Você está na página 1de 10

PEMARKAHAN

RIS

ESI 2010/20PGG PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KPR 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

LAPORAN ANALISIS 1

DISEDIAKAN OLEH NAMA NORLIZA BINTI TALIB NO. MATRIK D20112053085

PUSAT PEMBELAJARAN : EL-BP05

NAMA TUTOR E-LEARNING: NORAZILAWATI BINTI ABDULLAH

TARIKH SERAH: 26 MEI 2013

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1. LAPORAN ANALISIS 1 1.1 GAMBAR 1 1.2 MATAPELAJARAN BAHASA MALAYSIA (BM) 3 4

1.3 GAMBAR 2 1.4 MATAPELAJARAN PERKEMBANGAN FIZIKAL & PENJAGAAN KESIHATAN (PFK)

5 6

1.5 GAMBAR 3 1.6 MATAPELAJARAN MATEMATIK (ST)

7 8

1.7 GAMBAR 4 1.8 MATAPELAJARAN KEMANUSIAAN (KM)

9 10

LAPORAN ANALISIS 1 (Kurikulum & Pengajaran Bersifat Kontekstual)

Nama : NORLIZA BINTI TALIB Nama Tutor : NORAZILAWATI BINTI ABDULLAH Kump. E-Learning : EL-BP05

No.ID : D20112053085

1. Gambar dan huraian keadaan / situasi / fenomena / senario yang terdapat dalam masyarakat persekitaran.

1.1

Gambar 1

b. Huraian tentang keadaan / situasi / fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar.

Foto di atas menunjukkan beberapa orang sedang membaca buku. Aktiviti dirakamkan di sebuah kedai buku Popular. Masyarakat di Malaysia memang sangat gemar membaca. Budaya membaca dikatakan dapat menambah ilmu pengetahuan disamping membantu pembaca mencari maklumat-maklumat yang terkini. Membaca juga adalah satu senaman minda. Dengan membaca, sel-sel dalam otak berfungsi secara aktif seterusnya membuatkan minda menjadi lebih sihat. 3

1.2 Disiplin / Mata pelajaran: a. Nama Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia (BM) b. Tahun : Prasekolah c. Topik/subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas.(Sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard Kandungan/Dokumen Standard Pembelajaran). Topik : Diri Saya Subtopik : Hobi saya Standard Kandungan : Standard Pembelajaran: BM 3.11 Mengamalkan tabiat membaca BM 3.11.2 Membaca buku cerita yang menarik dan sesuai daripada pelbagai tema.

d. Huraian bagaimana keadaan /situasi/fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan/kemahiran/nilai yang terdapat dalam topik/subtopik. Objektif Pembelajaran: 1) Murid dapat menanam minat membaca dalam diri masing-masing. 2) Murid dapat mengamalkan budaya membaca setiap hari dimana-mana sahaja. Kemahiran Sedia Ada : Murid sudah boleh membaca ayat tunggal serta ayat mudah. Nilai: Nilai-nilai murni seperti rajin dan bertanggungjawab terhadap bahan bacaan seperti buku-buku cerita yang dibaca. e. Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar. Semasa PdP dijalankan, guru boleh menjalankan aktiviti membaca pelbagai buku cerita yang mereka minati di sudut bacaan. Murid bebas memilih buku cerita yang mereka minati dan mereka boleh diminta membaca secara individu atau secara berpasangan dengan rakan sebaya. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat memupuk minat membaca murid-murid di dalam kelas dan juga di rumah. Bagi aktiviti lain pula, guru boleh meminta murid menceritakan semula cerita yang telah mereka baca kepada rakan-rakan agar pemahaman mereka terhadap cerita yang dibaca menjadi lebih berkesan.

1.3

Gambar 2

b. Huraian tentang keadaan / situasi / fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar.

Foto di atas menunjukkan beberapa orang sedang berlari. Aktiviti dirakamkan dalam sebuah acara larian Marathon di sebuah bandaraya. Berlari adalah salah satu aktiviti senaman. Berlari adalah cara terbaik untuk menguatkan jantung dan memastikan kelancaran arus darah dan oksigen ke seluruh tubuh yang dapat membantu untuk mengurangkan risiko serangan jantung. Ianya juga dapat membantu untuk mengurangkan tekanan darah ke paras normal dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh agar lebih berkesan dan cekap untuk melawan kuman. Berlari bukan sahaja berfaedah untuk tubuh badan sahaja, tetapi ia juga merupakan sebagai latihan minda. Hasil kajian menunjukkan bahawa seorang yang berlari akan lebih fokus dan berdisiplin terhadap tugasan yang mereka lakukan. Selain daripada itu, ianya juga dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang.

1.4 Disiplin / Mata pelajaran: a. Nama Mata Pelajaran: Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan (PFK) b. Tahun : Prasekolah c. Topik/subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas.(Sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard Kandungan/Dokumen Standard Pembelajaran). Topik : Diri Saya Subtopik : Anggota Badan Saya Standard Kandungan : Standard Pembelajaran: PFK 2.1 Melakukan Kemahiran Motor Kasar Lokomotor PFK 2.1.12 Berlari dengan lakuan yang betul dalam jarak tertentu.

d. Huraian bagaimana keadaan /situasi/fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan/kemahiran/nilai yang terdapat dalam topik/subtopik. Objektif Pembelajaran: Psikomotor : Murid dapat membuat simulasi cara berlari dengan lakuan yang betul. Kognitif : Menyatakan kepentingan bersenam (berlari atau lari anak) Afektif : Mengamalkan senaman yang betul untuk menjamin kesihatan diri. Kemahiran Sedia Ada : Murid tahu apa itu berlari dan mereka pernah bermain aktiviti berlari. Nilai: Nilai-nilai murni yang dapat diterapkan dalam diri murid ialah menjaga kesihatan dan bertanggungjawab terhadap kesihatan tubuh badan serta yakin diri. e. Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar. Semasa PdP dijalankan, guru boleh menjalankan aktiviti berlari dengan mengadakan satu pertandingan larian mengikut jarak yang ditentukan mengikut kemampuan murid. Guru perlu melaksanakan aktiviti larian secara ansur maju iaitu mula berlari jarak dekat dan seterusnya berlari jarak jauh. Jarak yang paling sesuai bagi tahap murid prasekolah adalah antara 50 meter hingga 80 meter. Bagi aktiviti lain pula, guru boleh meminta murid bermain permainan Ram Ram Rib iaitu satu permainan kejar mengejar yang melibatkan aktiviti berlari. Permainan ini mampu memberikan keseronokan kepada murid kerana ianya salah satu kaedah bermain sambil belajar. 6

1.5

Gambar 3

b. Huraian tentang keadaan / situasi / fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar.

Foto di atas menunjukkan aktiviti berjual beli di sebuah gerai menjual ikan. Urusan jual beli bermaksud satu bentuk hubungan di antara pihak penjual dan pembeli yang melibatkan pertukaran barangan dan matawang. Melalui urusan jual beli sesuatu barangan, pelbagai keperluan manusia dapat dipenuhi untuk tujuan keselesaan hidup. Urusan jual beli adalah permulaan kepada sistem ekonomi di peringkat asas, ia akhimya akan membentuk satu kerangka ekonomi yang bersifat global dan lebih kompleks.

1.6 Disiplin / Mata pelajaran: a. Nama Mata Pelajaran: Matematik (ST) b. Tahun : Prasekolah c. Topik/subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas.(Sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard Kandungan/Dokumen Standard Pembelajaran). Topik : Wang Subtopik : Nilai Wang Standard Kandungan : Standard Pembelajaran:

ST 9.1 Mengecam duit yang berlainan nilai. ST 9.1.1 Mengecam duit yang berlainan nilai. ST 9.1.3 Memberi jumlah wang (duit syiling) yang tepat dalam simulasi jual beli.

d. Huraian bagaimana keadaan /situasi/fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan/kemahiran/nilai yang terdapat dalam topik/subtopik. Objektif Pembelajaran: 1) Murid dapat menyatakan nilai duit syiling yang diberi semasa aktiviti jual beli. 2) Murid dapat menjalankan aktiviti jual beli dengan jumlah wang yang betul. 3) Murid dapat mempelajari dan memahami konsep tambah dan tolak. Kemahiran Sedia Ada : Murid pernah melihat duit syiling dalam kehidupan seharian Nilai: Nilai-nilai murni yang dapat diterapkan dalam aktiviti simulasi jual beli di dalam kelas ialah berbudi bahasa, sabar, yakin diri, amanah, kerjasama, tolak ansur dan bertanggungjawab. e. Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar. Semasa PdP dijalankan, guru boleh menjalankan aktiviti simulasi jual beli peralatan menulis menggunakan wang syiling mainan seperti 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Pada peringkat permulaan, guru berbincang dengan murid tentang harga yang berpatutan untuk setiap alat tulis yang hendak dijual bagi memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti simulasi jual beli dengan betul. Bagi aktiviti lain pula, guru meminta murid menyusun duit syiling mengikut nilainya. Secara tidak langsung, aktiviti ini membantu murid memahami konsep seriasi.

1.7

Gambar 4

b. Huraian tentang keadaan / situasi / fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar.

Foto di atas menunjukkan beberapa orang lelaki dari pelbagai kaum sedang bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran. Aktiviti gotong-royong merupakan amalan yang baik bagi perpaduan kaum dan merapatkan hubungan antara masyarakat setempat di samping menjaga kebersihan kawasan persekitaran tempat tinggal. Kebersihan tempat tinggal merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa serta sebagai langkah mengelakkan tempat tinggal daripada menjadi vektor penyakit. Melalui kegiatan bergotong-royong, kita akan lebih dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama sendiri. Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing. Amalan bergotongroyong dapat memupuk sikap berkerjasama dalam diri seseorang khususnya kepada golongan kanak-kanak disamping memberi peluang kepada golongan ini belajar menghargai masa dengan melakukan perkara yang berfaedah dan seterusnya mendidik mereka menjadi ahli masyarakat yang lebih berdisiplin.

1.8 Disiplin / Mata pelajaran: a. Nama Mata Pelajaran: Kemanusiaa (KM) b. Tahun : Prasekolah c. Topik/subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas.(Sila nyatakan dengan tepat dengan merujuk Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard Kandungan/Dokumen Standard Pembelajaran). Topik : Alam Sekitar Subtopik : Sayangi Alam Sekitar Standard Kandungan : KM 6.3 Menjaga Alam Sekitar Standard Pembelajaran: KM 6.3.8 Mewujudkan Keceriaan dan keindahan alam d. Huraian bagaimana keadaan /situasi/fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan/kemahiran/nilai yang terdapat dalam topik/subtopik. Objektif Pembelajaran: 1) Murid dapat membersihkan persekitaran taman permainan prasekolah. 2) Murid dapat menjaga kebersihan dan keceriaan dalam kelas dan kawasan sekitar prasekolah 3) Murid dapat mengamalkan semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam kumpulan melalui gotong royong. Kemahiran Sedia Ada : Murid pernah melakukan aktiviti mengemas kelas dan rumah. Nilai: Nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertanggungjawab, berdisiplin serta mengamalkan kebersihan dapat diterapkan melalui aktiviti gotong-royong. e. Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar. Semasa PdP dijalankan, guru menerangkan kepada murid-murid mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan kelas dan kawasan prasekolah. Guru mengajak muridmurid menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran prasekolah dengan membahagikan murid-murid prasekolah kepada beberapa kumpulan kecil dengan tugasan-tugasan yang berlainan seperti mengutip sampah, mencabut rumput, menyiram pokok bunga, menyapu kaki lima prasekolah dan lain-lain lagi. Bagi aktiviti lain pula, guru meminta murid mencari dan menggunting gambar-gambar aktiviti gotong-royong atau gambar-gambar kesan pencemaran alam sekitar di akhbar dan majalah untuk dijadikan buku skrap secara berkumpulan.

10

Você também pode gostar