Você está na página 1de 4

Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia

ISU #6, 30 SEPTEMBER 2013 Dalam isu ini: 1. Sekapur sirih: YBhg. Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof

2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan 3. Berita : Sekitar Majlis Pelancaran PPPM 6 September 2013 4. Inisiatif : Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Sekapur Sirih: YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Transformasi Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinNya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah berjaya dilancarkan pada 6 September 2013. Tahniah kepada semua warga kerja yang terlibat dalam memastikan kejayaan majlis pelancaran tersebut. Fasa penyediaan PPPM telahpun berlalu dan kini tumpuan harus difokuskan kepada pelaksanaan pelan tersebut. Dalam melaksanakan agenda transformasi pendidikan ini, Kementerian Pendidikan komited untuk menyediakan pendidikan yang terbaik kepada semua murid tanpa mengira lokasi, bangsa dan taraf sosioekonomi. Dalam menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti, Kementerian tidak akan berkompromi dalam hal-hal yang berkaitan dengan kualiti guru. Dalam gelombang pertama PPPM, kebanyakan inisiatif adalah ke arah meningkatkan kualiti kurikulum, pengajaran dan pembelajaran dan usaha ditumpukan untuk memberi latihan kepada guru. Dengan latihan yang disedikan kemahiran guru akan dapat ditingkatkan dan guru akan berupaya melaksanakan PdP yang lebih berkesan di dalam dan luar bilik darjah. Untuk itu, Kementerian berharap guru-guru dapat bersama-sama menjayakan transformasi yang telah dirancang ini dengan hati yang terbuka dan keazaman yang kukuh demi generasi dan negara kita. Sekian, terima kasih. DATUK DR KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Kementerian Pendidikan Malaysia Anjakan isu #6 30 September 2013 Berita PPPM

MAJLIS PELANCARAN ALAM PEMBELAJARAN BAHARU BESTARI


Muar, 14 September 2013 Untuk mencapai hasrat ke arah sistem pendidikan bertaraf dunia, insititusi pendidikan di negara ini perlu ditingkatkan. YB P. Kamalanathan P. Pancanathan, Menteri Pendidikan II berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Alam Pembelajaran Baharu Bestari di Sekolah Menengah Dato Sri Amar Diraja, Muar Johor. Menurut beliau lagi, sistem maklumat bersepadu yang sedang diusahakan melalui program 1BestariNet oleh Kerajaan kini adalah selari dengan hasrat yang terkandung dalam PPPM. Malah Malaysia dikatakan adalah antara negara yang terkehadapan dalam melaksanakan pengurusan maklumat bersepadu di sekolahsekolah.

Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Mentransformasi Profesion PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN Keguruan Menjadi Profesion Pilihan.
PENDIDIKAN (PBPPP)
Melalui PPPM, guru dan pemimpin sekolah merupakan penggerak yang utama di peringkat sekolah untuk keberhasilan murid. Bagi mencapai matlamat profesion keguruan sebagai suatu profesion pilihan serta memperkasa kualiti guru sedia ada, Kementerian telah memperkenalkan Piagam Guru Baharu bertujuan untuk mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan dengan memantapkan syarat kemasukan ke institusi pendidikan guru, menekankan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Continuing Professional Development CPD), memantapkan laluan kerjaya sedia ada kepada 3 laluan utama serta mengutamakan prestasi dan kompetensi yang akan diukur melalui instrumen bersepadu yang sedang dibangunkan. Mulai tahun 2013, piagam guru ini akan memberi tumpuan dalam usaha meningkatkan standard profesionalisme guru dan menambahbaik sistem sokongan sedia ada. Di antara langkah utama yang telah diusahakan : Menambahbaik syarat kelayakan kemasukan untuk ambilan baharu ke institusi pendidikan guru dengan keutamaan kepada lulusan 30% terbaik serta menetapkan standard yang lebih tinggi untuk lulus latihan perguruan Mengukuhkan kaitan antara prestasi dengan kompetensi berdasarkan standard prestasi yang ditetapkan dan diukur setiap tahun menggunakan instrumen yang bersepadu Memantapkan pembangunan profesional berterusan mengikut keperluan guru berdasarkan gred dan jawatan Mewujudkan 3 laluan kerjaya utama yang lebih menarik dan dapat menyokong laluan pantas. Dalam melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016, satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (JobBased and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan PPPM 20132025 telah dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK). PBPPP akan dibangunkan mengikut tiga laluan kerjaya PPP, iaitu laluan pengajaran dan pembelajaran (PdP), kepimpinan dan pengurusan (KP) serta pakar bidang (SME). Bagi kumpulan PdP yang sedang dibangunkan ini mengandungi dua komponen iaitu Kompetensi dan Potensi, dan Keberhasilan Murid sementara PBPPP bagi kumpulan kepimpinan sekolah pula mengandungi dua komponen iaitu Kompetensi dan Potensi, dan Keberhasilan Sekolah. Penggubalan Instrumen PBPPP adalah berasaskan kepada prinsip dan proses berikut: a. Pernyataan yang jelas, relevan, praktikal, adil, dan realistik. b. Konsep penilaian berasaskan Tugas dan Tempat Bertugas (Job Based and Work Place). c. Penilaian yang dilaksanakan adalah berasaskan kajian dan penandaarasan. d. Proses pengubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama dengan semua pihak berkepentingan termasuk konsultan bertauliah.

Inisiatif Bulan Ini :

Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan Malaysia juga beriltizam untuk mentransformasi Insititusi Pendidikan Guru (IPG) bagi memastikan matlamat IPG sebagai universiti latihan guru bertaraf dunia dicapai. Langkah-langkah yang telah diambil termasuk i) memperkukuh saluran pengambilan guru pelatih; ii) memantapkan kurikulum; iii) meningkatkan kualiti kepimpinan IPG dan pensyarah; iv) meningkatkan aktiviti penyelidikan dan inovasi; v) meningkatkan profil IPG serta vi) menaiktaraf infrastruktur.

Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 boleh dimuat turun di: www.moe.gov.my/

Anjakan isu #6 30 September 2013

PPPM merupakan manifestasi transformasi kerajaan


6 Sept 2013 membuka satu lagi catatan sejarah khususnya dalam bidang pendidikan dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelancaran majlis ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Berikut adalah petikan ucapan Timbalan Perdana Menteri semasa majlis Pelancaran. ini Pelan signifikan menjadi suatu dokumen rasmi yang amat untuk pembangunan negara kerana ia merupakan suatu rangka pelan pendidikan yang telah terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh dan mencakupi semua lapisan masyarakat

Apa kata mereka...

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merangkumi tempoh 2013 hingga 2025 akan berjaya dicapai jika semua pihak memberikan komitmen dan dedikasi yang tinggi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

ini dianggap sebagai sebuah pelan yang menyeluruh Pelan dan paling besar dalam mendatangkan pulangan terbaik modal insan untuk memacu segala hasrat pembangunan negara, baik dari segi ekonomi, sosial, budaya, teknologi dan lain-lain.

sebaran yang meluas tidak ada sebab mengapa Dengan rakyat Malaysia tidak tahu tentang PPPM. Tidak ada sebab mengapa pelbagai pihak tidak terlibat menyokong dan mendokong PPPM. Walau ada halilintar, ribut dan taufan, kerajaan akan terus melaksanakan PPPM ini.

Pelan ini dilancarkan dengan harapan yang begitu tinggi

daripada pihak kerajaan agar pendidikan menjadi tunjang kepada transformasi negara yang sedang diusahakan. Penghasilan pelan ini memulakan lembaran transformasi pendidikan tetapi juga menerajui transformasi perkhidmatan awam.

"Tahniah kepada kerajaan bahawa mereka telah mengambil inisiatif ini dan melakukan sesuatu yang serius mengenai sistem pendidikan negara. Saya berharap ia akan dilaksanakan dengan sempurna kerana terdapat beberapa pelan sebelum ini yang tidak dilaksanankan dengan betul, Pengasas Cempaka Schools, Datuk Freida Pilus

saya, guru-guru dan semua pengetua/guru besar Harapan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan bagi merealisasikan PPPM.

Anjakan isu #6 30 September 2013

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari http://www.moe.gov.my/

Cetakan ini diterbitkan oleh Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU). PADU bertanggung jawab dalam merancang, menyelaras, memantau, dan menyelesaikan masalah dalam pelaksanaan PPPM. PADU ialah unit kecil terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang kukuh dalam pengurusan projek dan penyampaian hasil. Pelantikan ini sesuai bagi memastikan PPPM dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan. Sila hubungi PADU jika ada sebarang komen atau maklum balas mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, pelaksanaan Pelan, atau cetakan ini. Emel: padu.maklumbalas@moe.gov.my Telefon: +6 03 8872 1604 / +6 03 8872 1605

Anjakan isu #6 30 September 2013

Você também pode gostar