Você está na página 1de 13

TUGASAN INDIVIDU

TOPIC

ASSESMENT AND EVALUATION

KOD

ESB 4233 (30)

NAMA NO MATRIK PENSYARAH

: : :

NIK MOHD MAHIRAN BIN OMAR JB 1110799 TN HJ ABD RAZAK BIN KAPRAWI 10 OGOS 2013

TARIKH HANTAR :

SEKAPUR SIREH
BUAH PEDADA DALAM BALDI MASAK NASI HARI PETANG HIDUP KITA BIAR BEBUDI HINGGA MATI DI KENANG ORANG

SEKAPUR SIREH Aassalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Dengan rendah diri saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya maka dapat saya melakukan kata-kata pembuka bicara dalam soalan tugasan ini iaitu tugasan "Assesment And Evaluation" semester 7 ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pensyarah saya, Tuan Haji Abd Razak Bin Kaprawi yang telah memberi seliaan, bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan dengan penuh dedikasi sepanjang tugasan di jalankan. Sebagai seorang guru sepenuh masa, Pelajar Jarak Jauh Program Pengsiswazahan Guru, dan juga sebagai ketua keluarga, saya memikul tanggung jawab berganda dengan tabah dan merencanakan masa untuk melaksanakan tugas dengan faktor yang berbeda. Oleh itu saya sangat-sangat berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas "Bimbingan Dan Kaunseling " Unirazak atas

sokongan, keperihatinan, sumbangan ikhlas dan dorongan yang telah diberikan untuk menyempurnakan tugasan ini. Untuk keluarga tersayang, sanjungan tinggi ditujukan khususnya isteri saya, Hamisah Bt Tarmizi yang begitu perihatin dan bersemangat untuk berkorban, memandu dan membantu untuk menentukan keupayaan menangani pelbagai rintangan. Untuk anakanda Nik Fatihah Hannan Dan Nik Raudhah Farhanah juga diucapkan terima kasih atas inspirasi dan segala sokongan. Terima kasih.

Kod Minat Kerjaya Saya 1.0 Pengenalan Pentadbiran Kenali Kod Minat Kerjaya Saya telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga. Seramai tiga puluh orang murid secara sukarela telah melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Saya sendiri telah mengendalikan inventori ini kepada responden. Responden yang terdiri daripada murid tahun 6 Enam Bestari telah member kerjasama yang baik. Pemilihan pelajar ini adalah membolehkan saya memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Inventori Minat Belajar adalah inventori yang amat berguna dalam mengenal pasti kecenderungan minat pelajar. Ia dapat memberi maklumat yang betul dan tepat mengenai minat kerjaya murid. Ini memudahkan guru bimbingan untuk melaksanakan bimbingan kerjaya. Bagi murid pula, setelah mengetahui minat kerjaya mereka, mereka akan lebih memahami diri dan memberi tumpuan yang lebih bagi meneroka potensi yang ada pada diri mereka. Mereka cuba menyesuaikan diri dengan keadaan dan mengoptimumkan potensi yang ada. Ujian ini akan dapat membantu pelajar untuk memahami bagaimana dan kenapa mereka bertingkah laku dan berperasaan tertentu. Ini memudahkan pengubah suaian dan penambahbaikan dilakukan apabila di perlukan. Kesimpulan yang dapat dikatakan ujian ini dapat membantu di dalam mengoptimumkan di pelbagai bidang termasuk penyelesaian masalah, bimbingan dan kaunseling, kecerdasan pelbagai, komunikasi, perkembangan diri, dan gaya pembelajaran.

2.0 Data Responden Responden terdiri daripada murid murid tahun 6 Bestari Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga. Seramai 30 orang resonden telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang di jalankan. Jadual 1 menunjukkan taburan peratus mengikut gender.

Jadual 1 : Pembolehubah Pemboleh ubah gender lelaki perempuan Bangsa Melayu 30 100 15 15 50 50 kekerapan %

Data menunjukkan responden lelaki dan perempuan adalah (50%) Responden terdiri daripada murid-murid Melayu (100%)

Jadual 2 : Kod Minat Kerjaya Saya Ciri-ciri Persekitaran Kekerapan

Pilihan Pertama Persekitaran Realistik Persekitaran Investigatif Persekitaran Artistik Persekitaran Sosial Persekitaran Enterprising Persekitaran Konvensional C 2 A S E 18 11 3 R I 4 5

Pilihan Kedua 2 4

Pilihan ke Tiga 4 1

Jumlah keseluruhan 10 10

6 4 3

3 4 2

27 19 8

12

Keputusan Daripada ujian inventori yang telah dijalankan ke atas murid-murid tahun enam Bestari sekolah Kebangsaan Seri Kenanga, ciri-ciri persekitaran Artistik adalah yang paling tinggi sekali menjadi pilihan. Seramai 27 orang . Kebolehan mereka yang mempunyai ciri-ciri artistik ialah kegiatan-kegiatan yang bebas, tidak bersistem, yang memanipulasi bahan-bahan fizikal, bahasa atau kemanusiaan untuk mencipta bentuk-bentuk dan karya seni. Jenis pekerjaan bagi mereka ini ialah penyanyi, dramatis pelakon, penyanyi, arkitek, pengarang dan kartunis. Tempat yang selesa bagi golongan ini ialah studio, teater, galeri seni, pementasan. Persekitaran dan pendedahan murid-murid terhadap seni banyak mempengaruhi pilihan mereka ini. Majoriti dikalangan mereka tinggal di kawasan Bandar iaitu Tampoi dan sering terdedah dengan budaya hiburan.

Bagi pilihan kedua ialah persekitaran sosial. Ciri-cirinya ialah suka membantu kawan, idealistik, memberi kerjasama, murah hati, baik hati dan mempunyai ciri-ciri kemanusiaan. Pekerjaan yang sesuai untuk mereka ini ilah guru sekolah, kaunselor, ahli psikologi klinikal, pegawai kebajikan atau menjadi sukarelawan. Kebolehan dan kecekapan mereka ini ialah memanipulasi orang lain dengan tujuan untuk memberitahu, melatih, meyembuh atau memberi ilham. Persekitaran investigatif .menunjukkan seramai sepuluh orang murid yang telah membuat pilihan. Ciri personaliti investigatif ini ialah analitikal, kritikal, ingin tahu, teliti, rasional, bebas, introvert dan berhati-hati. Mereka mempunyai kecekapan dan kebolehan iaitu menjalankan kajian-kajian secara pemerhatian, bersistem dan kreatif dengan menggunakan kebolehan intelek bagi memahami sesuatu fenomena. Bentuk persekitaran yang sesuai ialah makmal-makmal, perpustakaan, pusat-pusat penyelidikan. Jenis pekerjaan yang sesuai ialah ahil falak, ahli kaji hayat, ahli kimia, ahli sains, ahli fizik, ahli geologi, penyunting, penyelidik, astronomi.

Ciri-ciri persekitaran realistik mempunyai ciri-ciri personaliti yang praktikal, kelelakian, berterus terang,tekun,materialistik,natural. Kecekapan dan kebolehan mereka dalam kegiatan yang melibatkan manipulasi objek, alat-alat, mesin-mesin dan haiwan secara bersistem dan kurang berinteraksi. Bentuk persekitaran pekerjaan yang sesuai adalah di stesen minyak, ladang-ladang, projek-projek pembinaan, bengkel-bengkel. Oleh itu jenis pekerjaan yang sesuai ialah mekanik kenderaan, kapal, kapal terbang, jurutera, juruelekterik, juruteknik, tukang kayu.

Ciri persekitaran enterprising juga kerap menjadi antara markah yang tinggi yang diperolehi responden. Ciri-ciri personaliti mereka ialah bersungguh-sungguh, cergas, suka rnenonjol diri, suka bercakap dan bersosial, bebas, bercita-cita tinggi. mempunyai keyakinan yang tinggi, melihat dan segi status, kepuasan, bcrtanggung dan memimpin diri dan membentuk kecekapan

Kecekapan dan kebolehan yang ada ialah mampu memanipulasi orang lain untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi. Bentuk persekitaran pekerjaan ialah di syarikat perniagaan, syarikat insuran, tempat menjual kereta . Jenis pekerjaannya pula ialah Pegawai penilai, Pengurus dan pegawai pemasaran. Kesimpulan Bagi murid-murid yang tinggal di kawasan bandar, ciri-ciri persekitaran artistik menjadi pilihan majoriti mereka. Ini memandangkan mereka sering terdedah dengan suasana yang memerlukan hiburan sebagai medan untuk melepaskan tekanan hidup. Johor Bahru juga menjadi tumpuan para artis dan penggiat seni saban hari. Ini memudahkan mereka mendapat pendedahan yang kerap.

Invetori Profil Asertif. 1.0 Pengenalan Ujian ini dijalankan terhadap diri saya sendiri. Ujian ini telah di bantu oleh sahabat karib saya iaitu En Nasharudin bin Tajudin. Beliau merupakan rakan setugas saya di Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga. Beliau telah membantu saya menyelia ujian ini dari awal hingga ke akhir. Kepercayaan yang diberikan kepada beliau telah membantu melicinkan lagi proses ujian ini. Saya telah memperuntukan selama 15 minit untuk melaksanakan ujian ini. Saya telah memilih ujian Arsetif ini kerana ianya dapat memberikan gambaran dan maklumat yang tepat tentang diri saya yang sebenar. Ujian ini juga membantu saya memahami bagaimana dan kenapa saya bertingkah laku dan berperasaan tertentu. Ini memudahkan pengubah suaian dan penambahbaikan tingkah laku apabila di perlukan. Ianya memberi petunjuk untuk memahami dan memudahkan perkembangan bakat dan kecekapan yang ada. Kesimpulan yang dapat di buat ialah ujian Arsetif Diri ini dapat membantu mengoptimumkan di pelbagai bidang termasuk penyelesaian masalah, bimbingan dan kaunseling, kecerdasan pelbagai, komunikasi , perkembangan diri dan gaya pembelajaran.

2.0 Data Responden Respondennya ialah saya sendiri. Saya berumur 38 tahun dan telah berkhidmat dalam bidang perguruan selama 15 tahun. Saya telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Seri kenanga Tampoi Johor Bahru selama 6 tahun dan ini merupakan sekolah yang ke 4.

Keputusan Daripada ujian inventori yang telah dijalankan, keputusannya ialah Asertif. Mengikut A.J Lange & P. Jakubowski Asertif ialah bertegas untuk hak peribadi dan menyatakan pendapat, persaan dan kepercayaan secara terus, jujur, dan sesuai tanpa mengancam hak orang lain. Kriteria utama bagi Asertif ialah : 1. Mempertahankan hak sendiri di samping menghormati hak orang lain. 2. Berhubung dan berinteraksi dengan yakin bersama orang lain. 3. Menyatakan perasaan secara jelas, telus dan jujur. 4. Menghormati hak dan perasaan orang lain. 5. Menyatakan Tidak bila anda tidak mahu melakukan sesuatu. 6. Ia merupakan komunikasi yang ikhlas. Mitosnya ialah : 1. Kita dipaksa supaya pasif sejak kanak-kanak lagi. 2. Kita takut untuk Arsertif implikasi di benci, sakitkan hati orang lain. 3. Kanak-kanak kena diam. 4. Di sekolah, pelajar kena patuh, tidak boleh persoal pengurusan 5. Banyak komplen tidak naik pangkat.

LEMBARAN

DEFINISI DAN SEJARAH KERJAYA Kerjaya adalah kerja berterusan /kesinambungan berkaitan dengan pengalaman dan sikap yang berlaku dalam kehidupan individu, menurut Hall (1976). Mohd Fadzil Che Din (2001) menegaskan bahawa kerjaya adalah kerja atau aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan-keprluan psikologi, ekonomikal dan sosiologi individu dan ini direalisasikan dengan bekerja hingga berjaya. Dalam pemilhan kerjaya pula, Ginzberg menyatakan tentang 3 teori yang menggerakkan seseorang kearah kerjaya yang menjadi pilihan sama ada kekal atau sementara dalam hidupnya. 1. Accidential theory- di mana individu secara tidak sengaja atau sengaja menceburi kerjaya tersebut akibat dari sesuatu peristiwa, desakan pengaruh atau kebetulan. 2. Impulse theory atas rasa hati atau emosi terhadap kerjaya yang di lihat, dibaca, di selidik atau di alami oleh individu lain yang signifikan dengannya. 3. Bimbingan vokasional hasil dari maklumat maklumat kerjaya dari bahanbahan sebaran, Baucer, handouts dan lain-lain atau kuanselor kuanseling kerjaya. Individu menilai pemilihan mereka dengan menimbang nilai-nilai, minat, pencapaian dn pengalaman serta secara luarannya mendapat perakuan dalam persekitaran pekerjaan. Bagi setiap individu proses membuat keputusan adalah kompleks dan unik, ianya bergantung kepada faktor-faktor kognitif dn stuktur sosial individu.(Mohamed Fadzil Che Din dan Rashidah Dato haji Omar, 2002).

BIBLIOGRAFI 1. Dunn, R.S. & Dunn, K.J (1978).Teaching Students Through Their Individual 2. Freud, S (1940) An Outline of Psychoanalysis . New York : Norton. 3. Holland, J.L(1985). Making Vocational Choices : A Theory Of Choices & Work Invorement .Prentice Hall Incc. 4. Mohd Hashim Othman (1993). Kekongruen Personaliti Individu Persekitaran 5. Teuku Iskandar (1991).Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Wan Zuraida Wan hamid .(2002). Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akad. 7. Steinberger, E.D. (1993. Improving Student Achievement. Virginia : American association Of School Administors. 8. Ruziah Ahmad(2000). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Pelajar tingkatan ^ Sains.Universiti Kebangsaan Malaysia : Tesis Sarjana Muda 9. Learning Style : Apractical Approach For Grades 3-6. Mass : Allyn & Bacon. 10. The Work Value zinventory. . Universitt Albeta : Tesis Ph.D 11. Education Psychology For Student, Teachers And Lectures. New York : John Wiley &Sons. 12. Honey dan Monford(1992). The Manual of Learning Styles Edisi ke 2.

Você também pode gostar