Você está na página 1de 13

Apabila ibu bapa bimbang mengenai kualiti perhubungan mereka dengan anak-anak, mereka perlu mempertimbangkan dua perkara.

Pertama sama ada anak mahu memberitahu perasaan mereka, dan kedua, sama ada anak ingin berkongsi dengan ibu bapa.

Menyatakan perasaan hati adalah satu petunjuk penting kualiti perhubungan. Kanak-kanak biasanya tidak banyak bercakap mengenai perasaan mereka dan oleh itu, apabila mereka memberitahu seseorang mengenai perasaan mereka, itu menandakan keyakinan.

Untuk memberitahu seseorang tentang rahsia anda, terutama apa yang anda suka dan tidak suka dan perasaan yang memalukan memerlukan sifat keberanian. Apabila seseorang anak melakukannya, dia membukakan pintu emosinya. Di peringkat ini, ibu bapa perlu berhati-hati agar tidak mengeksploitasi kepercayaan ini dengan menyuruhnya membuat lebih banyak kerja rumah.

Ramai yang berpendapat bahawa perkembangan perhubungan anak-ibu bapa adalah sesuatu yang semula jadi dan dapat mengatasi ribut emosi kehidupan berkeluarga. Bagaimanapun, penyelidikan ke atas kanak-kanak menunjukkan bahawa banyak perkara yang boleh menjejaskan perhubungan antara anak dengan ibu bapa.

Konflik berterusan antara ibu bapa adalah sesuatu yang akan mengganggu mana-mana anak pun. Bila ini berlaku, anak berasa resah dan runsing. Malah ada sesetengah yang menyalahkan diri sendiri di atas pertengkaran ibu bapa mereka lalu mengunci hati dan mengasingkan diri daripada semua orang.

Kita lazimnya tidak menganggap bahawa mempunyai seseorang yang sakit di dalam keluarga boleh menimbulkan masalah, namun gangguan memang berlaku. Apabila ibu bapa meluangkan banyak masa terhadap anggota keluarga yang sakit, anak-anak berasa diabaikan. Mereka mula membuat perangai untuk mendapatkan perhatian, dan ini menjengkelkan ibu bapa, lalu mengakibatkan tindak balas kasar, dan dengan itu menjejaskan perhubungan.

Mungkin, peramal paling penting mengenai kualiti perhubungan ialah gaya pendisiplinan. Jika seseorang ibu atau bapa terlampau berkeras dengan anak, si anak mungkin berasa takut untuk berinteraksi dengan ibu atau bapa itu. Sebaliknya, jika ibu bapa tidak terlibat dengan keperluan seharian si anak, anak itu belajar untuk mengalih perhatian kepada mereka yang lebih terlibat. Tidak mengejutkan, ramai anak yang mempunyai perhubungan lebih kukuh dengan pembantu rumah, berbanding dengan ibu bapa mereka.

Apabila seseorang anak mempunyai perhubungan yang baik dengan ibu bapanya, konsensus umum ialah bahawa anak itu berasa lebih terjamin di rumah dan lebih gembira. Ini menghasilkan jati diri

lebih tinggi dan kesihatan mental positif secara umumnya. Seperkara lagi, seseorang ibu atau bapa yang mempunyai hubungan lebih kukuh dengan anaknya juga berada dalam keadaan yang lebih baik untuk membimbing anak itu, dan dengan demikian masalah pendisiplinan mungkin dikurangkan.

Banyak perkara yang ibu bapa boleh lakukan untuk memperbaiki perhubungan dengan anak-anak mereka. Di sini ada beberapa cadangan:

A) Menerima anak anda seadanya

Setiap orang mempunyai keperluan untuk diterima seperti seadanya. Apabila seseorang bersikap terlalu menilai tabiat semula jadi dan keterampilan fizikal seseorang, anda merenggangkan orang itu. Begitu juga dengan kanak-kanak. Oleh itu, jika ibu bapa boleh belajar menerima kekuatan dan kekurangan anak, juga sikap suka dan tidak sukanya, anak akan berasa bahawa ibu bapa adalah orang yang boleh dibawa berbual.

B) Ketahui minat anak anda

Untuk mengenali seseorang, bererti mengetahui cita rasa orang itu. Di mana yang berkaitan dengan kanak-kanak, ia bererti mengetahui makanan kegemaran dan yang lebih penting, permainan kegemaran mereka. Bermain barangkali adalah satu aktiviti amat penting untuk semua kanak-kanak.

Apabila ibu bapa menaruh minat di dalam permainan si anak, dan cuba sedaya upaya untuk ikut serta, anak memandang ibu bapa sebagai rakan.

C) Luangkan masa untuk bermain dengan anak anda

Meluangkan masa dengan seseorang anak adalah satu perkara. Setiap ibu bapa melakukannya, dan ramai memberitahu kita bahawa ia dilakukan menerusi tuisyen dan penghantaran anak dari satu tempat ke tempat yang lain. Malangnya, perspektif yang kanak-kanak ambil adalah berbeza daripada orang dewasa. Oleh itu, masa umum yang ibu bapa luangkan dengan anak-anak mereka tidak dianggap sebagai menyeronokkan. Bagi seseorang anak, bermain adalah menyeronokkan, dan oleh itu ibu bapa perlu mencari sedikit masa setiap hari untuk bermain dengan anak-anak mereka.

D) Perhatikan dan puji anak anda mengenai perkara-perkara baik yang mereka lakukan

Manusia menjadi mesra kepada yang lain, apabila mereka mempunyai kemesraan di dalam diri. Kemesraan ini boleh diwujudkan dengan cara menyebut perkara-perkara yang baik mengenai orang lain. Ini bererti pujian dan sanjungan. Apabila ibu bapa memerhatikan anak-anak mereka melakukan perkara-perkara yang positif, dan memberi pujian yang positif, anak-anak memandang ibu bapa mereka secara yang positif. Dengan itu, mereka akan cenderung untuk berinteraksi dengan ibu bapa mereka bagi mendapatkan lebih banyak maklum balas yang positif.

E) Dengar apa yang ingin diperkatakan oleh anak anda

Apabila ibu bapa meluangkan masa dengan anak, ia juga adalah satu peluang untuk memahami anak itu. Memahami seseorang bererti menyedari perasaan mereka mengenai sesuatu perkara. Cara yang terbaik untuk melakukan ini ialah dengan mendengar apa yang anak itu kata dan rasakan. Apabila ini berlaku, anak-anak sedar bahawa ibu bapa mereka memberi perhatian kepada mereka, lalu bersedia untuk bercakap lebih banyak lagi.

Memupuk perhubungan yang positif dengan anak anda adalah penting. Ia lebih mudah dilakukan semasa mereka lebih muda, berbanding ketika mereka lebih tua. Ini membina asas yang kukuh untuk kepercayaan dan kehidupan berkeluarga yang lebih terjamin. Melalui Seminar Keibubapaan Kempen One By One anjuran Amway, ramai ibu bapa yang belajar bahawa berinteraksi dengan anak-anak mereka boleh dicapai dengan cara yang menggembirakan dan munasabah. Bagi kebanyakan mereka, ia adalah permulaan satu fasa baru dalam kehidupan berkeluarga. Bercakaplah dengan anak-anak anda. Lakukannya sekarang, dan anda pasti akan melihat kesihatan mental yang positif untuk jangka masa yang panjang. nstitusi keluarga adalah tonggak kepada pembinaan sebuah komuniti, kampung, daerah atau wilayah, negeri sehinggalah kepadapembentukan negara yang harmonis. Kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada kejayaan kelompok mikro, iaitu komuniti kampung dan keluarga.

Sekiranya ibubapa berjaya memimpin ahli keluarga, ketua kampung atau penghulu boleh dikira telah berjaya sebahagian besarnya.

Kampung cemerlang, kepimpinan negeri akan lebih banyak mempunyai ruang untuk memajukan negeri tanpa banyak kerenah dan masalah dalaman, yang mana hari ini menjadi isu yang mengganggu seperti keruntuhan sosial, keretakan rumahtangga, pergaduhan, pembunuhan, jenayah dan sebagainya.

Lantaran itu, untuk langkah pengukuhan menjadikan profesion kepemimpinan dipandang tinggi, ia mesti bermula dengan dengan memartabatkan profesion ibubapa untuk dihayati oleh semua.

Hari ini, profesion kepemimpinan dalam jabatan, syarikat mahupun politik menjadi rebutan ramai orang. Menjadi seorang YB adalah satu kemegahan, meskipun berdepan dengan pelbagai reaksi dan kadangkala tentangan daripada rakyat setempat.

Ironisnya, menjadi pemimpin dalam keluarga banyak tidak diendahkan malahan ramai yang tidak jelas tentang bidang tugas serta mengabaikannya. Barangkali kerana tidak ada pilihanraya di kalangan ahli keluarga sama ada boleh melantik semula atau menggugurkan ibubapa daripada jawatan tersebut.

Idea mewujudkan piawaian keluarga cemerlang adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan, agar profesion ibubapa dipandang tinggi dengan adanya tahap penilaian seperti ini. Ia juga membolehkan untuk diberi pengiktirafan kualiti perkhidmatan ibubapa kepada anak-anak, kualiti hubungan anakanak dalam keluarga serta beberapa aspek lain yang berkaitan, sepertimana pengiktirafan anugerah kualiti di peringkat jabatan, negeri dan nasional.

Usaha sebegini adalah perlu dijayakan dengan sokongan semua pihak. Penubuhan Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) adalah sesuatu yang tepat untuk menerajui masyarakat ke arah memikirkan cabaran, solusi, masa depan ibubapa menghadapi peredaran zaman.

Dahulu, isu sebegini tidak difikirkan secara serius memandangkan kebanyakan ibubapa melaksanakan duti mereka secara sepenuh masa, di samping menjalankan kerja-kerja mencari rezeki. Hari ini, baik ibu mahupun bapa, kebanyakannya secara sepenuh masa terlibat dengan urusan kerja di luar rumah, meninggalkan anak-anak dan keluarga di bawah pengawasan pembantu

Begitu juga dari sudut perspektif yang lain, profesion ibubapa adalah satu jawatan yang mempunyai pengaruh dan bidang kuasa yang komprehensif. Di samping elemen kepemimpinan yang seringkali menjadi rebutan orang ramai pada hari ini, ibubapa juga adalah guru, kaunselor dan rakan karib.

Secara mudah, persoalan seperti, berapa banyak masa kita peruntukkan setiap hari untuk melaksanakan tugas pengajaran kepada anak-anak.

Ataupun anak-anak kita hanya hadir kuliah sekali seminggu atau sebulan? Jika keberadaan guru atau pensyarah dalam kelas diambilkira sebagai sesuatu yang serius, kenapa tidak ibubapa?

Barangkali ramai ibubapa berpendapat, bidang tugas mereka hanya menjaga anak-anak semasa bayi? Malah hari ini, mulai ramai anak-anak yang dibesarkan oleh pembantu rumah dan pusat-pusat jagaan sejak dari bayi?

Ibu dan bapa adalah guru wanita dan lelaki, saling melengkapi tugas masing-masing. Guru wanita lebih sesuai sebagai guru kaunselor dan guru lelaki pula amat sesuai sebagai guru disiplin.

Begitu indah jika tugas hakiki ibubapa sebegini berlangsung dalam bentuk sinergi yang melengkapkan tugas pengajaran anak-anak seperti sebuah sekolah.

Tidak bermakna, tidak ada peranan guru di sekolah, tetapi ibubapa adalah guru sebenar manakala guru-guru di sekolah adalah pembantu menjayakannya.

Begitu juga, ibubapa adalah pengasuh sebenar manakala pembantu rumah atau pusat jagaan adalah pembantu. Kedua-duanya perlu dinilai prestasi mereka dari masa ke semasa. Sebagai ibubapa, apakah kita telah melaksanakan tugas kita sebagai guru yang berjaya, kaunselor yang dipercayai, guru disiplin yang menyelesaikan kebanyakan masalah disiplin, ataupun rakan karib yang menjadi tempat anak-anak berkongsi kehidupan? Ataupun ada guru lain yang lebih disanjungi selain kita? Kaunselor lain yang lebih dipercayai? Guru disiplin lain yang lebih dihormati? Atau rakan karib lain yang sering mereka berkongsi segala-galanya?

Hasilnya, ramai di kalangan ibubapa yang menjawat jawatan-jawatan di atas tetapi tidak ada kuasa melaksanakannya, hilang kepercayaan, tidak dihormati malah ditentang terang-terangan oleh anakanak, yang sudah tentu ada guru, kaunselor dan rakan karib lain yang mempengaruhi hidup mereka.

Terdapat idea ke arah mewujudkan Standard Keluarga Cemerlang yang saya kira amat wajar dipertimbangkan, di mana ia perlu diselarikan dengan skop tugas keibubapaan yang perlu dirangka lebih dahulu.

Tidak perlulah ditimbulkan isu profesion berbayar ataupun tidak, tetapi lebih penting bidang tugas jawatan yang kita sandang itu terlaksana ataupun tidak?

Ibubapa perlu merasakan tugas keibubapaan tersebut sebagai amanah kepemimpinan di mana rakyatnya adalah ahli keluarga ; megah dengan profesion tersebut, berkongsi pandangan dan pengalaman dengan rakan sejawat lain bagi penambahbaikan perkhidmatan keibubapaan dari masa ke semasa.

Institusi kekeluargaan di Malaysia sedang menghadapi pelbagai cabaran dan perubahan. Sejajar dengan itu, peranan institusi keluarga turut berubah dari masa ke semasa bersesuaian dengan faktor persekitaran dan situasi semasa. Antara peranannya ialah menjadi agen utama dalam proses sosialisasi anak-anak, proses perkembangan dan pembesaran mereka dan pembangunan potensi setiap ahli keluarga. Seterusnya, kefungsian keluarga dan peranannya melebar sebagai pencorak perkembangan dan kesejahteraan rakyat.

Memandang kepada fungsi dan peranan tersebut, institusi keluarga perlu berdaya tahan menangani cabaran-cabaran hidup yang sangat kompleks seperti penjagaan anak di kalangan pasangan dwikerja, keibubapaan anak remaja dan tanggungjawab kepada ibu bapa yang telah tua. Justeru, institusi keluarga perlu diperkukuh dan diperkasa dengan ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang terkini secukupnya.

Kesan Kehidupan Kekeluargaan

Keupayaan keluarga untuk mengharungi arus pemodenan dan pembangunan menjadi isu utama yang perlu diberi perhatian. Oleh yang demikian, menurut Dato Aminah Abdul Rahman, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), beberapa kesan kehidupan kekeluargaan perlu diambil perhatian.

Antaranya daripada aspek pendidikan kemahiran keibubapaan berteraskan tanggungjawab bersama suami isteri perlu diutamakan agar peranan yang dimainkan lebih signifikan membina keluarga yang sejahtera.

Keduanya, intervensi untuk membimbing golongan remaja perlu diperhebatkan. Penglibatan keluarga dalam program pemulihan remaja bermasalah dan hukuman seperti kerja-kerja khidmat masyarakat dan kaunseling boleh dikuatkuasakan.

Ketiganya, memberi perhatian yang khusus dan berterusan terhadap program-program yang berbentuk support system perlu dilaksanakan. Menerusi sistem sokongan yang diwujudkan sama

ada di tempat kerja atau dalam komuniti, dapat membantu keluarga untuk berkongsi masalah dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini.

Antara cadangan yang dikemukakan oleh beliau ialah memperluaskan penyediaan pusat penjagaan anak di tempat kerja dan pemberian subsidi untuk menampung kos penjagaan anak yang semakin tinggi. Selain itu, peruntukan cuti khas kepada ibu bapa seperti membawa anak ke hospital, menghadiri mesyuarat PIBG dan menghadiri aktiviti sukan anak-anak juga wajar dipertimbangkan.

ICT Panduan Untuk Keluarga

Hari ini kita melihat menifestasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ringkasnya ICT begitu pelbagai.. Di pihak ibu bapa, kesedaran terhadap cabaran-cabaran menifestasi ini amat penting bagi membantu ibu bapa memastikan ICT dimanfaatkan dan anak-anak diberi perlindungan dari penyalahgunaan teknologi ini.

Dalam Seminar Intitusi Keluarga Mendepani Cabaran Semasa anjuran IKIM pada 26-27 Mei yang lalu, Tn. Shaikh Mohd Saifuddeen, Pengerusi Eksekutif Yayasan Ilmuwan telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk Anak-anak dan Perkembangan Terkini Teknologi Maklumat: Panduan untuk keluarga.

Melalui pembentangan tersebut, dikongsikan serba sedikit maklumat lima aplikasi berasaskan internet yang popular dilayari oleh anak-anak zaman sekarang. Dahulu, kebimbangan ibu bapa adalah capaian anak-anak kepada laman-laman ponografi. Namun pada hari ini telah terdapat alternatif-alternatif lain antaranya ialah sembang internet, permainan atas talian, blog, jaringan sosial internet dan perkongsian fail.

Menifestasi ICT bukan setakat komputer dan internet. Alat seperti telefon bimbit juga merupakan salah satu manifestasi ICT. Zaman ini, telefon mudah alih boleh digunakan untuk menerima gambar, animasi dan video, tidak seperti peringkat awal penggunaannya yang menghantar dan menerima teks sahaja.

Pastinya kita selalu melihat berita di dada-dada akhbar bahawa video-video yang bersifat peribadi dan lucah diambil menggunakan kamera video pada telefon mudah alih. Kemudian, video tersebut ada yang dihantar menggunakan perkhidmatan Sistem Pesanan Multimedia (MMS) atau dimuat naik ke laman sesawang, blog atau portal. Jika kemudahan ini tidak dipandu oleh ibu bapa, ia akan membawa penyalahgunaan yang mengundang kemudaratan.

Pada waktu yang sama, pembentang juga mengusulkan kepada ibu bapa agar jangan melupakan ancaman-ancaman yang lebih kecil sifatnya. Beliau memberi contoh tentang masalah ketagihan internet apabila anak-anak menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan komputer dengan bermain permainan internet, bersembang, memuat turun video, mengemas kini blog dan aplikasi jaringan sosial internet serta macam-macam kemudahan lagi.

Jelas beliau, ketagihan internet yang tidak dikawal boleh membawa masalah besar kepada anakanak terutamanya dari sudut kesihatan (kurang tidur, kurang rehat dan makan tidak teratur), proses sosialisasi (lebih mudah berinteraksi dengan kawan-kawan secara siber berbanding bersemuka), aspek spiritual (lebih gemar menggunakan internet daripada menggunakan masa bagi tujuan ibadah) dan konteks pembelajaran (masa bagi mengulangkaji digunakan bagi tujuan internet).

Namun demikian, dalam kita membicarakan risiko dan ancaman yang dibawa oleh ICT, jangan dilupakan akan manfaat yang diraih daripadanya. Segalanya terletak dibahu kita untuk memberi pilihan kepada anak-anak sama ada memilih jalan selamat atau jalan yang membawa mudarat. Sebagaimana ibu bapa memberikan garis panduan kepada anak-anak untuk menjalani kehidupan nyata, begitulah panduan yang harus diberikan kepada anak-anak dalam menjalani kehidupan siber. topik_216

Aktiviti Yang Sihat Untuk Anak-anak

Peranan keluarga sebagai agen sosialisasi utama tidak pernah berubah dengan peredaran masa. Anak-anak bergantung kepada ibu bapa untuk bimbingan dalam semua aspek kehidupan. Ibu bapa juga mempunyai tanggungjawab paling signifikan tentang minat dan nilai remaja dalam aktiviti tertentu (Shannon, 2006).

Kemahiran keibubapaan adalah peranan paling asas dan utama yang menentukan remaja berkembang secara positif dan melibatkan diri dalam aktiviti sihat atau sebaliknya. Menurut Dr. Siti Nor Yaacob, Pensyarah Kanan Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, UPM, terdapat ciri atau peranan ibu bapa yang boleh mempengaruhi perasaan positif remaja dan menghindari mereka daripada aktiviti bermasalah. Antaranya adalah:

Pengawasan ibu bapa. Pengawasan memerlukan ibu bapa menetapkan peraturan dan batasan kepada tingkah laku remaja untuk membentuk kawalan kendiri mereka. Remaja yang mempunyai kawalan kendiri akan membuat pertimbangan kesan penglibatan mereka dalam aktiviti yang dilakukan.

Penglibatan ibu bapa. Ibu bapa juga harus melibatkan diri dengan aktiviti di sekolah dan luar sekolah. Kekerapan berhubung dan berbincang dengan guru akan melahirkan anak yang beraspirasi tinggi dan kurang masalah tingkah laku.

Keputusan keluarga. Ibu bapa perlu berkongsi dengan remaja apabila membuat keputusan tentang aktiviti dan tingkah laku remaja. Jangan terlalu memberi kebebasan kepada remaja dalam membuat keputusan sehingga mengabaikan aspek kesihatan dan keselamatan mereka.

Rakan kepada anak. Ringkasnya, ibu bapa menjadi kawan kepada anak-anak untuk membina keterbukaan dan selesa untuk berkongsi pandangan, masalah dan perasaan masing-masing.

Luangkan masa. Ibu bapa perlu berusaha untuk meluangkan masa dengan berbual, berkongsi cerita dan melakukan aktiviti bersama. Masa bersama boleh mewujudkan kemesraan dan kasih sayang.

Jadi contoh. Apa yang dilakukan oleh ibu bapa lebih berkesan dinilai oleh anak-anak berbanding apa yang dilkta. Ibu bapa yang terlibat dengan aktiviti komuniti pula mungkin memberi mesej yang jelas kepada remaja tentang aktiviti yang sihat berbanding ibu bapa yang pasif dalam komuniti.

Isi jiwa anak dengan penghayatan agama. Remaja yang taat kapada Tuhan akan mengawal diri daripada aktiviti yang tidak bermanfaat buat dirinya. Selain ibu bapa menjadi contoh dalam aktiviti spiritual, penerapan nilai yang sama perlu diusahakan dalam pembentukan dan perkembangan remaja. Selalulah berdoa untuk kebaikan mereka. Setelah sekian lama kita disarankan dengan konsep masa berkualiti ini, fahamkah kita akan maksudnya yang sebenar? Apa yang dimaksudkan dengan masa berkualiti dengan keluarga? Apakah ia bermaksud "ke-ber-ada-an" kita dengan mereka? Apakah dengan ber-adanya kita dengan mereka itu dapat ditakrifkan sebagai meluangkan masa secara berkualiti? Ataukah ada aspek lain yang lebih penting dari semata-mata berada dalam lokasi yang sama pada sesuatu masa?

Jika kita ingin mengatakan bahawa kita meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak, apakah corak kegiatan yang kita lakukan? Apakah kekerapan kita melakukan kegiatan tersebut? Dengan segala kegiatan dan kekerapan ini, apakah unsur lain bagi mengesahkan yang masa tersebut telah diisi secara berkualiti?

Memang sukar untuk mendefinisikan maksud masa berkualiti. Walau bagaimanapun, saya ingin cuba untuk memberi definisi yang pada saya dapat menggambarkan maksud masa berkualiti ini.

Masa berkualiti merujuk kepada satu masa di mana sekumpulan orang meluangkan masa secara bersama dengan melakukan sesuatu yang bersifat interaktif dan memberi makna kepada semua yang terlibat.

Jangkamasa bersama itu tidak penting tetapi ia mestilah memadai untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang bersifat interaktif memerlukan kedua-dua belah pihak berinteraksi sesama sendiri ketika melakukan perbuatan tersebut. Di masa yang sama, aktiviti dan interaksi yang berlaku mampu memberi makna kepada semua pihak yang terlibat. Ini bererti interaksi tersebut berhasil untuk mendatangkan manfaat kepada semua yang terlibat baik dari segi mengeratkan hubungan, mengenali di antara satu sama lain dan sebagainya.

Jadi, dalam konteks keluarga, makan malam bersama di mana semua ahli keluarga makan bersama sambil bercerita tentang apa yang berlaku kepada mereka sepanjang hari boleh dianggap sebagai satu masa yang diluangkan secara berkualiti. Begitu juga dengan keluarga yang bermain board games bersama. Ia nampaknya bermain tetapi melalui interaksi tersebut berbagai makna yang tersurat dan tersirat dapat dirasai oleh semua yang terlibat. Begitu juga dengan bersukan, menolong anak membuat kerja sekolah, mengajar anak mengaji dan seumpamanya.

Sebaliknya, sebuah keluarga yang menonton televisyen bersama tetapi masing-masing asyik dengan cerita yang ditonton tanpa bercakap sepatahpun, melainkan "Minta kuaci tu sikit!", bukanlah meluangkan masa mereka secara berkualiti. Sebaliknya, mereka hanya menonton bersama. Begitu juga ibubapa yang meminta anak-anak membantunya mencuci kereta. Sekiranya aktiviti tersebut tidak disetujui oleh anak-anak dan tiada interaksi semasa melakukannya, sebaliknya hanya ingin menyelesaikan tugas tersebut, maka ia bukanlah satu luangan masa berkualiti. Jadi, bolehlah dikatakan bahawa aspek penting dalam masa berkualiti ini ialah interaksi yang bermakna.

Dengan definisi ini, saya boleh mengatakan bahawa kita masih boleh meluangkan masa berkualiti dengan sesiapa sahaja tanpa berada di satu lokasi dengan mereka. Sebagai contoh, ibubapa masih boleh meluangkan masa berkualiti dengan anak mereka yang menuntut di luar negara melalui telefon, misalnya atau surat, atau e-mail.

Walaupun ada jurang antara masa ibubapa menulis surat dengan masa anak membacanya, masa ini boleh dianggap sebagai masa berkualiti kerana apabila anak membaca surat tersebut, ia merasa hampir kepada ibubapanya, disayangi dan dirindui. Pastinya, ini hanya berlaku jika kandungan surat tersebut mengandungi luahan rasa serta nasihat yang bermakna kepada anak-anak dan bukannya satu notis penghantaran wang saku semata-mata.

Sebagaimana yang kita tahu, konsep masa berkualiti ini adalah satu konsep yang secara relatifnya baru. Kalau tidak silap, ianya mula disarankan dalam tahun 1980an. Jika demikian, apakah konsep

masa berkualiti ini hanya timbul dalam zaman ini sahaja? Apakah di zaman lampau atau 30 tahun yang lalu, ahli masyarakat mempunyai begitu banyak masa sehingga mereka tidak perlu kepada penggunaan masa berkualiti? Apakah 50 tahun yang lalu, seorang bapa mampu meluangkan 4 jam sehari untuk anak-anaknya dan seterusnya generasi yang lebih awal dari itu meluangkan masa 6 jam sehari bersama anak-anaknya? Bagaimana pula keadaan generasi yang terdahulu? Bagaimana dengan Junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w?

Rasulullah s.a.w, sepertimana yang kita tahu, merupakan seorang manusia biasa. Ini bermakna seperti manusia yang lain, Baginda memainkan banyak peranan dalam hidupnya. Baginda merupakan seorang hamba Allah, seorang individu yang ada keperluan sendiri, seorang suami, seorang ayah, seorang datuk, seorang Rasul dengan segala tanggungjawab dakwah dan tidak terkecuali, Baginda merupakan seorang negarawan. Namun, dengan segala kesibukan ini, Baginda tidak sesekali mengabaikan keluarganya.

Baginda Rasulullah s.a.w. sentiasa memastikan bahawa Baginda meluangkan masa dengan ahli keluarganya, baik dengan isteri-isteri Baginda, anak-anak, juga cucu-cucunya. Kita juga tahu, pada suatu ketika, Baginda yang pada saat itu memiliki sembilan orang isteri, memastikan bahawa Baginda melawat kesemuanya pada setiap hari. Kini terbukti bahawa lawatan-lawatan tersebut bukan semata-mata untuk makan dan tidur, tetapi lebih dari itu. Hasilnya, isteri-isteri Baginda semuanya terkenal sebagai pendakwah yang terkemuka, menjadi tempat rujukan masyarakat Islam pada ketika itu dan ada di antaranya yang menjadi perawi hadis yang berwibawa. Ini menunjukkan wujudnya penggunaan konsep masa berkualiti dalam kehidupan Baginda serta kejayaannya. Tidakkah kita merasa terpanggil untuk mengetahui bagaimana Baginda melakukannya agar kita juga dapat manfaatnya?

Jika kita membaca sirah Rasulullah, kita dapati bahawa walaupun interaksi Rasulullah dengan para isteri baginda berlaku dalam jangka waktu yang singkat, tetapi berbagai ilmu yang telah diturunkan kepada isteri-isteri Baginda. Ini terbukti bila isteri-isteri Baginda meriwayatkan sesuatu hadis yang diperolehi semasa mereka bersama Rasulullah. Bukan dengan isteri-isteri Baginda sahaja, anak baginda, Fatimah Az-Zahrah juga tidak kurang pengetahuannya hasil dari didikan ayahnya itu. Kita juga sering terbaca kisah Rasulullah bermain-main dengan cucunda Baginda, Hasan dan Husin.

Ternyata pemakaian konsep masa berkualiti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat. 50 tahun dahulu misalnya, bila mana keluarga Melayu bergantung kepada pertanian sebagai punca pendapatan, ibubapa juga sibuk mencari rezeki. Pastinya, mereka juga cuba mendekati anak-anak mereka dan mengajar anak-anak tentang apa yang perlu mereka tahu. Ada di antara mereka meluangkan masa bersama anak sambil mengajar mereka membuat pedang, gasing, memesin getah dan sebagainya. Ini juga boleh dianggap sebagai peluangan masa secara berkualiti.

Pembangunan teknologi maklumat kini pastinya meninggalkan kesan kepada penggunaan konsep masa berkualiti dalam kehidupan seharian kita. Alat-alat canggih dalam era teknologi maklumat ini, seperti alat teknologi lain, boleh digunakan untuk kebaikan keluarga, mahupun sebaliknya. Ada yang melihatnya sebagai peluang untuk meningkatkan kualiti hubungan keluarga, namun tidak kurang yang melihatnya sebagai penghalang kepada hubungan kekeluargaan itu sendiri. Ini semua bergantung kepada kebijaksanaan kita menggunakannya.

Laporan Lexmark tentang "Computing and the American Family" (Berita Harian, 18 Disember 1996) menemui bahawa dari segi komunikasi, ramai mengakui bahawa komputer telah memberi lebih masa berkualiti kepada keluarga. Penggunaan komputer dalam keluarga telah menjurus kepada komunikasi yang lebih antara ahli keluarga, saling berhubung dan berinteraksi. 74% responden melaporkan mereka menggunakan e-mail untuk saling berhubung dengan rakan dan ahli keluarga. Manakala 63% yang menggunakan internet mengakui internet telah membolehkan jalinan perhubungan dipelihara. Komputer telah digunakan untuk jalinan perhubungan peribadi dengan rakan-rakan (77%) dan keluarga (71%).

Itu dari segi penggunaan e-mail. Selain e-mail, terdapat berbagai laman web yang berasaskan keluarga yang boleh dilawati bersama oleh sesebuah keluarga dan diambil manfaat darinya. Selain laman web bersifat keluarga, banyak laman web lain yang boleh memberikan manfaat kepada ahli keluarga secara bersama. Misalnya, ibu dan anak perempuan yang menggemari fesyen terkini, mereka boleh melawat mana-mana laman web tentang fesyen secara bersama. Begitu juga dengan bapa dan anak lelaki, mereka boleh melawat laman web permainan sukan tertentu secara bersama. Ini tentunya akan memberi kesan positif terhadap ikatan (bonding) antara anak-beranak.

Begitu juga dengan telecommuting. Bekerja di rumah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana ia memberikan ahli keluarga peluang yang lebih untuk berkongsi masa berkualiti (New Straits Times, 20 Februari 1999). Ini lebih bermakna bagi golongan ibu tunggal di mana mereka tidak perlu risau untuk memikirkan hal penjagaan anak jika ingin keluar bekerja.

Ada orang yang tidak percaya bahawasanya konsep masa berkualiti ini boleh berjaya. Bagi mereka, masa berkualiti hanyalah satu alasan ibubapa untuk meluangkan sedikit masa untuk anak-anak tanpa merasa bersalah (http://www.ozemail.com.au/~chriskaz/attachparent/. Bagi golongan ini mereka berpendapat bahawa kita perlu meluangkan masa yang banyak untuk anak kita sekiranya kita mahu mereka membesar dengan sempurna. Dalam kata lain, mereka percaya kepada konsep masa berkuantiti. Satu golongan yang lain pula atas sebab-sebab tertentu hanya bersama anak-anak bila ada kesempatan. Namun, bagi saya, antara kedua-dua ekstrim ini, konsep masa berkualiti walaupun tidak sempurna merupakan alternatif terbaik untuk keluarga zaman kini, terutamanya yang kedua suami-isterinya bekerja. Coleman dan Cressey (1993: 110) mentakrifkan keluarga sebagai a group of people by marriage, ancestry or adoption who live together in a common household, (Kamus Dewan 1994) mencatitkan definisi keluarga sebagai seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau

berserta anak-anak. Mahmood (1997) mentakrif keluarga sebagai unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak dan yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian hidup tertentu dalam kelompok sosial berkenaan.

Daripada perspektif Islam, keluarga adalah suatu unit sosial yang majmuk sifatnya (extended). Keluarga majmuk ini terangkum dalamnya, bukan sahaja ibu bapa dan anak-anak tetapi juga datuk, cucu cicit, adik beradik dan saudara mara. Di bawah konsep keluarga tersebut mungkin terdapat lebih daripada sebuah rumahtangga (poligami). Dari masa ke semasa, kelompok-kelompok rumahtangga ini boleh terpisah daripada rumahtangga yang lain, tetapi dalam masa yang sama ia terangkum dalam suatu ikatan keluarga. Dalam banyak hal ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala (Mahmood, 1997).

bu bapa merupakan guru pertama dan paling lama bagi anak-anak mereka. Dalamproses perkembangan yang biasa, ibu bapalah yang banyak menyokongperkembangan bahasa, sosial dan akademik anak-anak mereka. Terdapat buktipositif dalam tempoh 30 tahun yang lepas yang menunjukkan bahawa mengajar kemahiran spesifik kepada ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan anak-anak di bawah jagaan mereka.Ibu bapa merupakan unit asas dalam keluarga dan peranannya sangat pentingdalam pembentukan keluarga yang bahagia. Ini memerlukan pengurusan keluargayang dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah. Peranan ibu bapasangat penting dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara komited

Você também pode gostar