Você está na página 1de 38

INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

KERJA KURSUS PENDIDIKAN JASMANI 2

NAMA: MUHAMMAD ALIF AIZAT BIN CHE LONG (890216-02-5301) MOHAMAD HAFIZUN BIN ABDUL HALIM (880122-26-5415) OPSYEN: BM/PJ/MU PENSYARAH PEMBIMBING: WAN SUHAIMI BIN WAN SETAPA TARIKH HANTAR: 27 SEPTEMBER 2007

ISI KANDUNGAN
Penghargaan Konsep senaman Prinsip senaman Gerak kerja aerobik Jenis senaman ................................... .................................. .................................. ms 2 ms 3 - 4 ms 5 - 8

.................................... ms 9 - 10 ..................................... ms 11 - 16

Senaman menyumbang kepada kecergasan fizikal ......... ms 17 - 19 Penilaian kecergasan fizikal Kecederaan semasa senaman .................................. ms 20 - 21 ................................... ms 22 26

Langkah-langkah elak kecederaan .................................... ms 27 Rawatan kecederaan Rujukan .................................. ms 28 - 32


....................................... ms 33 - 36

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ilahi kerana setelah bertungkus-lumus selama beberapa hari, dapat juga kami menyelesaikan tugasan yang diberi oleh para pensyarah Pendidikan Jasmani dengan jayanya. Ini semua atas kerjasama dan tunjuk ajar yang cermelang daripada para pensyarah Pendidikan Jasmani. Tidak kami lupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi bantuan dan pertolongan selama ini. Begitu juga kepada keluarga yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada kami berdua selama ini. Tanpa mereka tentu sukar bagi kami untuk menyiapkan tugasan ini. Senaman mejadi tajuk tugasan kami pada kali ini. Tajuk ini menerangkan kepada kita tentang cara-cara bersenam, jenis senaman, kecederaan semasa bersenam dan rawatan kecederaan asas. Kami berharap agar tugasan ini dapat menjelaskan secara lengkap kepada pembaca tentang Pendidikan Jasmani ini. Sekian terima kasih, Wasalam .

MUHAMMAD HAFIZUN BIN ABDUL HALIM MUHAMMAD ALIF AIZAT BIN CHE LONG

SENAMAN
Senaman dapat didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti fizikal yang dilakukan secara teratur dan sistematis untuk tujuan-tujuan yang tertentu. KEPERLUAN SENAMAN Senaman seharusnya dijadikan sebahagian daripada gaya hidup kita kerana aktiviti ini dapat menyumbangkan banyak faedah baik dari segi fisiologi mahupun psikologi dan sosial. Banyak faedah fisiologi yang boleh didapati daripada aktiviti senaman. Antara faedah-faedah yang bakal diperolehi ialah pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan secara keseluruhannya dapat dijanakan.Peredaran darah ,pernafasan,perkumuhan dan kordinasi badan yang merupakan beberapa fungsi badan uga dapat ditingkatkan melalui aktiviti ini. Bagi meningkatkan kekuatan otot dan tulang serta kelenturan badan secara keseluruhannya terutama sekali yang tertumpu kepada otot dan sendi,amalan senaman yang dilakukan secara kerap akan membantu proses peningkatan itu. Selain itu,postur badan juga dapat dibaiki disamping meningkatkan dan menguatkan otot jantung yang bertindak dalam mengawal tekanan darah. Disamping itu,masalah kegemukan juga dapat dikawal melalui senaman.Hal ini kerana kadar metabolisme di peringkat sel ditingkatkan.Peningkatan metabolisme ini juga berupaya mengawal aras glukosa dan lemak badan yang akan membantu keberkesanan pengawalan masalah kegemukan.Akhir sekali,senaman juga mampu membantu memelihara wajah atau rupa badan termasuklah tekstur kulit. Faedah senaman dari segi psikologi dan sosial pula ialah senaman dapat membantu mengurus keletihan dan kelesuan yang berpunca dari tugas ataupun kerja seharian.Senaman juga dapat membantu menambahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan beberapa perkara contohnya seperti peningkatan daya tahan otot,daya tahan kardiovaskular,kelajuan dan juga kelenturan badan. Selain itu,tekanan-tekanan dalam kehidupan seharian juga dapat dikurangkan dan

secara tidak langsung,tekanan ini berjaya dikawal.Hal ini akan membantu meningkatkan imej kendiri mental-emosi.Senaman juga membuka ruang untuk kita mempelajari atau menguasai beberapa perkara dalam kemahiran hidup contohnya ialah meningkatkan keupayaan kordinasi badan dan juga pengimbangan badan. Tambahannya lagi,senaman juga berupaya meningkatkan imej kendiri fizikal melalui peningkatan kecergasan,prestasi tubuh badan dan postur.Nilai murni juga boleh diterap dan diamalkan melalui aktiviti senaman ini.Pendedahan yang lebih meluas mengenai aspek kerjaya dalam sukan dan permainan ditambah pula dengan peningkatan daya kreativiti akan berjaya dikembangkan melalui aktiviti senaman ini.

Prinsip Senaman
Memahami dan mematuhi prisip-prinsip senaman Memahami prinsip-prinsip senaman adalah sangat penting untuk mengelak kecederaan dan mendapat manfaat yang maksima.Antara prinsip Senaman Ialah: Ansur Maju Ianya bertujaun bahawa setiap senaman dan aspek kompleksiti,intensity,masa set dan ulangan hendaklah dilakukan semudah yang boleh di peringkat permulaan,Seterusnya ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi mengikut kemampuan dan kemajuan seseorang individu.Ia juga bermaksud bahawa setiap Senaman yang dimulakan itu dimulakan dengan secara am kemudian diubah dan dinaikan kepada yang lebih khusus. Perkara utama yang kita perlu ingat bahawa dalam senaman tidak ada jalan mudah.Badan kita memerlukan masa yang agak lama untuk menunjukkan perubahan.Manfaatnya kita tidak perolehi dengan segera kerana ia mengambil masa untuk dilihat dan dirasai manfaatnya.

Prinsip Lebihan Beban Setiap senaman itu hendaklah berkeupayaan meletak sedikit tekanan atau bebanan pada sistem badan.Bebanan atau intensity ini hendaklah ditingkatkan secara perlahan-lahan atau nerperingkat supaya kita dapat melihat perubahan atau kejayaan yang kita lalui dari masa ke semasa.Ini adalah satu cabaran dan juga rangsangan untuk memotivasiakn diri kita. Prinsip ini saling berhubungkait dengan prinsip ansur maju.Ini bererti,kita menambahkan intensiti atau bebanan

secara beransur-ansur dan melebihi kadar yang biasa kita lakukan.Contohya untuk sesuatu otot itu menjadi kuat ia hendaklah dibiasakan dengan bebanan yang berlebihan dari masa ke semasa.Untk menambahkan atau meningkatkan kelembutan otot ia perlu ditegangkan sepanjang yang boleh melebihi kadar biasa.Kedua-dua prinsip ini boleh dilakukan dengan menggunakan formula FITT.Hanya dengan menggunakan formula ini sesuatu senaman itu akan berkesan.Fitt adalah singkatan dari F=Frequency(kekerapan),i=intensity,T=time(masa),Type(jenis). Faedah sesuatu senaman itu hanya diperolehi sekira kita melakukanya dengan tetap.Faedah ini akan berkekalan selagi kita meneruskan aktiviti fizikal.Tahap kecergesan akan mula menurunapabila kita berhenti melebihi 72jamdan aan menurun sebanyak 40% dari tahap kecergesan yang telah dicapai setlah kita berhenti selama 6minggu.Seterusnya kita akan kehilangan sama sekali faedah tersebut dan balik kepada keadaan asal setelah kita berhenti untuk beberapa waktu. Ini adalah amat merugikan kerana kita terpaksa bermula dari mula.Oleh sebab itu senaman itu dilakukan seurang-kurangya 10 minit setiap melakukan aktiviti senaman,3 kali sehari untuk 5 hari seminggu atau 20 minit setiap kali,untuk 3 kali seminggu bagi latihan kardiovaskular dengan berpanduakn kepada prinsip-prinsip yang dinyatakn di atas dan ia hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk latihan kekuatan dan sekerap yang mungkin untuk kelembutan

Pengkhususan Senaman adalah berbentuk peribadi.Ianya hendaklah dilakukan mengikut kebolehan dan kemampuan individu dan juga komponen kecergesan apa yang hendak ditiingkatkan.Contohya,untuk seorang ahli sukan atau atlet jenis senaman untukya adalah berbeza dengan orang biasa yang lain.Begitu juga,senaman untuk pesakit atau bekas pesakit perlu melakukan senaman yang dikhususkan untukya dan ianya sudah pasti berbeza dengan pengamal senaman yang umum.Senaman juga berbeza dari aspek jantina dan dari aspek tahap kecergasan seseorang. Keselamatan Keselamatan sangat penting dan keutamaan hendalah diberi kepada aspek ini,baik dari segi teknik atau jenis senaman,tempat senaman,mahupun pakaian yang dipakai ketika senaman terutama sekali kasut.Adalah tidak bermakna kita menghabiskan masa dan tenaga untuk mendapat sesuatu tetapi tetapi sebaliknya mudarat yang datang.Patuh pada prinsip-prinsip latihan yang dinyatakan di atas dan lakukan senaman berasaskan kemampuan sendiri.Jangan cuba untuk bersaing dengan orang lain Senaman yang betul dan berkesan melibatkan 3 peringkat,iaitu memanaskan badan,melakukan gerakkerja aerobik atau senaman sebenar dan melentur badan.

Memanaskan Badan Pakar-pakar senaman menyarankan supaya kita memulakan aktiviti memanaskan badan dengan meningkatkan edaran badan.Ada 2 sebab utama kenapa proses memanakan badan ini perlu dilakukan.Pertama perlu menyediakan otot jantung untuk bersenam dan keduanya ialah untuk meregangkan otot rangka .Dengan berbuat demikian kita boleh mengelakkan dan kecederaan yang boleh berlaku kemudiaanya,terutama semasa senaman. Untuk memanaskan jantung kita boleh berjalan atau berlari setempat untuk beberapa minit kemudian diikuti dengan memanaskan badan dengan melakukan regangan.Ini akan memanas dan meregangkan otot-otot tulang dan menyediakannya untuk senaman yang lebih lasak.Proses memanaskan badan ini dilakukan selama 5 10 minit.

Gerakkerja Aerobik Fasa ini merupakan senaman yang sebenar dan ia dilakukan mengikut prinsip FITT yang dijelaskan di atas.Contoh senaman atau gerak kerja aerobik adalah Berjalan dengan cepat Joging Berbasikal Lompat tali Tanrobik Menaiki tangga Berenang bermain bola sepak

Adalah disyorkan supaya senaman aerobik dipilih dan diamalkan memandangkan manffatnya kepada jantung dan dayatahan fizikalkeseluruhannya.Mengelakan aktiviti otot-otot utama akan meningkatkan permintaan badan kepada oksigen.Ini akan mengerakan atau melatih jantung,paru-paru dan otot untuk menjadi lebih lasak dan cekap. Melenturkan Badan Proses ini dilakukan selepas sahaja bersenam.Senaman tidak boleh dihentikan dengan serta merta kerana ia akan mendatangkan mudarat kepada otot dan badan keseluruhannya.Ia perlu dilakukan sama seperti proses memanaskan badan untuk menurunkan kadar nadi kembali kepada keadaan bisasa dan mengembalikan otot kepada keadaan rehat

10

Semasa senaman,jantung mengepam sejumlah darah kepada otot-otot yang sedang berkerja untuk membekalkan oksigen bagi membolehkan kita bergerak menggunakan tenaga.Selagi pergerakan atau senaman itu diteruskan darah aka bergerak dan otot mengalir balik ke jantung,di mana ia akan mengepamnya semula ke seluruh badan.Jika senaman diberhentikan serta merta darah akan terperangkap dalam otot yang sedang berkerja dan tidak berkeupayaan untu balik ke jantung.Dengan demikian darah akan terkumpul dalam otot.Oleh erana jantung kekurangan darah untuk mengepam,tekanan darah akan menurun.Ini akan menyebabkan seseorang itu merasa pening. Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada otot disebabkan oleh aksid laktik yang terkumpul dalam otot disebabkan senaman yang dihentikan secar serta merta.Ia terperangap dalam otot dan tidak sempat dilarutkan oleh kerana pergerakan diberhentiakn,Oleh yang demikian,proses menyejukkan badan adalah penting dan ia mesti dilakukan antara 5 hingga 10 minit dengan memberitumpuan kepada regangan setempat yang tenang.

11

JENIS SENAMAN Apapun bentuk senaman yang dilakukan ianya boleh digolongkan kepada 2 kategori utama iaitu senaman aerobik senaman anaerobik

Senaman Aerobik Senaman aerobik menggunakan oksigen dan boleh mengekalkannya untuk beberapa waktu. Senaman aerobik menggunakan oksigen. Ianya merupakan sebarang aktiviti yang menggunakan kumpulan otot-otot utama secara berterusan pada intensiti yang sederhana yang cukup untuk membawa perubahan dalam badan dan ianya dikekalkan untuk sekurang-kurangnya selama 20 minit. Senaman aerobik adalah kunci kepada keseluruhan kesihatan yang baik. Ia menjana tenaga untuk menjalan dan meningkatkan kehidupan seharian di samping membantu mengurangkan tekanan perasaan. Ia membantu mengawal berat badan dan mengurangkan paras lemak di badan dan juga mengurangkan risiko penyakit jantung. Contoh senaman aerobik ialah jogging, berjalan dengan cepat, berbasikal, berenang, menaiki tangga, menari, lompat tali dan sebagainya. Senaman aerobik ini boleh dilakukan berterusan untuk selama 20 minit setiap sesi atau dihentikan 10 minit setiap kali 3 kali sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu. Senaman Anaerobik Senaman anaerobik menggunakan tenaga yang tinggi dari badan dan tidak bergantung kepada keupayaan badan untuk membekalkan oksigen. Senaman anaerobik memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi dari badan. Senaman jenis ini hanya kekal untuk waktu yang singkat sahaja tanpa rehat dan tidak bergantung kepada keupayaan badan untuk membekal oksigen.

12

Contoh senaman jenis ini ialah seperti melonjak untuk berlari, melompat dan melontar. Kalisteknik Kalisteknik ialah latihan berkaitan pergerakan-pergerakan asas. Latihan tersebut membangunkan kekuatan, kuasa, daya tahan setempat, ketangkasan dan kelembutan kita. Ia boleh dibahagikan kepada tiga seperti jadual beikut:

Jenis kalisteknik Kalisteknik Rintangan

Penerangan/ Contoh aktiviti Dayatahan setempat - Bangun tubi Kekuatan Kuasa - Tekan tubi - Tekan tubi bertepuk tangan

Kalisteknik Ketangkasan Kalisteknik Kelembutan

Burpee; Lari ulang-alik sisi dua garisan Seluas 3 meter Regangan static PNF (Proprioceptive Neuromuscular Facilitation)

Latihan Beban 13

Latihan ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu isotonic (tradisional-latihan berat), isometric (penguncupan statik) dan isokinetik (rintangan berbeza). Jenis latihan beban Penerangan/ Contoh latihan Latihan isotonik Beban tetap digunakan. Latihan berasaskan set ulangan Maksimum (UM) Contoh latihan: Komponen-kekuatan Beban-6-10M Set-3 Latihan isometrik Rehat-2 minit antara set Latihan tanpa pergerakan dan melibatkan pengekalan pengecutan maksimum otot. Contoh latihan: Melakukan aktiviti menekan selama 5 saat, Latihan isokinetik rehat dan ulang sebanyak 5 kali Latihan dengan mesin seperti Cybex, Nautilus, atau Hydragym. Mengekalkan tekanan otot secara maksimum sepanjang pergerakan. Contoh latihan: Komponen-kekuatan Beban-6-10M Set-3

14

LATIHAN LITAR Latihan ini berkesan untuk membangunkan daya tahan otot dan dayatahan kardiovaskular kerana ia mengakibatkan permintaan berterusan terhadap jantung dan paru-paru dalam jangka masa yang lama. Latihan ini menggunakan prinsip tambah beban. Tambah beban boleh dilakukan dengan tiga cara: 1. Kurangkan masa sasaran. 2. Tambah bilangan ulangan 3. Tambah bebanan atau kerumitan senaman.

15

Latihan litar dibahagikan kepada dua jenis iaitu Litar Beban Tetap dan Litar Beban Individu.

Jenis litar Litar Beban Tetap

Penerangan/ Contoh latihan Lebih dari satu litar digunakan. Pelaku melakukan semua aktiviti dalam satu litar dalam masa yang ditetapkan dan beredar ke litar

ke dua dan seterusnya. Litar Beban Individu Litar ini mengambil kira keupayaan individu. Untuk setiap senaman dipilih, ujian ulangan maksimum (UM) dilaksanakan. Contoh: UM untuk tempoh masa 30 saat atau 60 saat. Beban di bahagi dua bila latihan 2 set dipilih dibahagi tiga bila latihan 3 set diadakan. Masa untuk menghabiskan setiap litar direkod.

Latihan Berterusan Latihan ini adalah seperti jogging, berbasikal dan berenang. Dalam senaman larian, latihan ini juga dikenali sebagai Larian Lambat Jarak Jauh dan ia merupakan asas pelaziman. Beberapa orang pakar seperti Karvonen, Pyke, Cooper dan Galbraith telah menyumbangkan beberapa prinsip berkenaan latihan berterusan. Fartlek Fartlek merupakan perkataan Swedish yang beerti permainan denagn kelajuan.

16

Pengasasnya ialah Gosta Holmer yang menggunakan jenis latihan ini dalam tahun 1930-an. Sparks dan Bjorklund (1984) menganggap latihan ini sebagai latihan jeda yang tidak berstruktur dan tanpa peraturan. Secara asas latihan ini berdasarkan kepada perubahan kelajuan dalam sesi latihan; variasi fasa lambat, sederhana dan cepat. Secara mendalam ia melibatkan gabungan larian berterusan yang bertempo dengan kelajuan, stamina dan rehat. Katz (1988) mencadangkan untuk mencapai tahap hamper 75% semasa fasa cepat. Ia juga dikatakan sebagai latihan berterusan dengan pecutan. Sebagai contoh pecutan selama 5-10 saat setiap 2-3 minit dalam satu sesi latihan. Satu sesi latihan Fartlek boleh mengambil masa 45 minit hingga 2 jam. Contoh latihan Fartlek: 1. Joging selama 5 minit 2. Kalisteknik Bangun tubi 10 ulangan Tekan tubi 10 ulangan

3. Lari 200 meter 4. Berjalan 200 meter 5. Ulang 3 dan 4 6. Joging 2 minit 7. Buat senaman pulihan 5-10 minit Latihan Jeda Latihan ini membangun daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot. Ia membangun sistem tenaga aerobik dan anaerobik. ia menggunakan prinsip asas nisbah kerja-rehat iaitu tempoh latihan pendek. Latihan jeda boleh di bahagikan kepada dua jenis.

17

Jenis

latihan Keperluan Kepantasan : 85-90% Rehat minit Ulangan : 8-30 kali : 10s-2

Contoh latihan 1. Memanaskan badan 2. Lari 90% kepantasan 10 saat 3. Rehat (berjalan) aktif 10 saat

jeda Jeda pendek

Jeda panjang

Kepantasan : 80-85% Rehat Ulangan : 3-5 minit : 4-15 kali

4. Ulang 2 & 3 sebanyak 8 kali 1. Memanaskan badan 2. Lari 80% kepantasan 60 saat 3. Rehat aktif 3 minit (berjalan) 4. Ulang 2 & 3 sebanyak 10 kali

Untuk memastikan keberkesanan latihan jenis ini, Sparks dan Bjorklund (1984) menegaskan dua perkara iaitu kualiti dan kuantiti. Kualiti dalam setiap ulanganmestilah sama. Oleh kerana intensiti latihan ini dalah tinggi, jumlah latihan perlu diawasi untuk mengelakkan kecederaan.

SENAMAN MENYUMBANG KEPADA KECERGASAN FIZIKAL Kecergasan bermaksud berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental, berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan efisyien tanpa merasa letih atau kelesuan dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti riadah di samping itu masih memiliki tenaga untuk menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan. Kecergasan yang berlandaskan kesihatan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit-penyakit hipokinetik yang disebabkan 18

oleh gaya hidup sedentari. Kecergasan yang berlandaskan kesihatan adalah berkaitan dengan keupayaan seseorang itu melakukan kerja-kerja hariannya dengan penuh semangat dan kemampuannya mengelak dan menjauhkan dari dijangkiti penyakit-penyakit cara hidup sedentari.Penyakit-penyakit ibi dikenali sebagai penyakit hipokinetik sejenis penyakit/keadaan yang dikaitkan dengan nkekurangan aktiviti fizikal, seperti diabettis penyakit jantung koronan angin ahmar dan tekanan darah tinggi

Daya tahan Kardiovaskular Ini bermaksud sistem kardiorespraton iaitu jantung sistem edaran darah dan paru-paru berfungsi lebih cekap dan lebih berkemampuan untuk mengedar darah dan oksigen keseluruh badan semasa sesuatu aktiviti senaman dilakukan dan dikekalkan.Seseorang yang cergas dapat melakukan aktivi fizikal untuk beberapa waktu yang lama tanpa mudah merasa letih.Mereka ini memiliki tenaga atau ketahanan yang lebih dan tidak mudah kelesuan

Daya Tahan Otot Keupayaan otot atau sekumpulan otot tulang melakukan pergerakan atau pengecutan untuk beberapa waktu yang lama atau ulangan yang tinggi.Ia membantu individu untuk melakukan segala pergerakan dengan lebih efiesen cekap dan senang.Ini beerti seseorang itu dapat memegang sesuatu yang berat lebih lama dan mengulang gerakan ini berkali-kali tanpa merasa letih.Latihan

19

kekuatan adalah satu latihan yang baik untuk menambah dayatahan dan kekuatan otot. Kekuatan Otot Merujuk kepada kuasa atau tenaga maksima yang dapat dijanakan oleh sesuatu atau sekumpulan otot rangka>Kekuatan dan dayatahan otot adalah salinh berkaitan antara satu sama lain.Peningkatan salah satu dari komponen ini akan mempengeruhi komponen-komponen lain.Senaman kekuatan baik untuk meningkatkan dayatahan dan kekuatan otot seperti bangun tubi dan tekan tubi.Kekuatan otot diukur berdasarkan jumlah tenaga atau force yang digunakan untuk menentang rintangan.Contohnya Mengangkat benda yang berat Kelembutan Kelembutan atau kelenturan mengizinkan pergerakan anggota badan dengan bebas.Ia menentukan kelenturan otot,tendon,send dan yang berpautan dengan tulang.Senaman regangan adalah satu daripada latihanyang baik untuk meningkatkan kelembutan.Seseorang yang cergas dapat menggerakan sendinya dengan bebas semasa melakukan kerka atau sedang bersukan.Kelembutan adalah sangat penting terutama kepada wargaemas bagi membolehkan mereka bergerak dan menguruskan diri mereka dengan sempurna tanpa terlalau pertolongan daripada orang lain. Komposisi Badan Setiap orang memerlukan sejumlah lemak badan untuk kesihatan yang baik.Lemak ini dikenali sebagai lemak penting dan diperlukan sebagai seumber tenaga yang tersimpan untuk tujuan pengawalan suhu badan,penyerpan

20

gegaran dan pengawalan nutrien penting dalam badan.Kandungan lemak yang unggul intuk kesihatan yang baik bagi lelaki adalah diantara 10- 15 % dan wanita ialah antara 18 20%.Ini akan menentukan berat badan idaman seseorang dan beberapa banyak lemak yang perlu dikurangkan untuk mencapai berat badan tersebut. Bagi mereka yang melebihi jumlah kandungan lemak seperti yang dinayatkan adalah dianggap mempunyai berlebihan berat badan atau gemuk.Keadaan ini berlaku apabila wujudnya ketidakseimbangan diantara pengambilan dan pengeluaran klorin.Cara yang baik untuk menentukan kedudukan berat badan sebenar ialah dengan cara menggunakan formula indek Jirim Badan atau BMI.Ini akan menentukan sama ada seseorang itu berlebihan berat badan atau tidak.

PENILAIAN KECERGASAN FIZIKAL Menguji Daya Tahan Kardiovaskular Ujian yang akan digunakan ialah Ujian Menapak 3 minit (The Step Test). Cara perlakuan: 1. Berdiri lebih kurang 30 cm (12 in) dari bangku setinggi 20-25 cm (8-10 in) 2. Tangan cekak pinggang/ di sisi. Lutut bengkok sedikit. Badan tegak

21

3. Menapak selama 3 minit secara berterusan (Tapak kanan, tapak kiri naik dan tapak kanan, tapak kiri turun). 4. Duduk selepas 3 minit dan ambil kadar nadi selepas 30 saat selama 10 saat. Menguji Kekuatan Kekuatan yang dimaksudkan di sini ialah kekuatan bahagian atas badan, bahagian tengah badan dan bahagian bawah badan. Ujian Kekuatan Bahagian Atas Badan Ujian : Tekan tubi Cara : 1. Tangan dan kaki di lantai. Tangan dibuka seluas bahu. Kaki rapat dan lurus. 2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga 90 darjah. 3. Bahagian belakang badan sentiasa lurus.

Ujian Kekuatan Bahagian Tengah Badan Ujian : Pengekalan abdomen Cara : 1. Duduk dengan belakang lurus, lutut bengkok dan kaki buka seluas bidang bahu, tapak rapat ke lantai. 2. Dengan perlahan gerakkan bahagian atas badan ke belakang. Tangan diluruskan dan tapak di atas lutut. 3. Bertahan bila kedua-dua tapak tangan berada di atas lutut dan

22

perhatikan jumlah masa bertahan. Ujian Kekuatan Bahagian Bawah Badan Ujian : Duduk di dinding Cara : 1. Berdiri lebih kurang 60 cm (24 in) dari dinding dengan kaki dibuka seluas bidang bahu dan hujung-hujung kaki ke hadapan. 2. Bengkokkan di pinggul dan di lutut supaya mencapai 90 darjah di pinggul dan di lutut. 3. Tapak tangan di paha dan belakang menyentuh dinding. 4. Tahan seberapa lama boleh dan perhatikan jumlah masa bertahan.

KECEDERAAN SEMASA SENAMAN Kecederaan boleh berlaku semasa latihan mahupun senaman.Antara kecederaan yang boleh berlaku ialah kecederaan pada sistem rangka,sistem otot,sistem sendi,sistem perederan darah dan juga kecederaan pada sistem penafasan. Kecederaan pada sistem rangka boleh terjadi akibat daripada dua cara iaitu melalui hentakan langsung dan hentakan tidak langsung.Hentakan langsung

23

terjadi pada bahagian yang tidak dilindungi oleh otot contohnya tulang kering.Pukulan terus ke tulang ini boleh megakibatkan bengkak dan lebam serta keretakan atau patah tulang. Hentakan secara tidak langsung pada tulang pula boleh mengakibatkan tulang mengalami keretakan atau patah di tempat yang agak jauh daripada tempat yang mengalami hentakan. Kecederaan pada sistem otot pula boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu koyak otot dan hematoma otot.Koyak otot adalah situasi yang melibatkan terpisahnya gentian otot anatara satu sama lain.Kecederaan ini akan menyebabkan pendarahan. Hematot otot pula merupakan kecederan yang berpunca dari kecederaan akibat satu hentakan yang kuat ke atas otot berkenaan.Kecederaan ini akan menyebabkan hematot iaitu peresapan darah di antara gentian otot ataupun di antara gumpalan-gumpalan otot. Kesan yang akan kelihatan ialah ketidakupayaan otot yang tercedera digerakkan,bengkak atau otot berwarna kebiruan pada bahagian yang tercedera.Bentuk atau kedudukan otot tidak normal juga boleh kelihatan. Kecederaan pada bahagian sendi pula boleh dibahagikan kepada lima iaitu kecederaan kapsul,ligamen,meniskus,sinovial dan juga diskolasi atau lebih dikenali dengan seliuh. Kecederaan kapsul adalah melibatkan bahagian luar sendi yang disebabkan oleh pukulan terus ke atas sendi ataupun apabila diskolasi yang akan menyebabkan kapsul terkoyak.Kecederaan ligamen boleh berlaku apabila ligamen ditegangkandengan tiba-tiba secara berlebihan dan menyebabkannya terkoyak.Kecederaan meniskus ataupun rawan pula berlaku disebabkan oleh hentakan yang kuat. Kecederaan sinovial adalah berpunca dari pukulan kuat atau hentakan yang menyebabkan kecederaan pada lapisan dalam sendi.Kecederaan ini juga boleh terjadi akibat daripada kebocoran pada meniskus yang terkoyak dan terjadinya bendalir sinovial yang melimpah-limpah di dalam sendi.

24

Diskolasi boleh didefinisikan sebagai teralihnya kedudukan sendi daripada kedudukan asalnya.Kecederaan ini boleh berlaku sama ada hanya sebahagian ataupun sepenuhnya.Bahagian yang terlibat berkemungkinan tidak lagi berfungsi dan kelihatan cacat Kecederaan pada sistem peredaran darah pula berlaku apabila luka atau terputusnya arteri,kapilari dan vena.Pendarahan akan berlaku apabila kecederaan ini berlaku. Seterusnya ialah kecederaan pada sistem pernafasan.Kecederaan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu,kecederaan pada dinding dada dan kecederaan paru-paru. Kecederaan pada dinding dada kebiasaannya melibatkan kecederaan tulang rusuk sama ada patah atau retak.Kecederaan ini boleh berlaku kerana pukulan atau hentakan yang kuat dikenakan pada tulang rusuk. Kecederaan peparu juga melibatkan tulang rusuk .Namun kecederaan ini dikhuatiri mencucuk peparu dan sekiranya hal itu terjadi, berkemungkinan besar pendarahan berlaku dan peparu tidak dapat berfungsi lagi. Kecederaan yang seterusnya ialah kecederaan pada sistem saraf.Kederaan ini boleh menyebabkan individu terbabit hilang ingatan ataupun hilang tumpuan.Contoh bagi kecederaan ini ialah kecederaan bahagian tengkorak belakang dan tulang belakang. Selain itu terdapat dua lagi kecederaan yang boleh berlaku.Kecederaan itu ialah,kecederaan dalaman dan juga kecederaan luaran.Kecederaan dalaman dapat dibahagikan kepada lima iaitu konkusi,retak dan pendarahan dalam tengkorak,seliuh,kontusi dan juga retak. Konkusi boleh terjadi akibat daripada pukulan ataupun hentakan yang kuat ke atas kepala atau gegaran.Simpton kecederaan ini ialah individu akan hilang ingatan seketika dan beraa keliru. Retak tengkorak adalah disebabkan oleh hentakan atau pukulan yang kuat dibahagian kepala.Keretakan itu berkemugkinan halus iaitu satu garisan ataupun lebih.Keretakan ini berkait rapat dengan pendarahan pada hidung atau

25

telinga.Pendarahan dalam otak boleh manyebabkan individu terbabit tidak sedarkan diri juga boleh membawa kepada kematian. Kecederaan luar pula adalah kecederaan ringan yang hanya menjejaskan kulit luar contohnya seperti luka,melecet ataupun melecur.Kecederaan ini ringan dan tidak berbahaya.

Jenis-Jenis Kecederaan

Jenis kecerderaan Luka

Tanda Berdarah

Simpton Sakit di bahagian cedera

26

Lebam bengkak Berdarah Kulit tergeser Gelembung yang mengandungi cecair di kulit Bengkak Lebam Pergerakan terbatas Bengkak Lebam crepitation Bahagian cedera kelihatan tidak normal Pergerakan terbatas Mangsa dalam keadaan terkejut Bahagian cedera kurang mampu

Melecet

Sakit di bahagian cedera

Melepuh

Sakit di bahagian cedera

Kontusi

Sakit di bahagian cedera

Patah tulang

Sakit di bahagian cedera

Terseliuh

Sakit di bahagian sendi yang cedera

27

menanggung beban Bahagian cedera kelihatan tidak normal Bengkak Lebam Bengkak Kejang otot digerakkan Keradangan Hilang kekuatan dan pergerakan terbatas Tidak boleh mengawal pergerakan tangan Hilang sensasi dan kaki Hilang kuasa Pergerakan lemah dan perlahan Sengal dan sebar

Salah urat

Sakit apabila bahagian badan tersebut

Kecerderaan tulang belakang

Sakit di bahagian cedera

Langkah-langkah yang penting untuk mengelakkan kecederaan :

28

Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan seperti topi keledar untuk menunggang, meluncur atau menggunakan papan luncur

Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan. Digalakkan menggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. Alat pelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut, gigi, lidah semasa aktiviti sukan seperti hoki, bola keranjang dan sukan tinju.

Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur skateboard atau in-line skate.

Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh.

Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan.

Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau selsema.

Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi anda dari kecederaan.

Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih anda .

RAWATAN KECEDERAAN PROSEDUR T.O.T.A.P.S. 29

T (Talk) : Bercakap Semasa menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa yang sedar,berbual-bual dengannya sambil menjalankan pemeriksaan dapat membantu menenangkan mangsa dan juga menguragkan keskitan yang dialami oleh mangsa. O (Observation) : Pemerhatian Sebelum mengambil sebarang tindakan,kecederaan mangsa harus diperhatikan sebelum ianya disentuh.Bandingkan bahagian yang tercedera dengan bahagian yang normal.Hal ini adalah untuk memastikan tanda-tanda kecederaan dan tindak balasnya. T (Touch) : Sentuhan Setelah memerhatikan dengan teliti, mangsa barulah boleh disentuh.Hal ini bertujuan untuk mengetahui tahap kesakitan dan tekstur bahagian yang tercedera.Sentuhan ke atas bahagian badan yang tidak tercedera perlu dimulakan terlebih dahulu.Perhatian harus diberikan kepada bentuk tulang dan tanda lain.Setelah itu,bahagian yang tercedera disentuh untuk memastikan terdapat tulang yang patah atau tidak.Sendi yang disentuh pada bahagian yang mengalami kecederaan dipastikan sama ada lebih tebal dari bahagian yang normal ataupun tidak.Sentuhan untuk memastikan sama ada terdapat benjolan ataupun bengkak juga harus dijalankan.

A (Active) : Aktif Pergerakan aktif dilakukan dengan cara bahagian yang cedera digerakkan sendiri oleh mangsa tanpa sebarang bantuan daripada orang lain.Jika mangsa

30

tidak mampu,jangan gerakkan bahagian itu.Uji pergerakan pada bahagian kaki dan tangan secara keseluruhannya.Semasa bahagian lain digerakkan,dengarkan sebarang bunyi yang terhasil apabila bahagian yang tercedera disentuh. P (Passive) : Pasif Selepas keupayaan pergerakan aktif dilakukan,bantuan untuk mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera diberikan.Tetapi pergerakan mestilah dilakukan tanpa memaksa mangsa.Tindakan ini merupakan maklum balas terakhir sebelum tindakan selanjutnya diambil. S (Skill) : Kemahiran Sekiranya diyakini,mangsa telah pulih melalui kemampuannya menggerakkan bahagian yang tercedera tanpa berasa sakit,magsa boleh diminta membuat latihan-latiham yang ringan untuk menguji kemahirannya.

TINDAKAN AWAL KECEDERAAN (R.I.C.E) R (Rest) : Rehat

31

Bahagian yang tercedera seharusnya direhatkan bagi mengelakkan kecederaan itu daripada menjadi semakin buruk. I (Ice) : Ais Jangan mengurut atau menggunakan haba ke atas kecederaan itu.Ketulan ais yang kecil digunakan dengan diikat dengan tuala kecil yang nipis di atas bahagian yang tercedera.Ketulan ais itu dibiarkan selama lebih kurang 20 minit,kemudian diangkat dan dibiarkan selama lebih kurang 30 minit. C (Compression) : Mengenakan tekanan Tekanan dikenakan ke atas bahagian yang tercedera dengan cara membalutnya dengan kain pembalut ataupun pita. E (Elevation) : Meninggikan Bahagian yang tercedera diangkat melebihi paras jantung terutama apabila pendarahan dan bengkak berlaku.Hal ini bagi memaksa darah bergerak ke atas untuk sampai ke bahagian yang tercedera.Oleh itu,pengaliran darah ke bahagian yang tercedera akan berkurangan.Setelah itu rawatan selanjutnya dari doktor haruslah diperolehi.

PRINSIP ASAS PERTOLONGAN CEMAS ( D.R.A.B.C ) D (Danger) : Bahaya

32

Sebelum memberi sebarang bantuan perlu diketahui bahaya yang sedang dihadapi mangsa serta orang lain termasuk diri kita yang ingin membantu. Persekitaran mangsa haruslah bebas dari sebarang bahaya.

R (Response) : Tindak Balas Tindak balas deria mangsa terhadap cahaya,suara,bunyi,sentuh,bau dan rasa haruslah diperhatikan.Mangsa yang mengerang kesakitan membuktikan dia masih sedar dan sistem sarafnya masih berfungsi.Mangsa yang tidak sedarkan diri,pengsan dan berkemungkinan nafasnya merupakan keadaan yang berbahaya bgi mangsa. A (Airways) : Saluran udara Mangsa haruslah dipastikan boleh bernafas tanpa sebarang halangan dan saluran udaranya terbuka.Jika bahan-bahan asing atau objek terdapat di dalam mulut mangsa,bahan-bahan itu haruslah dikeluarkan terlebih dulu.Kepala mangsa haruslah didongakkan ke belakang dan dgu ke atas bagi membuka saluran pernafasan dan mengelakkan lidah mangsa dari jatuh ke belakang. B (Breathing) : Bernafas Sekiranya mangsa masih tidak bernafas sedangkan jantungnya masih bergerak dan saluran sudah dibersihkan dan terbuka,bantuan pernafasan tiruan harus diberikan.Pernafasan tiruan ini terbahagi kepada dua iaitu,pernafasan mulut ke mulut ataupun mulut ke hidung. C (Circulation) : Peredaran Jika nadi magsa tidak berdenyut,resusitasi kardiopulmonari perlu diberikan. RESUSITASI KARDIOPULMONARI

33

Prosedur ini mengunakan pernafasan tiruan serta teknik tekanan dada mangsa.Apabila denyutan jantung terhenti,kaedah ini perlu dilakukan.Sistem kardiovaskular perlu terus berfungsi kerana jika sistem ini terhenti lebih dari 3-6 minit,kerosakan otak yang tidak boleh dibaiki lagi boleh berlaku. 1. Mangsa dibaringkan di atas lantai yang keras.Kita perlu berlutut di sebelah mangsa menghadap ke dadanya dan selari dengan jantungnya.Kepala mangsa didongakkan. 2. Tapak tangan ditekapkan di tengah-tengah dada mangsa.Kedua-dua belah tangan dirapatkan dengan jari-jari dipegang antara satu sama lain.Hal ini bagi membolehkan kedua-dua tangan dapat menekan bersama-sama. 3. Tangan diluruskan supaya tekanan yang dihasilkan lebih teguh dan kemas.Badan dibongkokkan sedikit dan tangan yag berada dalam keadaan tadi ditekan ke bawah. 4. Tanpa melepaskan tangan dari dada,gerakkan badan ke belakang sedikit bagi melepaskan tekanan. 5. Tekanan ke bawah diulangi sebanyak 15 kali pada kadar lebih kurang satu tekanan bagi setiap saat.Tekanan perlu diberkan secara berterusan. 6. Saluran udara mangsa dibuka dan dua hembusan pernafasan mulut ke mulut diberikan. 7. Apabila nadi mula bergerak,pernafasan mulut ke mulut diberikan sehingga pernafasannya pulih seperti biasa.

RUJUKAN

34

http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/senaman.htm http://dkadir.blogspot.com/search?q=jenis+senaman http://diabetesmalaysia.com/dietsenaman.htm http://www.myhealth.gov.my/ Buku nota pendidikan jasmani.oum.

This is G o o g l e's cache of http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/senaman.htm as retrieved on 5 Au G o o g l e's cache is the snapshot that we took of the page as we crawled the web. The page may have changed since that time. Click here for the current page without highlighting. This cached page may reference images which are no longer available. Click here for the cached text only. To link to or bookmark this page, use the following url: http://www.google.com/search? q=cache:oRv5IE99BE0J:www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/senaman.htm+senaman&h
Google is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its content.

These search terms have been highlighted: senaman

SENAMAN Jantung Cergas - Jantung Sihat Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda. Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung. Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai high density lipo proteins (HDL). Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada. Ia menugurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi. Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan. Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.

Bagaimana Hendak Bersenam Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.

35

Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda. Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali. Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat. Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman. Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan. Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit. Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.

Jenis-jenis Senaman Senamrobik Ia menguatkan ketahanan fizikal dan jantung. Mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh menambah keperluan oksigen di dalam badan. Ini melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas. Kalestenik Ia memperbaiki kelembutan atau kelenturan sendi dan otot. Ia melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti senamrobik. Ia membantu mengelakkan dari pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contohnya: regangan dan tai-chi. Senaman janganlah disalah tafsirkan sebagai sukan untuk pertandingan. Oleh itu, ianya hendaklan dilakukan mengikut keupayaan seseorang individu supaya ianya menjadi cergas. Dan, pilihlah jenis senaman yang dapat memberi keseronokan pada anda dan boleh dijadikan sebagai sebahagian dari kehidupan seharian anda.

Patuhilah Syarat-syarat Bersenam Lakukan senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan. Jangan bersenam ketika sakit atau cedera. Pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkannya selepas bersenam. Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat. Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.

Diterbitkan oleh Unit Pelajaran Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 200,000/C, 10/92

36

Kecederaan organ dalaman memudaratkan keupayaan diri. Kegiatan lasak termasuk bersukan sering dikaitkan dengan kecederaan.Lazimnya, kecederaan luar yang boleh dilihat seperti luka boleh dirawat, tetapi jika membabitkan organ dalaman sukat untuk diketahui. Akibatnyaada kecederaan membabitkan organ dalaman tidak dirawat sewajarnya sehingga menjadi lebih serius. Badan bukan sahaja mudah mendapat kecederaan sekiranya melakukan sesuatu aktiviti berat ataupun sukar, tetapi juga tugasan harian yang lazim dilakukan. Kajian mendapati ada pelbagai faktor boleh menyebabkan kecederaan pada fizikal luar badan, malah organ dalaman apabila melakukan kegiatan sebegitu. Kecederaan dalam organ badan mengundang kesakitan yang disebabkan oleh radikalbebas apabila tisu otot yang menyokong tulang turut tercedera.Bagi wanita, kecederaan dalam badan boleh berlaku sekiranya kekurangan kalsium dan mineral, tetapi lazimnya wanita sering mengalami sakit pada lutut. Ketua Fisioterapi Institut Sukan Negara (ISN), Zulkepli Abu Samahberkata, mereka yang aktif dalam sukan atau atlit adalah golongan yang berpotensi besar terdedah kepada kecederaan dalaman, tetapi kajian mendapati beberapa aktiviti ringan yang dilakukan juga mudah mengundang kecederaan. "Ramai yang menganggap senaman ringkas tidak memudaratkan, tetapi sebenarnya jika kita hendak melakukan senaman, perlu mengikut prosedur yang betul. Jika tidak, organ dalaman khususnya otot dan tisu boleh tercedera". "Puncanya, termasuk tidak membuat senaman memanaskan badan sebelummelakukan senaman berat, fizikal badan yang lemah, melakukan sesi latihan yang tidak tepat pada waktunya dan kurang pemulihan," katanya ketika ditemui di Bukit Jalil, baru-baru ini. Kecederaan pada tisu yang rosak atau koyak boleh dirawat dengan tiga komponen utama fisioterapi iaitu elektroterapi, hidroterapi dan senaman. Ketua Fisioterapi Institut Sukan Negara (ISN), Zulkepli Abu Samahberkata, mereka yang aktif dalam sukan atau atlit adalah golongan yang berpotensi besar terdedah kepada kecederaan dalaman, tetapi kajian mendapati beberapa aktiviti ringan yang dilakukan juga mudah mengundang kecederaan. "Ramai yang menganggap senaman ringkas tidak memudaratkan, tetapi sebenarnya jika kita hendak melakukan senaman, perlu mengikut prosedur yang betul. Jika tidak, organ dalaman khususnya otot dan tisu boleh tercedera".

37

"Puncanya, termasuk tidak membuat senaman memanaskan badan sebelummelakukan senaman berat, fizikal badan yang lemah, melakukan sesi latihan yang tidak tepat pada waktunya dan kurang pemulihan," katanya ketika ditemui di Bukit Jalil, baru-baru ini. Kecederaan pada tisu yang rosak atau koyak boleh dirawat dengan tiga komponen utama fisioterapi iaitu elektroterapi, hidroterapi dan senaman Tisu yang ada dalam badan manusia adalah organ yang menyokong pergerakan badan seperti yang ada pada bahagian lutut , pergelangan tangan dan kaki. Beliau berkata, perkembangan teknologi memungkinkan pelbagai kaedah rawatan bagi merawat kecederaan otot dalaman termasuk menggunakan peranti seperti mesin sonotron, ultrabunyi, dan mesin stimulasi elektrik yang tidak memerlukan pembedahan. Katanya, kaedah rawatan menggunakan peranti sonotron mampu mengurangkan kesakitan dengan cepat pada tisu lembut seperti dalam tendon, ligamen, otot dan sendi menerusi gelombang dikenali Corona Discharge Beam yang dikeluarkan alat berkenaan. "Dengan menggunakan kaedah rawatan terapi Sonotron mampu memberikan kesan baik dengan cepat. Begitu pun pesakit perlu merujuk kepada doktor sebelum mendapatkan rawatan ini bagi mengenalpasti tahap kecederaan yang dialami. Sekiranyalambat atau membiarkan ia terlalu sakitmaka otot akan menjadi lemah," katanya Zulkepli berkata, cara rawatan menggunakan Sonotron tidak menyakitkan tetapi pesakit mungkin mengalami sedikit rasa haba dan sengal pada bahagian yang dihalakan gelombang. Sonotron adalah alat terapi tidak invasif yang memberi kelegaan kesakitan pada kecederaan dalaman selain untuk merawat osteoartritis, bahu, leher, siku dan kecederaan akibat bersukan yang membabitkan otot dan tisu bengkak. Zulkepli yang berkhidmat di ISN bermula 1991 berkata, ISN menggunakan mesin terapi Sonotron bermula pada 1994 untuk merawat atlit yang mengalami kecederaan pada tisu, ligamen dan otot. "Selepas menguasai masalah kesakitan dengan Sonotron, senaman pada bahagian tangan, kaki atau bahu yang tercedera perlu dilakukan. Terapi senaman akan membantu merangsangkan rasa badan dan sistem tindak balas serta menolong mengukuhkan dan pergerakan badan," katanya. Zulkepli berkata, apa yang menariknya alat terapi Sonotron juga boleh digunakan pada bahagian semua jenis kulit yang mengalami kecederaan seperti melecur, luka atau kudis. Rawatan berkenaan yang boleh didapati di ISN juga terbuka kepada orang ramai, tetapi perlu membuat temu janji terlebih dahulu.

38

Você também pode gostar