Você está na página 1de 35

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN BESUT TERENGGANU

TAJUK: PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL ( RBT 3112)

NAMA PELAJAR

: MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMIN : 910611-02-5219 : MUHAMMAD AZRI ASYRAF BIN MOHD ASARI : 911209-11-5149

UNIT JABATAN NAMA PENSYARAH

: REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2 : PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL : ENCIK JAFRI BIN JAFFAR

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan maklumatmaklumat yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya

TANDATANGAN NAMA TARIKH

: .................................................................... : MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMIN : ....................................................................

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan maklumatmaklumat yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya

TANDATANGAN NAMA TARIKH

: ....................................................................... : MUHAMMAD AZRI ASYRAF BIN MOHD ASARI : .......................................................................

Isi Kandungan Muka Surat Halaman Pengakuan Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 2.0 Pengurusan Bengkel 3.0 Laporan Pemerhatian Bengkel Kemahiran Hidup 4.0 Cadangan Penambahbaikan 5.0 Pengurusan Kewangan 6.0 7.0 Refleksi Bibliografi Lampiran

1.0

Pengenalan

Konsep pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan pembelajaran melalui pengalaman. Murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan hariannya. Bagi subjek kemahiran hidup, bengkel merupakan pusat bagi amali pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan murid terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya tahu dengan jelas tentang pengurusan dan keselamatan bengkel. Hal ini merangkumi keseluruhan tajuk dalam pengurusan bengkel iaitu prinsip-prinsip pengendalian dan pengurusan bengkel, punca dan pencegahan kemalangan, pengurusan kewangan dan pengendalian bahan, reka bentuk bengkel yang berkesan, permasalahan pengurusan bengkel serta cadangan mengatasi masalah yang ada dalam mewujudkan sebuah bengkel yang lengkap dan kondusif dalam membantu guru mencapai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan. Setiap murid perlu didedahkan kepada pengetahuan yang berkualiti dengan kemahiran yang hendak dikuasai. Guru tidak seharusnya menyampaikan

pengetahuan secara tersendiri atau terasing daripada aktiviti murid. Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai dan sikap seperti berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir, dan berminat menjalankan kerja-buat-sendiri. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai seperti tunjuk cara, bercerita, kajian,

simulasi, main peranan, permainan, tinjuan dan lawatan boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan. Pemilihan kaedah bergantung kepada beberapa faktor iaitu objektif pelajaran, kemudahan, saiz kelas, dan taraf kebolehan murid. Guru hendaklah sentiasa mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik supaya proses penerimaan ilmu yang disampaikan oleh guru-guru lebih mudah dan berkesan. Oleh itu, salah satu lokasi penting yang perlu dititik beratkan pengurusannya supaya menjadi sebuah bilik yang sangat kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran ialah bengkel Kemahiran Hidup (KH). Peranan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup sama ada di sekolah menengah ataupun rendah amat diperlukan bagi memastikan bengkel digunakan secara kondusif dan selamat. KH ini sentiasa sedia untuk

2.0

Pengurusan Bengkel 2.1 Prinsip-Prinsip Pengendalian dan Pengurusan Bengkel Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, pengurusan ditakrifkan sebagai perihal kerja dan sebagainya. Menurut Brech (1957), pengurusan ialah proses sosial yang merangkumi perancangan, kawalan, penyelarasan dan dorongan. Ia juga merupakan usaha koperatif bagi mencapai objektif objektif dan matlamat yang telah ditentukan. Antara tujuan pengurusan bengkel adalah seperti berikut mengelakkan pembaziran masa dan tenaga serta menjimatkan wang, mewujudkan keselamatan bengkel, alatan dan bahan, mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, sekaligus mewujudkan suasana bengkel yang kondusif, menghasilkan produk yang lebih berkualiti, mengelakkan daripada berlakunya kemalangan, mengurangkan kos

pengeluaran dan pembaziran, menjimatkan masa bekerja dan boleh dijadikan kebanggaan guru kerana menarik untuk dipandang Oleh itu terdapat beberapa prinsip dalam pengurusan bengkel. Menurut Henri Fayol, prinsip umum dalam sesebuah organisasi dan pengurusan harus mengandungi 14 perkara seperti berikut: Pengkhususan / pembahagian kerja Pengkhususan kerja adalah penting dalam sebuah pengurusan. Pengkhususan akan memberi hasil kerja yang lebih berkesan dan produktif. Dalam pengkhususan kerja, seseorang pekerja akan memberi tumpuan kepada tugas yang telah ditentukan dalam rutin kerja harian. Dengan ini, hasil kerja akan menjadi tepat dan meningkatkan output. Dalam pengurusan bengkel, prinsip ini boleh diamalkan, misalnya seorang guru akan ditugaskna untuk menjaga penyengaraan mesin, seorang menjaga stok dan inventori. Kuasa dan tanggungjawab Seorang pengurus yang baik harus mempunyai kuasa rasmi (official authority) daripada pejabatnya dan juga kuasa personel (personal authority) yang merangkumi beberapa cirri seperti kebijaksanaan, pengalaman, kebolehan memimpin, akhlak, dan rekod perkhidmatan yang baik.

Tanggungjawab adalah selaras dengan kuasa. Jika seorang pengurus menguatkuasakan Perlantikan Ketua kuasanya Bengkel maka harus tanggungjawabnya dilaksanakan secara turut rasmi timbul. oleh

Kementerian Pendidikan. Ketua Bengkel berperanan untuk menyelaras tugas di bengkel dan memimpin guru-guru bengkel yang lain. Disiplin Disiplin dalam pengurusan dan organisasi bermaksud kepatuhan, taat setia dan menghormati. Disiplin diperlu untuk memastikan jentera pentadbiran sebuah pengurusan boleh berjalan dengan lancar. Disiplin juga merupakan satu cabang pengurusan bengkel yang penting. Misalnya guru dan semua pelajar mesti berusaha untuk menjaga kebersihan bengkel dan memastikan perlatan bengkel selamat digunakan. Kesepakatan dan perintah (unity of command) Seorang kakitangan atau pekerja harus menrima arahan atau perintah daripada seorang ketuanya. Prinsip ini amat sesuai untuk diamalkan menjaga kebersihan dan keceriaan bengkel. Seorang pelajar boleh dilantik sebagai ketua untuk memimpin rakan sekelas meembantu dalam menjaga kebersihan bengkel. Kesepakatan dalam arahan (unity of direction) Seorang ketua akan mempunyai beberapa rancangan aktiviti untuk pekerja dibawah jagaannya. Aktiviti-aktivit ini mempunyai objektif yang sama. Kepentingan peribadi kepada kepentingan keseluruhan Kepentingan keseluruhan harus diutamakan dalam pengurusan sebuah organisasi. Kepentingan peribadi harus diketepikan. Pembentukan sebuah organisasi adalah sama dengan pembentukan sebuah negara atau bangsa, di mana kepentingan negara fan bangsa harus diutamakan. Setiap bengkel telah dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan yang bernilai. Dengan ini, tanggungjawab guru ialah menjaga dan menyenggara peralatan ini supaya pengajaran dan pembelajaran boleh berjalan dengan lancar.

Penghargaan Penghargaan dan penilaian yang diberikan kepada kakitangan sebuah organisasi harus adil dan berasaskan kepada prestasi kerja. Semua kakitangan berpuas hati terhadapnya dan penghargaan diberi mengikut kemampuan kewangan syarikat. Penghargaan harus diberi kepada bengkel yang paling bersih serta mempunyai rekod inventori yang kemas dan terkini oleh pentadbiran sekolah. Pemusatan Menurut Henri Fayol, pemusatan adalah satu keperluan dalam sebuah organisasi. Seorang pengurus akan menggunakan kebijaksanaan dan pengalamannya untuk melaksanakan pemusatan dalam aktiviti-aktiviti

pengurusan dan ini boleh mengelakkan daripada sentiasa memberi arahan kepada kakitangannya. Ketua bengkel atau ketua panitia harus diberi kuasa untuk menetapkan tugas rutin guru-guru bengkel secara rasmi. Rangkaian scalar (scalar chain / line of authority) Rangkaian scalar ialah susun lapis atau struktur dalam sebuah organisasi iaitu daripada yang paling atas seterusnya yang paling bawah. Rangkaian scalar sebenarnya menunjukkan bentuk hubungan dan kuasa semua lapisan dalam sebuah organisasi. Dengan itu, semua kakitangan organisasi akan jelas dan memahami tugasnya. Dalam setiap bengkel sekolah harus mempunyai carta organisasi bengkel bagi semua guru dan pelajar. Tersusun (order) Secara asas setiap organisasi mesti memberi tugas yang sesuai untuk setiap kakitangannya. Mereka perlu melihat bagaimana peranannya boleh diterap ke dalam organisasi itu seperti kata pepatah A place for everyone and everyone in is place.

Persamaan Persamaan dan keadilan harus diamalkan dalam sebuah organisasi. Ini boleh menggalakkan pekerja sentiasa taat kepada organisasi. Keadaan ini adalah sama dengan sebuah organisasi bengkel sekolah iaitu setiap pelajar akan diberi peluang untuk menggunakan perlatan yang mahal mengikut gilirannya. Kestabilan dalam pemegangan jawatan (tenure of stability) Setiap anggota organisasi harus diberi masa untuk menyesuaikan diri dalam tugasnya supaya semua kerja boleh dijalankan dengan berkesan. Kestabilan dalam pemegangan jawatan akan menyumbang rasa taat setia, nilai dan tujuan kepada sebuah organisasi. Inisiatif Merancang sesuatu aktiviti dan memastikan kejayaan aktiviti itu merupakan keinginan yang diharapkan. Kejayaan merupakan satu kepuasan untuk setiap orang. Kepuasan akan menjadi pendorong utama untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, setiap organisasi harus menggalakkan semangat berinisiatif dalam anggotanya. Semangat Kerjasama Setiap organisasi perlu memberi penekanan kepada membangunkan perasaan harmoni antara anggogtanya. Ini boleh mewujudkan teamwork yang berkesan dan hubungan interpersonal yang baik.

2.2 Pengurusan Kewangan Dan Pengendalian Bahan Menguruskan kewangan dan pengendalian bahan merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah pengurusan bengkel di sekolah. Sumbersumber kewangan perlu di catat dan setiap perolehan atau belian juga perlu di kemaskini bagi memastikan aliran keluar masuk kewangan tidak mengalami sebarang keraguan. Antara aspek yang dipertimbangkan dalam pengurusan kewangan adalah seperti berikut:

Punca Kewangan

Pengurusan Kewangan

Pengurusan Bahan

Pengurusan Perolehan

2.2.3 Punca Kewangan

Kerajaan

Ibu bapa murid

Orang awam

Sumber Kewangan

Pihak pengurusan sekolah boleh mendapatkan sumber kewangan daripada tiga sumber utama seperti rajah di atas iaitu daripada kerajaan, ibu bapa atau murid dan orang awam. a) Kerajaan b) Ibu bapa :Yuran pengajian yang dibayar oleh setiap murid. :Bantuan atau peruntukan yang diberikan yang diberikan oleh Kerajaan seperti peruntukan mata pelajaran, Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa daripada Bank/Yayasan, Yuran Peperiksaan dan lain-lain. c) Orang awam :Wang yang diterima derma daripada serta orang awam yang

termasuklah

pungutan

dibenarkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk menambah tabungan sekolah. Peruntukan ini perlu menjadi garis panduan kepada guru dan pentadbir untuk digunakan sebaik yang mungkin bagi membolehkan setiap pelajar mendapat kemudahan yang sepenuhnya bagi menjalankan aktiviti

pembelajaran di sekolah.

Ia juga perlu menjadi panduan guru untuk merancang perbelanjaan dan pengiraan kos yang meliputi perancangan kemudahan pembelajaran jangka pendek dan jangka panjang.

2.2.4 Pengurusan Perolehan Satu proses untuk memperolehi input-input diperlukan oleh organisasi dengan cekap dan menguntungkan hasil output yang berkualiti bagi memenuhi keperluaan pelanggan. Input-input ini terdiri daripada : a) Bekalan b) Perkhidmatan c) Kerja Konsep pengurusan perolehan pula meliputi: a) Berasaskan 6B b) Kualiti yang betul c) Kuantiti yang betul d) Masa yang betul e) Pembekal yang betul f) Tempat yang betul g) Harga yang betul

Setelah memahami konsep peroleh dengan jelas, seorang pengurus harus mengetahui kaedah peroleh bagi memastikan bahan yang diinginkan mudah diperoleh. Antara kaedahnya ialah :

KAEDAH PEROLEHAN

Panjar Wang Runcit (AP 97D)

Pembelian Terus (AP 173), (SPP2 /1999)

Sebutharga (AP 170), (SPP2/1999 , 2/2001)

Tender (AP 171), (SPP2/1999,2/20 01)

AMAUN PEROLEHAN Kurang RM 100.00 Kurang RM 10,000.00 setahun

TINDAKAN Gunakan panjar wang runcit (Petty Cash) Pembelian runcit melalui pembekal tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Melebihi RM 10,000.00 dan kurang dari Pembelian runcit daripada pembekal yang RM 20,000.00 setahun berdaftar dengan Kementerian Kewangan sebut harga sekurang-

Pembelian bernilai RM 20,000.00 hingga Mempelawa Rm 50,000.00 setahun Pembelian melebihi RM 50,000.00 setahun

kurangnya daripada 5 pembekal berdaftar Tender terbuka

2.2.5 Pelupusan Bahan Milik Kerajaan Pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan. Tujuan pelupusan bahan milik kerajaan ini adalah untuk Memastikan Jabatan Kerajaan tidak menyimpan aset yang tidak digunakan atau diperlukan, menjimatkan ruang simpanan atau pejabat, mendapatkan hasil pulangan yang terbaik dan membolehkan aset milik Kementerian atau Jabatan dipindahkan ke Kementerian atau Jabatan lain. Sebagai seorang guru Kemahiran Hidup yang menguruskan bengkel, aspek peralatan dan bahan juga perlu diuruskan dengan sebaiknya. Setiap peralatan dan bahan perlu di senggara bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik dan selamat untuk digunakan. Jika peratan yang rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi maka keputusan untuk melupuskan peralatan tersebut perlu dilaksanakan. Namun ia bukanlah satu kerja yang mudah kerana peralatan tersebut adalah hak milik kerajaan dan perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Berikut adalah prosedur pelupusan peralatan dan bahan milik kerajaan: Justifikasi Pelupusan: a) Tidak Ekonomik untuk dibaiki b) Usang atau Obselete c) Rosak & tidak boleh digunakan lagi d) Luput tempoh penggunaan e) Keupayaan aset tidak lagi di peringkat yang optimum f) Tiada lagi alat ganti untuk peralatan tersebut g) Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan h) Disyorkan selepas pemeriksaan aset dibuat i) Tidak lagi diperlukan oleh Bengkel

j) Perubahan teknologi k) Melebihi keperluan semasa Tatacara pelupusan aset dan barang telah ditetapkan di bawah Bahagian XIV Panduan Perbendaharaan - Tatacara Pengurusan Stor dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan. Cara-cara pelupusan yang telah ditetapkan di bawah bahagian ini adalah seperti berikut: a) Lelong b) Tender c) Tukarbeli (trade-in) d) Pindahan

2.3

Reka Bentuk Bengkel Yang Berkesan Bengkel yang menarik dan tersusun dapat membantu murid dalam

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Murid dapat melaksanakan amali yang dirancangkan dengan baik jika semua peralatan mencukupi dan suasana dalam bengkel adalah kondusif. Setiap sekolah mempunyai reka bentuk bengkel yang berbeza

mengikut kreativiti guru panitia kemahiran hidup di sekolah masing-masing. Hal ini berkait rapat dengan pengurusan bengkel itu sendiri. Guru yang berjaya menguruskan bengkel kemahiran hidup dengan berkesan dapat memastikan objektif pengajaran tercapai. Namun beberapa ciri yang perlu ada dalam menguruskan reka bentuk bengkel kemahiran hidup ini supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif di dalam bengkel. Antara ciri yang perlu diambil kira adalah seperti berikut:

Pelan Lantai Bengkel

pelan lantai proses pelan lantai produk pelan lantai gabungan

Kemudahan Pengajaran

dilengkapi dengan ruang tunjuk cara dan pengajaran

Bunyi

digalakkan menggunakan bengkel kalis bunyi bagi mengelakkan kebisingan tahap kebisingan bengkel yang dibenarkan ialah tidak lebih dari 150 dB namun, kebisingan 90 dB selama 8 jam boleh mengakibatkan hilang pendengaran

Warna

penggunaan warna yang sesuai di lantai bagi mengurangkan silauan menggunakan warna yang cerah supaya bengkel tidak kelihatan suram dan gelap

Pencahayaan

penambahan sumber cahaya dalaman, lampu dibuka ketika pengajaran dan kerja amali dijalankan buka tingkap bagi menjimatkan kos mesin ditempatkan berhampiran dengan sumber bekalan sistem saliran air di singki yang baik dan sempurna pengudaraan yang baik supaya bengkel tidak mengumpul haba dan mendapat udara asli

Kebersihan

Ciri-ciri ini dapat membantu guru dalam menguruskan bengkel kemahiran. Untuk menghasilkan bengkel yang menarik guru panitia boleh meminta bantuan daripada guru lain dan boleh melantik murid sebagai ketua bengkel untuk menceriakan bengkel kemahiran hidup sekolah.

3.0

Laporan Pemerhatian Bengkel Kemahiran Hidup

Kami menjalani praktikum fasa dua selama lapan minggu di Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu dan atas kesempatan ini kami gunakan untuk membuat pemerhatian ke atas Bengkel Kemahiran Hidup yang terdapat di sekolah ini. Sepanjang berada di sekolah ini, saya berpeluang menggunakan bengkel ini dan merasai sendiri keadaan di dalam bengkel tersebut. Hasil daripada pemerhatian saya terhadap Bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu ini, kami dapati terdapat banyak kekurangan dari berbagai aspek yang perlu dipandang serius dan perlu diselesaikan dengan kadar segera agar tidak mengganggu pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup yang sering menggunakan bengkel tersebut. Dalam aspek reka bentuk, suasana dalam bengkel kelihatan agak kurang menarik dan hal ini boleh menjejaskan minat murid untuk belajar. Susunan meja di dalam bengkel ini juga agak berterabur dan tidak kemas sehinggalah kami masuk ke dalam bengkel ini dan menyusun sendiri meja yang terdapat dalam bengkel ini. Pintu bengkel juga telah rosak dan ini membuatkan bengkel tersebut terdedah kepada risiko pencerobohan. Walaubagaimanapun, keadaan fizikal bengkel adalah selamat digunakan dan sentiasa dalam keadaan yang bersih. Pengudaraan dan

pencahayaan di bengkel berkenaan juga amat baik di mana semua tingkap dan kipas berfungsi dengan sempurna

Rajah 1: Keadaan bengkel yang kurang menarik.

Rajah 2

Dalam aspek organisasi pula, saya dapati bahawa organisasi bagi Bengkel Kemahiran Hidup sekolah ini adalah baik. Sebagai guru bengkel atau Pengurus Bengkel, adalah menjadi satu kewajipan untuk mengetahui apakah bahan atau stok yang terdapat di dalam bengkel dan apakah kemudahan alat kelengkapan yang disediakan di dalam bengkel terbabit. Oleh itu, tujuan sistem inventori di bengkel adalah untuk merekodkan maklumat semasa tentang semua peralatan dan bahan yang terdapat di dalam bengkel. Saya pernah diberi peluang untuk merekodkan maklumat di dalam buku inventori bengkel berkenaan. Saya dapat rumuskan bahawa guru panitia mampu menguruskan bengkel ini dengan baik melalui buku rekod yang pernah saya gunakan semasa merekodkan peralatan di bengkel tersebut. Ini menunjukkan pengurusan dari segi alatan dan bahan bagi bengkel berkenaan adalah baik dan memuaskan. Melalaui pemerhatian saya dalam aspek pengurusan keselamatan pula, saya dapat rumuskan bahawa tahap keselamatan di dalam bengkel ini adalah sekadar baik sahaja. Hal ini kerana, walaupun keadaan bengkel ini sempurna dan tiada kerosakan secara fizikal yang boleh membahayakan murid, tiada sebarang info-info keselamatan ataupun tanda-tanda amaran yang ditampal di dinding-dinding bengkel. Tiada sebarang pernyataan tentang peraturan ketika berada di bengkel dan tiada jadual bertugas bagi murid membersihkan bengkel selepas tiap kali bengkel digunakan. Hal ini mungkin kerana bangunan sekolah ini yang masih baru dan guru-

guru Kemahiran Hidup tidak mempunyai kesempatan untuk mengemas dan menghias bengkel tersebut.

Rajah 3

Dalam aspek kewangan pula, oleh kerana murid di sekolah ini adalah sedikit, peruntukan yang diperoleh juga adalah sedikit dan panitia tidak dapat membekalkan kelengkapan serta peralatan yang mencukupi kepada pelajar. Peralatan yang ada adalah sedikit dan tidak mencukupi untuk semua murid merasai sendiri melakukan sesuatu amali tersebut. Perkara ini telah saya rasai sendiri apabila membuat amali Ikan Hiasan dimana bahan pengajaran dan pembelajaran yang ada di dalam bengkel adalah terhad dan memerlukan saya membeli sendiri bahan yang diperlukan bagi memastikan semua murid dapat menjalankan amali tersebut dengan sempurna dan semua murid dapat melakukan amali dengan lancar dan baik. Dalam aspek pengendalian bahan dan alatan, peralatan yang ada disusun berdekatan dengan meja kerja yang memudahkan murid untuk mengambil dan menyimpan kembali peralatan tersebut. Tempat penyimpanan barang juga mudah untuk dikenalpasti kerana telah ditanda dengan nama peralatan tersebut dan disusun dalam keadaan yang kemas dan teratur. Peralatan yang disediakan juga adalah mengikut saiz murid yang kecil dan sesuai mengikut tahap umur mereka. Perkara ini penting bagi mengelak murid daripada menggunakan peralatan yang terlalu besar atau berat sehingga membahayakan mereka ketika mengendalikan peralatan tersebut. Terdapat beberapa peralatan yang sudah berkarat dan rosak

sehingga tidak boleh digunakan lagi. Guru perlu mengambil berat tentang hal ini dan sentiasa memastikan peralatan berada dalam keadaan yang baik.

Rajah 4

Secara keseluruhannya, pengurusan bengkel disekolah ini memuaskan dan boleh digunakan dengan selamat. Bengkel ini perlu diberi sedikit penambahbaikan seperti menghias dinding dengan mural yang berkaitan dengan bengkel serta mengubah suai kedudukan murid supaya dapat menarik minat murid sekali gus mampu menghasilkan P&P yang berkesan. Peralatan juga perlu ditambah bagi memastikan semua murid dapat menggunakan secara serentak. Hal ini dapat memberi kefahaman yang maksimum kepada murid sebagai contoh dalam tajuk fungsi alatan tangan. Murid dapat memahami fungsi tersebut jika semua murid dapat merasai sendiri bagaimana alatan tersebut digunakan. Oleh yang demikian guru panitia perlu lebih bekerja keras untuk memastikan bengkel kemahiran kelihatan ceria sekali gus dapat menarik minat murid untuk belajar di dalam bengkel.

4.0

Cadangan Penambahbaikan

Sebagai seorang guru Kemahiran Hidup, kami perlu sentiasa memastikan bengkel dalam keadaan yang kondusif dan selamat untuk digunakan. Guru perlu sentiasa peka atas keperluan murid dan sentiasa memastikan murid selesa dan bersemangat untuk belajar di samping memastikan objektif pembelajaran tercapai dengan sempurna. Antara cadangan bagi permasalahan yang terdapat dalam laporan tersebut ialah, guru panitia Kemahiran Hidup ataupun pengurus bengkel harus menyemai sikap bertanggungjawab yang tinggi terhadap tugas yang diamanahkan. Sikap ini amat penting bagi memastikan setiap tugas yang dijalankan berjalan lancar dan masalah yang timbul dapat diatasi dengan berkesan. Guru yang

bertanggungjawab akan melahirkan murid yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik. Dalam aspek reka bentuk, guru perlu mengambil inisiatif dengan menghias sendiri bengkel kemahiran hidup tersebut. Guru boleh menampal hasil kerja murid yang terbaik untuk dipaparkan di dalam bengkel tersebut bagi menaikkan semangat murid yang lain untuk membuat kerja yang lebih baik. Selain dapat menghias bengkel tersebut, ia juga dapat menaikkan semangat murid untuk belajar. Bukan itu sahaja, susunan meja yang betul juga perlu agar memastikan murid dapat melaksanakan aktiviti amali dengan berkesan. Guru tidak seharusnya memandang remeh akan perkara ini kerana ianya sangat mempengaruhi keadaan murid. Oleh yang demikian susunan meja yang terbaik haruslah dipastikan oleh guru agar murid merasai suasana kondusif di dalam bengkel. Bagi aspek keselamatan, guru perlu memandang serius tentang hal ini kerana ianya melibatkan tentang keselamatan murid ketika berada di dalam bengkel. Guru perlu menampal info-info tentang peraturan keselamatan di bengkel dan meletakkan tanda-tanda amaran di tempat-tempat yang sepatutnya. Guru perlu menetapkan sendiri peraturan ketika berada di dalam bengkel dan memberi penegasan tentag kepentingan mematuhi peraturan tersebut kepada murid setiap kali masuk kedalam bengkel. Selain itu juga, guru juga perlulah memastikan bengkel dilengkapi dengan peti kecemasan. Peti kecemasan adalah penting sekiranya berlakunya sebarang kemalangan di dalm bengkel. Ianya dapat digunakan sebagai langkah awal sebelum dibawa ke hospital jika keadaan adalah serius.

Bagi alatan yang tidak mencukupi pula, guru perlu kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajran yang berkesan agar semua murid dapat merasai setiap aktiviti yang dilakukan. Guru boleh mengarahkan murid untuk melakukan aktiviti secara bergilir-gilir ataupun menggalakkan murid untuk membawa sendiri bahanbahan yang diperlukan bagi sesuatu projek itu. Di samping itu, guru juga haruslah berusaha untuk membeli peralatan-peralatan yang tidak mencukupi itu. Ini adalah penting agar dapat memastikan murid dapat merasai aktiviti tersebut tanpa sebarang gangguan dari orang lain. Selalunya murid akan berebut untuk mendapatkan alatan kerana mereka lebih teruja untuk melakukan aktiviti amali di bengkel. Guru yang kurang mahir dalam pengurusan bengkel juga perlu mempelajari ilmu pengurusan ini dengan lebih mendalam lagi supaya dapat menguruskan bengkel dengan lebih baik. Kemahiran pengurusan dalam sesebuah organisasi perlu dikuasai termasuklah pengurusan dari segi organisasi, keselamatan, kewangan, peralatan dan sebagainya. Kemahiran pengurusan ini amat penting bagi seorang guru Kemahiran Hidup kerana dengan pengurusan yang baik akan menghasilkan bengkel yang terurus, ceria dan selamat. Kemahiran pengurusan ini bukan sahaja boleh digunakan dalam pengurusan bengkel sahaja malahan dapat juga digunakan dalam pengurusan bilik-bilik lain yang berada di sekolah. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa seorang guru yang mengetahui dan memahami konsep sebenar sebagai seorang pengurus mampu menguruskan bengkel dengan baik. Oleh itu kemahiran ini perlu diasah dengan mempelajari ilmu pengurusan dan merebut peluang menjadi pengurus bagi mendapatkan pengalaman sebagai ketua dalam sesebuah organisasi dimana pengalaman tersebut merupakan satu proses pembelajaran yang amat berkesan.

5.0

Pengurusan Kewangan Jadual Spesifikasi Jenis Peralatan, Bahan dan Mesin Mudah Alih

Bil 1

Senarai Item Gerudi Tangan

Spesifikasi Item Diperbuat daripada besi dan kayu Dipacu mengunakan gear Diserta dengan mata gerudi Diperbuat daripada besi Saiz : (w) 30 (H) 11.5 cm

Harga Seunit RM100.00

Kuantiti 50 unit

Model

Sesiku L

RM 8.00

50 unit

Kikir Parut

Mata diperbuat daripada besi Saiz : 20 cm

RM 8.00

50 unit

Gergaji Lengkung Halus

Disertakan mata berukuran 15cm

RM 12.00

50 unit

Bil 5

Senarai Item Set Pahat Tepi Serong

Spesifikasi Item Dilengkapi 6 set pahat tepi serong Berbeza saiz mata bermula 1 inci.

Harga Seunit RM 52.00

Kuantiti 50 set

Model

Tukul Warington

(W) 30.5 10 cm

RM 24.00

50 unit

Pita Pengukur

Bahan asas : keluli Badan : Plastik ABS Panjang 3M

RM 3.90

100 unit

Pembaris Keluli

Bahan asas : keluli Saiz : (L) 30cm

RM 1.90

100 unit

Gergaji Tangan

Bahan asas : keluli karbon tinggi Ganggang : plastik 18 X7T/8PT

RM 54.00

50 unit

Bil 10

Senarai Item Gergaji Puting

Spesifikasi Item Bahan asas : keluli karbon tinggi Pemegang : Plastik Saiz : 27 cm Saiz : (W) 28 (H) 10.5

Harga Seunit RM 48.00

Kuantiti 50 unit

Model

11

Tukul Kuku kambing

RM 20.00

50 unit

12

Gandin Kayu

Bahan asas : kayu

Rm 18.00

50 unit

13

Tolok Penanda

Bahan asas : kayu Saiz : (L) 30cm

RM 25.00

50 unit

14

Tolok Serong

Bahan asas : plastik Saiz : (L) 30cm

RM 29.00

50 unit

Bil 15

Senarai Item Paku Kayu

Spesifikasi Item Saiz : 2cm Berat : 1kg

Harga Seunit RM 8.50

Kuantiti 50 kg

Model

16

Paku Kayu

Saiz : 3 cm Berat 1kg

RM 8.50

50 kg

17

Paku Kayu

Saiz : 4 cm Berat : 1kg

RM 8.50

50 kg

18

Paku Kayu

Saiz : 5 cm Berat : 1kg

RM 8.50

50 kg

20

Sepanar Boleh Laras

Bahan asas : keluli karbon tinggi Saiz : (W) 5 (L) 25 cm

RM 28.00

50 unit

Bil 21

Senarai Item Pemutar Skru Rata

Spesifikasi Item Bahan asas : keluli Pemegang : Plastik Saiz : 20 cm Bahan asas : keluli Pemegang : plastik Saiz : 20 cm Bahan asas : keluli Pemegang : balutan getah

Harga Seunit RM 5.50

Kuantiti 100 unit

Model

22

Pemutar Skru Philips

RM 5.50

100 unit

23

Playar Muncung Tirus

RM 5.00

100 unit

24

Playar Gabung

Bahan asas : keluli Pemegang : balutan getah Bahan asas : getah Pemegang : kayu

RM 9.00

100 unit

25

Ganding Getah

RM 9.00

100 unit

26

Set Spanar Hujung Terbuka

Bahan asas : keluli 5 set spanar

RM 54.00

100 set

27

688 Litar Elektronik

Set elektronik

RM 308.00

100 unit

Bil 28

Senarai Item Kemahiran Hidup : Alatan dan Bahan

Spesifikasi Item Set nota

Harga Seunit RM 286.00

Kuantiti 5 set

Model

29

Papan Alatan Tangan

Papan pameran

RM 385.00

2 unit

30

Bekas Pensil D.I.Y

4 jenis 5s 20 unit Saiz : (W) 22 (H) 18

RM 110.00

20 set

31

Bekas Tisu

40 units Saiz : (W) 10 (D) 6.5 (H) 12.8 cm

RM 154.00

20 set

Bil 32

Senarai Item Berus Cat

Spesifikasi Item Saiz : (W) 18.5 (H) 6 cm

Harga Seunit RM8.00

Kuantiti 20 unit

Model

33

D.I.Y Building Design Constructio n Kit

RM 328.00 Set A 2 types Saiz : (W) 43 (D) 43 (H) 30 cm

20 set

34

D.I.Y Building Design Constructio n Kit

RM 328.00 Set B 2 Types Saiz : (W) 43 (D) 43 (H) 30 cm

20 set

35

Model Kereta Kabel

Saiz : (W) 16.5 (D) 5 (H) 11.5

RM 58.00

50 unit

36

Carta + Cd Kemahiran Hidup

Saiz Carta 21 30

RM 290.00

5 set

Bil 37

Senarai Item Projek Litar Penyambun g

Spesifikasi Item 1 set : 20 unit

Harga Seunit RM 264.00

Kuantiti 20 set

Model

38

Constructio ns & Innovation Building Blocks

3 Tong

RM 231.00

20 set

39

D.I.Y Robot

10 unit Saiz : (W) 7 (D) 6.7 (H) 13 cm

RM 360.00

20 set

40

Model Kereta Lumba Mekanikal

20 unit Saiz : (W) 27 (D) 6.5 (H) 6.5 cm

RM 217.80

20 set

Bil 41

Senarai Item Kad Aktiviti + Cd Kemahiran Hidup

Spesifikasi Item Saiz kad aktiviti ; 8.3 11.7

Harga Seunit RM 295.00

Kuantiti 5 set

Model

42

Kit Model Loceng

Saiz : (W) 14.7 (D) 9.5 (H) 4 cm

RM 50.00

250 unit

43

Litar Elektrik Tahun 4

Projek Litar Penyambung an Elektrik

RM 52.80

250 unit

44

Litar Elektrik Tahun 5

Projek Litar Penyambung an Elektrik

RM 85.80

250 unit

45

Litar Elektrik Tahun 6

Projek Litar Penyambung an Elektrik

RM 103.00

250 unit

Bil 46

Senarai Item Mesin Jahit 3 dalam 1

Spesifikasi Item Size : (W) 23 x (D) 13 x (H) 20 cm

Harga Seunit RM 167

Kuantiti 50 unit

Model

47

Mesin Gerudi Mudah Alih

48

Mesin Canai

RM 270 Model : BOSCH GSB 13RE 600 Watt Rpm : 2800 rpm Mata gerudi : 13 mm RM 150 Model : Bench Grinder Mollar 6 Berat : 5kg

50 unit

3 unit

Jumlah Keseluruhan : RM 199,941.00

REFLEKSI Alhamdulilah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang diberikan. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang banyak memberi bantuan serta nasihat dari pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Jafri Bin Jaffar. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mencari maklumat dan mengumpul maklumat tentang pengurusan bengkel, pengurusan kewangan serta pengurusan aset kerajaan. Banyak maklumat telah saya perolehi setelah pergi ke perpustakaan. Di sana, terdapat banyak bahan ilmiah tentang subjek ini yang dapat saya gunakan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Bukan itu sahaja, di perpustakaan terdapat bahan bacaan tentang subjek kemahiran hidup yang menjadi perkaitan dalam tugasan ini. Walaupun begitu, kekeliruan tentang fakta sering berlaku kerana kurangnya pemahaman yang mendalam terhadap fakta tersebut. Antara cabaran yang telah saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini ialah kurangnya pemahaman tentang bagaimana untuk melaksanakan tugasan ini. Ini merupakan kali pertama bagi saya mengetahui tentang pengurusan alih aset kerajaan. Banyak borang yang digunakan dalam melaksanakan pengurusan aset ini. bukan itu sahaja, saya juga hadapi kesukaran dalam mengisi borang-borang yang berkaitan. Setelah melakukan beberapa perbincangan bersama rakan serta kerani di sekolah masalah ini dapat diatasi. Bukan itu sahaja, dalam menyiapkan tugasan ini, saya berdepan masalah dalam memilih bahan yang harus dimasukkan dalam tugasan ini. Setelah melakukan kolaborasi, jalan penyelesaian telah dapat dicapai. Walaupun begitu sibuk dengan tugas utama sekarang iaitu sedang berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu, saya telah belajar sesuatu perkara yang telah saya fahami setelah sekian lama. Pengurusan masa yang berkesan akan membantu kita dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Ditambah dengan tugas sebagai seorang guru di sekolah dan sebagai seorang pelajar di institut ini maka seharusnya pengurusan masa yang betul harus diamalkan. Pengurusan masa yang betul membantu kita dalam mengurus diri dan tugas yang akan kita tempuhi.

Kesimpulannya, walaupun berdepan dengan cabaran tersebut, ia akan menjadi satu panduan yang sangat berguna kepada saya dalam menempuhi dunia pembelajaran yang sentiasa berubah mengikut zaman. Saya juga berharap agar segala ilmu pengetahuan yang saya perolehi dalam menyiapkan tugasan ini dapat diaplikasikan dalam dunia pendidikan yang sebenar. Di samping itu, saya mempelajari sesuatu yang tersirat dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun saya menghadapi kekangan dalam masa dalam menyiapkan tugasan ini, namun dengan pengurusan masa yang efektif, kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya. MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMIN 910611-02-5219

Bibliografi

Kaharrudin bin Ismail,Azmi Bin Mohd Yassir,Ramli Bin Asun. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Zulkifli Bin Mohd Salleh, Zainal Bin Abdul Rahim Dan Tuslah Binti Abdan. 2008. Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Selangor. Cerdik Publications.Sdn.Bhd.

Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, Apakah Kemahiran Hidup? (On-line) http://kemahiranhidupbestari.blogspot.com/

Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, http://www.members.fortunecity.com/rescue991/jpa3.htm

Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, Organisasi Bengkel Dan Keselamatan. (On-line). http://nota.could.ws/bab1bengkel.html Diperoleh pada 28 Julai 2010 daripada, Peraturan Dan Keselamatan. (On-line). www.scribd.com/doc/.../Peraturan-Keselamatan-Dlm-Bengkel

Você também pode gostar