Você está na página 1de 36

Adab Menghormati Guru (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah

Shallallahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Tiada seorang pun dalam kehidupan insan, selain daripada kedua ibubapa yang lebih berjasa dan layak dihormati melebihi daripada guru. Tetapi guru adalah pewaris ilmu dan pewaris ilmu ialah ulama, sementara ulama pula adalah pewaris para nabi. Begitulah kedudukan ilmu, guru dan ulama adalah saling berkaitan. Renungkan firman Allah S.W.T yang bermaksud: Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah ali-Imran:18) Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah Subhanahu wa Taala memulakan dengan nama-Nya, kemudian dengan para malaikat-malaikat-Nya dan kemudiannya dengan ahli ilmu, ini sudah cukup membuktikan betapa tingginya martabat ilmu dan ahli ilmu itu. Imam At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu Umamah al-Bahili Radhiallahu anhu telah berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.

(Hadits riwayat At-Tirmidzi) Abu al-Aswad berkata: "Tiada suatu pun yang lebih mulia daripada ilmu; raja-raja adalah pemimpin bagi rakyat sedangkan para ulama adalah pemimpin kepada raja." Ibnu Abbas Radhiallahu anhuma pula berkata: Nabi Sulaiman alaihissalam diberikan dua pilihan antara harta dan kekuasaan, Baginda memilih ilmu lalu Baginda pun dikurniakan juga dengan harta serta kekuasaan.

Kelebihan Mengajar Ilmu Yang Bermanfaat Dalam Islam, mengajarkan ilmu yang bermanfaat itu adalah suatu amalan yang dipandang tinggi, sangat mulia dan satu kerjaya yang suci di sisi Allah Subhanahu wa Taala serta Rasul-Nya. Firman Allah Taala dalam Surah An-Nahl ayat 43 dan Surah Al-Anbiya ayat 7: Tafsirnya: Maka bertanyalah kamu kepada Ahludz Dzikri jika kamu tidak mengetahui. (Surah An-Nahl: 43 dan Al-Anbiyaa: 7) Ahludz Dzikri bermaksud orang-orang yang mengetahui tentang Kitab-Kitab Allah. Ayat ini menjadi dalil bahawa orang-orang yang tidak mengetahui sesuatu perkara hendaklah bertanya kepada orang-orang yang mengetahuinya. Imam Ath-Thabarani meriwayatkan dalam kitabnya Al-Kabir bahwasanya Muawiyyah Radhiallahu anhu telah berkata bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan feqh itu dengan mempelajari ilmu feqh. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan untuknya, nescaya diberikannya kefahaman dalam agama, dan sesungguhnya di antara hamba Allah yang takutkan Allah hanyalah para ulama. (Hadits riwayat Ath-Thabarani) Abu Saed al-Khudri Radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah bersabda: Akan datang kepada kamu beberapa kaum untuk mencari ilmu, maka apabila kamu melihat mereka hendaklah kamu katakan kepada mereka: Selamat datang, selamat datang, mengikut wasiat Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam dan hendaklah kamu mengajar mereka. (Hadits riwayat Ibnu Majah) Amirul Mukminin Sayyidina Umar Ibnu Al-Khaththab Radhiallahu anhu pula berkata: "Kematian seribu ahli ibadat yang bangun beramal ibadat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang siang lebih ringan dari kematian seorang alim yang mahir tentang apa yang Allah Taala halalkan dan apa yang diharamkan olehNya." Yahya bin Muaz berkata: "Para ulama lebih menyayangi umat Muhammad Shallallahu alaihi wasallam daripada ayah-ayah serta ibu-ibu mereka. Lalu ditanyakan kepadanya: Bagaimana pula begitu? Lalu Yahya menjawab: Ibu-bapa menjaga anak-anaknya daripada neraka (kesusahan) dunia, sedangkan para ulama menjaga mereka daripada neraka akhirat." Sebahagian ulama berkata: "Para ulama umpama pelita zaman. Tiap seorang daripada mereka merupakan pelita yang menyinari ahli zamannya."

ADAB ULAMA MENGHORMATI GURU Sesuai dengan ketinggian darjat dan martabat guru itu, maka tidak hairanlah bahawa para ulama sangat menghormati guru mereka. Di antara cara mereka memperlihatkan penghormatan mereka terhadap guru ialah: 1. Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka. 2. 3. Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah Subhanahu wa Taala dengan khidmat tersebut. 4. Mereka memandang guru dengan perasaan penuh hormat dan takzim serta mempercayai kesempurnaan keahlian dan kepakarannya dalam bidang perguruannya. Ini lebih membantu mereka sebagai pelajar untuk memperolehi manfaat daripada guru mereka dan akan mengukuhkan lagi apa yang didengar dan diajarkan oleh guru. a. Ulama-ulama salaf sangat memuliakan dan menggagungkan guru-guru mereka. Ini jelas termaktub dalam kisah-kisah tentang akhlak mereka dalam majlis-majlis ilmu dan kesopanan mereka terhadap guru-guru mereka. Sebagai contoh: Mughirah berkata: Kami menghormati Ibrahim an-Nakhaie sepertimana kami menghormati raja. Imam Asy-Syafie pula berkata: "Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut)."

Rabie berkata: "Demi Allah aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Asy-Syafie memandang kepadaku." Sayyidina Ali Karramallahu wajhah berkata: "Antara hak seorang alim ke atasmu ialah memberi salam ke atas orang ramai secara umum dan mengkhususkan gurumu dengan penghormatan yang khusus dan istimewa." b. Mereka sentiasa mendampingi guru supaya mendapat berkat serta beroleh ilmu yang akan tercurah daripadanya pada bila-bila masa serta menjadikannya qudwah (ikutan). Imam Asy-Syafie misalnya, sejak pertemuannya dengan gurunya iaitu Imam Malik pada tahun 170 Hijrah, hampir tidak pernah meninggalkan gurunya sehingga gurunya itu wafat pada tahun 179 Hijrah. Ini kerana Imam Asy-Syafie tidak pernah meninggalkannya kecuali ketika pergi ke Makkah untuk menjenguk ibunya ataupun pergi ke pusat ilmu dan feqh. Itu pun setelah beroleh keizinan serta restu daripada gurunya. Jika direstui, Imam Malik akan menyiapkan bekal dan memberikannya wang perbelanjaan sambil mendoakan keselamatannya. 5. Mereka tidak menggunakan ganti nama diri seperti engkau dan awak dan tidak memanggil atau meneriaki guru dari jauh. a. Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini? dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelarangelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami. b. Maksudnya di sini, mereka memanggil guru dengan gelaran yang penuh adab serta penghormatan. Jika nama guru tersebut Muhammad misalnya,

maka mereka akan memanggilnya dengan nama ustaz, cikgu, guru kami dan sebagainya dan tidak menyebutkan namanya kecuali disertakan dengan gelaran yang penuh penghormatan seperti Ustaz Muhammad, Cikgu Muhammad dan sebagainya meskipun sewaktu ketiadaan guru itu. c. Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah! Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan. 6. Sesungguhnya, menuntut ilmu itu adalah satu bentuk ibadah dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala, bukannya untuk bermegah-megah ataupun untuk berbantah-bantah dengan ilmu tersebut. Dalam satu hadits riwayat Imam Al-Hakim, Kaab bin Malik Radhiallahu anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah bersabda: Barangsiapa mencari ilmu untuk menyaingi para ulama atau untuk bertengkar dengan orang-orang bodoh atau supaya hati manusia menghadap kepadanya maka ia akan masuk neraka. (Hadits riwayat Al-Hakim) 7. Mereka berterima kasih kepada guru atas segala tunjuk ajar serta bimbingannya terhadap segala kebajikan dan tegahan serta tegurannya ke atas segala kekurangan atau kemalasan dan sebagainya bagi memperbaiki diri dan mengganggap teguran, asuhan, didikan serta keprihatinan guru itu sebagai rahmat dan kurniaan yang tak terhingga kepada mereka oleh Allah Subhanahu wa Taala.

8.

Jika bimbingan serta teguran yang diberikan oleh guru itu sudah diketahui, maka mereka tidak menunjukkan yang mereka sebenarnya sudah mengetahuinya, bahkan mereka menghargai dan berterima kasih atas bimbingan serta keprihatinan guru tersebut terhadap mereka.

9.

Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat.

10.

Ibnu Abbas Radhiallahu anhuma pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadits. Lalu dikatakan kepadanya: "Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu Abbas pun menjawab: Jangan."

11.

Mereka tidak mendatangi guru di luar daripada majlis ilmu yang umum (di luar dari jadual waktunya untuk mengajar dan sebagainya) kecuali dengan izinnya, sama ada guru mereka itu sedang bersendirian mahupun sedang bersama dengan orang lain.

12.

Jika tidak ada izin daripada guru itu sedangkan guru itu mengetahui bahawa mereka sedang meminta izin untuk mendatanginya, maka mereka akan beredar dan tidak mengulangi istizan (permohonan izin) mereka. Tamat

Setiap sesuatu yang kita lihat sekarang ini dahulunya belumlah ada, dahulu tidak ada manusia dan binatang, tidak ada tumbuh tumbuhan, tidak ada bumi matahari, bulan dan bintang. Dengan kudrat dan iradatNya Allah lalu menciptakan segala apa yang ada dan kita lihat sekarang ini. Diciptakan Allah langit dan bumi dan apa yang terdapat antara keduanya didalam waktu enam hari. Hari yang bukan bererti siang dan malam seperti yang lazim kita pergunakan sekarang ini. tetapi had yang bererti proses pertumbuhan atau masa, yang lamanya mungkin beribu ribu atau berjuta juta tahun lamanya NABI ADAM Bila Allah berkehendak untuk mengadakan atau menciptakan sesuatu, Allah hanya mengucapkan satu perkataan yang bersifat perintah, iaitu 'kun', yang ertinya 'jadilah'. Dengan mengucapkan kata kata 'kun' itu, maka tercipta apa yang dikehendaki Allah. Dengan cara begitu, maka terciptalah bumi dengan lautan dan daratannya, bergunung ganang dan jurang, lengkap dengan tumbuh tumbuhan dan segala jenis haiwannya. Terciptalah matahari dengan cahayanya yang terang benderang, bulan dengan sinarnya yang berkemilauan, dan bintang bintang dengan cahayanya yang gemerlapan. Semuanya beredar diangkasaraya dengan peredaran yang teratur, menurut sunnah (penetapan) Ilahi yang mencipta dan mengaturnya, tanpa cacat celanya. Kemudian diciptakan Allah pula para Malaikat yang selalu patuh menjalankan segala perintah Allah yang menciptanya, mengerjakan ibadat dan tugas masing masing yang sudah ditetapkan Allah bagi mereka. Diantara mereka ada yang menjadi penjaga bumi, penjaga langit, menurunkan hujan, dan ada pula yang menjadi Pesuruh Allah, sebagai perantara antara Allah dengan makhlukNya. Dalam menjalankan berbagai tugas itu, mereka selalu bertasbih mensucikan Allah. Kemudian diciptakan Allah pula ADAM sebagai manusia yang pertama, untuk menghuni di bumi luas yang sudah terbentang, beranak dan berketurunan menjadi manusia banyak,

berpuak puak dan berbilang bangsa, berselerak ke seluruh pelosok bumi. Maksudnya manusia itu diciptakan Allah, ialah agar manusia itu menyembah dan sentiasa mentaati segala perintahNya serta juga menjadi pengatur bumi yang tidak teratur; bercucuk tanam, mendirikan rumah, memelihara ternakan, dan sebagainya. Allah memberitahu maksudNya kepada para Malaikat,"Aku ingin mencipta manusia untuk menguruskan muka bumi". Para Malaikat lalu menjawab, "Apakah manusia yang Engkau ciptakan itu untuk mengurus bumi, ya Tuhan kami? Tidakkah manusia itu nanti akan merosakkan bumi dan akan menumpahkan darah berbunuhan? Berbanding dengan kami yang sentiasa patuh dan memuliakan Engkau". Lalu Allah menjawab. "Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui". Ya, Tuhanlah yang lebih tahu rahsia apa yang terkandung dari kejadian manusia ini. Tuhanlah yang lebih tahu kenapa kita manusia yang diciptakan Tuhan untuk mengatur bumi, sekalipun Tuhan tentu sudah tahu pula, bawah manusia di permukaan bumi ini akan berbuat kerosakan, akan bersilang sengketa, akan berbunuh bunuhan menumpahkan darah. Tetapi janganlah sampai kita lupakan, bahawa Tuhan juga tahu, bahawa tidak semuanya manusia itu perosak, tidak semua manusia suka bersengketa dan berbunuh bunuhan. Di antara manusia yang banyak itu, ada banyak pula yang baik, yang selalu berbuat kebajikan terhadap sesama manusia, selalu berusaha dan berjuang untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia. Setelah mendengar jawapan Allah yang pendek, tetapi mempunyai erti dan maksud yang amat dalam itu, semua Malaikat menjadi diam, tidak menjawab lagi. Hanya berkata dengan berbisik antara sesama mereka: "Memang benar! Tuhan kita Maha Mengetahui segala sesuatu, dari perkara yang se kecil kecilnya sampai kepada perkara yang sebesar besarnya. Ia mengetahui segala yang zahir dan yang batin, yang kelihatan oleh mata dan yang tidak kelihatan. Tidak ada satu perkara dan kejadian yang bagaimana juga kecilnya

yang terjadi di langit dan di bumi atau antara keduanya yang tak diketahui oleh Tuhan." Apa saja yang Allah ciptakan, tentu ada guna dan faedahnya, tentu ada maksud dan tujuannya. Tidak satu benda pun yang diciptakan Allah akan sia sia. Hanya kita sendiri yang tidak atau belum mengetahuinya. Allah meneruskan firmanNya terhadap para Malaikat itu: "Manusia itu, iaitu Adam, akan Aku ciptakan dari tanah. Apabila sudah terbentuk dan selesai, akan Aku hembuskan kepadanya rohKu, agar dia menjadi hidup, dapat bergerak, berperasaan, berpengertian dan berkesedaran. Bila Adam sudah menjadi hidup dengan pengertian dan kesedaran, hendaknya kamu sekalian sujud memberi hormat kepadanya." Malaikat adalah suatu makhluk Allah yang mempunyai kesedaran yang amat tinggi. Dengan kesedaran yang amat tinggi itu, mereka menjadi makhluk yang mulia, selalu bertasbih dan beribadat mensucikan, membesarkan dan memuji muji Allah, selalu taat menjalankan apa saja yang diperintahkan Allah kepada mereka. Mereka tak pernah derhaka atau melanggar perintah Allah, tanpa makan dan minum, tanpa rehat atau tidur, mereka selalu melaksanakan segala macam tugas yang di bebankan Allah atas mereka masing masing sampai hari kiamat. Bila mereka itu makhluk yang tinggi dan mulia, mengapa Allah memerintahkan mereka untuk sujud atau menghormati Adam? Apakah Adam atau manusia lebih tinggi dan lebih mulia daripada Malaikat? Pertama kita harus ingat, bahawa Allah memerintahkan Malaikat sujud kepada Adam, bukanlah dalam erti menyembah, melainkan dengan erti menghormati. Menghormati Adam tidak dapat diertikan menghormati manusia anak cucu Adam. Jadi penghormatan ini khusus terhadap peribadi Adam. Mengapa peribadi Adam harus dihormati oleh para Malaikat? Hal ini disebabkan oleh karena peribadi Adam mempunyai keistimewaan yang banyak sekali dan luar biasa, yang tidak dipunyai oleh manusia manusia lain atau makhluk yang mana pun juga. Keistimewaan keistimewaan yang luar biasa itu adalah sebagai berikut:

Adam adalah manusia pertama. Sebelum Adam, belum ada manusia. Seluruh manusia selain Adam, semuanya adalah keturunan Adam. Di antara manusia keturunan Adam itu, ada yang menjadi Nabi dan Rasul, menjadi orang orang suci. Di antaranya ada orang pandai dalam berbagai bidang, yang menyebabkan kemajuan hebat bagi manusia dari abad ke abad. Lihatlah kemajuan anak cucu Adam yang hidup di dalam abad kedua puluh sekarang ini. Sekalipun ada pula di antara anak cucu Adam sendiri yang menjadi perosak dan penjahat. Sebab itu, memang sudah sepatutnya kalau para Malaikat memberikan penghormatan atau sujud kepada Adam sebagai manusia pertama dan mempunyai turunan yang hebat itu. Adam diciptakan Allah dengan tangaNya sendiri. Sedangkan makhluk lain, seluruhnya diciptakan Allah dengan perkataanNya: "Bila Allah menghendaki sesuatu, Ia hanya berfirman: Jadilah! Maka jadilah apa yang dikehendaki Allah itu." Hanya Adam, yang Allah ciptakan dengan kedua tanganNya. Demikianlah menurut al-Quran. Sedang menurut Hadis, selain Adam, juga 'Arasy dan Syurga yang diciptakan Allah dengan tanganNya. Maka sudah sepatutnya kalau para Malaikat diperintahkan Allah untuk menghormati Adam. Karena ia diciptakan Allah dengan tanganNya, Adam sungguh suatu makhluk yang terhormat tiada taranya di alam ini. Selain manusia pertama yang diciptakan Allah dengan tanganNya, Adam adalah pula seorang Nabi, seorang yang mendapat wahyu dari Allah. Menurut sebahagian Ulama, para Nabi dan Rasul memang sama darjat kemuliaannya dengan para Malaikat. Bahkan ada di antara Ulama yang berpendapat bahawa Nabi dan Rasul itu darjat kemuliaannya melebihi para Malaikat, sebab Jibrail sebagai Malaikat tertinggi, ditugaskan pula menjadi perantara antara Allah dengan para Nabi dan Rasul itu. Seperti halnya dengan para Malaikat, maka Adam pun mempunyai kesedaran dan pengertian (akal), sehingga Adam dan keturunannya dapat menyedari dan mengerti akan kebesaran Allah yang menciptakan dirinya dan seluruh alam, dapat menyedari dan

mengerti akan perintah perintah dan larangan Allah. Adam dan manusia diciptakan Allah dalam sebaik baiknya kejadian, karena dia terdiri dari jasmani dan rohani (roh, akal, hati dan nafsu), sehingga ia menjadi suatu makhluk yang beradab dan berkebudayaan, terus maju tidak beku. Adam dan keturunannya diciptakan Allah untuk menjadi Khalifah (penguasa atau pengatur) di bumi, sebagaimana Allah menciptakan Malaikat sebagai Khalifah di langit. Karena menyedari akan kedudukan dan kemuliaan Adam, para Malaikat dapat mengerti akan perintah Allah untuk menghormati Adam. Mereka lalu menjawab: "Baiklah, ya Tuhan kami. Kami dengar dan kami taati segala perintahMu." Allah lalu menciptakan Adam dari tanah dengan tanganNya sendiri. Berbentuk seperti bentuk kita manusia sekarang ini. Iaitu berkepala, berbadan, bertangan dan berkaki. Lalu Allah hembuskan roh kepadanya, sehingga Adam menjadi hidup. Adam menggerakkan kedua tangan dan kakinya, lalu ia bersin (batuk), sehingga bergerak sekujur badannya, terbuka kedua matanya, bergerak jantung dan paru parunya. Sekaligus ketika Adam membuka kedua matanya, melihat seluruh alam di sekitarnya, timbullah pengertian dan kesedaran, dan dengan pengertian dan kesedaran itu, dia mengucap: Alhamdulillahi Rabbil Alamin (Segala pujian bagi Allah yang mengatur seluruh alam). Para Malaikat kagum sekagum kagumnya melihat dan mendengar ucapan pertama yang keluar dari mulut Adam. Satu ucapan yang berisi pengertian dan kesedaran tertinggi. Pengertian dan kesedaran bahawa alam ini seluruhnya diciptakan dan diatur oleh Allah, sebab itu Allah selamanya harus selalu disanjung dan dipuji. Para Malaikat serentak menjawab ucapan Adam: "Yarhamukallahu, ya Adam." Ertinya: Allah selalu menumpahkan rahmatNya kepada engkau, ya Adam, dan selamatlah. Para Malaikat lalu beratur mengelilingi Adam, lalu sujud dan menghormati kepada Adam, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada mereka. Hanya Iblis yang tak mahu sujud dan tidak mahu menghormati Adam. Dia tetap berdiri dan membangkang dengan sombongnya, tidak mahu menjalankan apa yang diperintahkan Allah.

Allah lalu berkata kepada Iblis itu: "Bukankah engkau juga makhluk ciptaanKu, yang juga harus tunduk dan menjalankan perintahKu? Tetapi kenapa engkau tidak sujud dan tidak memberi hormat terhadap Adam sebagaimana Aku perintahkan?" Iblis menjawab: "Engkau ciptakan aku dari api dan Adam dari tanah. Api lebih mulia dari tanah. Itu bererti yang aku lebih mulia dari Adam. Maka tidak sepatutnyalah aku sujud dan hormat terhadap Adam itu." Mendengar bantahan Iblis itu, Tuhan menjadi marah, lalu berkata kepada Iblis: "Tempat ini (Syurga) bukan tempat orang yang menyanggah terhadap Aku. Sekarang juga, engkau harus keluar dari sini." Sesudah keluar dan terusir dari Syurga, Iblis kembali menyanggah dan berkata kepada Allah: "Ya, Tuhan! Engkau usir aku dari Syurga ini karena Adam. Aku bersumpah, bahawa aku dengan semuaanak keturunanku akan memusuhi Adam dan semua anak dan keturunannya buat selama lamanya. Mereka akan aku sesatkan. Mereka akan aku celakakan. Aku akan ajak dan anjurkan kepada mereka untuk berbuat keburukan dan kerosakan di dalam dunia ini nanti, agar kehidupan mereka selamanya susah dan kacau bilau belaka." Mendengar ancaman Iblis itu, Allah lalu berkata: "Untuk menghindarkan tipu daya mu itu, kepada manusia akan Aku beri suatu senjata yang ampuh, ialah akal. Akal itu akan Aku bimbing dengan petunjuk petunjuk (agama), Manusia yang tetap mempergunakan akal dan menurut petunjuk petunjukKu tidak akan dapat engkau sesatkan dan perdayakan. Dengan akal itu, mereka akan dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Dengan tuntunan petunjukKu, akal mereka akan mempunyai daya berfikir yang benar. Sesiapa yang tak menggunakan akal dan tidak menurut petunjukKu, tentu dapat engkau goda dan sesatkan. Ini akan dipertanggung jawabkan di hadapanKu nanti dihari kemudian (Akhirat). Mendengar keterangan Allah itu, Iblis terdiam. Tetapi hatinya makin mendongkol, irihati dan dengkinya terhadap manusia bertambah memuncak. Dia berpaling kepada Adam. Mata dan seluruh perhatiannya sekarang ini ditujukannya

kepada Adam. Dia ingin tahu di mana letak kelemahan kelemahan jasmani dan rohani manusia. Adam dipelajarinya dari segala segi. Akhirnya Iblis berkesimpulan bahawa manusia itu selain mempunyai kekuatan berfikir, iaitu akal yang amat hebat itu, juga mempunyai banyak kelemahan kelemahannya. Di samping akal itu, manusia mempunyai nafsu. Dan nafsu itu banyak sekali macam ragamnya. Ada nafsu terhadap makanan dan minuman, ada nafsu kelamin atau syahwat, ada nafsu terhadap harta benda dan kekayaan, terhadap rumah tempat tinggal dan kenderaan dan ada pula nafsu terhadap pangkat dan kedudukan yang tinggi di tengah tengah sesama manusia. Di tiap tiap macam nafsu, tabiat dan karakter, terdapat banyak sekali pintu pintu atau lubang lubang kelemahan dan setiap waktu dapat dimasuki oleh Iblis untuk memperdayakan dan mengacaukan kehidupan manusia Setelah melihat semua kelemahan itu, Iblis ketawa kecut. Dia ketawa dan gembira, karena berhasil melihat kelemahan manusia. Tetapi hatinya menjadi kecut dan takut, bahawa manusia di samping mempunyai kekuatan yang hebat, iaitu akal, juga dengan akal itu dapat menerima petunjuk petunjuk Tuhan. Petunjuk Allah itu adalah merupakan satu benteng berlapis waja yang tidak mungkin dapat ditembus oleh Setan dan Iblis. Iblis dari semula mengakui akan kelemahan dirinya menghadapi manusia yang sedar dan iman yang berbentengkan petunjuk Allah dalam hidupnya. Bahkan kalau kita manusia mengerti dan sedar pula akan kelemahan Iblis dan kekuatan rahsia dari keimanan yang penuh terhadap Allah dan petunjuk petunjuk Allah, manusia akan selamat dalam kehidupan dunia dan akhiratnya dan akan terhindar dari tipu muslihat Iblis atau kesesatan dalam hidup. Iblis adalah satu kekuatan ghaib yang dapat disamakan dengan gelap. Sedang keimanan terhadap Allah dan petunjuk petunjuk Ilahi adalah pula satu kekuatan ghaib yang dapat disamakan dengan terang atau cahaya. Bila suatu tempat tidak dimasuki oleh cahaya, pasti tempat itu diisi oleh gelap. Bila tempat yang gelap itu dimasuki cahaya, pasti gelapnya lenyap. Begitu pulalah manusia sebagai tempat. Bila dia kosong dari keimanan dan

petunjuk Ilahi, akan bermaharajalelalah Setan dan Iblis atas dirinya. Tetapi bila manusia mempunyai keimanan di dada dan selalu disiram dengan petunjuk petunjuk Ilahi, segala daya Iblis tak mampu memperdayakan. Kepada Adam diajarkan Tuhan pengetahuan pokok untuk dapat hidup di permukaan bumi. Allah mengajarkan kepada Adam nama dari tiap sesuatu. Untuk sekadar membuktikan kepada para Malaikat, bahawa manusia layak menjadi Khalifah dibumi, dan patut mendapat penghormatan dari Malaikat, Allah lalu memanggil Adam dan Malaikat supaya berkumpul. Kepada Malaikat Allah lalu berfirman: "Cuba kamu sebutkan nama dari tiap tiap sesuatu yang terdapat di permukaan bumi itu, sekiranya kamu mengetahuinya." Dengan merendahkan diri serendah rendahnya, Malaikat menjawab: "Maha Suci Engkau, ya Tuhan kami! Kami tidak mengetahui nama nama dari semua itu. Pengetahuan kami hanya sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Hanya Engkau saja, ya Allah, yang mengetahui segala galanya." Allah lalu berkata kepada Adam: "Hai, Adam! Sekarang cuba engkau sebutkan nama dari benda benda itu semuanya!" Dengan segera Adam menyebutkan nama dari tiap tiap benda yang dihadapkan Allah kepadanya, di hadapan kesemua Malaikat. Kemudian itu Allah lalu berfirman kepada Malaikat: "Bukankah Aku sudah katakan kepada kamu sekalian, bahawa Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui, tentang rahsia rahsia langit dan bumi, Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan." Buat Adam diberi Allah tempat di dalam Syurga. Makanan dan minuman tersedia serba cukup. Begitu juga apa saja yang ia inginkan. Tetapi sayang, Adam tinggal di Syurga itu seorang diri, sebatang kara. Tempat yang sebagaimana bagusnya, makanan dan minuman yang bagaimana juga lazatnya tidaklah memberikan kepuasan dan kebahagiaan yang sempurna. Manusia memerlukan teman, sekalipun hanya seorang, dengan siapa dia dapat

mengemukakan suka dan dukanya, atau kasih dan sayangnya. Teman inilah yang tak dipunyai oleh Adam, sekalipun dia sudah mempunyai Syurga dengan segala kesenangannya. Sebab itu hidupnya selalu dalam kesepian. Allah tahu akan penderitaan yang berupa kesepian yang di derita oleh Adam di dalam Syurga itu. Dan Allah kasihan melihatnya. Oleh karena itu Allah akan menciptakan makhluk baru yang sama dengan Adam, tetapi jenis wanita, untuk menyempurnakan segala kekurangan dan kesepian dalam hidup Adam, untuk menjadi isterinya. Dengan tujuan yang lebih tinggi, ialah untuk meramaikan permukaan bumi, untuk membuat sejarah kebudayaan yang lebih menarik. Sejurus kemudian, Adam mengantuk, lalu tertidur. Di kala dia tertidur itulah, Allah s.w.t. menciptakan manusia kedua, jenis wanita, isteri Adam yang bernama Hawa. Setelah Adam terbangun dan membuka kedua matanya, dia melihat seseorang berdiri di samping, orang yang belum pernah dilihat Adam sebelumnya. Orang itu dipersilakan Adam duduk di sampingnya, dan kepadanya Adam lalu bertanya: "Siapakah engkau, dan siapa namamu?" Hawa menjawab: "Saya adalah wanita, dan aku belum tahu akan namaku sendiri." Bukan main senang dan gembiranya Adam melihat wanita itu berkata dan menggerak gerakkan badannya. "Engkau aku beri nama Hawa ertinya: Orang yang aku rindukan," kata Adam kepadanya. Para Malaikat datang dan bertanya kepada Adam: "Siapakah nama temanmu itu, ya Adam?" "Namanya Hawa," sahut Adam. Dengan isterinya yang bernama Hawa ini hilanglah kesepian dalam hidup Adam. Keduanya hidup berbahagia di dalam Syurga, aman dan tenteram, tak kenal takut dan lelah, makan-minum sepuas puasnya, kerana segala galanya tersedia serba cukup. Allah lalu berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Tinggallah engkau dengan isterimu di dalam Syurga ini. Makan dan minumlah sepuas puasnya. Tetapi awas, janganlah engkau

berdua memakan buah dari pohon ini. Bila engkau berdua memakannya, bererti engkau berdua melanggar perintahKu, dan engkau berdua akan mengalami kerugian besar, dan bererti aniaya terhadap dirimu sendiri." Selain buah Khuldi itu, di dalam Syurga terdapat banyak dan bermacam ragam buah buahan. Semuanya boleh dimakan oleh Adam dan Hawa. Hanya buah Khuldi itu saja yang dilarang oleh Allah memakannya, agar dengan larangan itu, dapatlah Adam dan Hawa menahan hawa nafsunya, dan dengan adanya larangan itu Adam dan Hawa diuji tentang ingatan dan ketaatannya terhadap Allah. Kerana hanya dengan ketaatan inilah Allah dapat memberikan kesempatan bagi manusia untuk tetap tinggal di dalam Syurga bersenang senang dan berbahagia. Allah memberikan peringatan kepada Adam dan Hawa agar keduanya menjauhkan diri dari Iblis, jangan sampai menurutkan anjuran dan ajakan Iblis, karena Iblis sudah terang terang menyatakan dirinya sebagai musuh Adam dan anak cucunya buat selama lamanya, dan akan selalu sedaya upaya siang dan malam dengan tidak rasa letih dan tidak bosan bosan, untuk menjauhkan Adam dan semua anak cucunya dari kebahagiaan hidup. Allah berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu. Dia akan selalu menggoda engkau berdua agar engkau berdua terusir pula dari Syurga ini, sehingga engkau berdua hidup sengsara. Di Syurga ini engkau berdua dapat hidup bahagia, tidak akan menderita lapar dan susah." Begitulah Adam dan Hawa tinggal di dalam Syurga. Hidup senang dan bahagia, riang dan gembira. Sedang Iblis yang sudah diusir dari Syurga, selalu berikhtiar untuk dapat masuk Syurga kembali, guna menipu dan memperdayakan Adam dan isterinya. Pada suatu kali, Iblis berhasil dapat masuk ke dalam Syurga, bertemu dengan Adam dan isterinya. Iblis segera membujuk dengan berkata: "Hai, Adam! Aku datang untuk memberi nasihat yang baik kepadamu. Mahukah kamu aku tunjuk, bahawa di sana itu ada satu pohon yang amat lazat cita rasa buahnya. Bila buah yang lazat itu engkau makan, maka engkau dapat tinggal tetap di dalam Syurga ini buat selama lamanya, dan Syurga ini dapat

engkau miliki sebagai satu kerajaan yang tak akan rosak buat selama lamanya bagi engkau berdua." "Buah apakah gerangan yang engkau maksudkan itu?" tanya Adam kepada Iblis. Iblis menunjuk ke arah pohon Khuldi yang sudah dilarang oleh Allah memakannya. Melihat isyarat Iblis itu, tahulah Adam bahawa Iblis sudah mulai menggoda dan menyesatkannya. Adam lalu berpaling menjauhkan diri dari Iblis. Tetapi Iblis tak lekas putus asa. Dia mendapat kesempatan yang kedua bertemu dengan Adam dan Hawa. Segera pula dia membujuk bujuk: "Larangan Tuhan kepada engkau berdua memakan buah Khuldi itu, dimaksudkan jika engkau berdua adalah Malaikat. Sedang engkau berdua bukan Malaikat. Jadi engkau berdua tidak terlarang memakannya." Adam dan Hawa tidak mengacuhkan pujukan halus itu. Keduanya berpaling dan menjauhkan diri dari Iblis itu. Sebagai telah diterangkan, ketika Iblis terusir dari Syurga, ia bersumpah di hadapan Allah bahawa ia dan anak keturunannya sampai hari kiamat akan berusaha menyesatkan Adam dan anak keturunannya. Bila ia gagal dalam usahanya yang pertama dan kedua, ia tidak akan berputus asa, pasti ia akan berusaha untuk ketiga, keempat sampai ke sekian juta kalinya dalam menyesatkan dan menggoda manusia Ia tahu betul, bahawa salah satu kelemahan manusia itu, ialah sering lupa. Iblis menunggu satu waktu, di mana Adam dan Hawa sudah lupa akan perintah Allah yang melarangnya memakan buah terlarang itu. Pada suatu ketika, setelah diselidikinya, Iblis tahu betul bahawa Adam dan Hawa dalam berlengah lengah kerana kesenangan di Syurga itu. Dan Iblis tahu betul bahawa Adam dan Hawa di saat itu sudah merasakan agak lapar atau dahaga. Ia masuk mendapatkan Adam dan Hawa setelah ia memetik sendiri akan buah yang terlarang itu. Langsung dia berkata kepada Adam dan Hawa: "Makanlah buah ini, demi Allah, aku ini bukan membujuk dan menyesatkan kamu, melainkan semata mata memberi nasihat yang baik, agar kamu berdua dapat menetap di Syurga ini untuk selama lamanya. Makanlah buah ini, makanlah!"

Mendengar Iblis bersumpah dengan menyebut nama Allah, Adam dan Hawa mulai berfikir: "Tentu seorang tak akan berani bersumpah dengan menyebut nama Allah dengan sumpah yang bohong. Iblis itu tentu berkata benar." Di saat Adam dan Hawa mulai ragu ragu terhadap kebenaran perkataan Iblis itu, Iblis menyogokkan buah Khuldi itu kepada Adam dan Hawa. Melihat buah yang ranum dan harum semerbak itu, selera Adam dan Hawa mulai tertarik kepadanya. Adam dan Hawa lalu lupa akan larangan Allah yang melarangnya memakan buah itu. Buah itu diambilnya lalu dimakannya. Baru saja buah Khuldi itu masuk ke dalam rongga perut Adam dan Hawa, maka lenyaplah pakaian yang menutup aurat keduanya, sehingga kedua suami isteri itu menjadi telanjang. Kedua duanya pandang memandang dengan perasaan malu yang tak terhingga. Keduanya segera menyembunyikan diri agar tidak di lihat Allah. Keduanya memetik dua helai daun kayu yang terdapat di dalam Syurga, untuk menutup aurat masing masing. Allah lalu berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Apakah engkau lari dari Aku?" Jawab Adam: "Bukan aku lari dari Engkau, ya Allah, tetapi aku malu dan takut kepada Engkau." Berkata Allah: "Bukankah Aku sudah melarang kamu berdua memakan buah itu! Dan Aku katakan pula, bahawa Iblis itu adalah musuhmu yang nyata? Tetapi kenapa engkau berdua masih memakan buah yang Aku larang itu?" Dengan menundukkan kepala serendah rendahnya, Adam dan Hawa minta ampun dan taubat kepada Allah: "Ya Allah Tuhan kami! Kami sudah aniaya terhadap diri kami. Kalau Engkau tidak sudi kiranya mengampuni dan mengasihani kami, sungguh kami akan merugi dan sengsara berpanjangan." "Ya, Aku perintah, tapi engkau berdua melanggar perintahku," kata Allah pula. "Maafkan dan ampunilah kiranya kami ini, ya Tuhan," kata Adam dan Hawa serentak. Kembali Tuhan berfirman dengan marah: "Aku telah beri tempat engkau berdua di SyurgaKu ini, dan Aku sediakan segala apa yang engkau inginkan. Hanya Aku larang engkau berdua memakan buah Khuldi itu. Apakah buah Khuldi itu lebih berharga bagi

engkau berdua daripada Syurga dengan segala isinya ini?" Sahut Adam: "Sungguh tak aku kira Tuhan, Iblis berani berkata bohong kepadaku dengan menyebut namaMu." Allah lalu memutuskan dengan firmanNya: "Demi kemuliaanKu. Engkau berdua harus meninggalkan Syurga ini, turun ke bumi yang sudah lama terbentang, di mana engkau berdua juga dapat hidup, tetapi harus dengan bersusah payah, dan dengan mencucurkan keringat, kadang-kadang juga airmata." Dengan mata berlinang, sedih dan takut, Adam bersimpuh menundukkan kepala di hadapan Tuhan minta ampun: "Tuhanku! Tuhanku! Ampunilah aku, ampuni aku." Terhadap Adam, Hawa dan Iblis, Allah menetapkan putusan yang tak dapat di robah lagi dengan berfirman: "Kamu semua harus turun ke bumi. Di sanalah tempatnya bagi kamu untuk hidup bermusuh musuhan, tipu menipu, perdaya memperdayakan, berhasad dan dengki. Aku beri kesempatan kepada masing masing kamu untuk hidup di bumi ini di dalam waktu yang terbatas, juga dengan segala macam kesenangan dan kesusahan yang terbatas pula. Nanti akan datang ajal kepada masing masing kamu, lalu masing masing kamu akan Aku panggil kembali kepadaKu, untuk mempertanggung jawabkan apa yang kamu sudah lakukan selama hidup di muka bumi itu." Airmata semakin banyak jatuh bercucuran dari mata Adam dan Hawa. Keduanya menangis tersedu sedu, sambil menanggungkan sesal yang tak terkira hebatnya atas kesalahan, lantaran godaan Iblis. Kepada Adam dan Hawa kembali Allah berfirman: "Di bumi, kamu akan selalu didatangi dan di goda oleh Iblis dan semua anak cucu dan kakitangannya. Di bumi, kamu akan menghadapi penjuangan yang berat menghadapi mereka. Tetapi kamu jangan takut. Kepadamu dan anak cucumu akan Aku turunkan petunjuk petunjuk (ajaran-ajaran agama). Siapa di antara kamu dan anak cucumu itu yang senantiasa mengikuti petunjukKu itu, dia tidak akan tersesat dan tidak akan sengsara." Tak lama kemudian, tibalah Adam dan Hawa di permukaan bumi yang fana.

Diterimanyalah wahyu Ilahi yang pertama yang menyatakan, bahawa Allah sudah berkenan mengampuni dosa dan menerima taubat Adam dan Hawa. Sungguh Allah suka memberi ampunan dan taubat bagi siapa saja di antara hambaNya yang merasa dirinya bersalah dan suka minta ampun dan taubat Cerita Adam yang memakan buah terlarang, lalu dikeluarkan dari Syurga dan ditempatkan di bumi ini, sudah menyesatkan banyak manusia dari dahulu sampai sekarang. Mereka katakan bahawa dengan perbuatan Adam itu maka dia sudah berdosa sebesar besar dosa,sehingga Adam diusir Allah ke bumi ini. Bahkan bukan hanya Adam dan Hawa saja yang berdosa besar, melainkan juga seluruh anak keturunannya sampai hari kiamat. Demikian hebat dan besarnya dosa Adam dan keturunannya dengan kesalahan tersebut, tidak dapat diampuni begitu saja, sehingga Allah karena kasihNya, menjelma menjadi anak manusia melalui perut seorang wanita, lalu mati di tiang salib untuk menebus dosa tersebut. Untuk menghindarkan manusia dari kesesatan yang nyata ini, Allah telah mengutus RasulNya yang terakhir, iaitu Muhammad s.a.w., untuk menyampaikan wahyu wahyu dari Allah, iaitu al-Quran. Berulang kali dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa Adam melanggar perintah Allah itu, adalah semata mata kerana terlupa sama sekali bukan karena sengaja. Sebab itu, Adam dianggap Allah hanya tersalah, dan bukan berdosa yang tidak terampun. Semua kesalahan yang dilakukan manusia karena lupa, tidaklah dianggap Allah sebagai dosa. Apalagi kesalahan Adam ini hanya sekadar memakan sebiji buah, tidaklah dapat dianggap sebagai kesalahan besar, melainkan hanya suatu kesalahan yang amat kecil dan kecil sekali. Tetapi bagaimanapun kecilnya kesalahan ini, kerana kesucian dan kesedarannya yang amat tinggi itu, Adam sangat menyesal, Adam mengeluh, Adam minta ampun dan taubat. Seorang yang dapat menyedari akan kesalahannya, bukanlah orang yang berdosa, melainkan seorang yang amat mulia, seorang yang amat suci. Berulang ulang pula di dalam al-Quran diterangkan, bahawa Allah sudah berkenan

mengampuni kesalahan Adam yang kecil itu. Bahkan bukan hanya diampuni dan diberi taubat saja oleh Allah, melainkan kerana kesedarannya dan penyesalannya itu, Adam menjadi manusia yang terpilih, diberi petunjuk dan diangkat Allah menjadi Nabi. Adalah suatu kesesatan yang nyata, menganggap seorang Nabi orang berdosa. Begitu pun tentang dikeluarkannya Adam dan Hawa dari Syurga, lalu dipindahkan dan ditempatkan di bumi ini, bukanlah menunjukkan bahawa Adam berdosa. Kerana bukankah telah diterangkan bahawa sebelum Adam melakukan pelanggaran tersebut, Allah sudah menyatakan kepada seluruh Malaikat, bahawa Adam itu diciptakan Allah untuk menjadi Khalifah di bumi ini. Ertinya bahawa Adam dan anak cucunya, diciptakan Allah untuk menghuni bumi yang sudah terbentang luas. Adalah suatu kesesatan yang nyata pula, kalau di katakan bahawa manusia ditempatkan di bumi ini, kerana dosa dan kesalahan yang telah diperbuat Adam dan Hawa. Umat Islam harus membersihkan diri dari kesesatan yang nyata ini. Adam menurut ajaran agama kita Islam, selain manusia pertama, juga seorang Nabi dan Rasul. Kita umat Islam diwajibkan beriman kepada semua Nabi dan Rasul, serta mempercayai bahawa setiap Nabi dan Rasul itu harus bersih dari segala dosa, sekalipun sebagai manusia mungkin saja tersalah, iaitu kerana lupa dan lain lain. Kesalahan bukan dosa. Nabi nabi dan Rasul rasul yang lain pun pernah pula tersalah karena lupa. Nabi Muhammad s.a.w. pernah tersalah, iaitu mengakhiri sembahyang asar yang seharusnya empat rakaat, sesudah beliau baru saja melakukannya dua rakaat. Setelah diperingatkan oleh para Sahabat yang menjadi makmumnya, barulah beliau sedar, dan beliau langsung meneruskan sembahyang tersebut sampai empat rakaat. Lebih hebat lagi kesesatan sebahagian manusia yang mengatakan bahawa: kesalahan Adam itu menjadi dosa pula bagi semua anak cucunya sampai hari kiamat, yang mereka katakan dosa asal. Padahal semua manusia yang baru lahir, bersih dari segala dosa, sekalipun ibu bapanya berdosa atau bersalah. Tidaklah adil dan patut kalau seorang ibu atau bapa berdosa, lalu anaknya dianggap berdosa pula karena dosa ibu dan bapanya itu.

Dosa itu baru timbul sesudah seorang anak menjadi baligh dan berakal (aqil baligh), kerana perbuatannya sendiri. Alangkah hebatnya dosa orang yang membawa manusia kepada agama kepercayaannya yang setiap waktu secara berulang ulang mengatakan bahawa Nabi Adam berdosa. Mengambinghitamkan seorang manusia suci, Nabi dan Rasul, iaitu Adam, untuk mendapatkan pengikut, bukanlah suatu perbuatan yang suci, melainkan sebaliknya, suatu perbuatan yang tercela dan berdosa pula. Kisah Adam yang demikian itu disampaikan Allah kepada manusia dengan perantaraan Kitab SuciNya al-Quran, adalah sebagai pelajaran dan peringatan bahawa kita manusia sekalipun makhluk terbaik dan mulia tetapi tetap mempunyai kelemahan. Di antara kelemahan manusia itu ialah sifat pelupa. Dan di saat kita lupa itu, kita dapat diperdayakan dan disesatkan oleh Iblis. Hendaknya berhati hati sekali jangan sampai dapat disesatkan oleh Iblis itu. Iblis Bukan Termasuk Golongan Malaikat! Oleh : Syeikh Muhammad Mutawalli Al-Sya'rawi Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Kahfi (18) ayat 50 : ..... Maksudnya : "Dan (ingatla) ketika Kami berfrman kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam!' maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia adalah daripada golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya..." Firman Allah SWT yang berbunyi, "dia adalah daripada golongan jin" keluar dari bangsa

malaikat. Firman Allah yang berbunyi, "ia menderhakai perintah Tuhannya..." menguatkan bahawa Iblis daripada bangsa jin. Kerana jin seperti manusia, makhluk yang mempunyai ikhtiar yan mampu untuk berbuat taat dan bermaksiat. Selama dia mempunyai ikhtiar maka dia bukanlah termasuk daripada kalangan bangsa malaikat. Kerana malaikat tidak mempunyai ikhtiar. Mereka adalah : ....... Maksudnya : "... yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (Surah At-Tahrim 66 : ayat 6)

Bukti yang lain yang kami temukan di dalam firman Allah yang berbunyi, "maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia adalah daripada golongan jin". Ayat ini tidak membuktikan bahawa Iblis termasuk daripada bangsa malaikat, kerana malaikat tidak mampu untuk berbuat maksiat. Sebahagian manusia berkata, "Sesungguhnya di dalam nas Al-Quran melazimkan, bahawa

Iblis termasuk daripada bangsa malaikat, hal ini dibuktikan dengan firman Allah Ta'ala di dalam Surah Al-A'raf (7) ayat 11 : ....... Maksudnya : "......kemudian Kami berfirman, 'Sujudlah kamu kepada Adam', maka mereka pun sujud kecuali iblis, dia tidak termasuk mereka yang bersujud" Akan tetapi, kami mesti memungkinkan nas tersebut terhadap nas yang lain yang berbunyi, "Maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia adalah daripada golongan jin". Apabila kita sedarkan bahawa malaikat tidak mempunyai ikhtiar. Oleh kerana itu, maka manusia atau jin mampu untuk melakukan perbuatan taat dan maksiat. Allah memberikan ketaatan dan ikhtiar ini hingga mencapai darjat yang melebihi malaikat. Oleh kerana itu dinamakan Iblis dengan burung merak malaikat. Kerana mereka dapat bangga di hadapan malaikat disebabkan mereka tetap berpegang kepada manhaj Allah. Kemudiaan kebanggaan iblis terhadap malaikat menghantar dia dapat berbuat taat dan maksiat, akan tetapi iblis dimenangkan dengan perbuataan taat. Ini penyebab iblis terjatuh ke dalam perbuatan maksiat. Selama Iblis diperintahkan bersujud, maka dia mesti hadir melaksanakan perintah ketika Allah SWT berfirman kepadanya, "Sujudlah kamu kepada Adam". Kemudian sujudlah mereka yang hanya tunduk pada perintah Allah SWT, mereka itu adalah para malaikat. Sudah tentu mereka yang mempunyai ikhtiar melakukan perbuataan taat atau maksiat segera melaksanakan perintah Allah Ta'ala. Padahal mereka di satu sisi lebih rendah dilihat daripada bahan/benda dibandingkan dengan malaikat. Akan tetapi mereka

lebih besar kedekatannya kepada Allah Ta'ala, kerana mereka melazimkan pada diri mereka berikhtiar berbuat kepada Allah. Demikianlah, apabila perintah sujud meliputi malaikat, sedangkan mereka lebih tinggi bahan penciptaan mereka, kerana mereka diciptakan daripada nur. Maka mestilah perintah sujud itu juga meliputi jin yang diciptakan daripada api, walaupun tidak dijelaskan dalam al-Quran. Akan tetapi Iblis daripada golongan jin telah dikuasai tabiat ikhtiar, sehingga mereka berbuat maksiat kepada Tuhannya... Kenapa? Kerana mereka sombong, hingga tidak mahu melaksanakan perintah Allah SWT. Di dalam al-Quran disebutkan di dalam Surah Al-Isra' (17) ayat 61 : ........ Maksudnya : ".....berkata (Iblis) : Apakah aku akan sujud kepada orang yang Enkau ciptakan tanah?"

Kemudian disebutkan lagi di dalam Al-Quran, Surah Al-A'raf (7) ayat 12 : ......

Maksudnya : "....berkata (Iblis) : Aku lebih baik daripadanya, Engkau menciptakan aku dariapda api sedang dia (Adam) Engkau ciptakan dariapda tanah". Firman Allah SWT yang berbunyi di dalam Surah Al-A'rat (7) ayat 12 : .... Maksudnya : "Berkata (Allah kepada Iblis), 'Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) ketika Aku perintahkan kepadamu?'..." Maksudnya, apa yang membuatmu untuk tidak mahu bersujud? Lafaz " makna, bahawa Iblis memang tidak mahu sujud. Firman Allah SWT selanjutnya yang berbunyi : "..ketika Aku perintahkan kepadamu?" Ini membuktikan bahawa perintah sujud juga meliputi iblis, jika tidak Allah tidak berfirman sedemikian. Kesimpulannya, Iblis termasuk perintah yang diberlakukan kepada malaikat untuk sujud kepada Adam. Kemudian ayat selanjutnya bercerita tentang penolakan Iblis, "Aku lebih baik daripadanya". Akan tetapi Allah Ta'ala tidak menanyakan kepada iblis, "Apa darjatmu dibandingkan kepada Adam?" tetapi Allah Ta'ala bertanya, "Apa yang menghalangi kamu?". dan jawapan yang semestinya diucapkan kepada Iblis adalah, "Aku terhalang untuk bersujud kepadanya". Akan tetapi Iblis berkata, "Aku lebih baik daripadanya". Seolah-olah iblis mencari dalam benaknya tentang sebab dia tidak bersujud kepada Adam. Ketika Iblis " bukan

sebagai tambahan atau pun penghubung, akan tetapi sebagai menguatkan kami akan

berkata, "Aku lebih baik daripadanya". Ini merupakan ungkapan kesombongan dan dengki. Padahalah Allah SWT yang menciptakan dan Dia-lah yang mengetahui siapa yang lebih baik. Akan tetapi iblis menginginkan Allah SWT bersikap lebih baik. Dia menolak perintah sang Pencipta, padahal dia adalah makhluk. Seolah-olah Iblis melangkahi perintah Allah dan dia berkata kepada Allah SWT, "Aku lebih baik daripadanya". Maka bagaimana dapat orang ynag lebih tingi diperintah untuk berujud kepada orang yang lebih rendah? Demikianlah kesombongan iblis atas darjatnya, padahal Allah SWT lebih mengetahui. Dia tidak ada balasan bai perbuatan maksiat sekurang-kurangnya tertolak daripada rahmat Allah Ta'ala.

Oleh kerana itu Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-A'raf (7) ayat 13 : ..... Maksudnya : "Berfirman (Allah) : Turunlah kamu daripada syurga itu!..." maknanya berpindah daripada tempat yang atas ke tempat yang bawah. Sebahagian ulama' mencuba mengalihkan dengan menjadikan dalil, bahawa syurga yang

didiami Adam dan Iblis berada di tempat syurga 'Iliyyin. Oleh kerana itulah Allah SWT berfirman, "Turunlah kamu dari syurga itu!" Akan tetapi dapat kami katakan, "Sesungguhnya tidak mesti mengarah dari tempat

yang tinggi dan tempat yang rendah". Akan tetapi dapat juga dimaknai dengan perpindahan tempat ini ke tempat yang lain. Oleh kerana itu berfirman Allah Ta'ala kepada bani Israil di dalam Surah Al-Baqarah (2) ayat 61 : .... ....

Maksudnya : "....pergilah kamu ke suatu kota...." Padahal Bani Israil tidak hidup di langit, akan tetapi mereka hidup di atas permukaan bumi. dan juga ketika Allah Ta'ala berfirman kepada Nabi Nuh AS dalam Surah Hud (11) ayat 48 :

...... Maksudnya : "Dikatakan (Allah), "Wahai Nuh! turunlah dengan selamat dan penuh keberkatan daripada Kami atasmu dan umat-umat (yang mukmin) daripada orang-orang yang bersamamu..." Maksudnya turun daripada bahtera bukan turun daripada tempat yang tingi ke tempat yang rendah. Berdasarkan ayayt di atas, maka kadang bermakna daripada satu tempat ke

tempat yang lain. Maka seolah-olah Iblis pada saat itu berada di perkumpulan malaikat,

ketika dia tetap berbuat taat. Manakala dia bermaksiat dan tetap melakukan perbuatan maksiat, turunlah tempatnya daripada tempatnya ke tempat paling bawah. Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-A'raf (7) ayat 13 : .... Maksudnya : "Berkata (Allah) : Turunlah kamu daripada syurga itu, kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya...." Maka seolah-olah Allah Ta'ala memberikan kepada kita ketertolakan iblis daripada rahmatNya. Iblis telah bersikap sombong atas perintah Allah SWT. Maka orang yang menyembah tidak mahu melaksanakan perintah yang disembah termasuk bentuk kesombongan terhadap zat yang disembah. Selama iblis bersikap sombong terhadap perintah Allah SWT, maka dia bukan termasuk ahli daripada darjat yang tertinggi. Maka seolah-olah ketaatan iblis sebelum maksiatnya daripada mendapatkan darjat yang tertinggi dan kemaksiatan iblis dalam melaksanakan perintah Allah SWT menjadikannya berada di darjat yang paling bawah.

Jadi tidak di antara kita yang dapat menempati darjat yang paling tinggi, akan tetapi amal

dan ketaatan dapat menghantarkan ke darjat yang paling tinggi di sisi Allah Ta'aka. Dan perbuatan maksiat menghantarkan ke tempat yang paling bawah. Maka ini adalah hikmah Allah. Jin, kerana dia termasuk makhluk yang terbuat daripada api dia mempunyai kelebihan, di mana dia dapat bererak cepat, menembusi dinding dan masuk ke dalam tubuh manusia. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Sesunguhnya syaitan itu berada di anak Adam di tempat aliran peredaran darah". Sehingga iblis itu seperti hama penyakit. Demikian tabiat unsur penciptaan jin iaitu unsur api. Apabila kamu duduk di balik dinding dan di sisi lain diletakkan epal, maka kamu tidak mampu mengubah bentuk, warna dan rasa epal. Akan tetapi di sana ada api di balik dinding, maka panas dan sengatannya dapat mengubahnya, kerana tabiatnya yang menembus. Akan tetapi Allah SWT berkehendak memberi pelajaran kepada jin dan manusia secara bersamaan. Seolah-olah Allah SWT berfirman kepada mereka, "Janganlah kamu meyakini bahawa yang kamu berasal darinya memberikan kelebihan kepadamu, akan tetapi Allah yang memberikan kelebihan ini". Allahua'lam. Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada RAsulullah SAW : "Pebuatan apa sahaja yang terbaik dalam Islam?". Beliau menjawab : "Iaitu kamu memberi makan, dan mengucapkan salam, sama ada kepada orang yang sudah kamu kenal mahupun orang yang belum kamu kenal". (Muttafaqun 'alaih) Pegangan kita

Daripada Abu Musa al-Asy'ari, Rasulullah SAW bersabda : "Siapa yang berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah" (Muttafaqun 'Alaih) "Telah menceritakan kepadaku dari Malik telah sampai kepadanya bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Telah aku tinggalkan untuk kalian, dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang teguh dengan keduanya; Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya." Perbezaan jin, syaitan dan iblis Written by Pengurus Web Thursday, 04 April 2013 11:21 Alam jin adalah alam yang berdiri sendiri, ia terpisah dan berbeza dengan alam manusia tetapi kedua-duanya hidup dalam dunia yang sama, kadang tinggal di dalam rumah yang dibina atau di diami manusia. Kedua-duanya pun mempunyai persamaan yakni wajib untuk beribadah kepada Allah: "Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali hanyalah untuk beribadah kepadaKu" (Surah Adz-Dzariyat 51:56). Menurut Ibnu Aqil sebagaimana dikutip asy-Syibli dalam bukunya Akam al-Marjan fi Ahkam al-Jann, mengatakan bahawa makhluk ini disebut dengan jin kerana secara bahasa jin

bermaksud yang tersembunyi, terhalang, tertutup. Disebut jin, kerana makhluk ini terhalang (tidak dapat dilihat) dengan mata kasar manusia. Oleh kerana itu, bayi yang masih berada di dalam perut ibu, disebut janin (kata janin dan jin mempunyai kata dasar yang sama iaitu jann) kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata. Demikian juga orang gila dalam bahasa Arab disebut dengan majnun (dari kata jann juga) kerana akal sehatnya sudah tertutup dan terhalang. Sedangkan kata syaitan, dalam bahasa Arab berasal dari kata syathona yang bererti ba'uda (jauh, yakni yang selalu menjauhkan manusia dari kebenaran). Kemudian kata syaitan ini digunakan untuk setiap makhluk berakal yang derhaka dan membangkang (kullu 'aat wa mutamarrid). Pada awalnya istilah setan (syaitan) ini diberikan kepada salah satu golongan jin (Iblis) yang beribadah kepada Allah dan tinggal bersama dengan malaikat di dalam syurga. Akan tetapi ketika mereka menolak untuk sujud kepada Adam kerana membangkang kepada perintah Allah, maka diusirnya dari syurga dan sejak itu ia menjadi makhluk yang terkutuk sampai hari kiamat kelak. 1 / 3Perbezaan jin, syaitan dan iblis Written by Pengurus Web Thursday, 04 April 2013 11:21 Tidak semua jin adalah syaitan kerana, jin juga ada yang soleh, ada yang mukmin. Jadi syaitan hanyalah ditujukkan untuk jin yang membangkang (kafir, munafik, musyrik dan sebagainya). Demikian juga tidak semua syaitan adalah jin kerana dalam surat an-Nas ditegaskan, bahawa syaitan juga ada dari golongan manusia. Setiap manusia yang membangkang, derhaka dan

selalu menjauhkan manusia lain dari penggunaan Allah, mereka dinamakan syaitan. "Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza." (Al-Jin 72:11) Dilihat dari struktur kalimat, atau dalam tinjauan kaedah sharfiyah, syaitan (syaitan) merupakan bentuk kalimat isim 'alam (nama sesuatu) dia adalah laqab (gelaran) yang diberikan Allah kepada setiap makhluk yang berakal (jin dan manusia) yang membangkang terhadap perintah Allah. Oleh kerana itu penyebutan syaitan (setan) boleh dikenakan kepada jin dan manusia sebagaimana tersurat dalam ayat-ayat di atas. Merujuk kepada kisah Adam dan Iblis dari ayat 12-20 surah al-'Araf, gelaran setan diberikan Allah untuk pertama kalinya kepada Iblis apabila dia menyatakan alasan penolakan untuk sujud kepada Adam. Dan pada surat Thaha 20:117, Allah memberi amaran kepada Adam bahawa makhluk yang terkutuk itu akan menjadi musuh Adam dan isterinya. Dan pada surat Yasin 36:60, Allah menegaskan kembali gelaran setan diberikan kepada musuh Adam tersebut dan dijadikan peringatan bagi anak cucu Adam. Ini runtut ayat-ayat dimaksud yang bermaksud; 1. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah,

sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina". Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tempoh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya ". (Dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan 2 / 3Perbezaan jin, syaitan dan iblis Written by Pengurus Web Thursday, 04 April 2013 11:21 janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim ". Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarang kamu daripada mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga)" . (Al-'Araf 7:12-20)

2. "Maka kami berkata: 'Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi istrimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka.'" (Thaha 20:117) 3. "Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu." (Yasin 36: 60) Adapun Iblis diambil dari kata al-balas yang bererti orang yang tidak mempunyai kebaikan sedikitpun (man la khaira 'indah), atau diambil dari kata ablasa yang bererti putus asa dan bingung (yaisa wa tahayyara). Disebut iblis (putus asa) kerana mereka merasa putus asa dengan rahmat Allah, juga disebut iblis lantaran mereka tidak pernah berbuat kebaikan sedikitpun. Menurut satu riwayat, dahulunya iblis ini bernama Naail, akan tetapi sejak ia membangkang dan menolak perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam, ia ditukar nama menjadi syaitan. Sumber : http://detikislam.blogspot.com

Você também pode gostar