Você está na página 1de 9

1. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang.

Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa merupakan asas keharmonian sesebuah keluarga. Mereka juga berperanan sebagai pencorak masa depan anak yang cemerlang. Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Bantuan dan doa daripada ibu bapa, maka anak-anak mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak hingga mencapai kejayaan merupakan tugas yang amat berat dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sentiasa memainkan pelbagai peranan untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran. Salah satu peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran ialah membesarkan anak-anak dalam suasana yang harmoni dan ceria. Keharmonian dan keceriaan menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertelingkahan antara ibu bapa dan apa-apa jua masalah yang dapat mengganggu keharmonian dan kesejahteraan keluarga. Melalui cara ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam pelajaran mereka kerana tidak dibebani tekanan yang berat. Dalam hal ini, anak-anak akan dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran mereka kerana mereka hidup dalam keadaan gembira dan seronok pada setiap hari. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Selain itu, ibu bapa juga mestilah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak mereka dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan. Dalam kebanyakan keadaan, anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga merreka sukar untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan bermasalah, seperti ponteng sekolah, menghisap rokok, dan sebagainya, mereka akan mengikut jejak rakan sebaya mereka itu dan lama-kelamaan mereka tidak berminat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Melalui cara ini, ibu bapa akan dapat menangani sesuatu perkara yang melanda anak mereka lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Seterusnya, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama dan moral yang cukup. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bertepatan dengan tuntutan pepatah yang menyatakan melentur buluh biarlah daripada rebungya. Seruan ini memang betul kerana lazimnya anak-anak sukar dibentuk dan diperbetul setelah mereka melewati usia kanak-kanak. Apatah lagi, seperti kata bijak pandai, anak-anak itu diibaratkan kain putih, jadi ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Jika anak-anak tidak dibentengi dengan pendidikan agama dan moral sejak kecil, mereka dengan mudah akan dibanjiri pelbagai bentuk kejahatan yang akan merosakkan diri mereka. Pendidikan agama dan moral yang baik membolehkan anak-anak menapis dan menepis segala bentuk kemungkaran dan hal ini membantu mereka memperoleh kejayaan dalam pelajaran dengan cemerlang. Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan anak-anak tentang sesuatu perkara atau masalah yang timbul. Ibu bapa juga mestilah sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi anak-anak dan tidak menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk menjauhi anak-anak. Yang lebih penting, ibu bapa mestilah bersedia untuk menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak. Kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama supaya segala masalah yang ditanggung mereka tidak terperap dan membengkak di dalam hati mereka. Biasanya, ana-anak yang memendam perasaan tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam pelajaran, dan dengan demikian menjadi salah seorang yang tercicir dalam pelajaran. Natijahnya, komunikasi dua hala dan perbincangan antara ibu bapa dengan anak-anak dapat melorongkan mereka ke gerbang kejayaan.
Sebagai kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu kejayaan anak-anak. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya anak-anak terjebak dalam masalah social, keadaan akan menjadi semakin serius dan sukar untuk diselamatkan. Jika ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, mereka sangat sukar untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak, khususnya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Pusat Tuisyen Delima Unggul

Page 1

2. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan. Huraikan pendapat anda. Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu seperti peribahasa Melayu, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Dengan cara itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan. Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan cara membelikan anak-anak mereka peralatan sukan. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara. Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi. Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalahmajalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan.
Pusat Tuisyen Delima Unggul Page 2

3. PERANAN KELUARGA DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL


Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa menghiasi lembaran akhbar. Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat. Fenomena ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita. Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan? Tampaknya, masalah gengsterisme, vandalisme, samseng jalanan, pembuangan bayi, remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja. Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat . Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama. Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab. Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya. Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar. Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia, remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-anak yang mulia sehingga berjaya. Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. Suri teladan ibu bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata peribahasa, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lain-lain lagi. Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak akan mencanai generasi muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang. Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna dan kamil amat diperlukan oleh anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian ini berlaku kerana anakanak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. Sementelahan, ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang harmoni berdominan untuk membanteras kegiatan negatif. Di samping itu , setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi masalah. Ibu bapa harus sentiasa bertanyakan masalah anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka. Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa membuat kerja rumah tangga untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu, setiap anggota keluarga akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti keluarga seperti gotongroyong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga. Secara tuntasnya, segala langkah di atas tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua ahli keluarga seperti ibu bapa, abang dan kakak. Slogan Keluargaku, syurgaku, dan Semakin hari semakin sayang patut dihayati oleh seisi komuniti kita supaya melahirkan masyarakat madani dan sakinat.

Pusat Tuisyen Delima Unggul

Page 3

4.

PERANAN IBU BAPA DALAM MENDORONG KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK

Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini demikian kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak. Antara peranan keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak. Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang dan bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini, pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos pendidikan anak-anak mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka. Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi anak-anak mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam bidang pelajaran. Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran. Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam masyarakat marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan. Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama yang sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik. Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anak-anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur dengan tebing dan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain untuk negara maju yang lain di seluruh sarwajagat ini.

Pusat Tuisyen Delima Unggul

Page 4

5. Peranan Ibu Bapa Membentuk Masyarakat Yang Mementingkan Kebersihan


Mendepani arus era globalisasi ini, kebersihan menjadi salah satu elemen yang membawa kepada pelbagaijenis jangkitan di seluruh dunia. Saban hari, kita telah dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri agar kita tidak mudah dijangkiti penyakit melalui media massa dan juga media elektronik. Muasir ini, pumpunan mamlakat bukan sahaja tidak cakna dengan kebersihan persekitaran mereka bahkan kebersihan mereka sendiri. Disebabkan itulah jangkitan seperti H1N1, demam denggi dan lain-lain mudah merebak disebabkan oleh kealpaan masyarakat kini. Mantan Perdana Menteri malaysia Ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata ,"untuk melahirkan masyarakat yang sihat,aktif dan proaktif, kebersihan perlu dititikberatkan". Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan agar dapat melahirkan generasi yang sihat pada masa hadapan. Peranan perdana yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan adalah dengan mendidik mereka sejak kecil mengenai nilai kebersihan. Dewasa kini, terdapat segelintir ibu bapa tidak menitikberatkan tentang nilai kebersihan pada anak-anak mereka. Bahkan ada juga ibu bapa yang berasakan bahawa anak mereka sudah dewasa dan dapat membezakan antara kebersihan dan kotoran. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita tidak tahu bila penyakit akan datang menyerang kita jka kebersihan tidak diamalkan. Disebabkan hal inilah ibu bapa perlu sedar bahawa kebersihan itu amat penting buat anak-anak bagi menjamin masa depan yang bersih,sihat dan harmoni. Seperti peribahasa "melentur buluh biarlah dari rebungnya", ibu bapa perlu mengamalkan prinsip ini dan mendidik anak-anak mereka tentang kebersihan seja kecil kerana apabila mereka ini sudah dewasa mereka akan menjadi lebih sukar untuk dididik. Tuntasnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka tentang kebersihan di usia muda supaya nilai ini menjadi salah satu prinsip dalam diri mereka. Peranan berikutnya, ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan buat anak-anak mereka dalam mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan mereka. Hal ini disebabkan anak-anak selalu mengikuti perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka tidak kira sama ada perbuatan itu baik ataupun sebaliknya. Oleh itu, ibu bapa merupakan orang penting dalam proses pembelajaran zuriat mereka, dengan itu mereka perlulah menunjukkan contoh yang terbaik buat anak-anak mereka. Salah satu contoh yang boleh ditunjukkan oleh ibu bapa adalah dengan mempraktikkan amalan kebersihan di hadapan anak-anak. Contohnya, membuang sampah di tempat yang sepatutnya, basuh tangan sebelum dan selepas makan, tutup mulut ketika batuk atau bersin dan banyak lagi. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu iaitu bagaimana acuan, begitulah hasilnya , itulah yang boleh digambarkan sekiranya ibu bapa menunjukkan amalan yang baik di hadapan anak-anak. Konklusinya, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh yang bak agar dapat dicontohi oleh anak-anak supaya generasi yang mementingkan kebersihan dapat dilahirkan. Peranan seterusnya, ibu bapa perlu memberikan pengajaran kepada anak-anak dengan menunjukkan kesan-kesan jika amalan kebersihan tidak diamalkan oleh mereka. Rentetan daripada perkara ini, anak-anak akan sedar akan kesan dan akibat jika nilai kebersihan tidak dititikberatkan dalam kehidupan. Marcapada ini, terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh dijadikan sebagai contoh jika tidak mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Jangkitan H1N1 yang mudah merebak melalui udara apabila seseorang itu tidak tutup mulut ketika sedang batuk atau bersin. Demam denggi yang membawa maut akan tersebar jika seseorang itu tidak membersihkan kawasan sekitar rumah mereka yang mungkin merupakan tempat pembiakan nyamuk aedes dan lain-lain. Tokoh politik terkenal tanah air, Dato Onn Jaafar pernah mengungkapkan seseorang yang tidak tahu sejarah akan mengulanginya pada masa akan datang, ungkapan beliau ini banyak memberikan maksud dan salah satunya jika mereka tidak tahu kesan tidak mengamalkan kebersihan, maka mereka akan melakukan kemudaratan ke atas diri sendiri dengan mengamalkan gaya hidup yang tidak bersih. Dengan itu, ibu bapa perlulah memberikan pengajaran kepada anak-anak supaya penyakit-penyakit yang tidak diingini akan dapat dielakkan. Peranan terakhir yang harus dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan adalah dengan cara mengamalkan gotong-royong membersihkan kawasan rumah dengan seisi keluarga. Melalui cara ini, anak-anak akan mengerti kepentingan kebersihan itu tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mempraktikkan amalan kebersihan dalam kehidupan, malahan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim seisi keluarga di samping dapat menyihatkan tubuh badan. Aktiviti ini tidak semestinya dilakukan setiap hari, tetapi boleh juga dilakukan secara berkala seperti dua minggu sekali dan macam-macam lagi. Cogan kata Kebersihan Adalah Tanggungjawab Bersama yang diuar-uarkan oleh kerajaan amatlah bersesuaian dengan aktiviti gotong royong ini. Izharlah di sini bahawa kebersihan itu merupakan tanggungjawab semua orang bagi memastikan masa depan yang sihat sejahtera. Sebagai penutup kata pemanis bicara, jelaslah bahawa ibu bapa merupakan perancang utama dalam memastikan anakanak mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan mereka. Amalan kebersihan ini amatlah penting bagi seseorang individu, sekumpulan masyarakat dan sesebuah negara. Sebuah negara yang maju dan proaktif berakarkan masyarakat mereka yang sihat dan cergas dan mereka ini pula mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Untuk itu, ibu bapa perlulah mendidik anakanak supaya kebersihan diamalkan bagi melahirkan sebuah generasi yang sihat dan positif pasa masa hadapan. Perkara ini amat disokong oleh tokoh politik yang disegani di mata dunia, Nelson Mandela yang berkata, jika hendak lihat sesebuah negara,

Pusat Tuisyen Delima Unggul

Page 5

lihatlah generasi mudanya. Konklusinya, nilai kebersihan merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan dan ia

6. Masyarakat mempunyai peranan penting menangani pelbagai gejala negatif

dalam kalangan masyarakat. Berikan pendapat anda.


Marcapada, pelbagai gejala negatif kerap terjadi dalam kalangan masyarakat di negara kita. Perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada kita adalah mengapakah perkara ini semakin kerap terjadi? Apakah faktor yang menyebabkan masyarakat negara kita yang dahulunya terkenal dengan nilai berbudi bahasa dan bersopan santun berubah sebaliknya? Segala persoalan yang timbul dalam benak fikiran kita seolah-olah tiada jawapannya. Apakah langkah yang perlu diambil oleh masyarakat bagi menangani gejala negatif yang berlaku dalam kelompok mereka ini? Antara langkah untuk mengatasi pelbagai gejala negatif dalam masyarakat pada hari ini adalah dengan melalui keprihatinan masyarakat setempat terhadap perkara ini.Hal ini berlaku demikian kerana sikap sebegini akan menyebabkan mereka yang mahu melakukan gejala negatif ini akan berasa takut untuk melakukannya di kawasan tempat tinggal mereka.Lantaran itu, gejala-gejala negatif seperti berlumba motor secara haram, vandalisme, melepak dan sebagainya akan dapat dikawal.Tamsilnya, program Rukun Tetangga yang dilaksanakan oleh komuniti setempat akan dapat mengurangkan gejala ini daripada terus berlaku. Oleh itu, sikap cakna masyarakat setempat amat penting dalam menangani isu ini. Di samping itu, masyarakat setempat boleh mengadakan program bermanfaat khusus untuk golongan remaja dan belia di kawasan tempat tinggal mereka. Hal ini berlaku demikian kerana dengan mengadakan aktiviti seperti ini akan dapat mengisi masa senggang yang ada dengan kegiatan yang berfaedah untuk mereka.Dengan ini, mereka akan tiada masa untuk membuat perkara-perkara yang negatif. Tamsilnya, aktiviti seperti pertandingan futsal pada hujung minggu akan dapat memenuhi masa senggang mereka di samping menyihatkan tubuh badan. Lantaran itu, terbuktilah bahawa aktiviti-aktiviti berfaedah akan dapat mengalihkan perhatian golongan ini daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Seterusnya, penganjuran kempen kesedaran secara bersepadu oleh agensi-agensi kerajaan juga boleh membantu menangani isu ini. Hal ini berlaku demikian kerana golongan yang melakukan gejala negatif ini mungkin tidak menyedari kesan negatif atas perlakuan mereka selama ini.Sehubungan dengan ini, mereka mungkin akan menyesali salah laku masa lalu mereka. Tamsilnya, pihak berkuasa boleh memberi penerangan tentang hukuman-hukuman yang bakal diterima oleh mereka yang melakukan perbuatan yang negatif ini.Benarlah bahawa melalui kempen yang bersepadu pelbagai gejala negatif akan dapat dikurangkan dalam kalangan masyarakat. Konklusinya, jelaslah bahawa pelbagai gejala negatif dalam kalangan masyarakat dapat diatasi sekiranya langkah dan kaedah yang betul dilaksanakan. Oleh itu, setiap anggota masyarakat perlulah memainkan peranan masing-masing dalam membanteras gejala yang tidak sihat ini. Dengan ini, segala masalah yang dihadapi oleh komuniti setempat akan dapat diatasi dengan cara yang lebih berkesan. Sesungguhnya benarlah kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Pusat Tuisyen Delima Unggul

Page 6

7. PERANAN REMAJA DALAM MEMBINA NEGARA 1MALAYSIA


Pascakemerdekaan ini, perpaduan amat penting terutama untuk memupuk semangat patriotisme sesebuah negara terutama negara seperti Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Perbezaan ini mungkin akan menyebabkan ada yang berasa tidak berpuas hati. Oleh itu, untuk mencapai perpaduan dan toleransi dalam kalangan rakyat Malaysia, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak telah mencetuskan idea yang bernas dengan merealisasikan gagasan 1Malaysia dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi merealisasikan gagasan ini, peranan golongan pelajar amat penting kerana golongan inilah yang bakal meneraju Negara Malaysia pada masa akan datang. Apakah sepatutnya dilakukan oleh golongan pelajar untuk merealisasikan gagasan ini? Program Latihan Khidmat Negara [PLKN] yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lepas merupakan satu pendekatan yang baik untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia dalam kalangan pelajar. Di dalam program ini selain dapat meningkatkan keyakinan para pelajar, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Namun, ada segelintir pelajar yang cuba untuk mencari alasan untuk tidak melibatkan sebarang aktiviti kenegaraan dan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh kerajaan terutama dalam Program Latihan Khidmat Negara. Untuk meralisasikan gagasan 1Malaysia peranan pelajar amat penting. Oleh itu, semua pelajar perlulah memberikan kerjasama seperti peribahasa bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat. Seterusnya, untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia dalam kalangan pelajar, mereka juga harus menghayati Rukun Negara. Hal ini adalah kerana, menghayati Rukun Negara juga salah satu pendekatan terbaik untuk para pelajar supaya dapat memacu Malaysia sebagai sebuah negara maju bagi merealisasikan wawasan 2020 yang telah dicetuskan oleh mantan perdana menteri kita Tun Dr. Mahathir bin Mohamad . Prinsip- prinsip yang telah digubal dalam rukun negara adalah untuk menyelesaikan isu sentimen perkauman yang terjadi pada 13 Mei 1969. Oleh sebab itu, para pelajar perlu menghayati Rukun Negara supaya dapat belajar daripada kesilapan dan dengan itu sejarah hitam Tragedi 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana kita tidak mahu pisang berbuah dua kali serta negara kita tidak dipandang hina oleh negara lain dan negara kita disamakan dengan negara lain seperti Amerika Syarikat dan Thailand. Menjaga hubungan baik antara kaum merupakan satu lagi minhaj yang boleh dilakukan oleh golongan pelajar untuk merealisasikan konsep 1Malaysia. Para pelajar dapat menjaga hubungan yang baik antara kaum dengan kerap mengunjungi rumah jiran tetangga dan sahabat handai yang berlainan kaum selain menghormati budaya serta adat resam kaum lain. Untuk menjaga hubungan yang harmoni antara kaum, para pelajar bukan sahaja perlu membantu bangsa lain yang dalam kesusahan bahkan perlu berusaha mengenali dan mendekatkan diri dengan kaum lain. Andai kata, para pelajar sering bersikap pesimis terhadap kaum lain dan bersikap perkauman nescaya para pelajar tidak akan mampu merealisasikan konsep 1Malaysia dan sudah pasti juga akan wujud sentimen perkauman. Tegasnya, para pelajar perlulah menjaga hubungan yang baik antara kaum lain kerana mempunyai relasi yang kukuh antara kaum yang merupakan peranan perdana yang harus dilaksanakan oleh pelajar untuk Akhir sekali, cara yang terbaik untuk membina negara bangsa 1Malaysia ialah para pelajar menggunakan bahasa kebangsaan dalam percakapan seharian dengan kaum lain supaya konsep 1Malaysia menjadi realiti kerana bahasa mampu menjadi alat untuk mengeratkan perpaduan. Dengan menggunakan bahasa kebangsaan yang sama dengan kaum lain iaitu Bahasa Malaysia dapat dijadikan alat untuk memupuk semangat perpaduan kaum yang jitu selain dapat meningkatkan semangat cinta akan tanah air. Jikalau pelajar enggan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar dengan bangsa lain, perpaduan tidak dapat dipupuk maka gagasan 1Malaysia juga tidak dapat direalisasikan. Maka dengan itu, jelaslah bahawa bahasa sangat penting untuk memupuk semangat perpaduan yang jitu. Konklusinya, para pelajar mempunyai peranan yang penting dalam memastikan gagasan 1Malaysia dapat direalisasikan seperti yang diaspirasikan oleh perdana menteri kita. Bersatu Teguh Bercerai Roboh dapat menggambarkan bahawa rakyat Malaysia perlulah sentiasa bersatu supaya dapat membuktikan pada seluruh dunia betapa kukuhnya perpaduan kaum yang terjalin erat di Malaysia.

Pusat Tuisyen Delima Unggul

Page 7

8. Peranan Remaja Untuk Menjayakan Wawasan Negara. Remaja terdiri daripada golongan muda yang berusia 13 tahun hingga 18 tahun. Remaja memainkan peranan penting dalam memajukan negara dan golongan inilah yang mudah terpengaruh dengan gejala sosial. Dalam hal ini, pelbagai pihak perlu berusaha untuk memastikan remaja kini dapat memainkan peranan dalam menjayakan wawasan negara iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh. Hanya dengan pelajaran sahajalah,seseorang itu boleh mengubah nasib dirinya,keluarga,masyarakat dan juga negara. Tanpa ilmu pengetahuan,remaja tidak boleh mencipta rekaan-rekaan baru dan dengan ini kita masih bergantung kepada negara luar dari segi teknologi. Remaja sepatutnya modal insan cemerlang yang boleh mereka cipta sesuatu kerana remaja perlu menjadi penyumbang teknologi, bukannya pengguna teknologi semata-mata. Selain itu, remaja perlu menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang terjebak dalam masalah sosial. Janganlah melibatkan diri dalam vandalisme,gengsterisme,peras ugut dan penyalahgunaan dadah. Kesemua gejala ini akan merosakkan diri remaja itu dan memalukan keluarga. Kerajaan pula terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyelesaikan masalah ini. Alangkah baiknya jika remaja menggunakan masa yang terluang dengan aktiviti- aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku dan mengumpul setem. Lantaran itu,remaja yang berwawasan perlu menghargai masa dengan sebaik-baiknya kerana masa itu emas. Di samping itu, remaja juga perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang negara agar negara aman dan rakyat dapat hidup dalam harmoni. Apabila remaja mengamalkan sikap yang terpuji dan tidak melanggar undang-undang negara,barulah segala wawasan negara dapat dijalankan dengan sempurna. Remaja juga perlu menjayakan segala program yang dianjurkan oleh kerajaan. Remaja sepatutnya menjadi teladan yang baik kepada adik-adik mereka dengan berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakan kempen-kempen seperti Kempen Anti merokok,Kempen Cintailah Sungai kita dan Kempen Galakan Membaca. Remaja yang menjadi tonggak negara akan dapat memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan negara. Dalam usaha menjayakan wawasan negara, remaja boleh memberikan sumbangan tenaga dan idea yang berterusan agar aspirasi negara untuk menjadi negara maju akan terlaksana. Untuk mencapai hasrat itu,remaja yang berwawasan perlu banyak membaca bahan-bahan berbentuk pengetahuan dan berusaha untuk meningkatkan keupayaan diri dari pelbagai aspek seperti pengetahuan ICT yang membolehkan mereka memperoleh pengetahuan tanpa batasan menerusi Internet. Mereka boleh bertukar-tukar idea dengan remaja dari negara lain dan seterusnya boleh menjana idea untuk menjayakan wawasan negara. Konklusinya,remaja memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan negara. Remaja yang berkualiti,merupakan pemangkin kecemerlangan negara. Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk mewujudkan remaja yang benar-benar berwawasan,berdedikasi dan berketerampilan dan akhirnya negara kita akan maju setanding negara maju yang lain.

Pusat Tuisyen Delima Unggul

Page 8

Pusat Tuisyen Delima Unggul

Page 9

Você também pode gostar