Você está na página 1de 3

Apa itu Rakan Cop? RAKAN COP bermaksud Rakan Polis.

Ia merupakan wadah bagi merealisasikan hasrat untuk menjalin hubungan yang kukuh antara Polis dan masyarakat bagi mewujudjkan Bandar selamat dengan menggunakan slogan :Bersama Memerangi Jenayah". pendekatan yang diambil adalah mudah dan praktikal dengan menggunakan kemudahan telekomunikasi terkini iaitu perkhidmatan telefon (hotline, SMS dan MMS) dan komputer (e-mail dan website) sebagai medium perantara untuk memudahkan interaksi dua hala anatara polis dan orang ramai. Medium perantara ini ditempatkan di Pusat kawalan kontinjen (CCC) yang beroperasi 24 jam dan bertindak sebagai nadi bagi memantau dan menguruskan maklumat serta menggerakkan tenaga polis untuk memberikan perkhidamatan pantas dalam apa jua situasi.

Konsep RAKAN COP 1) Bersifat 'Community Oriented Policing' dan 'Smart Partnership'. 2) Menggalakkan kerjasama dan pembabitan setiap lapisan masyarakat sama ada daripada agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan orang-orang perseorangan bagi membantu polis dalam memerangi jenayah dan lain-lain masalah keselamatan dengan menyalurkan maklumat tepat dan pantas. 3) memberi "empowerment" secara tidak langsung kepada orang ramai agar dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan positif dalam menjaga keselamatan setempat, kurang bergantung kepda polis dan sekaligus dapat mewujudkan perasaan dan budaya 'Tanggungjawab Bersama' (shared resposibility) antara kedua belah pihak (orang ramai dan polis). 4) Respon panatas polis dakan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan polis dan sekaligus kehadiran polis dapat dirasai.

Misi RAKAN COP 1) Menjadikan akan Cop sebagai wadah untuk mengeratlan hubungan polis dengan orang ramai. 2) Memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat tentang aspekaspek pencegahan jenayah, masalah dadah, keselamatan lalulintas dan lain-lain aspek keselamatan. 3) Menggalakkan dan membudayakan orang ramai supaya berani tampil ke hadapan untuk menyalurkan maklumat kepda polis agar konsep 'tanggungjawab Bersama' dalam memerangi jenayah dapat direalisasikan.

Siapa boleh mendaftar sebagai RAKAN COP Semua masyarakat adalah RAKAN COP. Bagaimanapun orang ramai adalah digalakkan untuk mendaftar secara rasmi sebagai Ahli RAKAN COP bagi mewujudkan perasaan kekitaan disamping memudahkan pihak polis mengurusakan segala maklumat yang disalurkan.

Apakah maklumat yang boleh disalurkan ke talian RAKAN COP? 1) Kejadian jenayah 2) Kemalangan jalanraya 3) meadaaan lalulintas 4) Kesalahan lalulintas/lumba haram 5) Pennyalahgunaan dadah 6) Perjudian/kegiatan maksiat 7)Penyeludupan 8)Pendatang asing tanpa izin 9) Lain-lain maklumat berkaitan keselamatan untuk tindakan PDRM.

Apakah kelebihan menyertai RAKAN COP? 1) Identiti pemberi maklumat tidak terdedah (dikenali melalui nombor kod sahaja) 2) Maklumat cepat dan mudah disalurkan (menggunakan hotline, SMS dan MMS) 3) Maklumat diterima direkoskan dalam Database 4) Jumlah dan kategori maklumat dapat dianalisa dari semasa ke semasa untuk kajian dan perancangan pihak polis 5) Setiap maklumat dapat dipantau untuk emmastikan tindakan diambil. 6) penggunaan teknologi terkini meningkatkan kepantasan dan kecekapan bertindak. 7) Melalui system online maklumat juga dapat disalurkan dengan pantas ke stesen TV/Radio untuk hebahan jika perlu. 8) Orang ramai sentiasa mengwujudkan peka dan dapat memainkan peranan dan menyumbang ke arah mengwujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif. 9) orang ramai dan Polis dapat berganding bahu dengan lebih bermakna dalam memerangi jenayah dan Bandar Selamat.

Apa itu RAKAN COP RAKAN COP (Community Oriented Policing) adalah bererti rakan Polis.Ia merupakan wadah bagi merealisasikan hasrat untuk menjalin hubungan yang kukuh antara polis dan masyarakat bagi mewujudkan Bandar Selamat dengan slogan ''Bersama Memerang Jenayah".Maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Polis (CCC) yg beroperasi 24 jam melaliu perkhidmatan telefon ( Hotline,SMS dan MMS) dan komputer ( e-mail dan website) Sehubungan itu,maklumat mengenai kemalangan jalan raya,kesalahan lalulintas atau kesesakan lalulintas juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Polis.

Você também pode gostar