Você está na página 1de 18

Bentuk Pentaksiran: HASIL KERJA

Oleh: Nur Shera Nabila Binti Abdul Aziz PISMP 6.13

Konsep Pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar. Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Tujuan Pentaksiran
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid

Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan

Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar.

Keberkesanan P & P tidak akan dapat diketahui sehingga pelajar-pelajar diuji sejauh mana tahap kefahaman mereka. Oleh itu satu mekanisme seharusnya dicari bagi menilai pencapaian mereka. Pelajar-pelajar ini dinilai dengan pelbagai cara dan kaedah yang dapat meneliti dengan lebih perinci serta keesahannya. Beberapa kaedah serta cara yang dikemukakan seharus nya dapat membantu guru khasnya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang menilai pelajar mereka dengan pelbagai cara untuk melihat produk yang dihasilkan pelajar.

Hasil Kerja
Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.

Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama, ketelitian dan kesempurnaan.

Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran.

Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.

Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran murid secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan.

Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan objektif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan Taxonomy Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Hasil kerja murid yang terpilih sahaja dimasukkan ke dalam portfolio. Pemilihan hasil kerja hendaklah dibuat oleh murid bersama guru. Hasil kerja murid termasuklah:

Gambar atau lukisan

Buku cerita yang ditulis

Hasil kerja

Binaan yang disempurnakan

tulisan

Buku skrap

Catatan perlu dibuat ke atas setiap hasil kerja murid yang telah dinilai. Catatan yang dibuat kebiasaannya menggambarkan tahap kebolehan contohnya sudah boleh membuat bulatan, menghasilkan corak tidak terancang, menguasai teknik lipatan dan guntingan juga sebagainya. Koleksi hasil kerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasil kerja yang melibatkan murid.

Maklumat daripada hasil kerja murid membantu guru memahami murid dari segi perasaan, sikap dan mengenalpasti kemajuan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran, pengetahuan dan amalan nilainilai murni.

TAMAT . =)

Você também pode gostar