Você está na página 1de 13

PENGENALAN Pada abad ke-14, Melaka merupakan sebuah perkampungan kecil nelayan yang hanya mempunyai 20 hingga 30 buah

keluarga. Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan Majapahit, pada tahun antara 1400 hingga 1403. Melaka mendapat nama sempena nama sebatang pokok. Melaka mempunyai empat tahap perkembangan iaitu tahap pembukaan (1400 hingga 1424), tahap pengukuhan (1424 hingga 1446), tahap kegemilangan (1446 hingga 1488) dan tahap kejatuhan (1488 hingga 1511). Kesultanan Melaka memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewaskan oleh pihak Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Antara pemerintah awal Kesultanan Melayu Melaka adalah Parameswara (Iskandar Syah 1400-1414), Megat Iskandar Syah (Raja Besar Muda 1414-1424) dan Seri Maharaja Muhammad Syah (Raja Tengah 1424-1445).Selepas runtuhnya empayar Melayu Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera dan juga Majapahit yang berpusat di Jawa.Setelah Kesultanan MelayuMelaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511,kerajaan Melayu sebenarnya tidak musnah.1 Dalam hai ini, yang musnah hanyalah kerajaan Melaka,akan tetapi ini bukanlah konsep berkerajaan dalam budaya Melaka jelas mencatatkan bahawa dimana ada raja yang sah di situlah ada kerajaan.Empayar Melaka merupakan sambungan dari empayar Srivijaya yang berpusat di Palembang yang telah runtuh pada penghujung abad ke-14. Raja pertama yang memerintah Melaka ialah Raja Iskandar Syah atau dikenali dengan nama Parameswara yang merupakan raja terakhir memerintah Palembang sebelum baginda diusir tentera majapahit. Justeru itu sedikit sebanyak adat istiadat diraja,sisitem pentadbiran dan sistem masyarakat yang lazimnya terdapat di Palembang dipakai pula di Melaka terutamanya pada bahagian awal sejarahnya. Melaka
1

Ahmad Jelani Halimi.2006.Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.xvii

mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja merupakan seorang pemerintah, disifatkan sebagai orang yang mulia dan mempunyai banyak kelebihan. Dalam sistem ini, raja Melaka adalah ketua negeri, ketua agama Islam dan ketua tentera. Baginda dibantu oleh pembesarpembesar negeri seperti bendahara, laksaman, temenggung, penghulu bendahari dan syahbandar. Raja memainkan peranan penting dalam sisitem politik dan pentadbiran di Melaka. Antara peranan raja ialah menjadi ketua kerajaan dan berkuasa mutlak di dalam pemerintahan. Baginda berkuasa membuat undang-undang. Semua undang-undang yang dibuat bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya. Baginda turu memainkan peranan yang cergas di dalam bidang ekonomi. Ibu kota dijadikan pusat kegiatan ekonomi. Oleh itu, baginda menjalin hubungan erat dengan kawasan pengeluaran barangan. Baginda juga menjamin keamanan dan kemakmuran kerajaan dan keamanan rakyat. Raja menggunakan golongan brahmin bagi menonjolkan kesaktian dan kekuatannya untuk menanamkan keyakinan dan taat setia rakyat. Raja merupakan ketua angkatan tentera dan merupakan pemutus dalam semua hal. Baginda berperanan menyelesaikan masalah tanah dan pekerja apabila pegawai-pegawai tidak dapat menyelesaikan masalah itu melalui undang-undang. Kemasyhuran Melaka sebagai pusat perdagangan di rantau ini menyebabkan Melaka didatangi oleh berbagai-bagai bangsa dan keturunan kaum. Orang asing di Melaka terdiri daripada orang dagang dan perantau. Terdapat dua jenis iaitu, terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti askar upahan kerajaan Melaka yang terdiri daripada orang Jawa dan Pasai. Jenis seterusnya ialah yang terlibat dalam kegiatan ekonomi seperti pedagang keci-kecilan, pemborong dan peniaga besar-besaran, pelombong bijih timah iaitu orang Cina dan pekerja mahir seperti tukang. Seterusnya, orang asing ini terbahagi pula kepada dua jenis berdasarkan kepada kehadiran mereka di Melaka iaitu ada yang menetap terus di Melaka dan pengunjung sekali-sekala. Golongan ini tertumpu di tiga kawasan utama iaitu Upeh (Tengkera

sekarang), terletak di bahagian utara bandar Melaka yang mempunyai penduduk paling ramai, Iler, iaitu Bandar Hilir menganjur hingga ke Tanjongpacer (Ujung Pasir sekarang) di Selatan dan Sabac, kawasan sungai Melaka yang menganjur hingga ke arah hulu sungai. 2 Orang orang asing yang terdapat di Melaka terdiri berasal daripada China, India, Parsi, Arab, Kepulauan Ryuku dan negara barat. Malahan Kepulauan Ryukyu pun turut mempunyai hubungan politik dan perdagangan dengan Melaka. Pedagang-pedagang Ryukyu datang dengan kapal-kapal besar yang setiap buah mempunyai anak kapal melebihi 150 orang. Barang-barang yang dibawa ke Melaka untuk diperdagangkan antaranya kain satin, pedang, bekas bunga, mangkuk dan kipas. Manakala barang-barang yang dibeli di Melaka ialah hao san-lien ta-pu, hsi-chiao-ta-pu, nanmo-na-pu, pich-pu hao-pe, je-na-li, pi-pu dan huo-wai.3 Maka tidak asing lagi dengan

kenyataan bahawa di Melaka terdapat ramai sekali pedagang-pedagang asing menetap di sana. KERAJAAN DAN PENTADBIRAN Kerajaan Melaka diketuai oleh seorang Sultan. Baginda merupakan seorang raja atau pemerintah dan menjadi ketua pemerintah. Baginda mempunyai hak kuasa yang tertinggi dalam Kesultanan Melaka. Ini bermakna bahawa baginda bukan sahaja menjadi ketua Negara tetapi juga ketua kerajaan. Tidak wujud satu badan atau majlis yang dipilih oleh rakyat,biarpun dalam bentuk penasihat sahaja. Lazimnya sultan akan berunding dengan Bendahara atau pagawai-pegawai kanan lain tetapi baginda yang akan membuat keputusan tentang sesuatu dasar. 4 Baginda juga menjadi ketua tentera dan kadangkala mengetuai angkatan tentera secara langsung dalam peperangan. Baginda juga bertindak sebagai Ketua Hakim. Majlis mengadap diadakan dari
2

Haron Daud.1993.Sejarah Melayu:Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Hlm 77.
3

Ibid.Hlm 212 dan 213. Ibid. Hlm 247

semasa ke semasa dan pada ketika itu rakyat boleh mengadu hal atau mengemukakan masalah mereka terus kepada sultan. Dari satu segi,Sultan Melaka merupakan seorang raja yang berkuasa mutlak sungguhpun tidak sepenuhnya. Hak kuasanya berpunca daripada beberapa sumber salah satu daripadanya ialah keturunan dirajanya. Mengikut buku Sejarah Melayu,sultan-sultan Melaka adalah keturunan Iskandar Zulkarnain,seorang raja yang besar lagi terkenal. Sistem pentadbiran Melaka semakin berkembang dan kompleks,selaras dengan perkembangan dan kekompleksan kerajaannya.Daripada sebuah perkampungan nelayan yang didiami oleh Orang Laut tetapi amt strategic kedudukan geografinya seperti yang telah dilaporkan oleh Tome Pires. Melaka berkembang menjadi sebuah petempatan yang berkerajaan. Landasan berkerajaan di situ ialah apabila hadirnya seorang raja yang berdaulat dan berkuasa serta mempunyai kesan dalam melaksanakan kuasanya.5Kuasa yang ada,didukung pula oleh daulat yang dimiliki,menjadikan raja tadi berwibawa pula. Di sekitarnya terdapat para pembesar dan berbagai-bagai peringkat pegawai yang menyokong kedaulatan raja yang memerintah. Di luarnya pula,terdapat rakyat yang menyokong raja yang berdaulat dan diberikan wibawa kepada pembesar yang menjalankan pentadbiran.Kesan kerjasama dan sokongan antara satu sama lain inilah yang menjadikan sistem masyarakatnya semakin kompleks dan wujudlah sebuah kerajaan di peringkat yang paling asas.Tokoh yang memainkan peranan untuk melengkapkan lagi istiadat dan sistem pentadbiran ialah Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah,1424-1444 T.M). Beliau dikatakan telah mengatur takhta kerajaan baginda. Sejarah Melayu telah menerangkan dengan terperinci beraneka jenis peraturan,tanggungjawab individu di istana,memastikan berbagai-bagai bidang kuasa para pembesar,menentukan hak serta bidang kuasa raja Melaka,memformalkan amalan adat serta istiadat yang berhubung dengan peraturan berkerajaan dan penentuan protokol.Dua
5

Muhammad Yusoff Hashim.1989.Kesultanan Melayu Melaka.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 147.

pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung dan Seri Bija Diraja.Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua ini diwujudkan kerana masyarakat serta corak Bandar Melaka yang semakin kompleks. 6Oleh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan Temenggung untuk mengawasi keamanan di samping mengawal perjalanan urus niaga negeri.Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal keselamatan di perairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini.Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan .Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot. Hal ehwal pelabuhan yang semakin kompleks dengan urusniaga,dan menjadi nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-undang Melaka meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat,sedangkan hal yang demikian tidak semestinya boleh terjadi.Jawatan dan institusi Laksaman pula wujud semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah,(1456-1477). Jawatan ini pada awalnya ditempelkan oleh Ratu Majapahit,kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor Syah.Orang yang pertama menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah.Kedudukan jawatan ini di istana adalah setara dengan Seri Bija Diraja kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara bergilir-gilir.7 Oleh hal yang demikian,tugas dan bidang kuasa Laksamana adalah sama dengan tugas Seri Bija Diraja.Tetapi apabila institusi Laksamana ini semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka,taraf jawatan Seri Bija Diraja pula didapati semakin menurun. Pada ketika tertentu terdapat juga jawatan kadi dan fakih.Pemegang jawatan ini dikatakan duduk setara dengan para pembesar utama Melaka ketika sultan sedang gering.Mereka juga dikatakan berjalan seiring dengan pembesar-pembesar utama ketika sultan berangkat menunggang gajah.
6

Ibid.hlm 148. Ibid.hlm 148-149.

Hal tersebut dapat membayangkan betapa pentingnya golongan ulama,terutama fungsinya dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan hokum-hakam Islam dalam sistem pemerintahan dan berkerajaan seluruhnya. Malah terdapat sarjana masa kini yang secara eksplisit menyebut soal pengislaman sebagai unsur penting dalam hal ehwal politik Melaka. Sejarah Melayu juga ada menyebutkan kalimat Menteri Empat dalam sistem pembesar Melaka.Walaupun Sejarah Melayu tidak menyebutkan secara khusus tentang mereka,namun apa yang difahamkan tentang sistem Pembesar Empat Lipatan di Melaka selama ini adalah pembinaan semula secara konstruktif dan interpretasi dari segi fungsi para pembesar Melaka yang dibentangkan secara naratif sahaja oleh Sejarah Melayu. PENTADBIRAN KEWANGAN Berkenaan dengan sumber kewangan,Kerajaan Melaka mengenakan satu sistem percukaian terhadap penduduk Melaka,baik peribumi ataupun asing. Suatu cukai yang merupakan cukai hartanah atau cukai jualan berkuatkuasa pada masa itu. Jika seseorang itu hendak menjual tanah atau rumahnya,maka ia mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Sultan atau Bendahara.Untuk memperoleh kebenaran ini,ia kena membayar cukai kepada Kerajaan.8Lagi satu sumber kewangan ialah cukai terhadap peniaga kecilan. Culkai yang dikutip daripada peniaga kecilan ini,sebahagian daripadanya diberi kepada pegawai yang menjaga kawasan tempat peniaga-peniaga ini menjual barangan mereka.Mungkin ini merupakan gaji atau elaun pegawai yang berkenaan.Wang cukai yang selebihnya digunakan untuk membantu orang miskin. Sumber kewangan yang terbesar bagi kerajaan Melaka ialah cukai daripada pedagang.Kedatangan pedagang-pedagang yang berjumlah sebegitu besar tentulah
8

Cortesao, A. (pnyt.). 1994. The Suma Oriental of Tome Pires. London: Hakluyt Society. Hlm 274.

didorongkan oleh sesuatu yang selaras dengan kepentingan mereka. Sebenarnya kemajuan Kesultanan Melaka dari segi pentadbiran adalah membanggakan,terutama kalau dibandingkan dengan tulisan-tulisan berkenaan dengan kesultanan-kesultanan di Semenanjung Tanah Melayudi kurun ke-19.9Kajian tentang Kesultanan Melaka menunjukkan bahawa kesultanan itu telah mengetahui dan menggunakan satu cara pencukaian yang seakan-akan sistem cukai berkeutamaan lebih kurang lima ratus tahun dahulu.Selain itu,pedagang yang membawa keluarga untuk menetap di Melaka membayar cukai yang dikurangkan.Asaa kepada pendekatan ini bolehlah diandaikan bahawa pedagang yang berkeluarga akan lama berniaga di Melaka dan kurang menimbulkan masalah masyarakat atau sosial. Ramai rakyat Melaka yang terlibat dalam perniagaan dan perdagangan. Malahan ada sultan yang mengambil bahagian dalam perdagangan.10 Dalam kalangan pegawai-pegawai kanan,Bendahara Seri Maharaja dianggap sebagai yang sungguh berjaya dalam kegiatan ekonomi ini. 11Namun demikian,perdagangan bukanlah terhad kepada sultan dan pegawai-pegawai sahaja,rakyat juga turut

berdagang.Berkenaan dengan pedagang-pedagang asing,jumlah mereka dan dagangan mereka yang begitu besar telah pun dinyatakan oleh penulis-penulis Portugis sendiri,seperti Pires dan Barbosa. BAHASA DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

Zainal Abidin bin Abdul Wahid.2008.Kesultanan Melayu Melaka,Pentadbiran Kuno atau Moden.Melaka.Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.
10

Cortesao, A. (pnyt). 1994. The Suma Oriental of Tome Pires. London: Hakluyt Society. Hlm 251.
11

Haron Daud.1993.Sejarah Melayu:Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Hlm 256.

Bahasa kerajaan dan pentadbiran Melaka pada zaman kegemilangannya ialah bahasa Melayu. Pada masa itu,bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu dan bahasa

perdagangan,termasuk perdagangan antarabangsa.Kalau 84 bahasa yang dikatakan oleh Pires di Melaka dikurangkan sebanyak 50%,maka masih ada 42 bahasa yang digunaka. Agak sukar membayangkan yang Kesultanan Melaka menggunakan 42 bahasa asing untuk melayan keperluan pedagang. Dengan daya tariknya yang sebegitu kuat,terutama dari segi perniagaan, maka lebih besar kemungkinan bahawa pedagang-pedagang menggunakan bahasa Melayu. Rombongan pedagang dari Ryukyu misalnya membawa jurubahasa. 12Kerajaan China mengadakan kursus bahasa Melayu,antara lain untuk pegawai-pegawainya yang pergi ke Asia Tenggara. Bukanlah sesuatu yang keterlaluan kalau diandaikan bahawa apabila pedagang India atau Asia Barat hendak berniaga dengan peniaga Jepun di Melaka maka mereka berbicara dalam Bahasa Melayu,demikian jugalah berlaku rasanya apabila pedagang China berhubung dengan pedagang Sri Lanka. Penggunaan bahasa Melayu dengan begitu meluas membolehkan pegawaipegawai Melaka menjalankan pentadbiran dengan lebih berkesan lagi. Sebenarnya kedudukan utama bahasa Melayu ini berterusan selepas Portugis menawan Bandar Melaka di tahun 1511. Seorang sarjana Belanda,Francis Valentyne,menulis di tahun 1726,menyatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa antarabangsa dan barangsiapa tidak mengetahui bahasa Melayu,dari Persia di sebelah Barat hingga Filipina di sebelah Timur,maka orang itu dianggap tidak berpelajaran. Kedudukan bahasa Melayu yang begitu tinggi di peringkat antarabangsa disertai dengan penggubalan dan pelaksanaan dasar luar yang menarik. Di peringkat awal pembangunan Kesultanan Melaka, keselamatannya di ancam oleh Siam. Pada masa itu,Melaka belum lagi
12

Liang Liji.1994.Bahasa Melayu di Zaman Empayar Melaka dan Dinasti Ming.Institut Alam dan Tamadun Melayu,UKM. hlm 20.

cukup kuat untuk menghadapi ancaman Siam ini. Tetapi, sebuah kuasa besar pada ketika itu, China telah menghantar satu rombongan melawat Melaka. Kesultanan Melaka melihat kehadiran China ini sebagai satu cara yang boleh menyelesaikan masalah keselamatannya. Dengan kata lain, Kesultanan Melaka telah mengamalkan teori perseimbangan kuasa atau balance of power satu teori perhubungan antarabangsa yang diamalkan hingga ke hari ini. HUBUNGAN DENGAN KUASA SIAM Sealain daripada usaha mengatur kerajaan itu,Melaka juga berhadapan dengan masalah hubungan dengan kuasa-kuasa luar,terutamanya Siam yang dikatakan telah mendakwa bahawa Melaka adalah takluknya dan mempunyai hasrat yang tinggi untuk menjelmakan dakwaan menjadi kenyataan dengan menyerang dan menguasai Melaka. Oleh itu, memanglah benar pandangan Harun Daud,perkembangan negeri Melaka dalam tahap pertama diselubungi oleh ancaman Siam. Malah catatan Dinasti Ming (1368-1643) dan Yim-Yai (1416) menyebut bagaimana Raja Iskandar Syah/Parameswara telah dipaksa membayar ufti tahunan sebanyak 60 auns emas kepada Raja Siam,jika gagal Melaka akan diserang. Pandangan dan catatan ini menggambarkan senario yang tidak menyenangkan,malah tidak selamat bagi kerajaan Melaka yang baru bertapak dan sedang berusaha mengorak langkah itu. Karenah Siam yang sentiasa mengancam dan berlagak seperti orang kuat itu sudah tentulah tidak membantu,malah membimbangkan Melaka akan kelangsungan kewujudannya.13 Keadaan ini membayangkan bahawa hubungan Melaka dengan Siam pada peringkat awal itu adalah tidak baik dan tidak seimbang. Sulalatu Salatin menggambarkan Siam pada ketika itu sebagai sebuah kuasa yang kuat. Dalam kedudukan yang sedemikian Siam juga dikatakan telah melanggar Melaka pada T.M. 1406/7 iaitu pada tahap awal kebangkitan kerajan Melaka itu. Walau bagaimanapun
13

Sejarah Malaysia 1400-1641.UKM.hlm 42-43.

menurut Sulalatus Salatin,serangan Siam yang pertama ke atas Melaka hanya berlaku pada awal pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (T.M.1446-14). Berikutan dengan itu Siam telah menyerang Melaka melalui jalan darat,iaitu Pahang,tetapi dengan kebijaksanaan Tun Perak,serangan itu dapat dipatahkan oleh Melaka,juga serangan yang kedua dan seterusnya serangan yang ketiga.14Nampaknya angkara dan hasrat penguasaan Siam ke atas Melaka berlaku berterusan. Ia bermula sejak peringkat awal kemunculan Melaka lagi. Melaka sebenarnya tidak berupaya memandang ringan terhadap hasrat mahupun ancaman Siam itu kerana ia sedikit sebanyaknya memerlukan beras dari kerajaan tersebut. Dan menentukan bekalan tersebut terus menerus didapati, Melaka menurut Pires, telah menghantar perwakilan ke Siam dalam zaman pemerintah Sultan Mahkota Iskandar Syah. Namun Siam tidak melupakan hasratnya yang telah disebut tadi. Dalam keadaan yang demikian itulah,dan berbanding dengan tindak-tanduk kerajaan-kerajaan jiran Melaka yang lain seperti Haru, Pasai dan beberapa kerajaan di Jawa. Disebabkan hubungan yang kurang menyenangkan antara kedua-duanya,terutama dari pihak Siam yang tidak senang melihat kemunculan dan perkembangan Melaka, maka di antara T.M. 1407 hingga T.M. 1431, pihak pemerintah Melaka telah membuat tiga pengaduan mengenai hal ancaman dan serangan Siam itu kepada kuasa besar pada ketika itu,iaitu China. Pengaduan pengaduan Melaka telah menghasilkan kesan yang diharapkannya, iaitu Siam terpaksa akur dengan amaran dari China agar ia hidup berbaik-baik dan menghormati kewujudan jirannya. Dengan adanya sikap tegas China terhadap tindak-tanduk Siam ke atas Melaka mewujudkan keadaan yang stabil dan secara beransur-ansur dapat pula mengukuh serta memantapkan kedudukannya. HUBUNGAN AWAL DENGAN NEGARA CHINA
14

Ibid.hlm 44

10

Dalam pada itu, ubungan Melaka dengan China bermula sejak awal pengasasan Melaka lagi. Kemunculan Melaka sebagai negara baru telah sampai kepada pengetahuan negara China. Pada waktu itu, China adalah sebuah negara yang gagah dan mempunyai dasar luar negeri yang suka berbaik-baik dengan negara-negara asing. Namun demikian, China tidaklah menganggap negara-negara asing itu sama taraf dengannya, malah ia menganggap dirinya sebagai Kerajaan Tengah atau paksi alam,sedangkan semua negara asing yang bersahabat dan berdagang dengan China haruslah menerima anggapan tersebut. Sebagai ganjarannya, China akan mengiktiraf kekuasaan raja negara yang berkenaan di dalam negeri baginda dan memberikan kemudahankemudahan perdagangan yang sewajarnya. Ia juga akan menentukan agar negara yang berkenaan tidak diserang oleh musuh-musuhnya. Dari segi hubungan Melaka dengan China,keadaannya adalah baik dan saling menghormati sejak dari awal lagi.Ia ditandai dengan lawatan-lawatan di antara kedua-dua pihak bagi mengukuhkan lagi hubungan itu dan juga bagi meningkatkan perdagangan dua hala. Seawal T.M. 1403, China telah menghantar satu rombongan ke Melaka yang diketuai oleh seorang laksamana yang beragama Islam yang bernama Yin Qing. Tujuan kedatangan itu ialah untuk menawarkan persahabatan dari Negara China atas prinsip-prinsip yang telah disebutkan tadi. Memandangkan kekuatan dan kemasyhuran Negara China pada ketika itu, Raja Iskandar Syah memang menyambut baik tawaran persahabatan tersebut. Dengan berbuat demikian baginda berharap Negara China akan dapat melindungi Melaka dari musuh-musuhnya,menambahkan martabat baginda dan meluaskan perdagangan Melaka. Harapan baginda ini tidaklah di siasiakan. Negara China memang berusaha supaya Melaka tidak diganggu oleh musuh-musuhnya terutamanya Siam yang pada ketika masih giat mengambil langkah untuk membalas dendam ke atas baginda yang telah merampas kuasa dari gabenornya di Singapura dahulu.

11

KESIMPULAN Kesimpulannya, kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka mula merosot setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 dan kerajaan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat perdagangan dan penyebaran Islam di rantau Asia Tenggara. Kecemerlangan pemerintahan beraja menjadikan Melaka muncul sebagai kerajaan yang gemilang pada abad ke15 hingga abad 16. Sistem pemerintahan Melaka memperlihatkan satu bentuk pemerintahan sistematik dan sangat teratur, iaitu dari pemerintahan tertinggi sehinggalah pentadbir di peringkat bawahan. Kejayaan dan kemajuan Melaka sebagai sebuah kerajaan Melayu yang Berjaya banyak didokong oleh keupayaan pemerintahnya. Bermula dengan pengasasan Kesulatanan Melayu Melaka oleh Parameswara berjaya mengukuhkan kedudukan negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang berdaulat. Tidak dapat dinafikan juga bahawa corak dan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh sultan-sultan Melaka telah memberi impak yang besar kepada tampuk pemerintahan kepada pemerintah yang seterusnya. Pada ketika itu, jatuh atau bangun sebuah negara adalah dipengaruhi oleh tahap kewibawaan dan kebijaksanaan seseorang pemerintah di samping dengan bantuan para pembesarnya. Melaka telah mengalami zaman pengukuhan dan zaman kegemilangan sehingga awal kurun ke-15 yang mana pada akhirnya terpaksa melalui zaman kejatuhannya setelah ditawan oleh Portugis pada tahun 1511. BIBLIOGRAFI Ahmad Jelani Halimi.2006.Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Cortesao, A. (pnyt). 1994. The Suma Oriental of Tome Pires. London: Hakluyt Society. Haron Daud.1993.Sejarah Melayu:Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

12

Liang Liji.1994.Bahasa Melayu di Zaman Empayar Melaka dan Dinasti Ming.Institut Alam dan Tamadun Melayu,UKM. Muhammad Yusoff Hashim.1989.Kesultanan Melayu Melaka.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin bin Abdul Wahid.2008.Kesultanan Melayu Melaka,Pentadbiran Kuno atau Moden.Melaka.Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.

13

Você também pode gostar