Você está na página 1de 4

Apa itu Rancangan Perniagaan (Business Plan) ?

1. Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. 2. Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

Kegunaan Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sedia-ada untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut : 1. Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal. 2. Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan. 3. Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya. 4. Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan. 5. Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik. Pengumpulan Maklumat Penyediaan

Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan Statistik Data ekonomi Data perdagangan Penyelidikan pasaran

KERTAS KERJA PINJAMAN JUGA DI KENALI RANCANGAN PERNIAGAAN(RP) Kepentingan Rancangan Perniagaan Salah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:

1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau peta yang diperlukan bagi mengendalikan Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan. 2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran. 3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan. 4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

Langkah perlu diambil ketika membuat RP Apa yang perlu anda sediakan 1. Cerita Projek anda 2. Pelan perniagaan anda 3. Jumlah pinjaman yang dipohon 4. Salinan Kad Pengenalan 5. Sejarah perniagaan anda 6. Salinan kewangan 3 bulan 7. Salinan pendaftaran perniagaan 8. Dokumen-dokumen berkenaan 9. Gambar-gambar projek (jika ada) 10. Untuk kepastian bagi setiap dokumen lengkap sila email kami dan nyatakan bisnes atau projek anda dan berapa nilai anggaran pinjaman anda ke email kami.

Memberi Cadangan Pinjaman Terbaik, Sila nyatakan: 1. Nama 2. Umur 3. No. Telefon/ handphone 4. Pekerjaan sekarang. 5. Level Tertinggi Pelajaran 6. Bisnes Yang Anda Jalankan. (Dalam Perancangan) 7. Jumlah Anggaran Pinjaman. 8. Nama Anda Blacklist atau Clean. 9. Cagaran atau Tanpa Cagaran

Você também pode gostar