Você está na página 1de 5

Heuristik membuat jadual/carta/graf Heuristik membuat jadual/carta/graf membabitkan pelajar menyenaraikan secara teratur semua kes yang mungkin

dalam jadual/ carta/ graf sehingga jawapan yang dikehendaki itudiperolehi, ianya dapat digunakan dalam merumuskan data atau membantu pelajar melihat corak/pola maklumat. Membuat jadual/carta/garf adalah berguna apabila kita tidak dapat menterjemahkan sesuatu masalah ke dalam bentuk ayat matematik. Contoh; Tajuk: Wang Hingga RM 1000 Penentuan Nilai Wang Hingga RM 1000 Pelajar dapat menghubungkaitkan kesamaan nilai wang hingga RM1000 Soalan: Nilai sekeping RM 10 sama dengan

RM 1x10 keping

RM 2x5 keping

RM 5x2 keping

Huristik ujikaji (eksperimen) dan simulasi Terdapat masalah boleh diselesaikan jika pelajar melaksanakan kerja praktik iaitu melaksanakan ujian/eksperimen bagi mendapat maklumat untuk mebantu

menyelesaikan masalah. Eksperimen/ujikaji yang hendak dijalankan mesti dirancang dengan baik dan menyediakan bahan-bahan berkaitan, menyimpan rekod dan hasil yang diperolehi. Apabila situasi masalah terlalu sukar, bahaya atau melibatkan perbelanjaan yang tinggi dan mengambil masa yang terlalu panjang/lama untuk diselesaikan malalui uji kaji, penggunaan simulasi boleh dijalankan. Contoh; Tajuk : Wang Ramli ada sejumlah wang. Dia menggunakan wang itu untuk membeli 2 kotak serbuk pencuci dan bakinya ialah RM6.20. Berapakah jumlah wang yang dia ada sebelum membeli serbuk pencuci itu? Jawapan; 1. Guru menunjukkan gambar serbuk pencuci dengan harga sekotak RM11.90. 2. Guru menunjukkan 2 kotak serbuk pencuci dengan harga yang sama. 3. Guru menyuruh murid menambah kedua-dua harga serbuk pencuci tersebut. 4. Guru memberitahu baki dari pembelian tersebut adalah RM6.20 5. Guru menyuruh murid-murid mencari wang asal yang ada pada Ramli sebelum dia membeli serbuk pencuci. Baki = RM6.20 Oleh sebab itu, Jumlah wang yang ada sebelum membeli RM23.80 = RM6.20 Jumlah wang yang ada sebelum membeli = RM6.20 + RM23.80 Jumlah wang yang ada sebelum membeli = RM30.00

3.9 Heuristik menyusun data/ maklumat Kadang kala terdapat masalah matematik dapat diselesaikan dengan cara yang cepat jika seseorang dapat mengenali dan sedar tentang maklumat maklumat atau data yang terdapat dalam soalan, boleh disusun supaya lebih teratur.

Kesimpulan Dalam menggunakan heuristik dalam penyelesaian masalah, para pelajar harus sedar bahawa sesetengah masalah mungkin boleh diselesaikan dengan satu daripada beberapa heuristik altenatif. Sesetengah masalah yang lain pula memerlukan lebih daripada satu heuristik. Guru matemati perlu berperanan bukan sahaja mendedahkan beberapa heuristic penyelesaian masalah kepada pelajar tetapi yang lebih penting ialah pengajaran guru harus memberi tumpuan kepada proses pemikiran yang terbentuk semasa pelajar mengkaji, memahami dan menyelesaikan sesuatu masalah. Di samping itu, penggunaan heuristic-heuristik merupakan satu kemahiran yang agak sukar untuk dikuasai dengan baik. Oleh itu, guru matematik perlu memperuntukkan masa yang mencukupi untuk menerangkan kepada pelajar bagaimana dan bila sesuatu heuristic itu sesuai digunakan. Pendekatan yang diambil oleh guru harus membabitkan aspek diskriptif dan priskriptif. 4.0 STRATEGI MENGAJAR PENYELESAIAN MASALAH 4.1 Strategi mengajar penyelesaian masalah bagi sesuatu masalah

Strategi ini merupakan strategi yang paling banyak digunakan oleh guru dalam pengajaran penyelesaian sesuatu masalah matematik. Guru merupakan agen penyelesaiaan dengan menulis penyelesaiaan di papan tulis dan mengajar murid langkah demi langkah penyelesaian tersebut. Strategi ini kurang berkesan kerana murid hanya menerima apa yang diberikan oleh guru tanpa berfikir proses mendapatkan jawapannya. 4.2 Strategi perbincangan Strategi ini melibatkan perbincangan antara guru dengan murid hingga keperingkat merancang penyelesaian.Guru berbincangn dengan murid untuk emahami soalan dengan berasaskan panduan yang diberikan dalam model oleh Polya iaitu memahami masalah, merancang strategi, melaksanakan strategi dan menyemak semua. Dalam perbincangan ini guru boleh menggunakan salah satu daripada heuristic penyelesaian masalah iaitu : Teka dan uji/cubajaya Menggunakan gambarajah Menggunaka jadual/carta/graf Memudahkan masalah Mencari pola

Bekerja ke belakang / secara songsang Membuat analogi Membuat eksperimen dan simulasi Menyusun data / maklumat 4.3 Strategi soalan berstruktur Startegi ini digunakan oleh guru untuk membantu murid menyelesaikan masalah yang rumit. Guru perlu menyediakan soalan-soalan kecil bagi setiap langkah perlaksanaan strategi. Soalansoalan yang dikemukakan harus menjurus kepada murid mendapat jawapan dan memberi peluang murid berfikir. 4.4 Strategi pembelajaran koperatif Guru boleh mengajar penyelesaiaan secara pembelajaran koperatfi peringkat tinggi iaitu dengan menggunakan kaedah STAD, TGT, JIGSAW dan TAI. Dalam strategi ini guru menunjukan penyelesaian masalah dalam kumpulan masing-masing dan guru memastikan setiap murid dapat menguasai cara penyelesaiaan masalah tersebut. 4.5 Strategi murid membina soalan Dalam strategi ini guru member maklumat atau menunjukkan cara penyelesaian masalah dan murid membina masalah yang berkaitan.

Você também pode gostar