Você está na página 1de 1

Apa itu Rasuah?

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun. Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu: 1. Meminta/Menerima 2. Memberi 3. Mengemukakan rasuah [seksyen [seksyen palsu 16 & 17(b) [Seksyen 18 17(a) ASPRM 2009] 2009] 2009]

suapan tuntutan

ASPRM ASPRM

4. Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009] 5.


6. PENDAHULUAN 7. Rasuah adalah sinonim dengan hadiah. Bezanya, hadiah mungkin diberikan kepada seseorang atas rasa keikhlasan yang sebenarnya. Manakala rasuah dilihat sebagai ganjaran sesuatu ataupun mengharapkan ganjaran tertentu daripada sesuatu pemberian. Ada juga yang beranggapan rasuah ialah wang sogokan atau duit kopi. Ada juga rasuah yang berbentuk material atau lebih mudah disebut sebagai hadiah, tetapi hadiah yang bermaksud ada hasil pulangannya. 8. Etimologi perkataan rasuah berasal daripada bahasa Arab al-riswah. Istilah rasuah telah digunapakai dalam bahasa Melayu yang bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk iaitu menyogok, menyuap. Menurut undang-undang Malaysia yang terkandung dalam Seksyen 3(a), (b) dan 4(a)(b), Akta Pencegahan Rasuah 1961 (Pindaan 1971) telah mentafsirkan rasuah ialah; 9. menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakkan kepada seseorang untuk melakukansesuatu perbuatan atau untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan yang ada hubungan dengan prinsipalnya. 10. Manakala suapan pula, menurut Seksyen 2, Akta Pencegahan Rasuah 1997 ialah; 11. wang, derma, pinjaman, hadiah, cagaran beharga, harta 12. atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta sama 13. ada alih atau tidak alih atau apa-apa manfaat seumpamanya. 14. Secara keseluruhannya, rasuah boleh didefinisikan dengan pelbagai cara. Tetapi maksudnya tetap sama iaitu pemberian atau penerimaan sesuatu yang bertujuan melakukan perkara yang tidak digalakkan sama ada oleh undang-undang atau peraturan harian tertentu yang berkaitan dengan tugas. Amalan rasuah sebenarnya telah wujud sekian lama kerana ianya merupakan satu amalan yang universal. Menurut Syed Husin Al Attas (1980), rasuah muncul sejak masyarakat tradisional lagi. Ini bermaksud masyarakat tradisional dahulu telah mengamalkan budaya memberi hadiah kepada seseorang sebagai penghormatan. Tetapi kini budaya tersebut yang pada asalnya bertujuan mulia telah digunakan sebagai rasuah dalam memenuhi hajat secara cepat. Justeru itu, walaupun isu ini telah dibahaskan diperingkat global dan domestik.

Você também pode gostar