Você está na página 1de 7

PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE. Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. Model ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1: A - Analyse learners (Analisis pelajar). S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran). S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ). U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan). R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ). E Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).
1

Analisis pelajar

Nyatakan objektif

Pilih kaedah, media dan bahan

Gunakan media dan bahan

Penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Nilai bahan

Rajah 1 : Model ASSURE

Langkah 1 : Analisis pelajar Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media. Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar. Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Pelajar pernah mendapat maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV.
2

Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat 3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu: penggunaan sesuatu media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Perkara-perkara berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain itu, perbezaan budaya dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Pelajar tingkatan 5b terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India.

Langkah 2: Nyatakan objektif Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif topik ini ialah pelajar dapat: 1. Memahami pengelasan mikroorganisma. 2. Mengetahui pelbagai jenis mikroorganisma daripada segi rupa bentuk dan saiz.

Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:

i.

Memilih kaedah Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk

disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru.

ii.

Memilih media Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna. Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer multimedia. Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.

iii.

Memilih bahan Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang

menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota, dan buku latihan.

Langkah 4: Gunakan media dan bahan Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains tingkatan 5 juga digunakan. Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar.

Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul. Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mencari rupa bentuk mikroorganisma melalui internet. kepada pelajar. Selepas itu latihan struktur juga diberikan

Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan. Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitu i. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan) ii. iii. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran. Sikap.

Pelajar akan dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka. Selain itu pelajar juga menjawab soalan struktur.

Kesimpulan: Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bibliografi Anglin, G. J. (1995). Instructional technology: Past, present, and future. Englewood: Colorado: Libraries Unlimited. Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. KL: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Finn, J. D. (1960). Technology and the instructional process, Audiovisual Communication Review, 8(1), 9-10. Kemp, J. E., & Smelline, D. C. (1994). Planning, producing and using instructional technologies (7th ed.). New York: Harper Collins. Norasiah Bt. Abdullah. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. KL: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Roblyer, M. D. (2003). Integrating educational technology into teaching (3rd ed.). Upper Saddle River, N. J.: Merril Prentice Hall. Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Saettler, P. (1990). The evolution of American educational technology. Englewood, Colorado: Libraries Unlimited Seels, B., & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field, Washington DC; AECT. Smaldino, S.E., Russell, J., Heinich, R., & Molenda, M., (2004). Instructional technology and media for learning. (8th ed.). Englewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall. Yusup Hashim (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.

Você também pode gostar