Você está na página 1de 2

KEPELBAGAIAN BUDAYA 1) Jenis Budaya : Budaya kebendaan : Peralatan yang dapat memberi simbol dan makna kepada orang

lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit. Budaya bukan kebendaan: Kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang 1) Ciri-Ciri Budaya : Boleh dipelajari Boleh dikongsi Bersifat sejagat Boleh diwarisi Sentiasa berubah Simbolik Pandangan semesta 2) a) b) c) d) e) f) g) Cadangan Menangani Kepelbagaian Sosiobudaya : Sekolah kebangsaan sebagai peneraju Kelayakan pelajar jadi penentuan Pindaan akta Tingkatkan kemudahan Tingkatkan mutu pendidikan guru Peluang latihan Biasiswa kepada yang berkelayakan Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda. Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran. Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma Muadalah (diploma berkembar) 3) Implikasi Kepada Guru :

l)

a) b) c) d) e) f) g)

Positif Guru boleh mengaplikasikan serta memperkenalkan nilainilai murni dalam budaya masyarakat tertentu kepada masyarakat yang lain. Negatif Guru sukar untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid akibat cara hidup serta budaya yang diamalkan

Antara Cadangan Dalam Menangani Isu Kepelbagaian Budaya : a) Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara. b) Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran. c) Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang. d) Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju. e) Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lainlain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat. f) Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak. g) Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan. h) Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa. i) Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman. j) Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman k) Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa

Norma Dan Sekatan : Norma merupakan peraturan tentang apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan. Sekatan merupakan ganjaran dan hukuman yang menggalakan manusia mematuhi norma Guru menetahui norma dan sekatan dalam budaya muridmuridnya Guru perlu memikirkan aspek norma dan sekatan sewaktu meranacang pengajaran 4) Positif Implikasi Kepada Murid :

Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya Membentuk interaksi sosial yang baik Memperkembangkan bakat Negatif Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan Masalah komunikasi dan bahasa Sukar mewujudkan persefahaman Wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri

5) Cara Mengatasi : Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan sifat mereka yang berlainan. Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya Mempelbagaikan kaedah pengajaran Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas

Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102,kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis . Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama adaabstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama.Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksidan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi dandaya

(Shamsul Amri Baharuddin,2007:13). Perkataan budhi yang dipinjamdaripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan daya pulaialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga danpengaruh (Shamsul Amri Baharuddin,2007:13).Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsayang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan.Sebagai contoh, kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang paling berpengaruh danmemainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. Fakta iniadalah hakikat yang telah membawa kepada kejayaan kaum Cina sejak dari awalpenghijrahan mereka ke Tanah Melayu pada abad ke-19 (Sheela Abraham,1986:56).Tidak ketinggalan juga kaum India telah berjaya bersaing dengan kaum Cina dan kaumMelayu sehingga mendapat tempat di dalam ekonomi dan politik negara ini. Mohd Taib Osman (1988) memperkatakan budaya sebagai satu himpunankelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan

kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. E.B. Tylor pula menjelaskan bahawa budaya merupakan keseluruhan kompleks yangmengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adatdan sebarang bentuk kebiasaan. Manakala L.A. White memperlihatkan bahawabudaya merupakan satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat),idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol (Syed Ismail Bin SyedMustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon,2010:45).Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yangmempunyai budaya, adat resam dan ciriciri keistimewaan yang tersendiri.Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis danbersamasama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalamaspek politik, ekonomi dan sosial. Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitubudaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan (ShamsulAmri Baharuddin,2007:14). Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapatmemberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14). Masyarakat yang yakin kepadabudayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan laranganyang terdapat dalam budaya tersebut. Justeru, amalan positif atau negatif masyarakattersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dankekuatan unsur-unsur yang terdapat di dalam budaya.

Você também pode gostar