Você está na página 1de 2

Adab Memasuki Rumah Baru

DIkirim oleh mohd masri di April 19, 2007 Adab-adab memasuki rumah baru secara khusus, tidak pula diperincikan didalam Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh: a. Memberi salam ketika masuk ke rumah. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. - [Al-Nur 24:61] Kita digalakkan memberi salam semasa masuk kedalam rumah. b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa didalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan - : - :

Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :Didalam surah AlBaqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi - Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaaidah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya. c. Membaca beberapa doa yang disunatkan membacanya. Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai doa yang boleh dibaca ketika memasuki rumah baru, beliau mencadangkan agar : Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata : (Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq.) Aku memnohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya Dia juga boleh berkata : (Rabbi anzilni munzalan mubaarakan) Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat al-Muminun 23:29]

d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah - menjemput jiran baru Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum AlQuran di Al-Azhar berkata : Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil Wakeerah dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah. Anda juga digalakkan membaca doa-doa yang telah diajar oleh Nabi saw, yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun tidak[1] Begitulah serba sedikit amalan-amalan yang digalakkan kita membaca semasa memasuki rumah secara umum, samada baru ataupun yang lama. Menyediakan jamuan bagi tujuan menjalinkan silatul rahim adalah digalakkan demi mewujudkan kesinambungan didalam hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Islam amat perihatan dari segi menjaga hubungan diantara JIRAN-JIRAN. Walau apa sekalipun bentuk amalan fizikal, Umat Islam digalakkan berdoa bagi manifestasikan kesyukuran, memohon keselamatan dan perlindungan dari Allah swt. Wallahu alam -wassalamRujukan : 1] Dr. Abdul Fattah Ashour. Etiquette of Moving to a Newly Built House Fatwa IslamOnline. url : http://www.islam-online.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=55341

Você também pode gostar