Você está na página 1de 3

PROGRAM JEJAK MAKLUMAT

Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang berkonsepkan Treasure Hunt atau Explore Race. Pertandingan ini berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan.

Pertandingan ini turut menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan.

Program ini merupakan pelaksanaan aktiviti untuk murid sekolah rendah dan menengah iaitu merupakan satu latihan ke arah menjadikan membaca sebagai satu budaya dan menggalakkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai sumber rujukan utama.

Pelaksanaan Pertandingan 1. Setiap kumpulan mendapat arahan berteraskan ilmu pengetahuan memerlukan mereka mengembara dari satu perhentian (check point) ke satu perhentian untuk mendapat klu utama dan klu segmen. 2. Klu utama perlu dikumpulkan dan klu segmen perlu diselesaikan di setiap perhentian. 3. Pelbagai halangan akan diwujudkan sepanjang pengembaraan bagi membina daya tahan dan meningkatkan pemikiran kreatif untuk melepasi halangan tersebut. 4. Kumpulan pertama yang dapat menyelesaikan klu utama adalah johan pertandingan. 5. Bagi memenangi pertandingan ini, memerlukan pembacaan, persediaan, ketahanan dan strategi yang terancang. 6. Terdapat lima perhentian yang perlu dilalui oleh peserta secara individu dan berkumpulan.

Perhentian Pertama : Segmen Ketahanan Fizikal Memerlukan peserta secara individu menempuh halangan-halangan secara fizikal yang telah ditetapkan.

Perhentian Kedua : Segmen Isu Semasa Memerlukan peserta secara individu mempunyai pengetahuan isu-isu semasa dalam negara dan luar negara.

Perhentian Ketiga : Segmen Pemikiran Kreatif Memerlukan peserta secara individu menyelesaikan masalah dalam bentuk puzzle.

Perhentian Keempat : Segmen Uji Minda Memerlukan peserta secara berkumpulan menyelesaikan Teka Silangkata (Cross Word Puzzle) yang telah ditetapkan.

Perhentian Kelima : Segmen Pembacaan Merupakan segmen utama pertandingan ini di mana para peserta secara berkumpulan menyelesaikan masalah kesemua klu utama yang telah dikumpul yang melibatkan bahan-bahan di PSS.

Segmen Ketahanan Fizikal

Segmen Ketahanan Fizikal

Segmen Ketahanan Fizikal

Segmen Isu Semasa

Segmen Uji Minda

Segmen Pembacaan

Você também pode gostar