Você está na página 1de 18

8.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA


Setelah mengumpul data, data perlulah dianalilis dan dibuat interpretasi bagi membolehkan penyelidik melaporkan dapatan kajian berdasarkan bukti-bukti yang telah diperoleh (Chia Chiow Ming et al.2013). Analisis keputusan data adalah seperti berikut : 8.1. Analisis Keputusan Data Pemerhatian dan interpretasi data yang pertama adalah melalui kaedah

Analisis

pemerhatian. Saya menggunakan dua jenis borang senarai semak, iaitu borang senarai semak A (Lampiran) digunakan untuk merekod penguasaan peserta kajian semasa melakukan aktiviti. Manakala borang senarai semak B (Lampiran) digunakan bagi menilai secara keseluruhan tahap penguasaan peserta kajian dalam sesuatu unit. Unit 1: Permainan Gelung Berwarna (a) Permainan Gelung Berwarna

Aktiviti permainan gelung berwarna dilaksanakan bertujuan untuk menilai keupayaan murid membezakan antara kaki kiri dan kaki kanan yang diadakan pada 1 Julai 2013 sehingga 4 Julai 2013 iaitu selama 4 sesi interaksi. Setiap sesi mempunyai 12 kali sesi latihan. Tahap penguasaan peserta kajian dalam kemahiran membezakan antara kaki kanan dan kaki kiri adalah seperti berikut:

Jadual 1 Data Pemerhatian Aktiviti Permainan Gelung Berwarna Tarikh: 1 Julai 2013. Respo n 1 Ya Tidak 2 3 4 5 Pemerhatian 6 7 8 9 10 11 Kekerapan 12 Bil 2 12 % 16.7 83.3

Jadual 1, hasil 12 kali pemerhatian aktiviti Permainan Gelung Berwarna didapati peserta kajian hanya berjaya 2 kali, iaitu percubaan ke-4 dan ke-10 (16.7%) meletakkan kaki ke dalam gelung sebagaimana arahan dalam percubaan berbanding melakukan kesilapan meletakkan kaki ke dalam gelung

sebagaimana arahan, iaitu percubaan pertama, ke-2, ke-3, ke-3, ke-5, ke-6, ke7, ke-8, ke-9, ke-11, dan ke 12 (83.3%). Kecenderungan peserta kajian

melakukan kesilapan meletakkan kaki ke dalam gelung sebagaimana arahan berkemungkinan kerana peserta kajian (i) tidak memahami arahan yang disampaikan, (ii) tidak boleh membezakan kaki kiri dan kaki kanan, dan (iii) tidak dapat menghubung kait warna gelung dengan kaki peserta kajian, dan (iv) menghadapi masalah koordinasi anggota badan mata, kaki dan gelung berwarna. Rumusan ini selaras dengan pandangan daripada Sheila Devaraj & Samsilah Roslan (2008) yang menyatakan bahawa kanak-kanak Disleksia didapati menghadapi masalah memproses maklumat yang baru masuk dan pada yang sama mengambil maklumat stor ingatan stor ingatan jangka panjang.

Dengan hal yang demikian, masalah yang berkaitan dengan perkara peserta kajian (i) tidak memahami arahan yang disampaikan, pengkaji berusaha

dari semasa ke semasa meningkatkan kefahaman peserta kajian terhadap arahan yang berkaitan dengan cara (i) meringkaskan dan memudahkan ayat arahan, dan (ii) menggunakan arahan yang sama. Misalnya, melabel arahan MASUKKAN KAKI KIRI dan MASUKKAN KAKI KANAN di atas kertas kad manila. Label arahan berkenaan diangkat semasa aktiviti Permainan Gelung Berwarna dilaksanakan. Demikian juga, masalah yang berkaitan dengan perkara peserta kajian (ii) tidak boleh membezakan kaki kiri dan kaki kanan, pengkaji melaksanakan aktiviti berbentuk latih tubi yang memerlukan peserta kajian sama ada menunjuk, mengangkat atau menghentak kaki kiri atau kaki kanan. Aktiviti ini dilaksanakan dengan menggunakan alat muzik, dan nyanyian diyakini boleh membantu peserta kajian memberi tindak balas yang sesuai sebagaimana arahan. Misalnya, saya bersama-sama peserta kajian melagukan ayat kalau suka hentak kaki kanan, kemudiannya diikuti oleh aktiviti menghentak kaki kanan oleh pengkaji dan peserta kajian. Hal ini dilaksanakan berulang kali sehingga peserta kajian diyakini boleh membezakan kaki kiri dan kaki kanan. Hasil pemerhatian aktiviti peserta kajian memahami arahan direkod dalam Jadual 3 sebagaimana berikut:

Jadual 2 Data Pemerhatian Aktiviti Permainan Gelung Berwarna Aktiviti : Memahami arahan

Tarikh Respo n

1 Julai 2013 Pemerhatian 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Kekerapan 12 Bil 1 11 % 91.7 8.3

Ya Tidak

Masalah peserta kajian (iii) tidak dapat menghubung kait warna gelung dengan warna yang dilekatkan di kaki peserta kajian, juga dilaksanakan .. Masalah peserta kajian (iv) menghadapi masalah koordinasi anggota badan mata, kaki dan gelung berwarna dilaksanakan dengan cara

..

Jadual 2 Data Pemerhatian Aktiviti Permainan Gelung Berwarna Tarikh: 4 Julai 2013. Respo n 1 Ya Tidak 2 3 4 5 Pemerhatian 6 7 8 9 10 11 Kekerapan 12 Bil 11 1 % 91.7 8.3

Jadual 2 menunjukkan skor keseluruhan aktiviti memasukkan sama ada kaki kiri atau kaki kanan ke dalam gelung sebagaimana arahan dalam aktiviti Permainan Gelung Berwarna. Kekerapan pemerhatian sebanyak 12 kali percubaan, didapati peserta kajian berjaya memasukkan kaki ke dalam gelung rotan, sebagaimana arahan, iaitu percubaan ke-2 hingga ke percubaan ke 12 (91.7%), sebaliknya gagal dalam percubaan pertama, 1 (8.3%). Kecenderungan yang tinggi, peserta kajian berjaya memasukkan kaki ke dalam gelung rotan sebagaimana arahan diyakini amat berkaitan dengan beberapa aktiviti yang dilaksanakan sebelum ini, iaitu meningkatkan kemahiran (i) memahami arahan yang disampaikan, (ii) membezakan kaki kiri dan kaki kanan, (iii) menghubung kait warna gelung dengan warna yang dilekatkan di kaki peserta kajian, dan (iv) menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan koordinasi anggota badan mata, kaki dan gelung berwarna. Dapatan ini sedikit sebanyak bertepatan

dengan saranan Cooper (1998) yang mengatakan bahawa untuk memindahkan maklumat daripada stor ingatan pendek ke stor ingatan jangka panjang, latihan berulang-ulang perlu diadakan. (b) Aktiviti Nyanyian

Aktiviti Nyanyian dilaksanakan bertujuan untuk menilai keupayaan peserta kajian membezakan antara tangan kiri dan tangan kanan yang diadakan bermula pada 1 Julai sehingga 4 Julai 2013. Aktiviti nyanyian dijalankan selepas aktiviti permainan gelung berwarna. Saya telah menilai keupayaan peserta kajian membezakan tangan kanan dan kiri melalui aktiviti nyanyian sebanyak 12 kali bagi setiap sesi. Saya melaksanakan aktiviti nyanyian ini sebanyak 4 sesi kepada peserta kajian. Analisis pemerhatian perlaksanaan aktiviti nyanyian adalah seperti berikut:

Catatan 1. 2. Abah dah ubah struktur ayat di atas. yang lain-lain ikut cara macam ayat tersebut; Istilah Murid A ganti dengan istilah peserta kajian kerana hanya ada seorang sahaja peserta kajian, iaitu Murid A. Jadi guna peserta kajian dalam semua keadaan

Jadual 3 Data Pemerhatian Aktiviti Permainan Gelung Berwarna

Aktiviti Tarikh Respo n

: :

Memahami arahan 1 Julai 2013 Pemerhatian 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Kekerapan 12 Bil 1 11 % 91.7 8.3

Ya Tidak

Jadual 3 Data Pemerhatian Aktiviti Nyanyian Tarikh: 1 Julai 2013. Reaksi 1 Ya Tidak 2 3 4 Skala Pemerhatian 5 6 7 8 9 10 11 12 1 11 8.3 91.7 Kekerapan Bil %

Jadual 4 Data Pemerhatian Aktiviti Nyanyian Tarikh: 4 Julai 2013 Reaksi 1 Ya Tidak 2 3 4 Skala Pemerhatian 5 6 7 8 9 10 11 12 Kekerapan Bil % 10 2 83.3 16.7

Jadual 3 merupakan sesi aktiviti nyanyian yang pertama dan memperlihatkan Peserta kajian gagal membezakan tangan kiri dan kanan melalui aktiviti nyanyian iaitu hanya berjaya melakukan aktiviti sekadar dua

kali percubaan dengan betul iaitu 8.3 % sahaja. Memandangkan peserta kajian mempunyai tahap ingatan yang lemah, aktiviti nyanyian ini dilaksanakan sebanyak 4 sesi dan 12 kali percubaan bagi setiap sesi. Jadual 4 menunjukkan sesi terakhir aktiviti nyanyian dan memperlihatkan Peserta kajian berjaya melakukan 10 kali percubaan dengan betul iaitu sebanyak 83.3 %. Hal ini membuktikan bahawa latihan secara berulangulang dapat meningkatkan keupayaan peserta kajian dalam membezakan antara kiri dan kanan. (c) Teknik Pelekat Berwarna

Teknik pelekat berwarna (sticker) dilaksanakan bertujuan mengurangkan kekeliruan peserta kajian membanding beza antara kanan dan kiri. Aktiviti pelekat berwarna ini dijalankan sebanyak 12 kali bagi setiap sesi. Analisis pemerhatian perlaksanaan aktiviti pelekat berwarna adalah seperti berikut: Jadual 5 Analisis Data Pemerhatian Aktiviti Pelekat Berwarna yang Diadakan pada 1 Julai 2013. Reaksi 1 Ya Tidak 2 3 4 Skala Pemerhatian 5 6 7 8 9 10 11 12 Kekerapan Bil % 5 7 41.7 58.3

Jadual 6 Analisis Data Pemerhatian Aktiviti Pelekat Berwarna yang Diadakan pada 4 Julai 2013.

Reaksi 1 Ya Tidak 2 3 4

Skala Pemerhatian 5 6 7 8 9 10 11 12

Kekerapan Bil % 10 2 83.3 16.7

Berdasarkan Jadual 5, saya mendapati bahawa Peserta kajian masih lemah membezakan antara kanan dan kiri dengan teknik pelekat berwarna. Di mana Peserta kajian sekadar berjaya sebanyak 5 kali daripada 12 kali percubaan. Manakala Jadual 6 memperlihatkan peningkatan di mana Peserta kajian berjaya melakukan 10 kali percubaan dengan betul iaitu sebanyak 83.3 % dan hanya melakukan 2 kali kesalahan.

Jadual 7 : Senarai Semak Unit 1


BIL. SESI 1. ITEM PEMERHATIAN Adakah murid mampu membezakan antara kaki kanan dan kiri? YA 1 TID AK YA 2 TIDA K YA 3 TIDA K YA 4 TIDA K

2 4 5

10 8 7

5 5 7

7 7 5

7 8 8

5 4 4

10 11 10

2 1 2

Adakah murid mampu mengenal tangan kanan dan kiri? 3. Adakah murid mampu menyarungkan kaki yang betul ke dalam kasut yang sepatutnya? JUMLAH KEKERAPAN (/36) JUMLAH KESELURUHAN(%)

2.

11
30.6

25
69.4

17
47.3

19
52.7

23
63.9

13
36.1

31
86.1

5
13.9

Jadual 7 menunjukkan senarai semak keseluruhan aktiviti

unit 1 di

dalam Modul Pengurusan Pemakaian Kasut. Jadual 7 juga memperlihatkan prestasi peserta kajian pada sesi yang pertama dan yang terakhir. Peserta

kajian memperlihatkan prestasi yang memberangsangkan yakni menunjukkan peningkatan bagi setiap kali sesi dijalankan.

Unit 2 : Kemahiran memasukkan tali kasut ke dalam lubang kasut. (a) Model Kasut Tiruan

Model Kasut digunakan adalah untuk meningkatkan kecekapan peserta kajian memasukkan tali kasut ke dalam lubang kasut dan dalam masa yang sama meningkatkan kemahiran motor halus. Aktiviti menggunakan Model Kasut ini turut dijalankan sebanyak 12 kali bagi setiap sesi. Analisis pemerhatian aktiviti menggunakan Model Kasut adalah seperti berikut : Jadual 8 Analisis Data Pemerhatian Aktiviti Model Kasut yang Diadakan pada 11 Julai 2013. Reaksi 1 Ya Tidak 2 3 4 Skala Pemerhatian 5 6 7 8 9 10 11 12 Kekerapan Bil % 3 9 25 75

Jadual 9 Analisis Data Pemerhatian Aktiviti Model Kasut yang Diadakan pada 7 Julai 2013. Reaksi Skala Pemerhatian Kekerapan

Ya Tidak

10

11

12

Bil 12 0

% 100 0

Berdasarkan Jadual 8 menunjukkan prestasi Peserta kajian semasa sesi aktiviti Model Kasut yang pertama dan Peserta kajian hanya berjaya melakukan 3 kali percubaan dengan betul iaitu dengan 25%. Peserta kajian kelihatan sukar melakukan aktiviti disebabkan kemahiran motor halusnya yang lemah. Oleh disebabkan itu, pengulangan aktiviti dilakukan bagi meningkatkan kemahiran motor halus Peserta kajian. Jadual 9 menunjukkan prestasi Peserta kajian semasa sesi aktiviti Model Kasut yang terakhir dimana Peserta kajian berjaya melakukan kesemua percubaan dengan betul.

(b) Model Kasut Sebenar Aktiviti Model Kasut Sebenar merupakan kesinambungan bagi aktiviti Model Kasut Tiruan. Perlaksanaan aktiviti Model Kasut Sebenar adalah sebanyak 12 kali bagi setiap sesi yang dijalankan sebanyak 4 sesi. Aktiviti ini bertujuan untuk menilai kecekapan peserta kajian dalam kemahiran memasukkan tali kasut ke dalam lubang kasut. Analisis pemerhatian prestasi peserta kajian dalam aktiviti model Kasut Sebenar adalah seperti berikut : Jadual 10 Analisis Data Pemerhatian Aktiviti Nyanyian yang Diadakan pada 7 Julai 2013. Reaksi 1 Ya Tidak 2 3 4 Skala Pemerhatian 5 6 7 8 9 10 11 12 Kekerapan Bil % 5 7 41.7 58.3

Jadual 11 Analisis Data Pemerhatian Aktiviti Nyanyian yang Diadakan pada 11 Julai 2013. Reaksi 1 Ya Tidak 2 3 4 Skala Pemerhatian 5 6 7 8 9 10 11 12 Kekerapan Bil % 11 1 91.7 8.3

Jadual

10

menunjukkan

prestasi

Peserta

kajian

apabila

melakukan aktiviti Model Kasut Sebenar buat pertama kali. Peserta kajian hanya dapat melakukan aktiviti Model Kasut Sebenar sebanyak 5 kali percubaan dengan betul. Walaupun aktiviti Model Kasut Sebenar lebih menyerupai aktiviti model Kasut Tiruan, Peserta kajian masih menunjukkan tahap prestasi yang lemah pada awal intervensi aktiviti Model Kasut Sebenar. Hal ini kebarangkalian disebabkan tahap ingatan Peserta kajian yang lemah. Jadual 11 memperlihatkan sesi yang terakhir bagi aktiviti Model Kasut Sebenar dimana menunjukkan prestasi Peserta kajian yang berjaya melakukan 11 percubaan dengan betul daripada 12 kali percubaan. Jadual 12 : Senarai Semak Unit 2
B I L 1 1 SESI ITEM PEMERHATIAN Adakah murid mampu memasukkan tali kasut ke dalam lubang kasut dengan betul dengan Model Kasut Tiruan? Adakah murid mampu memasukkan tali kasut ke dalam lubang kasut dengan betul dengan Model Kasut YA 3 TID AK 9 YA 5 2 TID AK 7 YA 9 3 TID AK 3 YA 12 4 TID AK 0

11

Sebenar? JUMLAH KEKERAPAN(/24) JUMLAH KESELURUHAN(%) 8 33. 3 16 66. 7 12 50 12 50 18 75 6 25 23 95.8 1 4.2

Berdasarkan Jadual 12 menunjukkan prestasi Peserta kajian sepanjang aktiviti di dalam Unit 2. Jadual 12 juga memperlihatkan prestasi Peserta

kajian yang memberangsangkan di mana Peserta kajian menunjukkan peningkatan bagi setiap sesi yang dijalankan di dalam unit 2. Ini membuktikan aktiviti yang dijalankan di dalam unit 2 dapat meningkatkan keupayaan Peserta kajian dalam memasukkan tali kasut ke dalam lubang kasut. Unit 3 : Kemahiran mengikat tali kasut (a) Kotak Tie on Kotak Tie-on merupakan intervensi yang dijalankan untuk meningkatkan kecekapan serta tahap keupayaan peserta kajian mengikat tali kasut dalam proses memakai kasut. Saya menilai tahap keupayaan peserta kajian dalam mengikat tali kasut melalui Kotak Tie-on sebanyak 12 kali bagi setiap sesi. Analisis pemerhatian prestasi peserta kajian adalah seperti berikut: Jadual 13 Analisis Data Pemerhatian Aktiviti Nyanyian yang Diadakan pada 14 Julai 2013. Reaksi 1 Ya Tidak 2 3 4 Skala Pemerhatian 5 6 7 8 9 10 11 12 1 11 8.3 91.7 Kekerapan Bil %

Jadual 13

Analisis Data Pemerhatian Aktiviti Nyanyian yang Diadakan pada 17 Julai 2013. Reaksi 1 Ya Tidak 2 3 4 Skala Pemerhatian 5 6 7 8 9 10 11 12 Kekerapan Bil % 10 2 83 17

Berdasarkan Jadual 13 menunjukkan prestasi peserta kajian pada sesi yang pertama iaitu pada 14 Julai 2013 mendapati bahawa Peserta kajian lemah dalam mengikat tali kasut menggunakan kaedah Kotak Tie On. Peserta kajian sekadar dapat melakukan hanya 1 percubaan dengan betul Manakala Jadual 14 menunjukkan peningkatkan prestasi Peserta kajian yang berjaya melakukan 10 percubaan daripada 12 percubaan dengan betul pada sesi yang terakhir.

(b) Lubang Ajaib Lubang Ajaib merupakan salah satu intervensi yang dijalankan bertujuan untuk membantu memudahkan peserta kajian dalam mengikat tali kasut. Saya menilai keupayaan Peserta kajian dalam mengikat kasut dengan bantuan kaedah Lubang Ajaib. Aktiviti ini dijalankan sebanyak 12 kali bagi setiap sesi. Analisis pemerhatian prestasi Peserta kajian mengikat tali kasut dengan menggunakan kaedah Lubang Ajaib adalah seperti berikut : Jadual 15 Analisis Data Pemerhatian Aktiviti Nyanyian yang Diadakan pada 14 Julai 2013. Reaksi 1 Ya 2 3 4 Skala Pemerhatian 5 6 7 8 9 10 11 12 3 25 Kekerapan Bil %

Tidak

75

Jadual 16 Analisis Data Pemerhatian Aktiviti Nyanyian yang Diadakan pada 17 Julai 2013. Reaksi 1 Ya Tidak 2 3 4 Skala Pemerhatian 5 6 7 8 9 10 11 12 Kekerapan Bil % 11 1 91.7 8.3

Jadual 15 menunjukkan prestasi Peserta kajian pada permulaan intervensi Lubang Ajaib. Peserta kajian hanya sekadar dapat melakukan aktiviti mengikat tali kasut dengan 3 kali percubaan daripada 12 percubaan dengan betul. Manakala Jadual 16 menunjukkan prestasi Peserta kajian pada akhir intervensi dimana Peserta kajian dapat melakukan 11 percubaan dengan betul. Ini menunjukkan bahawa kaedah Lubang Ajaib dapat meningkatkan keupayaan peserta kajian dalam mengikat tali kasut. 8.2. Analisis Temubual

Analisis Temubual Peserta Kajian Jadual 17 Butiran Ringkas Temu Bual Peserta Kajian Selepas Intervensi Responden Peserta kajian Soalan Temu bual Beritahu cikgu, perasaan kamu apabila sudah pandai memakai kasut dengan sendiri? Jawapan responden Sonok cikgu!, saya dah tak rasa malu dengan kawankawan saya Refleksi guru Peserta kajian mula menunjukkan sikap kendiri yang positif.

Adakah sekarang kamu masih meminta pertolongan daripada ibu atau ayah kamu apabila hendak ke sekolah? Adakah kamu suka cara cikgu ajar kamu memakai kasut? Sila tunjukkan kepada cikgu yang manakah kasut kanan dan kasut kiri?

Tak dah cikgu!..Saya pakai sendiri jer

Peserta kajian tidak memerlukan pertolongan orang lain untuk menolongnya memakai kasut.

Suka..Terima kasih cikgu!.

Aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan minat murid. Aktiviti yang dijalankan dapat mengurangkan kekeliruan peserta kajian dalam mengenali kanan dan kiri

Hat ini kasut kanan dan yang ini kasut kiri cikgu..Betul kan cikgu?

8.3. Berdasarkan Jadual 15, mendapati Peserta kajian tidak lagi berasa malu dengan keupayaannya memakai kasut. Bertepatan dengan pendapat Erik Eriksson yang berpendapat bahawa kejayaan dalam mencapai sesuatu matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa imej kendiri yang positif dalam diri individu tersebut. Merujuk perbualan saya bersama peserta kajian mendapati bahawa peserta kajian tidak lagi berasa malu dengan rakan-rakannya ataupun persekitarannya kerana peserta kajian kini tidak lagi lemah dalam kemahiran memakai kasut. Tambahan lagi, peserta kajian tidak lagi mengharapkan pertolongan daripada orang lain termasuklah ibu bapanya sendiri untuk menolongnya memakai kasut. Hal ini, peserta kajian dapat berdikari dalam menguruskan diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Kesimpulan yang dapat disimpulkan ialah kaedah Modul Pengurusan Pemakaian Kasut dapat meningkatkan keupayaan peserta kajian dalam kemahiran memakai kasut. Secara tidak langsung dapat membentuk imej kendiri yang positif dalam diri peserta kajian. 8.4. Analisis Temubual Ibu Peserta Kajian Jadual 16 Butiran Ringkas Temubual Ibu Peserta Kajian Selepas Intervensi Responden Ibu Peserta kajian Soalan Temu bual Adakah anak mak cik masih memerlukan pertolongan daripada mak cik ketika memakai kasut? Apakah perasaan mak cik apabila anak mak cik sudah pandai berdikari? Adakah Peserta kajian masih memakai kasut secara terbalik/terkalih? Apa komen mak cik dengan aktiviti yang dijalankan terhadap anak mak cik? Jawapan responden Alhamdulilah, sekarang dia pandai memakai kasut dengan usaha sendiri tanpa meminta tolong daripada mak cik Saya berasa amat lega cikgu. Sekarang saya tidak perlu risau dengan kelemahannya Dulu yala cikgu..sekarang Alhamdulillah tidak lagi Saya ucap terima kasihlah kepada cikgu kerana dengan aktiviti yang dijalankan anak saya sekarang sudah pandai memakai kasut bertali tanpa mengharapkan bantuan daripada Refleksi guru Peserta kajian tidak lagi meminta pertolongan daripada ibu bapanya untuk memakai kasut Ibu peserta kajian tidak lagi berasa risau dengan ketidakupayaan peserta kajian Aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan minat murid. Modul PPK dapat meningkatkan keupayaan peserta kajian dalam memakai kasut

saya lagi

Berdasarkan Jadual 16 yang merupakan butiran ringkas temubual bersama ibu peserta kajian dan transkripsi temubual boleh dirujuk di dalam lampiran. Berdasarkan temu bual ini mendapati peserta kajian tidak lagi mengharapkan pertolongan daripada ahli keluarganya untuk menolongnya memakai kasut. Di samping itu juga, ibu peserta kajian menarik nafas lega kerana tidak perlu risau akan ketidakupayaan anaknya dalam kemahiran memakai kasut. Hasil temu bual mendapati ibu peserta kajian amat berpuas hati dengan intervensi yang dijalankan ke atas anaknya kerana melalui intervensi yang dijalankan anaknya tidak lagi mengharapkan pertolongan daripada sesiapapun untuk menolongnya dalam memakai kasut. Kesimpulannya, Modul PPK yang dijalankan terhadap Peserta kajian sedikit sebanyak dapat meringankan tugas ibu bapa peserta kajian dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan keupayaan peserta kajian dalam kemahiran memakai kasut.

Você também pode gostar