleh manusia melalui kebudayaan. Di sebabkan persoalan ini, wujudnya dua puak yang menyokong ideologi berlainan iaitu puak naturalis dan puak konvensional, Puak naturalis mendukung firasat bahawa perkataan terbentuk daripada kebiasaan atau realiti benda. Pernyataan ini didukung oleh makna naturalisme yang saya petik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 1073 di mana ia menerangkan bahawa naturalisme adalah aliran atau pandangan dalam seni atau

sastera yang berusaha untuk menggambarkan manusia atau objek dalam keadaan atau sifat yang sebenarnya. Manakala, puak konvensional pula adalah berdasarkan kebudayaan atau persetujuan masyarakat. Di dalam kamus Dewan, muka surat 820; perkataan konvensional adalah terbitan daripada kata konvensi. Konvensi bermakna sesuatu seperti amalan, tingkah laku, atau ciri-ciri yang sudah diiktiraf, diterima dan diamalkan secara meluas serta berterusan. Ketidaksamaan pendapat ini telah mewujudkan dua golongan sarjana iaitu sarjana analogi yang menyokong epistemologi konvensional dan sarjana anomali yang mendukung filasat puak neutralisme. Menurut O.Jespersen di dalam buku Linguistik Am oleh Abdullah Hassan, sekiranya bahasa itu satu unsur semula jadi, maka kita hendaklah menerima bahasa itu sebagaimana bahasa itu terbentuk. Tetapi sekiranya bahasa itu terbentuk menurut kebiasaan, maka bolehlah kita memperbaikinya apabila terdapat kekurangan. Pendapat O.Jespersen ini timbul daripada hasil penyelidikan ahli falsafah zaman Yunani yang terkenal iaitu Plato. Plato merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan ini disalurkan melalui karyanya yang berbentuk dialog iaitu CRATYLUS. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi antara sarjana analogi dan sarjana anomalis. Dialog ini mencetuskan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensional, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat yang telah menjadi kebiasaan. Beliau juga telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang membentuk pemikiran lengkap , iaitu logos. Logos terbahagi kepada dua iaitu onoma dan rhema. Dalam karya Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) Pelita Bahasa Melayu 1 (1974), beliau juga membahagikan ayat kepada benda (onoma) dan cerita (rhema). Selain itu, Plato juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Beliau telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Plato (427 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis dan naturalis yang disebut PHUSEI yang mempercayai bahawa bahasa berada di luar pengaruh manusia, iaitu ciptaan Tuhan, bersifat semula jadi (alamiah), natural (nalar) dan logik (logis) dengan kumpulan anomalis atau Konvensenis yang disebut THESEI pula berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa bukan natural (nalar) sepenuhnya tetapi

wujud secara konvensyen. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang logos (ayat) yang berupa rentetan kata yang membezakan antara onoma (kata nama) dengan Rhema (kata kerja). Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Bagi Plato kesimbolikan memang wujud. Contoh yang diberi ialah bunyi [ r ] menunjukkan gerak, manakala bunyi [ l ] menunjukkan kehalusan dan kelancaran. Pada zaman Aristotle (murid Plato) tahun 384 322 sebelum masihi, Aristotle telah memperkenalkan penggunaan kata hubung dalam tatabahasa. Beliau juga merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kata atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa. Dionysius Thrax- salah seorang sarjana Yunani selepas Plato telah mengetengahkan kaajian berdasarkan bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh pemuisi Homer dalam puisinya. Beliau telah menghasilkan buku tatabahasa yunani iaitu Techne Grammatike. Beliau telah menggolongkan kata kerja kepada lapan, iaitu kata nama, kata ganti nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverb, kata sendi, kata partikel dan kata seru. Buku ini menjadi asas penulisan buku-buku tatabahasa bahasa Eropah pada hari ini. Secara umumnya, dapat saya nyatakan di sini bahawa pada zaman Yunani kajian mengenai bahasa lebih fokus kepada tatabahasa. Sekarang kita akan membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Iskandariah. Zaman Iskandariah bermula pada abad ketiga tahun Masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, yakni pertuturan. Sarjana linguistik zaman Iskandariah turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverba, kata partikel, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Seterusnya, beralih kepada perkembangan ilmu linguistik fasa ketiga pada zaman Romani. Setelah keruntuhan kegemilangan Yunani, Rom telah mengambil alih bidang bahasa

dan menjadi pusat kajian bahasa. Pada zaman ini, berkembang pula kebudayaan Yunani yang disebut Hellenisme. Pengaruh Hellenisme berkembang di daerah Alexandria sebagai pusat pengetahuan dan ajaran kaum Stoik. Sumbangan kaum Stoik terhadap linguistik bahasa antara lain ialah : Membuat perbezaan antara bentuk dan makna Membuat sumbangan terhadap nahu tradisi dan membuat garis-garis kasar dalam tatabahasa tradisi Membuat pembahagian kepada lima golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata penghubung dan artikel(kata nama khas dan ganti nama) Memperkenalkan klasifikasi unsur-unsur fleksi (girl: girls) Memperkenalkan kategori kasus (keadaan yang sebenarnya atau khusus) dalam bahasa Secara umumnya, kita dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik Zaman Yunani. Kelebihan pada zaman ini ialah pelopor sejarah perkembangan kajian ilmu linguistik menganggap bahasa ialah lambang ketinggian tamadun dan dikaji untuk menerangkan segala kejadian alam. Manakala kekurangan pada zaman ini ialah masyarakat Rom menganggap bahasa Yunani itu adalah termulia dan semula jadi, jadi harus dipatuhi oleh setiap penuturnya jika inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka. Akibatnya bahasa itu dianggap tetap, tidak boleh berubah dan tidak perlu diperbaiki. Setelah runtuhnya kegemilangan Yunani, pusat pengkajian berpindah ke Romawi. Sarjana bahasa Romawi tidak banyak menghasilkan karya asli terutama dalam perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Namun demikian, mereka juga ada membuat sumbangan besar kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. Sumbangan mereka terdiri daripada usaha menyadur teori-teori bahasa Yunani dan disesuaikan kepada bahasa Latin yang agak lengkap oleh ahli-ahli ilmu bahasa seperti Varro, Priscian dan lain-lain lagi. Karya inilah yang dikatakan hasil mereka yang agung iaitu dengan menyusun nahu Latin berdasarkan nahu Yunani. Antara ahli bahasa Romawi yang terkenal ialah Varro, dan Priscian. Pada zaman Romawi ini, perhatian terhadap bahasa Romawi sangat besar seiring dengan kebesaran kekuasaan Romawi di Eropah. Bahkan penguasaan bahasa Romawi dengan baik merupakan salah satu ciri keintelektualan seseorang pada saat itu. Tokoh Romawi yang membahas linguistik bahasa Latin adalah Terrentius Varro (116-27 SM). M.

Terrentius.Varro hidup sezaman dengan Thrax M. Beliau dianggap sebagai ahli tatabahasa Romawi paling tulen dalam bahasa Latin dalam kalangan sarjana bahasa walaupun cara penghuraiannya pernah dikritik sebagai tidak menarik. Beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul De Lingua Latina yang terdiri dari 25 jilid. Dalam buku tersebut Varro telah merumuskan : Bahasa itu seragam secara semula jadi. Bentuk fleksi dan terbitan mempengaruhi bunyi dan makna. Penggunaan kategori morfologi, sintaksis dan etimologi

Selain itu, ahli linguis Romawi yang lain juga terkenal ialah Priscian yang bermastautin di Romawi Timur, iaitu Istanbul. Melalui buku tatabahasa karyanya yang bertajuk Institutiones Grammatikae, dan tebalnya adalah 1000 halaman dan mengandungi 18 jilid. Buku ini lengkap membincangkan pembentukan kata dan ayat. Daripada segi linguistik moden, memang dapat dikatakan kaedah yang digunakannya tidak konsisten kriteria formal atau bentuk kata dan kadang-kadang semantik atau makna. Namun tatabahasa yang beliau hasilkan masih dijadikan asas tatabahasa Latin hingga ke hari ini. Hasil kajian yang dibuat oleh Prisian tentang aspekaspek tertentu bahasa Latin dianggap lebih sistematis berbanding dengan kajian yang dibuat oleh Thrax. Walau bagaimanapun, dari segi penggolongan kata yang dibuat oleh beliau adalah sama dengan Thrax kerana masing-masing telah menggolongkan perkataan kepada lapan jenis. Dalam bidang morfologi, Priscian telah membincangkan perihal pembentukan kata sebagai gabungan yang mengandungi imbuhan dan sebagainya. Kelebihan yang dapat dilihat pada zaman ini ialah kajian tatabahasa dalam bahasa Latin digiatkan dan karya yang dihasilkan menjadi pegangan asas penulisan tatabahasa Latin hingga ke hari ini. Aspek kelemahan pula hanya menyambung sahaja usaha Yunani sebelumnya seperti mengubahsuai dan membuat pengertian semula khususnya dalam konteks istilah falsafah. Cara penghuraian tokohnya pernah dikritik sebagai tidak menarik (Varro) dan penghuraian Priscian dikatakan tidak konsisten, kriterianya bercampur aduk di antara yang formal dengan yang bersifat semantik. Setelah zaman kesarjanaan Yunani, Iskandariah dan Romani berakhir, usaha mengkaji bahasa pada akhir zaman pertengahan dan zaman peralihan telah diteruskan. Akhir Zaman pertengahan dan zaman peralihan dikenali sebagai zaman Renaissance. Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai

pusat peradaban dunia pada suatu ketika dahulu. Zaman ini merupakan zaman kebangkitan atau pemulihan budaya masyarakat Eropah daripada kegelapan cengkaman autokratik gereja. Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasteraan. Bukan itu sahaja, pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Ini menyumbang kepada kegemilangan Itali menjadi pusat ilmu yang terkenal di Eropah pada abad ke 15. Hal ini terjadi apabila Kota Constantinople dikuasai oleh orang Islam telah jatuh ke tangan orang Barat pada tahun 1453. Keadaan ini telah menyebabkan ramai para ilmuwan Islam berhijrah ke pusat-pusat perdagangan di Baghdad. Ini menyebabkan Itali menjadi pusat intelektual terkenal di Eropah pada masa itu. Dalam masa yang sama, di mana Eropah sedang mengalami zaman kegelapan dan dalam proses peralihan, perkembangan linguistik zaman Arab berlaku di ibu wilayah empayar Islam yakni Baghdad. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Kebanyakan ahli falsafah yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Quran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Ini dibuktikan dengan deskripsi bunyi dan lambing Quran sejak 1400 tahun yang lalu tidak pernah berubah. Seorang sarjana bahasa leksikografi Arab al-Khalil telah menumpukan tenaga dan akal fikiran beliau mengkaji fonetik dan kata. Beliau mendeskripsikan bunyi-bunyi bahasa arab dengan memilih bunyi-bunyi konsonan sahaja. Bunyi-bunyi konsonan lebih konstan daripada bunyi vokal. Oleh itu, bunyi vokal akan berubah dan mempunyai variasi pengucapan.

Seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik semasa zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Hasil kajian daripada pendeta-pendeta India wajar disanjung. Salah seorang pendeta India- Panini, telah menulis buku tatabahasa Sanskrit bertajuk Astadhyayi (Delapan Kuliah) pada kurun keempat sebelum Masihi. Buku tatabahasa Sanskrit beliau ini berjumlah lebih kurang seribu makalah berkenaan tatabahasa Sanskrit. Pendeta-pendeta India mengumpul teks agama untuk dikaji dan di deskripsi secara terperinci. Ahli nahu India telah membezakan kata nama dan kata kerja tetapi menamakannya sebagai preposisi dan partikel. Seterusnya, beralih pula semasa zaman Linguistik Perbandingan. Zaman linguistik perbandingan dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Menurut kamus dewan Edisi Keempat, muka surat 69, antropologi adalah kajian saintifik tentang asal usul manusia baik dari aspek perkembangan fizikal dan budayanya, ciri-ciri ras dan adat resam serta kepercayaannya. Manakala, sosiologi membawa makna kajian tentang perkembangan, organisasi dan kehidupan manusia. Sarjana linguistik zaman perbandingan turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Sarjana linguistik komparatif membandingkan dua bahasa atau lebih daripada sudut bunyi, perkataan dan ayat iaitu dengan cara melihat persamaan dan perbezaan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Ini bermakna teori linguistik perbandingan tercipta untuk menentukan bahasa induk sesuatu rumpun bahasa. Bidang kajian ini telah dipelopori oleh Grimm dan Verner dengan hukum pergeseran bunyi untuk mencari induk bahasa-bahasa Eropah. Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpunrumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia . Bagi induk bahasa Eropah dapat kita ketahui melalui rumpun-rumpun bahasa di dunia. Justeru, rumpun-rumpun bahasa dunia digolongkan seperti yang demikian: Indo-Eropah, Semitik, Fino-Ugria, Bantu, Altaik, Sino-Tibet, Austronesia, Oceania dan lain-lain. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-H dan R-D-L. Akhir sekali ialah sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Kajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik

huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronik dan diakronik. Konsep sinkronik dan diakronik dibincangkan buat pertama kalinya oleh Ferdinand De

Saussure dalam bukunya Kursus Linguistik Am. Di dalam buku Rencana Linguistik, Sinkronik bermaksud satu kajian yang dilakukan terhadap bahasa pada satu masa dalam titik sejarah, dan menerangkan apa sahaja unsur yang wujud pada waktu itu dengan tidak dipengaruhi oleh bahasa tersebut dari segi sejarah. Manakala, diakronik adalah tinjauan sesuatu hal daripada sejarah perkembangannya. Pengasas bidang linguistic moden ini turut merumuskan bahasa dari segi unit linguistiknya terdiri daripada dua elemen iaitu signifier dan signified. Elemen pertama merujuk kepada apa yang diwakili oleh sesuatu objek itu (rujukan), manakala elemen kedua merujuk kepada objek yang diwakili itu sendiri (makna rujukan). Contohnya, perkataan [kucing] merujuk kepada gabungan huruf k,u,c,i,n,g sebagai signifier, manakala binatang berkaki empat yang bersifat manja, mempunyai misai, biasanya menjadi haiwan peliharaan di rumah.. bertindak sebagai signified. Ferdinand de Saussure turut memperkenalkan konsep langue dan parole. Langue ialah loghat. Parole pula ciri-ciri individu yang terkandung dalam pertuturan seseorang individu pada sesuatu masa. Langue mempunyai ciri-ciri umum yang terdapat pada sekumpulan parole. Ciri-ciri umum dari Langue pula terkandung dalam Langage iaitu bahasa. Tuntasnya, pengaruh Ferdinand De Saussure telah memulakan linguistik moden. Selain itu, terdapat seorang tokoh bahasa yang terkenal pada tahun 1930an, iaitu Bloomfield. Pada tahun 1933, Beliau telah menerbitkan buku yang berjudul Language. Beliau memegang firasat bahawa perlakuan bahasa adalah hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas. Ini menunjukkan paradigma beliau dipengaruhi oleh teori behaviorisms. Buku Language Bloomfield telah membincangkan kajian fonetik, morfologi, sintaksis, makna dan hubungan bahasa dengan kebudayaan. Satu penganalisisan ayat yang beliau kemukakan yang masih popular ialah konstituen terdekat. Buku ini telah menjadi sumber rujukan untuk kajian ilmu bahasa di IPTA, IPTS dan IPG.

Você também pode gostar