Você está na página 1de 13

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ASPEK TATABAHASA
DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAHASA MALAYSIA

TAHUN 4 SK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Membina pelbagai jenis dan bentuk ayat dalam pelbagai konteks

Membina ayat yang betul, tepat dan gramatis

PENGAJARAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH

Menggunakan imbuhan yang membawa kelainan erti kata

Menggunakan frasa yang betul

Menggunakan pelbagai jenis golongan kata dalam pelbagai konteks

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Penguasaan asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat.

Penekanan kepada aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul.

Penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

KONSEP ASPEK TATABAHASA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PRINSIP ASPEK TATABAHASA


Menitikberatkan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks petikan yang digunakan. Memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada lebih kompleks.

Tidak menggalakkan pelajar menghafalkan rumus atau hukum bahasa.

Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa.

Mengajar secara konkrit dengan menggunakan bahan bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik dan berkesan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan bentuk simulasi secara berkesan.

Mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Guru perlu mahir tentang selok-belok tatabahasa yang hendak disampaikan.

Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih dahulu.

Tatabahasa diajar dan digunakan dalam konteks.

Istilah dan fungsi tatabahasa boleh diperkenalkan untuk pengetahuan dan kefahaman.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERBEZAAN PENGAJARAN ASPEK TATABAHASA


KBSR tatabahasa diajar secara penyerapan atau sisipan manakala KSSR pula tatabahasa diajar secara PER SE/ secara langsung

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Pengajaran aspek tatabahasa secara khusus diperuntukkan masanya. Kemahiran bahasa berlaku serentak dalam pengajaran tatabahasa

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

STANDARD KANDUNGAN
5.1

STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am konkrit dan penjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks. Memahami dan menggunakan kata nama khas tak hidup dengan betul mengikut konteks. Memahami dan menggunakan kata ganti nama tunjuk dengan betul mengikut konteks. Memahami dan menggunakan kata kerja pasif dengan betul mengikut konteks. Memahami dan menggunakan kata adjektif dan kata penguat dengan betul mengikut konteks.

Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.

5.1.2

5.1.3

5.1.4

5.1.5

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

STANDARD KANDUNGAN
5.1

STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul mengikut konteks. Memahami dan menggunakan kata bantu, kata perintah dan kata pemeri dengan betul mengikut konteks.

Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.

5.1.7

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

STANDARD KANDUNGAN
5.2

STANDARD PEMBELAJARAN

5.2.1 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul. 5.2.2

Memahami dan menggunakan imbuhan akhiran an, -kan, i, imbuhan apitan pada kata kerja, kata nama dan kata adjektif serta imbuhan pinjaman dengan betul dalam pelbagai situasi. Memahami dan menggunakan kata ganda separa dengan betul dalam pelbagai situasi.

5.2.3

Memahami dan menggunakan kata majmuk bentuk yang telah mantap dengan betul dalam pelbagai situasi.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

STANDARD KANDUNGAN
5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi.

STANDARD PEMBELAJARAN
5.3.1 Memahami dan membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat yang betul dalam pelbagai situasi. Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif dengan betul dalam pelbagai situasi.

5.3.2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PENDEKATAN PENGAJARAN TATABAHASA

Memulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat. Struktur yang dipilih disesuaikan dengan aktiviti komunikasi. Murid digalakan berinteraksi atau berkomunikasi sebagai latihan. Pendekatan ini berpusatkan murid dan dibantu oleh bahan rangsangan.

Guru memberi definisi atau konsep (generalisasi) tentang aspek. Murid memberi contohcontoh berdasarkan aspek. Guru memberi definisi lengkap tentang aspek.

Komunikatif

Deduktif

Pendekatan yang menggabungkan ciri-ciri pendekatan deduktif dan induktif bagi menghasilkan satu strategi Guru memberi contohcontoh aspek Murid membuat generalisasi berdasarkan contoh-contoh yang diberi. Murid memberi contohcontoh lain yang berkaitan.

Eklektif

Induktif Guru memberi contohcontoh aspek guru dan murid bersoal jawab berdasarkan contoh untuk membuat generalisasi. Pelajar diminta memberi contoh-contoh lain.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan dengan memilih teknik pengajaran yang menarik dan berkesan kepada murid-murid.

RUMUSAN

Tatabahasa dengan kemahirankemahiran bahasa yang lain memang tidak dapat dipisahkan kerana berdiri sebagai inti pati bahasa itu sendiri.

RUMUSAN
Pengajaran aspek tatabahasa secara terancang mampu melahirkan murid yang dapat berbahasa dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Murid harus mengetahui dan berkeupayaan berbahasa dengan menggunakan tatabahasa yang betul dan tepat dalam bentuk lisan mahupun penulisan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

SEKIAN

TERIMA KASIH

Você também pode gostar