Você está na página 1de 16

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

PROGRAMME : MASTER OF EDUCATION (EDUCATIONAL LEADERSHIP AND MANAGEMENT)

COURSE TITLE : TECHNOLOGY IN EDUCATION

COURSE CODE : ESEM5143

COURSE LEADER : ASSOC. PROF. Dr. TENGKU SHAHROM BIN TENGKU SHAHDAN Dr. TAN CHOON KEONG

STUDENTS NAME : STHLLAH ONGKING

MATRIC NUMBER : SB1301MD0074

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

ISI KANDUNGAN

NO.

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

2.O

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

3.0

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

4.0

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

3-4

5.0

PERBANDINGAN ANTARA TEORI BEHAVIORIS, TEORI KOGNITIF DAN TEORI KONSTRUKTIVIS 4

6.0

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KE ATAS PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI DALAM KELAS 5-13

RUJUKAN 1.0 PENGENALAN

14

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya akan datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu. Perkaitan teori ini sebenarnya tidak asing lagi bagi kita, malahan ada kalanya digunakan dalam percakapan atau perbualan seharian. Walau bagaimanapun penggunaan perkataan teori dalam perbualan seharian ini mungkin tidak menepati maksud teori yang sebenar. Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan teori? Menurut Stanovich (1992) beliau telah memberi satu definisi tentang teori, iaitu: .. set konsep-konsep yang saling berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang. Manakala mengikut pendapat Cohen, R pula mendefinisikan teori sebagai satu set pernyataan sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Justeru, ia mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Oleh itu, dalam erti kata lain, kita boleh maksudkan teori sebagai andaian atau hipotesis-hipotesis tentang sesuatu yang berdokongkan kajian. Sehubungan itu, teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukumhukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Justeru, melalui teori-teori pembelajaran ini, seseorang pengajar akan memahami pelbagai cara pelajarpelajar dan seterusnya akan menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Oleh itu, pada asasnya, teori-teori pembelajaran pada masa kini boleh diklasifikasikan kepada teori behavioris, teori kognitif dan teori konstruktivist.

1 2.0 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

Teori Pembelajaran Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman iaitu hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike, Watson dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Selain itu, Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkah laku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Oleh itu, kedua-duanya iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkah laku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukumhukum atau prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran. Antara tokoh-tokoh yang ahli behaviorisme yang terkemuka yang akan dibincangkan ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L Thorndike dan B.F. Skinner. Eksperimen yang mereka jalankan menjadi asas kepada prinsip dan idea mereka tentang pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran yang dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Secara amnya kita boleh bahagikan sumbangan mereka kepada dua kategori iaitu pelaziman klasik terdiri dari Pavlov dan J.B. Watson dan teori pelaziman operan terdiri dari tokoh E. L Thorndike dan B.F. Skinner. Di dalam perbincangan ini, fokus akan diberi kepada pelaziman klasik dan diikuti dengan pelaziman operan serta implikasi teori dalam pengajaran dan pembelajaran.

2 3.0 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

Menurut teori pembelajaran mazhab kognitif, pembelajaran merupakan satu proses pembentukan struktur kognitif dan perwakilan minda yang aktif. Pembelajaran kognitif menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Teori ini menekankan kepada proses mental kanak-kanak. Teori ini juga berasaskan prinsip pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori (Ertmer & Newby 1993). Ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan berhasil daripada latih tubi dan peneguhan, tetapi lebih merujuk kepada proses interaksi antara skema minda, pengalaman sedia ada dan keadaan baru yang juga melibatkan pengharapan seseorang individu tersebut. Oleh itu, sekiranya seseorang tidak dapat mengenal pasti hubungan perkara dan ertinya yang dipelajari pembelajaran tidak akan berlaku walaupun diberikan latihan berulang-ulang. Antara ahli-ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Piaget, Bruner, Gagne dan Ausebel yang berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses mental (kognitif) yang akan berlaku dalam fikiran iaitu tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Justeru, kebanyakan situasi, penyelesaian suatu masalah kompleks melibatkan proses dan pemikiran kognitif menyeluruh.

4.0

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan

pengalaman. Pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran di bawah teori ini juga menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk mendapatkan jawapan. Murid di beri peluang meneroka sepuas-puasnya dan mendapatkan jawapan serta kesimpulan sendiri. Tokoh-tokoh yang terkenal terdiri daripada Jean Piaget, Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey. Kesemua tokoh-tokoh ini melihat proses pembelajaran sebagai aktivfiti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat baru.

3 Teori ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam menyelesaikan masalah. Pelajar akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana idea dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada.

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

Semua maklumat baru yang ada akan diolah dan disesuaikan dengan satu kerangka maklumat baru yang dinamakan Konstruktivistime.

5.0

PERBANDINGAN ANTARA TEORI BEHAVIORIS, TEORI KOGNITIF DAN TEORI KONSTRUKTIVIS. Teori Behavioris Teori Kognitif Teori Konstruktivis

Rangsangan gerak balas Peneguhan Hukuman Thorndike: 3 hukum Kesediaan Latihan Hukum kesan Konsep lain: Pavlov Pembelajaran semula Generalisasi rangsangan yang sama akan menghasilkan t/b yang sama Diskriminasi t/b dengan rangsangan tertentu sahaja Penghapusan rangsangan terlazim x disertai rangsangan tak terlazim.

Prinsip: pelajar menerima, Teori ini menekankan memproses,menyimpan, mencari kepentingan cara pengajaranmaklumat dalam memori. pengajaran yang dapat memenuhi Menumpukan kepada apa yang kehendak individu berdasarkan pelajar tahu dan bagaimana mereka perkembangan emosinya. Dalam mengetahuinya kontek pendidikan, guru membantu klien (pelajar) bagi Ausubel: mengenalpasti masalah , bertindak -Resepsi terhadap masalah itu dan menuju Maklumat, hafalan ke arah penyelesaian . Penemuan Pemikiran, analisis, asimilasi Brunner: Enaktif (manipulasi objek langsung) Ikonik (Representasi gambar) Simbolik (manipulasi symbol)

4 6.0 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KE ATAS PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI DALAM KELAS

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

Teori pembelajaran behavioris adalah merujuk kepada Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov, Teori Pelaziman Tingkah Laku J.B Watson, Teori Pelaziman Cuba Jaya Thorndike dan Teori Pelaziman Operan B. F Skinner. Teori-teori pelaziman ini merupakan teori yang relevan digunakan di dalam kelas. Pemilihan teori ini adalah bersangukatan dengan tingkah laku individu secara menyeluruh yang mana merangkumi perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui teori pembelajaran behavioris, pelajar terdedah dalam bidang psikologi yang merupakan rujukan asas kepada konsep pelaziman klasik pada masa kini. Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an, Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpul, menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu, contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov. Seterusnya dalam eksperimen ini juga Pavlov membunyikan loceng terlebih dahulu sebelum beliau memberikan makanan kepada anjing. Anjing itu tidak memberikan sebarang gerak balas terhadap bunyi loceng. Kemudian Pavlov memberikan makanan kepada anjing itu dan menghasilkan gerak balas rembesan air liur. Makanan ini disebut sebagai rangsangan tak terlazim kerana menghasilkan gerak balas rembesan air liur secara automatik. Perembesan air liur ini disebut sebagai gerak balas tak terlazim kerana ia berlaku secara automatik. Tiada pembelajaran atau pelaziman terlebih dahulu menghubungkaitkan makanan dengan perembesan. Bunyi loceng hanya satu rangsangan neutral kerana tidak menghasilkan sebarang gerak balas.

5 Oleh itu, eksperimen ini diulang berkali-kali iaitu loceng dibunyikan terlebih dahulu sebelum anjing itu diberikan makanan. Akhirnya anjing itu mengeluarkan air liur sebaik mendengar

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

bunyi loceng walaupun belum lagi menerima makanan. Oleh itu bunyi loceng disebut rangsangan terlazim kerana ia boleh menyebabkan perembesan. Gerak balas terhadap bunyi disebut gerak balas terlazim kerana dapat menghasilkan gerak balas yang sama seperti makanan. Selain itu, tindak balas emosi manusia terhadap pelbagai situasi dipelajari melalui pelaziman klasik. Contohnya, seorang guru sentiasa memarahi muridnya, maka kehadiran guru tersebut dapat membangkitkan perasaan takut pada diri murid tersebut. Gerak balas terlazim ini timbul disebabkan rangsangan neutral. Selain itu, gerak balas positif juga dapat dipupuk melalui teori pelaziman klasik. Misalnya guru sentiasa memberi pujian kepada murid yang menyiapkan tugasan, lama kelamaan murid tersebut akan bergerak balas positif walaupun tanpa pujian. Oleh itu, keputusan yang diperoleh dari kajian pelaziman klasik ini mempunyai implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu pembelajaran boleh berlaku dengan menggantikan satu rangsangan dengan rangsangan yang lain. Justeru, Ivan Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas,semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Guru juga boleh memotivasikan muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang

6 diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi murid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

pembelajaran dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid. Selain itu, guru juga perlu melibatkan murid-murid dalam proses pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan, projek dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan dan pengalaman. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan. Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang yang dipelajari di kelas ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah. Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu, konsep pemulihan serta merta dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek bagi meningkatkan semula semangat ingin belajar di kalangan murid-murid. Teori pelaziman klasik seterusnya iaitu Teori Pelaziman Tingkah Laku J.B Watson. J.B. Watson merupakan seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat dan merupakan orang yang pertama mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia. Kajian beliau banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Antara teori yang terkenal iaitu kajian beliau tentang emosi kanak-kanak dengan menggunakan Model Pelaziman Klasik. Menurut Noriati A. Rashid et al (2009), Watson melihat psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku manusia yang dapat dikawal dan diramal. Selain itu, Watson terkenal dengan kajiannya berkaitan pelaziman dan kawalan emosi manusia iaitu uji kaji tentang Albert (1920). Dalam eksperimen ini kanak-kanak Albert dibiarkan bermain tikus putih. Ketika Albert sedang bermain, Watson membunyikan ketukan yang kuat. Gandingan dua perkara ini dibuat berulang-ulang kali.

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

Oleh itu, Albert terkejut dan terus menjadi takut kepada tikus putih. Justeru, Albert mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang mengejutkan. Oleh itu, persepsi Albert akan menjadi takut kepada semua benda putih yang berbulu termasuk rambut Watson dan muka Santa Klaus. Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson turut menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Beliau berpendapat bahawa rasa takut dan respons emosi lain boleh diperoleh atau dihapuskan melalui pelaziman. Seperti kajian yang dijalankan olehnya terhadap seorang bayi berusia 9 bulan dengan seekor tikus putih. Watson juga memperkenalkan dua prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan. Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorang menunjukkan suatu respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadap rangsangan tersebut. Prinsip ini membawa implikasi bahawa murid perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi mengingati kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah. Prinsip kebaruan pula menegaskan bahawa semakin baru respons seseorang terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons atau gerak balas terhadap rangsangan itu. Ini bermakna, setiap murid perlu membuat ulang kaji dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi membolehkan mereka mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji. Sekiranya sesuatu tajuk itu lama tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja. Oleh itu,seseorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk mengukuhkan ingatan murid. Selain itu, minat murid juga boleh ditimbulkan dan dihapuskan. Guru yang mengajar dengan pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajarannya dan seterusnya menyebabkan murid ternantinanti kemunculan guru berkenaan untuk mengajar mereka. Sebaliknya, minat murid terhadap

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

sesuatu mata pelajaran akan berkurangan sekiranya didapati pengajaran guru tersebut tidak menarik atau membosankan. Sama seperti Pavlov, teori Watson juga menggalakkan rangsangan yang baik bagi mewujudkan tingkah laku positif. Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan perasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Guru juga perlu menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid seperti mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kaya dengan bahan pengajaran bagi mendorong mereka berminat untuk belajar. Teori Edward L. Thorndike (1874-1949) pula dikaitkan dengan teori pelaziman operan. Thorndike terkenal dengan teori cuba jaya dan tiga hukumnya iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Mengikut beliau, ganjaran dan denda merupakan dua faktor penting yang membantu pembelajaran manusia. Ganjaran akan mendorong manusia melakukan sesuatu gerak balas. Dalam kajian tentang perkaitan gerak balas dengan rangsangan, Thorndike melakukan eskperimen terhadap seekor kucing. Beliau mengurungkan seekor kucing yang lapar dalam sebuah sangkar yang di dalamnya terletak satu tuil yang berfungsi sebagai anak kunci untuk membuka pintu sangkar tersebut. Thorndike juga telah meletakkan semangkuk makanan di luar sangkar yang digunakan untuk rangsangan terhadap kucing itu. Berdasarkan pemerhatian Thordnike, kucing yang lapar itu melakukan pelbagai tindakan untuk melepaskan diri dalam sangkar, dan tiba-tiba terpijak tuil yang membuka pintu sangkar tersebut dan terus menuju ke arah makanan yang disediakan. Kucing tersebut dimasukkan semula dan eskperimen ini diulang sehingga kucing telah berjaya mempelajari cara membuka pintu sangkar. Berdasarkan pemahaman Thorndike semakin banyak percubaan semakin cepat ia dapat keluar dari sangkar. Kesimpulannya pembelajaran merupakan proses cuba ralat atau memilih dan menghubungkait. Dalam proses ini latihan yang dilakukan secara berulang, gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurang, perhubungan di antara rangsangan dengan gerak balasnya semakin bertambah kukuh. Beliau berpendapat bahawa

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial and error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting). Proses cuba-ralat ini juga dikenali sebagai proses cuba jaya. Latihan yang dilakukan secara berulang-ulang akan menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurangan. Manakala perhubungan antara rangsangan dan gerak balas akan semakin kukuh. Gerak balas operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuhkan dan dikekalkan. Ini bermakna apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi jika ganjaran tidak diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan. Oleh itu, guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku. Contohnya dengan menggunakan ICT dan audio atau video yang menarik agar murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan. Thorndike juga terkenal dengan tiga hukumnya iaitu Hukum Kesediaan,Hukum Latihan dan juga Hukum Kesan. Thorndike amat menyarankan ketiga-tiga hukum tersebut digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau percaya jika hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi mudah dan berkesan. Hukum kesediaan adalah perkara yang paling penting dan asas sebelum seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid perlu mempunyai persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, murid perlu mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi, sosial dan psikomotor sebelum pembelajaran berlaku. Faktor-faktor ini sangat membantu dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran yang aktif, mudah, seronok dan berkesan. Justeru kesediaan murid sangat penting dalam memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Sekiranya murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran, kesannya mereka akan berasa seronok sepanjang pembelajaran berlaku dan seterusnya objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah. Guru boleh menggunakan motivasi yang sesuai untuk meningkatkan kesediaan murid untuk belajar. Kesediaan murid untuk belajar adalah perkara yang paling utama kerana jika mereka bersedia,maka gerak balas yang positif akan dihasilkan.

10

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

Motivasi yang diberikan adalah sebagai satu rangsangan yang baik untuk meningkatkan semangat murid untuk belajar. Dalam Hukum Latihan pula, Thorndike berpendapat bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diberikan. Ini bermakna, untuk meningkatkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas,seseorang murid hendaklah diberi latihan dan pengulangan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara rangsangan dengan gerak balas seseorang murid. Sebagai contoh, seorang murid diberi latihan Matematik yang banyak, murid itu akan menjadi semakin mahir dan tempoh masa untuk menyelesaikan soalan matematik tersebut semakin singkat. Ini juga dapat mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran dan ingatan mereka terhadap isi pembelajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, guru perlu sentiasa memberikan latih tubi, kuiz atau soal jawab yang menyeronokkan supaya murid dapat mengukuhkan dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran mereka. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Manakala kesan yang menyakitkan akan melemahkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna, sekiranya seseorang murid mendapat kesan pembelajaran yang menyeronokkan, ini akan mendorong mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik. Sebaliknya, jika seseorang murid mendapat kesan yang menyakitkan, gerak balas tersebut akan semakin lenyap. Perkara ini boleh dikaitkan dengan ganjaran dan denda yang diberikan berdasarkan gerak balas yang dihasilkan. Juster itu, guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dengan memberi ganjaran, motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata untuk semua murid supaya mereka terdorong untuk belajar. Guru juga perlu memastikan tugasan yang diberi tidak terlalu tinggi supaya murid dapat menyelesaikannya dengan perasaan puas hati seterusnya dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Di samping itu, guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan yang diperolehi dalam pembelajaran mereka.

11

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

Guru tidak boleh memandang rendah terhadap kejayaan yang telah dicapai oleh murid malah guru perlu memberikan sokonganyang padu supaya mereka tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba untuk mencapai kejayaan yang mereka ingini. Menerusi Teori Skinner beliau telah melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian tentang pelaziman. Teori ini merupakan satu teori yang berasaskan rangsangan dan gerak balas. Menurut Skinner (1953) kajiannya menunjukkan pelaziman operan organisma bertindak balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran. Tingkah laku sebegini bukan semata-mata gerak balas automatik yang dikeluarkan mengikut naluri terhadap sesuatu rangsangan (pelaziman klasik). Manakala Pelaziman Operan dapat meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas. Selain itu, peneguhan menambahkan kekerapan gerak balas itu. Peneguhan biasanya ditakrifkan sebagai sebarang rangsangan yang dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku. Dalam situasi pembelajaran manusia, peneguhan merupakan faktor penting untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Peneguhan dapat menghasilkan sesuatu tingkah laku yang menuju ke arah matlamat yang hendak dicapai. Justeru, Teori Peneguhan Skinner menitikberatkan pelaziman di antara sesuatu tingkah laku dengan peneguhan. Oleh itu, peneguhan positif diberi selepas sesuatu tingkah laku maka kebarangkalian tingkah laku itu akan bertambah. Peneguhan positif merupakan sesuatu yang menyenangkan, misalnya ganjaran kebendaan dan pujian. Misalnya guru memberi pujian kepada muridnya yang mendapat markah tertinggi. Peneguhan negatif pula merupakan sesuatu yang menyakitkan dan ingin dielakkan oleh setiap individu. Contohya, apabila loceng berbunyi, guru memberi arahan berikut: Semua murid harus beratur pergi untuk rehat. Jika tidak anda akan kehilangan lima minit masa rehat. Cara ini mementingkan usaha untuk menyedarkan seseorang tentang kesilapan yang dilakukannya dan bukan semata-mata untuk mendendanya. Sehubungan itu, implikasi Teori Pelaziman Operan Skinner dalam pengajaran dan pembelajaran ialah sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti secara berkala supaya

12

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

kemahiran ini dapat dikukuhkan dan dikekalkan. Justeru, peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan. Selain itu, teori ini juga mampu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan lebih cepat. Kesimpulannya, ketiga-tiga tokoh ini (Teori Behavioris) menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan dan perhubungan antara suatu rangsangan dengan suatu gerak balas.Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah contoh teori behavioris yang menekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan. Disebabkan teori ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran didalam kelas. Guru pula perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan perlu diberi kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

13

ESEM5143 TECHNOLOGY IN EDUCATION

STHLLAH ONGKING / SB1301MD0074

RUJUKAN Mok Soon Sang (2009): Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran &

Pembelajaran:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2012) : Perkembangan Kanak-Kanak: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Marof Redzuan & Haslinda Abdullah (2004): Psikologi Edisi Kedua: UPM Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009): Siri Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar :Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012): Panduan Ilmu Pendidikan Untuk Dpli Psikologi: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur Woolfolk, A. (2011). Educational psychology. Active learning edition (3rd ed.). Boston, MA: Allyn & Bacon http://and1volleyball.blogspot.com/2010/11/pembelajaran-behaviorisme-dengan.html http://apadefinisinya.blogspot.com/2008/05/teori-behaviorisme.html http://jurusankomunikasi.blogspot.com/2009/03/teori-behaviorisme.html http://herdy07.wordpress.com/2010/05/27/teori-belajar-konstruktivisme/ http://penelitiantindakankelas.blogspot.com/2009/03/teori-konstruktivisme_06.html http://wong-q-to.blog.com/2010/12/03/teori-belajar-konstruktivisme-dari-jean-piaget/ http://www.idonbiu.com/2009/05/hakikat-pembelajaran-menurut-teori.html

14

Você também pode gostar